Kajian yang dijalankan di rumah kanak-kanak yatim menunjukkan bayi-bayi yang banyak disentuh lebih sihat dan lebih cepat membesar daripada bayi-bayi yang kurang disentuh. Kajian di kalangan pasangan suami isteri mendapati pasangan yang puas hati dan bahagia lebih banyak melakukan sentuhan daripada mereka yang tidak bahagia. Contoh sentuhan yang dapat dilakukan oleh pendorong adalah perbuatan bersalaman dengan mereka yang hendak didorong. Ahli politik banyak menggunakan cara ini bagi memancing sokongan. Dalam Islam bersalaman adalah ibadah dan diberi pahala.
Di kalangan guru-guru bersalaman juga amat kurang digunakan. Para pengetua, guru besar dan guru-guru tidak bersalaman dengan murid-murid. Hanya guru-guru di tadika Islam sahaja yang bersalaman dengan murid-muridnya tiap-tiap hari, apabila murid tiba dan sebelum mereka pulang. Murid-murid tadika Islam juga mencium tangan guru-guru mereka, patutlah kanak-kanak tadika Islam menunjukkan sikap lebih sopan dan patuh kepada guru. Amalan bersalam-salam ini semestinya dilakukan kepada sesiapa yang bukan Islam juga.
2 comments:
Komen Anda?
Point penting di sini ialah:
1. Budaya bagi salam merupakan sunnah Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam.
2. Budaya bagi salam tumbuh subur di tengah-tengah kaum muslimin, alhamdulillah.
3. Memulai salam hukumnya sunnah, sedangkan menjawab salam hukumnya wajib.
4. Kewajiban menjawab salam sesuai dengan ucapan salam, jika ditambah dengan beberapa kata yang disyariatkan, maka itu lebih baik lagi.
5. Dianjurkan ikut mendoakan orang yang menyampaikan salam.
Post a Comment