Doa Sambutan Hari Raya

0 comments
Doa pembukaan : Pujian kepada Allah dan rasulullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.

Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahim, Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Malaysia Pada Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.

doa penutup : selawat Nabi
More

Doa Harian Untuk Diamalkan

0 comments
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah daripadaNya.
More

Doa Majlis Perkahwinan

0 comments

More

Doa Ketika Majlis Pertunangan

4 comments


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لله رب العالمين حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده. اللهم يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك. اللهم صل على محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات فى الحياة وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا برحمتك يا أرحم الراحمين.

اللهم إنا نسألك بأنا نشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد، الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوًا أحد. اللهم لا إله إلا أنت المنان بديع السموات والأرض ذو الجلال والإكرام.

اللهم إنا نسألك دوام البركة لهذا المجلس وأن تجعل المخطوبة والخطيب في حفظك وكنفك إلى يوم الزواج.
اللهم بارك لهما فى زواجهما القادم. واجعل جمعهما مفعما بكل خير. وألق المحبة والمودة بينهما, وارزقهما ذرية صالحة طيبة تدخل السعادة إلى قلبيهما وارزقهما برها، إن كل ذلك عليك يسير.

اللهم أصلح ذات بينهما، وأصلح بينهما وبين أحبابهما واجعل الحياة زيادة لهما في كل خير يسر لهما سبل الخير لبناء أسرة مباركة برحمتك يا أرحم الراحمين .. اللهم الف بين قلبها وقلبه كما ألفت بين قلوب عبادك الصالحين.. واجمع شملهما ولا تفرق بينهما

اللهم يسر لهما جميع الأمور ووفقهما لما تحبه وترضاه.. اللهم اجعلها قرة عين لزوجها واجعله قرة عين لها ووثق اللهم رابطتهما وأدم ودهما واشرح صدريهما بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك واملئها بنورك الذي لا يخبو إنك نعم المولى ونعم النصير.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار


Doa Majlis Pertunangan

http://www.islamictazkirah.com/wp-content/uploads/2010/12/Doa-Pertunangan-Doa-majlis-pertunangan.png

More

Konsep Doa - Pengertian Doa & Keutamaannya

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeWIc7QqR7u9DS3RAvpYO0JjCxNi2RU2tCWgmhp8D1rRSxEftfCUZO4jXCQmT_z2OtMvPuwYviyv09-aUON5Y2ncu-Hj5vF2LbEJ4S6Cf2oGnRXuOv3vKBSZ9nUyA-bmSpRFr_yOv-jtc/s235/doa+jauh+dari+syaitan.jpg
Pengertian Doa

Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.

Doa Menjana Semangat dan Harapan

Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.

Doa Otak Ibadah

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA menjelaskan bahawa doa ini adalah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian dari ibadah yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. Sebab manusia yang beriman dan memahami hakikat kehidupannya akan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia yang menyediakan segala macam rahmat dan ni'mat.

Keutamaan Berdoa

1. Doa orang beriman itu pasti dikabulkan oleh Allah SWT tetapi dalam 3 cara:
  • Dikabulkan secara langsung apa yang kita minta.
  • Dihindarkan kita dari sesuatu bahaya atau bencana.
  • Ditangguhkan ke satu masa lain misalnya di hari Akhirat yang mana akan diberikan pahala sesuai dengan permintaan itu.
2. Terhindarnya bahaya dan musibah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim di muka bumi ini berdoa kepada Allah, melainkan dapat dipastikan diterima atau dihindarkan daripadanya suatu bahaya asalkan bukan doa yang mengandungi dosa atau doa untuk memutuskan tali silatur-Rahim."

3. Doa merupakan jalan yang harus dilalui dalam mencapai sesuatu yang diharapkan. Menerusi kaedah yang betul InsyaAllah segala yang kita harapkan akan dimakbulkan.

4. Dengan berdoa, kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Allah SWT dan betapa lemahnya kita selaku hambaNya.


