____________________________________________________________________
Sabda Rasulullah s.a.w ;
” Rasulullah bertanya kepada sahabat : tahukan kamu apa yang dimaksudkan akan ghibah ? Mereka menjawab : Allah dan rasulnya lebih mengatahui. Maka sabda Rasulullah s.a.w : iaitu kamu membicarakan tentang saudara kamu berkenaan apa yang tidak ia sukai. kemudian mereka berkata : Bagaimana dengan apa yang diperkatakan itu ada pada dirinya . sabda Rasulullah s.a.w : jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan, maka bererti kamu mengumpatinya, dan jika apa yang kamu katakan itu tidak terdapat pada dirinya, maka bererti kamu telah menuduhnya “. ( Hadith riwayat Muslim )
____________________________________________________________________
Apa yang diperkatakan disini, bukanlah bertujuan untuk membela mana-mana pihak tertentu, baik pihak A mahupun pihak B. Akan tetapi, ianya dikira sebagai satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk memperbetulkan sesuatu perkara, yang dilihat padanya mempunyai kesalahan yang mana perlu diperbetulkan bagi kebaikan semua…
____________________________________________________________________
Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;
” Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung ” . ( Surah Al-Imran : 104 )
____________________________________________________________________
Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi said Al-Khudri ;
” Sesiapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran, maka hendak diubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu ( diubah ) dengan perkataan, jika tidak mampu ( diubah ) dengan hatinya ( membenci akan perkara tersebut ), sesungguhnya ia selemah-lemah iman “. ( Hadith riwayat Muslim )
____________________________________________________________________
Kata Al-Imam Al-Nawawi : ” Perkataan nabi s.a.w ” hendaklah ia mengubahnya ” adalah perintah wajib secara sepakat umat islam. Mewajibkan Al-Amr bi Al-Ma’ruf dan Al-Nahy an Al-Mungkar ini bertepatan dangan Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma’ “. ( Syarah Sohih Muslim, J 1, m/s : 217 )…
……………………………………………………..
Berkata As-Syeikah Al-Imam Ibn Taimiyyah : ” Oleh kerana ini menjadi setiap batasan amalan soleh, maka menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah akan kemungkaran itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh “. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 14, m/s : 344 )…
____________________________________________________________________
Hal ini menerangkan, berkenaan kewajiban insan dalam menyeru akan kebaikan dan menegah akan kemungkaran. Perkara ini juga, termasuklah apa yang diperkatakkan disini, berkenaan kesalahan membuka aib seseorang tanpa nas mahupun dalil syara’ yang membenarkannya untuk diperkatakan dalam sesuatu perbualan, penulisan mahupun perbahasan yang dilakukan… Pada masa yang sama, dalam kita memperbetulkan perkara ini perlulah ia diperlakukan dengan keadilan dan kesaksamaan tanpa cenderung kepada mana-mana pihak ataupun kaum kerabat…
____________________________________________________________________
Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )
____________________________________________________________________
Dan janganlah pula kebencian kepada sesuatu pihak menyebabkan ia tidak berlaku adil dan berpihak kepada satu puak mahupun golongan yang dipersetujui…
____________________________________________________________________
Firman Allah Ta’ala * maksudnya ) ;
” wahai orang-orang beriman ! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “. ( Surah Al-Nisa : 135 )
____________________________________________________________________
Aib adalah sesuatu kecacatan, percakapan mahupun perbuatan yang mampu menjatuhkan maruah individu apabila ia dipertontonkan dikhalayak ramai, dan perkara itu dipandang serong apabila ia disebut mahupun dibicarakan berkenaannya… Di dalam islam, menjadi satu kesalahan apabila memperkatakankan akan keaiban seseorang tanpa baginya sesuatu kepentingan untuk ia diperhebahkan…. Malah di dalam nas-nas Al-Quran, banyak memperkatakan berkenaan larangan bagi manusia membuka aib seseorang itu tanpa sebarang keperluan…
____________________________________________________________________
Firman Allah Ta’ala ( maksudnya) ;
