Pilih jawapan yang betul sama ada zalika ذَلِكَ atau tilka تِلْكَ
سَاعَةٌ
|
|
تَقْوِيمٌ
|
|
جَدْوَلٌ
|
|
أَرْضِيَّةٌ
|
|
لَوْحَةٌ
|
|
مِكْنَسَةٌ
|
|
نَافِذَةٌ
|
|
فَصْلٌ
|
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar
daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa
itu berkat?
Sesuatu
yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang
dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap
kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut
ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan
rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam
pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini,
Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu
tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca
satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu.
Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah
ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada
seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun
sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu
masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa
budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya
menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu
dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca
satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak
sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita
yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan
memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk
Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik
tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus
tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan
mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan
terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu
yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua
rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah
memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah
sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan
ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan
bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta
meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak,
dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi
tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu
dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu
daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar
selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah
S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon
Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini,
kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat
dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang
belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih
berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini,
matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu
keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah
tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah
seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat,
walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk
daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca
al-Quran.
Buat
pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita,
Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat
mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk
ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
I couldn't resist commenting. Well written!
ReplyDeleteHere is my blog post ... Acai Ultra Lean Review