Pujian kepada manusia
Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan. Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-
عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )
Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )
Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis di atas berkata :-
فَأَمَّا مَنْ مَدَحَ الرَّجُل عَلَى الْفِعْل الْحَسَن تَرْغِيبًا لَهُ فِي أَمْثَاله وَتَحْرِيضًا لِلنَّاسِ عَلَى الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَشْبَاهه , فَلَيْسَ بِمَدَّاحٍ
Ertinya : Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" ( Ma'alim as-Sunan)
Walau apa jua takwil, teks hadis ini juga merangkumkan segala jenis pujian benar di hadapan orang yang dipujinya. Pengajaran dari hadis sudah tentu jangan terlalu banyak memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah BENAR DAN IKHLAS kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya.
Hadis Sahih Bukhari
Hadis Sahih Bukhari No. 1239 Jilid 3 Topik adalah Puji
1239. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: Seorang laki-laki memuji laki-laki lain di sisi Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Ah! Engkau telah memotong leher teman engkau". Perkataan ini diulangnya beberapa kali. Kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa di antara kamu yang terpaksa memuji saudaranya, hendaklah ia berkata: "Saya kira si Anu (hanya Tuhan mengetahui dan saya tidak akan mengatakan bersih seseorang di sisi Tuhan) sepanjang dugaan saya orang itu begini atau begitu; kalau ia mengetahui tentang orang tadi."Hadis Sahih Bukhari No. 1240 Jilid 3 Topik adalah Puji
1240. Dari Abu Musa r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki memuji laki-laki lain dan berlebihan dalam pujiannya. Beliau bersabda: "Kamu membinasakannya atau memotong punggung orang itu."Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Puji/#ixzz1k9ty6SXn