” Wahai orang-orang beriman ! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang )kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? maka sedah tentu kamu jijik akannya. ( Oleh itu, patuhila akan larangan-larangan tersebut ) dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani ” . ( Surah Al-Hujurat : 12 )
____________________________________________________________________
Para ulama’ dalam mentafsirkan ayat tersebut berkenaan ” tajassus ” , mereka amat terliti dalam memberikan atau mengeluarkan pandangan berkenaan maksud ayat tersebut… kata Al-Imam Al-qurtubi dalam mentafsirkan ayat ( janganlah kamu mengintip ) : ” Janganlah kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu janganlah kamu mencari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah Allah menutupnya “. ( Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, J 16, m/s : 333 ) …
____________________________________________________________________
Berkata Ibn Abbas : ” Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain “ . Kata Mujahid : ” Ambillah apa yang nyata, dan tinggallah apa yang Allah tutupi”. berkata Al-Qatadah : ” tahukah kamu apa itu tajassus ? iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya” . Kata Ibn Zaid : ” tajassus itu kamu berkata : Sehingga aku dapat lihat keasalah itu, aku bertanya mengenainya untuk mengatahui adakah ianya benar ataupun tidak “. ( Al-Tafsir Al-Tabari dan Al-Tahzib, m/s : 7 dan 41 )…
____________________________________________________________________
As-syeikah Dr. Wahbah Zuhaili berkata : ” janganlah kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslim, janganlah kamu menyingkap setelah apa yang mereka cuba untuk menutupinya dan janganlah kamu cuba melihat akan rahsia-rahsia mereka ” . Beliau jugak menyebut : ” tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi mahupun rahsia “. ( Al-Tafsir Al-Munir, m/s : 255 dan 263 )…
____________________________________________________________________
Adapun di dalam nas-nas daripada As-Sunnah, yang menghalang akan perbuatan insan untuk membuka aib seseorang tanpa baginya keperluan dan kemudaratan untuk dibicarakan, malah perkara seperti ini amatlah ditegah oleh agama islam itu sendiri berpandukan hadith-hadith berikut…
Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Barzah Al-Aslami ;
” Wahai sekalian ( insan ) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibanya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya “. Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad , Hadith sohih )
____________________________________________________________________
As-Syeikh As-Salim Id Al-Hilali dalam mensyarahkan hadith -hadith Riyad As-Salihin berkata : ” Tajassus bermaksud mencari dan menyelidik keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan As-Sunnah telah melarang akan hal ini. sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan beliau berusaha untuk menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahanya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh-bolehnya” . ( Bahjah Al-Nazirin, J 3, m/s : 92 )…
Sabda Rasulullah s.a.w dari Mu’awiyah ;
” sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka, atau hampir merosakkan mereka. kata Abu Darda : itu adalah perkataan yang Mu’awiyah dengar daripada Rasulullah, Semoga Allah memberi manafaat kepadanya dengan perkataan tersebut “. ( Hadith riwayat Abu Daud, dengan sanad yang sohih )…
____________________________________________________________________
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab keatas setiap muslimin untuk menjaga keaiban dirinya mahupun orang lain, kerana menjaga keaiban itu adalah perkara yang diperintahkan keatasnya dan membuka keaiban diri sendiri mahupun orang lain adalah termasuk perkara yang amat ditegah oleh islam. Hal ini bersabit dengan dalil-dalil sohih yang bertepatan dengannya…
Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;
” Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampaui terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan “. ( Surah Al-Hujurat : 9 ) ….
Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;
…………………………………………
” Tiada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaan diantara manusia “. ( Surah An-Nisa : 114 )
____________________________________________________________________
Wallahhu Ta’ala A’lam…
” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “
Surah An-Nisaa’ : 59 .
Ihsan dari : https://minitramways.wordpress.com/