1 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI KEJAHATAN ATAU APABILA MELIHAT SESUATU YANG MENAKUTKAN

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya, aku berlindung dari hasutan-hasutan syaitan dan dari kedatangan mereka ( syaitan-syaitan itu ) kepada aku.

2 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI PENIPUAN

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada kawan yang menipu, matanya melihatku dan hatinya menjagaku, sekiranya dia melihat kebaikan dia menyembunyikannya, sekiranya dia melihat keburukan dia menyebarkannya.

3 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI SYAITAN DAN GODAANNYA

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya baik tiupan atau hembusannya.

4 DOA MOHON BERLINDUNG DARIPADA KEJAHATAN ANGGOTA BADAN

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon supaya Engkau melindungi aku daripada kejahatan pendengaranku, pandanganku, pertuturanku, hatiku dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit.



More

Doa Sebelum Musafir

0 comments
More

Kaedah Menangani Kemarahan

3 comments



Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani kemarahan. Kaedah-kaedah tersebut bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kaedah untuk mengelakkan kemarahan. Bahagian kedua ialah kaedah untuk meredakan kemarahan dan menghilangkannya.

Kaedah pertama: Mengelakkan Kemarahan

1. Menghiasi diri dengan sifat pemaaf

Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 134 bermaksud: ... Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Sirah Rasulullah SAW, para rasul dan para nabi penuh dengan kisah-kisah kemaafan kepada umat mereka. Walaupun mereka ditentang habis-habisan, dimaki hamun, dicerca dan diancam akan dibunuh, namun mereka tetap memaafkan umat dan berharap umat mereka akan sedar dan menerima hidayah. Sebagai contohnya ialah ketika Rasulullah SAW mengalami luka di muka dan patah giginya di dalam peperangan Uhud, namun baginda menolak cadangan supaya memohon diturunkan bala kepada kaum musyrikin. Sebaliknya baginda berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”. Kesabaran dan sifat pemaaf itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan para nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam usaha dakwah mereka.

2. Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan

Kita hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan. Sebagai contohnya jika kita tidak suka kepada tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakan kepadanya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.

3. Berdoa

Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Oleh yang demikian, nabi SAW telah menjelaskan bahawa ’doa itu senjata bagi orang yang beriman’. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.

Di samping itu terdapat banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan yang boleh diambil daripada buku-buku doa yang dijual di pasaran.


Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan

Apabila timbul kemarahan dalam diri disebabkan faktor-faktor tertentu, kita hendaklah cuba untuk meredakannya dan mententeramkannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk meredakan kemarahan ialah:

1. Mengambil wuduk

Sabda Rasulullah SAW bermaksaud: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.

2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah

Seseorang yang marah boleh meredakan kemarahannya dengan mengubah posisinya kepada yang lebih rendah. Umpamanya jika dia dalam keadaan berdiri, dia hendaklah duduk, dan jika dia dalam keadaan duduk, dia hendaklah berbaring. Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.

3. Mendiamkan diri

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata). Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa kepada perseteruan yang berpanjangan.

4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan “A’uzu billahi minasy syaitanir rajim”.

Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 200 bermaksud: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Adaptasi daripada buku Mengurus Stres: Islam Ada Caranya oleh Mohamad Zaini Yahaya & Mohd Sukki Othman

Sumber http://ustazshauqi.blogspot.com/
More

Doa Yang Tidak Dimakbulkan Allah Taala

0 comments
Gambar: Credit To Uncle Google.com

Sepanjang masa rasanya kita menadah tangan memohon doa kepada Allah Taala. Paling kurang pun lima kali sehari kita berdoa di dalam solat fardu. Namun, ada juga yang lebih daripada itu berdoa selepas mengerjakan solat-solat sunat rawatib, sunat dhuha, sunat hajat, sunat taubat, sunat tahajjud dan banyak lagi solat sunat yang memungkinkan kita berdoa kepada Allah Taala. Itu dikira berdoa selepas solat, namun kita juga boleh berdoa kepada Allah tidak mengira masa dan tempat. Sekiranya kita berhajat maka boleh sahaja kita memohon kepada Allah. Ini kerana Allah Maha Mendengar segala apa yang diucapkan oleh hamba-Nya.

