Hari ini terima 1 post di facebook mengenai cubaan bunuh diri oleh seorang remaja perempuan di KB Mall!
Gambar Cubaan Bunuh Diri KB Mall
Pada mulanya terasa sangat terkejut melihat entri post ini mengenai kes cubaan bunuh diri dari tingkat atas KB Mall. Namun begitu timbul pula isu kenapa dia mahu bunuh diri? Ternyata singkat sungguh fikirannya kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Ahh.. Celaru sungguh fikiran memikirkan gelagat remaja perempuan ini.
Video Kes Bunuh DIri Di KB Mall
Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?
Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim
”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151
”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah Maha Menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28
dari Jundud bin Abdullah, bahawa Rasulullah saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim
”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78
“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://www.ar-rifke.com
24 MAC 2011: Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu petang tadi. Remaja terbabit terselamat cuma sedikit tercedera di muka. – Utusan
3 comments:
mcm2 sudut video ada kat fb video tu.. plg jelas dari sisi pun ada..
ambik keputusan untuk bunuh diri ni, orang yang pendek akal , otak pun tak berfungsi dah...nak bunuh diri kalau tak menyusahkan orang tanggung sorang2 takpe lah jugak, ni menyusahkan semua pihak gara2 pendek akal dia.. fuhh macam -macam..
Segeralah bertaubat.....ingatlah dosa dan pahala....Budak tu kena diajar hukum hakam...biar tahu dosa dan pahala, Syurga dan neraka...
Post a Comment