Huraian ringkas buku: Anak Soleh Anak Cerdas
33 Panduan Amalan dan Doa Memperoleh Anak Soleh & Anak Cerdas
Buku ini disusun oleh:
Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin. Lepasan Universiti Malaya dalam jurusan Fiqh dan Usul.
BA (Shariah) UM dan DIPLOMA PENDIDIKAN
Buku ini Terbitan:
MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN SIDIIBRAHIM AR-RASHIDAnak merupakan nikmat kurniaan Allah terhadap manusia. Ia juga merupakan amanah Allah yang perlu dipelihara dan dididik menjadi hamba yang berbakti kepada Pencipta-Nya. Usaha memperoleh anak yang soleh merupakan kewajipan kepada setiap ibu bapa. Ibu bapa yang baik akan berusaha mendidik anak-anaknya selaras dengan ajaran agama yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Proses pendidikan ini mengambil masa yang panjang bermula dariapada pemilihan pasangan, penjagaan waktu kehamilan seterusnya pendidikan formal dan tak formal yang dilalui oleh anak-anak. Para ibu bapa perlu memiliki ilmu kemahiran mendidik yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Antara yang termuat dalam buku ini:
- Solat Sunat Istikharah, Sunat Pengantin baru, Taubat,
- Hajat, tasbih, Penguat ingatan
- Doa mengekalkan hafazan
- Doa memohon anak soleh dari al-Qur'an
- 53 himpunan doa al-Qur'an
- Zikir menjauhkan anak daripada terlibat dengan zina
- Kaifiyat Tahnik
- Doa ketika memberikan nama kepada anak
- Ayat-ayat al-Qur'an penerang hati
- Doa penerang hati
- Ayat 33 penghindar bencana dan kecurian
- Doa untuk kesihatan dan penghindar dari penyakit,
- dan banyak lagi
More