Namun begitu, perlu kita ingat dan renung semula satu cerita yang mana pernah pada suatu hari Ibrahim bin Adham berjalan di pasar kota Basrah maka ramailah orang yang datang mengerumuninya lalu berkata: ”Wahai Abu Ishaq, sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang maksudnya: ”Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan-Ku perkenankan doamu itu.” (al-Mukmin: 60)

Sedangkan selama ini kami berdoa tetapi mengapa Allah tidak memperkenankan doa kami itu?”

Berkata Ibrahim bin Adham: ”Hai orang-orang Basrah, sesungguhnya hati kamu semuanya telah mati dalam sepuluh perkara, maka bagaimana doa kamu akan diperkenankan?

1. Kamu telah mengenal Allah, akan tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
2. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkannya.
4. Kamu mengakui memusuhi syaitan, tetapi kamu mematuhi dan menyetujuinya.
5. Kamu mengaku ingin masuk syurga, tetapi kamu tidak berbuat untuk menuju ke sana.
6. Kamu mengaku ingin selamat dari neraka, tetapi kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
7. Kamu mengatakan bahawa mati adalah benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap menghadapinya.
8. Kamu sibuk memikirkan cela saudara-saudara kamu sehingga kamu tidak mengenal cela dirimu sendiri.
9. Kamu memakan nikmat dari Tuhanmu, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
10. Kamu telah menguburkan orang yang mati di antara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari mereka.

Jika direnung kepada kata-kata Ibrahim bin Adham tersebut, ada benarnya dan tepat apa yang diungkapkannya. Ini merupakan satu muhasabah diri yang begitu jelas dan muhim bagi semua hamba-hamba Allah. Muhasabah sejauh mana kita ini kenal Allah dan cinta Rasulullah. Muhasabah sebanyak mana kita memahami dan mengamalkan apa yang kita baca daripada surah-surah al-Quran. Muhasabah sekuat mana kita memusuhi syaitan laknatullah itu. Muhasabah setakat mana kita sudah berbuat sesuatu untuk menuju syurga Allah dan menjauhi daripada masuk neraka Allah. Muhasabah yang kita bakal buat nanti akan mencerminkan sehebat mana kita takutkan mati, sekiranya bekalan untuk menghadapi sakaratul maut masih tidak mencukupi. Sehingga ke hari ini, sebenarnya kita masih banyak kekurangnya untuk menghadapi itu semua.

Walaupun sudah banyak kali kita baca dan hafal kata-kata Ibrahim bin Adham itu, namun persoalannya di sini adakah kita telah cuba untuk berbuat sesuatu? Sesuatu yang memungkinkan kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat apabila semua doa-doa yang kita panjatkan kepada Ilahi, diperkenankan-Nya. Renung-renung dan muhasabahlah wahai saudara-saudaraku.


More

Doa Perpisahan Khas Buatmu

1 comments
Doa Perpisahan ini fazakkeer tujukan kepada insan yang kami sayangi yang akan meninggalkan kami setelah bertemu dan bersama dengan kami selama ini.

Fazakkeer harap teman-teman yang mengenalinya dapat sama-sama membaca doa ini. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan lindungan daripada-Nya.

Kami sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati, dilindungi, diredhai Allah. Amiin


Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.

Doa Menjana Semangat dan Harapan


Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a menjelaskan bahawa doa ini adalah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian dari ibadah yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. Sebab manusia yang beriman dan memahami hakikat kehidupannya akan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia yang menyediakan segala macam rahmat dan ni'mat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Berdoalah kepada TuhanMu dengan merendahkan diri dan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-A'raf ayat 55)


Nota:


Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapa dan menyambungkan silaturrahim. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita, dapat menjadikan anak-anak kita sihat, soleh dan pintar menurut sesetengah riwayat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dijelaskan (maksudnya):
"Segala amalan anak Adam yang telah meninggal dunia tidak akan diperhitungkan oleh Allah SWT kecuali tiga perkara:

a) Sedekah jariah yang dibelanjakan di Jalan Allah.
b) Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan.
c) Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.

