
Sebuah kematian yang paling diidamkan dan dirindui oleh pencinta Akhirat, pencinta Allah dan Rasul-Nya, pencinta kehidupan yang abadi di syurga kelak iaitu MATI SYAHID.
Dalam al-Quran, perkataan syahid diulang sebanyak 35 kali dan perkataan syuhada diulang-ulang sebanyak 19 kali. Kalimah syahid dalam al-Quran lebih ditujukan kepada syuhada yang gugur di medan jihad. Ayat ini menceritakan secara langsung mengenai perang Uhud dan Badar.