More

Doa Abu Darda': Pagar Diri & Pagar Rumah

4 comments
Bismillahirrahmaanirrahiim

Ada doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil karim...

Ada pula doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil azim...

kalau berpandukan Kitab Pedinding Diri, tulisan (Arab) oleh Al-Muhadith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, diterjemah oleh Ustaz Fuad Kamaludin (Yayasan Sofa) - yang betulnya "AZIM"

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar


O God! You are my Lord! There is no good but You. rely on You while You are the Lord of the heavens. There is neither might nor power but with Allah, the Great, the Exalted. Whatever He wills, will be done and nothing will be done if He does not will. I know that God has power over everything and He encompasses everything. O God! I seek refuge in You from the evil of myself, from the evil of a bad destiny, from the evil of one who has evil, from jinn and men, from the evil of every beast the control of which is in Your hand. Surely my Lord is on a straight path.”



Ertinya:“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Diceritakan oleh para guru jikalau doa ini dibaca ketika berjemaah maka jikalau ada salah seorang yang ada unsur-unsur negatif akan keluar sendawa angin yang banyak dari tubuhnya. Malah mungkin juga ada rasa sengal-sengal badan. Wallahu a'lam.
More

Doa-doa Pilihan: Doa Harian

0 comments

Doa Harian

Assalamualaikum...fazakkeer ingin berkongsi doa-doa pilihan dengan anda semua. Semoga kita sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap perbuatan kita supaya mendapat keredhaan dan keberkatan daripada-Nya.

Doa juga merupakan perisai bagi orang Mukmin. Allah juga suka hamba-Nya yang suka meminta dan berdoa kepada-Nya.

  1. DOA PENERANG HATI


  2. DOA KETIKA KEHILANGAN BARANG


  3. DOA ANAK UNTUK KEDUA IBU BAPA


  4. DOA MENGHINDAR DARI SIFAT MALAS


  5. DOA MEMOHON KESABARAN


  6. DOA ORANG YANG SEDANG SAKIT


  7. DOA MOHON KETETAPAN IMAN


  8. DOA TAUBAT


  9. DOA APABILA MELIHAT HUJAN


  10. DOA APABILA MENDENGAR GURUH


  11. DOA DIWAKTU PAGI DAN PETANG


  12. DOA DIKALA MELIHAT LANGIT



More

Doa Memohon Perlindungan Dari Kejahatan Semua Makhluk

2 comments

DOA PERLINDUNGAN

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

  • More

    Mari Berdoa Selepas Solat

    0 comments


    Do'a-do'a Sesudah Solat

    a. Allaahumma innii as-alukal jannah, Allahumma ajirnii minannaar (7x)

    (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon surga kepada-Mu, ya Allah, bebaskan aku dari siksa neraka.)

    b. Allaahumma ashlih lii diiniyallati huwa 'ishamatu amrii, wa ashlih lii dunyayallatii ja'alta fiihaa ma'assyii

    (Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang padanya Engkau jadikan penghidupanku.)

    c. Allaahumma 'aafinii fii badanii, Allaahumma 'aafinii fii sam'ii, Allaahumma 'aafinii fii basharii, Allaahumma innii a'uudzu bika minal kufri wal faqri, Allaahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri, laa ilaaha illaa anta.

    (Ya Allah, afiatkanlah badanku. Ya Allah, 'afiatkanlah pendengaranku. Ya Allah, 'afiatkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari siksa kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.)

    d. Allaahumma inni a'uudzu bika minal bukhli, wa a'uudzu bika minal jubni, wa a'uudzu bika min an uradda ilaa ardzalil 'umur, wa a'uudzu bika min fitnatid dunya, wa a'uudzu bika min 'adzaa bil qabri.

    (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan. Aku berlindung kepada-Mu dari seburuk-buruk usia. Aku berlindung kepada-Mu dari bencana dunia. Dan aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur.)

    e. Allaahummaghfirli dzunuubii wa khathaayaayaa kullaahaa. Allaahumma 'isynii, wajburnii, wahdinii liahsanil a'maali wal akhlaaqi, innahu laa yahdi li ahsanihaa illa anta, washrif 'annii sayyi-ahaa innahu laa yashrifu sayyiahaa illa anta.

    (Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahanku. Ya Allah, segarkanlah badanku, cukupilah aku, dan tuntunlah aku sebaik-baik amal dan akhlak, sesungguhnya tidak ada yang dapat menuntun kepada yang terbaik melainkan hanya Engkau, dan hindarkanlah aku dari seburuk-buruk amal, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menghindarkanku dari seburuk-buruknya melainkan hanya Engkau.)

    f. Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika

    (Ya Allah yang membolak-balikkan hati, mantapkanlah hatiku dalam memeluk agama-Mu.)

    Doa-doa di atas boleh dibaca semuanya sesudah solat, atau dipilih di antara doa yang disukai dan sesuai dengan tujuan yang diinginkan. Boleh juga membaca doa-doa yang lain, tentunya doa yang terbaik ialah yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. atau dari para Nabi Allah yang lain.

    Bila ada keperluan dengan suatu hajat kepada Allah s.w.t. dan anda tidak mengerti doa aslinya, maka tidak ada salahnya berdoa dengan bahasa yang difahami sendiri.

    Sebaiknya setiap berdoa jangan meninggalkan kesempatan buat mendoakan ibu dan bapa kita sebagai orang tua yang patut dihormati:

    Rabbighfirlii wa liwaalidayyaa warhamnii warhamhumaakamaa rabbayaanii shaghiira.

    (Oh Tuhan, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, kasihanilah aku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu kecil.)

    Dianjurkan pula memintakan ampun bagi para sahabat, kaum keluarga serta kaum muslimin dan muslimat, khususnya orang-orang yang pernah berbuat baik kepada kita.

    Lebih lanjut, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan supaya kita membaca doa sesudah tahiyyat, sebelum salam, yang berbunyi:

    Allaahummaghfirlii maa qaddamtu wama akhkharartu wa anta'alamu bihi minnii, antal muqaadimu wa antal muakhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

    (Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dan apa-apa yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan. Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.)
    Dianjurkan sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Mas'ud, supaya sesudah tahiyyat dan sebelum salam meminta kebajikan dunia dan akhirat
    More

    Doa Yang Tidak Diperkenankan

    0 comments

    "Saya telah banyak berdoa. Saya tidak putus berdoa. Tetapi mengapa Allah tidak perkenankan doa saya?"

    Ini antara keluhan yang mungkin pernah kita dengar. Mengapa doa tidak termakbul? Mungkin elok kita nilai semula mengenai hal ini. Berdoa tidak boleh dilakukan sembarangan tetapi perlu mematuhi adab dan syarat tertentu. Berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa adalah usaha yang remeh adalah orang yang doanya jarang-jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.

    Selain itu, jangan ambil remeh aspek pemakanan. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah. Apabila seorang Muslim selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, Insyaallah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

    Yang tidak kurang utama, berdoalah dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
    "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..." (Surah al-A'raf:55)

    Ini menepati sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: "Wahai para Rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun:51) "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu..." (al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan dan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuh sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"
    (Riwayat Muslim)

    Seperkara yang perlu anda ingat, doa mungkin tidak segera dimakbulkan, tetapi percayalah jika betul caranya, akan tetap ada keberkatannya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,
    "Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (Riwayat at-Tabrani)

    More

    Mulakan Dengan BISMILLAH

    0 comments


    Perkataan Bismillah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan Malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah Taala dalam surah al-Muddatthir: 27-30 yang bermaksud:
    "Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan nerala Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)."

    Alim ulama mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan, minum, memakai pakaian dan bersuci adalah sunat. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-An'am: 118 yang bermaksud:
    "Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya."

    Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
    "Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka." (Riwayat Muslim)

    Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam kitabnya, tafsir al-Qurtubi, menyatakan, diriwayatkan daripada Waqi' daripada al-A'masy daripada Abu Wail daripada Ibn Mas'ud berkata:
    "Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu."
    More

    Hamba-Nya yang Didoakan oleh Malaikat

    0 comments
    Malaikat merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah Taala. Malaikat juga mendoakan kepada hamba-hamba Allah yang terpilih. Hamba-hamba Allah yang didoakan oleh Malaikat adalah hamba-hamba yang memang beruntung dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Setiap orang mengharapkan diri mereka didoakan oleh Malaikat supaya mendapat syafaat di hari Akhirat nanti.

    Inilah hamba-hamba Allah yang didoakan oleh para Malaikat tersebut:

    1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
    Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'."

    2. Orang yang duduk menunggu solat.
    Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para Malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."

    3. Orang-orang yang berada di saf bahagian hadapan di dalam solat
    Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang berada pada saf-saf paling hadapan."

    4. Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan berlaku kekosongan di dalam saf)
    Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf."

    5. Para Malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca al-Fatihah
    Rasulullah SAW bersabda: "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaaliinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'amiin', kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu."

    6. Orang yang duduk di tempat solat setelah melakukan solat


    7. Orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah


    8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

    9. Orang-orang yang berinfak

    10. Orang yang makan sahur

    11. Orang yang menjenguk orang sakit

    12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain

    More

    Doa Seorang Ibu Sangat Mustajab

    0 comments


    Satu rombongan pengembara yang berjalan di padang pasir memutuskan untuk berhenti rehat di satu kawasan sebelum tiba di Basrah. Kepenatan dan dahaga, mereka menggunakan kesempatan berteduh di satu kawasan kolam untuk memulihkan kembali tenaga yang hilang.
    Tanpa disedari, waktu berjalan pantas. Hari mula suram kerana petang semakin tua. Mereka memutuskan untuk bermalam di situ sebelum meneruskan pengembaraan keesokan hari.
    Sewaktu berehat di situ, tiba-tiba mereka terdengar bunyi binatang menjerit-jerit. Semua ahli rombongan tertanya-tanya dari mana datangnya bunyi itu. "Bunyi apakah itu?" tanya seorang daripada mereka. Semuanya menggelengkan kepala.
    Tiba-tiba seorang lelaki bersuara: "Mahukah kalian aku ceritakan asal-usul bunyi itu?"
    Mereka mengangguk kepala. Bunyi haiwan itu memang mengganggu dan mengundang rasa ingin tahu yang tinggi. "Suara itu sebenarnya datangnya dari sebuah kubur tidak jauh dari sini. Arwah itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan aku," cerita lelaki berkenaan.
    Semua ahli rombongan mendengar dengan khusyuk. "Ketika hidupnya dulu, lelaki itu suka membantah cakap ibunya. Ia berpendapat segala yang dilakukannya adalah betul, manakala nasihat ibunya tidak pernah diendahkan.
    "Pada suatu hari kerana tidak tahan dengan leteran ibunya, dia membalas kata-kata si ibu dengan suara himar (keldai). Dia berkata demikian tanpa menyedari si ibu itulah yang bersusah payah mengadung dan melahirkannya. Si ibu itulah yang membesarkannya dengan penuh kesulitan dan keperitan tanpa mempedulikan diri sendiri semata-mata kerana kasih dan sayang kepadanya.
    "Kata-kata itu sangat melukakan hati si ibu. Dengan kekecewaan, si ibu yang terguris perasaaannya berdoa kepada Allah semoga anaknya dijadikan himar. Akhirnya selepas meninggal dunia, suara seperti itulah yang selalu kedengaran dari kubur anak derhaka itu," cerita lelaki berkenaan.
    Semua ahli rombongan mendengar dan mengeluh keinsafan. Mereka lalu beristighfar dan berdoa kepada Allah semoga kejadian itu dapat diteladani. Sesungguhnya doa seorang ibu sangat mustajab.


    More

    Teman Setia Kami

    Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

    Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

    Ruangan Iklan

    Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

    wibiya widget

    Download MP3 Ceramah

    MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

    1. Antara Ahli Syurga & Neraka
    2. Antara Ujian & Bala
    3. Azab Neraka
    4. Dajjal
    5. Ikhlas Dalam Amalan
    6. Mendidik Anak Yang Soleh
    7. Kelahiran & Kematian


    MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

    1. 12 Ribu Dosa
    http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
    2. Dua Kali Bodoh
    http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
    3. 28 Nabi
    http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
    4. Adab Sembelih
    http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
    5. Air Zam Zam
    http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
    6. Alam Barzakh
    http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
    7. Amanah yang Semakin Hilang
    http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
    8. Anak Derhaka
    http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
    9. Angin Merah
    http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
    10. Awek Takraw
    http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
    11. Bab Jenazah
    http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
    12. Bahaya Fitnah
    http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
    13. Bahaya Kemewahan
    http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
    14. Baiki Agama
    http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
    15. Baju Telanjang
    http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
    16. Basuh Hati
    http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
    17. Batu Pelesit
    http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



    MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

    1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
    2. Perjalanan Umur: klik di sini
    3. Asbab Nuzul: klik di sini
    4. Adab vs Ibadat: klik di sini
    5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
    6. Cari Hidayah: klik di sini
    7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
    8. Bidaah Dalam Solat
    : klik di sini
    9. Fitnah Kubur: klik di sini
    10. Hukum Berjampi: klik di sini
    11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
    12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
    13. Alam Jin 1: klik di sini
    14. Alam Jin 2: klik di sini
    15. Alam Jin 3: klik di sini
    16. Mengenal Jin 1: klik di sini
    17. Mengenal Jin 2: klik di sini
    18. Mengenal Jin 3: klik di sini
    19. Mengenal Jin 4: klik di sini
    20. Mengenal Jin 5: klik di sini



    MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

    1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
    2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
    3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
    4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
    5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
    6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
    7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
    8. Keadilan Islam: klik di sini
    9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
    10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


    MP3 Ceramah: Dato Haron Din

    1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
    2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
    3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
    4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
    5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
    6. Manusia dan Islam: Klik di sini
    7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
    8. Cahaya Iman: Klik di sini
    9.
    Cintai Islam: Klik di sini
    10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
    11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
    12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


    MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

    1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
    2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
    3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
    4. Pelaburan Internet: klik di sini
    5. Maulid Nabi: klik di sini
    6. Penjelasan FOREX: klik di sini
    7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


    Muat turun

    Doa-doa
    Doa harian: klik di sini
    Doa masuk hutan: klik di sini
    Doa sakit kepala: klik di sini
    Doa Bismillah enam: klik di sini
    Doa Istikharah: klik di sini
    Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
    Doa kejayaan: klik di sini
    Doa pengasih anak: klik di sini
    Doa peperiksaan: klik di sini
    Doa kem bestari solat: klik di sini
    Doa Yaasiin: klik di sini
    Doa sempena mesyuarat: klik di sini
    Doa angin ahmar: klik di sini
    Doa Solat Hajat: klik di sini
    Doa Solat Dhuha: klik di sini
    Doa Solat Tahajjud: klik di sini
    Doa Solat Terawih: klik di sini
    Doa Solat Witir: klik di sini
    Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


    Selawat Nabi
    Selawat al-I'tiraf: klik di sini
    Selawat Badar: klik di sini
    Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
    Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
    Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
    Selawat-Badwi: klik di sini
    Selawat-Dawam: klik di sini
    Selawat-Syifa': klik di sini
    Muhammad Ya Habibi: klik di sini
    Selawat-Maulid: klik di sini


    Kategori

    Logo SKSSJ

    Logo SKSSJ