JATUH TAPI SELAMAT... Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa cuba menyelamatkan seorang gadis yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan Pusat Beli-Belah KB Mall, petang semalam. Bagaimanapun gadis berkenaan meronta-ronta menyebabkannya terjatuh. Namun dia selamat kerana terjatuh atas tilam.
Orang ramai bantu mangsa cuba bunuh diri
KOTA BHARU: Tindakan pantas orang awam menyediakan tilam berjaya menyelamat seorang gadis yang terjatuh dari tingkat tiga bangunan kompleks beli-belah KB Mall setinggi 30 meter, petang semalam.
Mangsa berusia 20-an yang dipercayai sebelum itu bergaduh dengan teman lelakinya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.
Kira-kira 15 anggota Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu serta Pengkalan Chepa yang berada di bangunan itu memujuk gadis berkenaan selama 20 minit, namun gagal menyebabkan seorang anggota menghampirinya itu dalam usaha cuba memujuk mangsa.
Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shahrin Yusmal Mat Yusof, berkata anggota Bomba, Mohd Zaki Ismail kemudian turun ke tepi bangunan dan menangkap tangan mangsa.
“Mohd Zaki berjaya menangkap tangan mangsa, namun gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan sehingga separuh badan mangsa hampir terjatuh. “Oleh sebab tangan mangsa yang licin dan meronta-ronta, pegangan Mohd Zaki terlepas sekali gus mangsa jatuh di atas tilam yang sudah dibentangkan orang awam,” katanya.
Hari ini terima 1 post di facebook mengenai cubaan bunuh diri oleh seorang remaja perempuan di KB Mall!
Ketahui lebih details di facebook rakan.
Gambar Cubaan Bunuh Diri KB Mall
Pada mulanya terasa sangat terkejut melihat entri post ini mengenai kes cubaan bunuh diri dari tingkat atas KB Mall. Namun begitu timbul pula isu kenapa dia mahu bunuh diri? Ternyata singkat sungguh fikirannya kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Ahh.. Celaru sungguh fikiran memikirkan gelagat remaja perempuan ini.
Video Kes Bunuh DIri Di KB Mall
Ada banyak juga spekulasi yang dibuat oleh orang ramai mengenai cubaan bunuh diri di KB Mall ini. Antaranya ada yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini mungkin mengalami masalah dalam percintaan atau dalam bahasa lebih kasarnya ialah “putus cinta hingga nak bunuh diri”! Logikkah akal ini hingga sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan?
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa remaja perempuan ini sebenarnya telah gagal dalam peperiksaan SPM hingga tidak mahu teruskan hidup lagi. Benarkah SPM ialah segala-galanya hingga sanggup membunuh diri?
Hukumnya Haram dan Berdosa Besar Bagi Muslim
”Jangan engkau membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan al-haq” – maksud surah al An aam : 151
”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah Maha Menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28
dari Jundud bin Abdullah, bahawa Rasulullah saw bersabda; ”dahulu ada orang yang terluka, lalu dia mengambil pisau dan memotong urat nadi di tangannya sehingga ia mati kerana kehabisan darah, lalu Allah berfirman, ”orang ini mendahului kehendakKu untuk mengadapKu (mati) maka aku haramkan syurga baginya.” – riwayat Bukhari dan muslim
”dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja” – maksud surah Yusof : 78
“Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
24 MAC 2011: Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu petang tadi. Remaja terbabit terselamat cuma sedikit tercedera di muka. – Utusan
Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada.
Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia)
Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.
Ruangan Iklan
Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com
Sila dapatkan ebook “7 Golongan manusia Mulia Dinaungi ’Arasy Allah” Penyusun: Ustaz Arqustany Muka Surat: 60 ms Emailkan kepada: fazakkeer@gmail.com Harga: RM5.00 Berminat? Sila emailkan kepada kami sekarang: Nama Anda: Email Anda:
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang membesar dalam ketaatan dan dalam keadaan beribadat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang lelaki yang saling kasih-mengasihi hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya,
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS
-
*Soalan :*
Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar
puasa juga bila mampu?
Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak te...
Hari Baru
-
Rindunyaaaaa blog 😍❤️
Rindu nak menulis kat sini..
tapi tu la.. sekadar rindu.. tulisnya tidak!
Jadi sempena harini,
hari baru..
tetap nak taip se...
Simpulan Bahasa ( T )
-
1. Tahan Hati
Maksud: Cekal.
Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.
2. Tahi Air
Maksud: Sampah yang mengapung di atas a...
TUANKU, SYED, WAN, SHARIFAH..
-
SEKILAS SEJARAH MASUKNYA SEBAHAGIAN ALAWIYYIN DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN
BORNEO (Siri Akhir)
MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI SARAWAK: TINJAUAN TERHADAP SE...
AMALAN-AMALAN YANG BOLEH MENYUCIKAN HATI KITA
-
* Berkawan dengan orang-orang yang soleh.
* Menjaga pemakanan yakni tidak makan makanan yang haram atau syubuhah.
* Selalu membaca al-Quran dan...
Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1
-
Assalamualaikum buat semua guru j-QAF Bahasa Arab.
Anda boleh memuat turun Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 melalui blog
fazakkeer hari ini.
Sila downlo...
Permulaan Sebenar
-
Bismillah ...
Agak lama tak menghidupkan blog yang makin usang nih. memandangkan tak ada
apa yang hendak dikongsi, maka cukuplah berkongsi sedikit kegem...
MUQADDIMAH SURAT ALBAQARAH ( SAPI BETINA) Bagian 1
-
Surat " Al Baqarah " yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebahagian
besar di turunkan pada permulaan tahun hijrah, kecuali ayat 281 di turunkan
di Mina...
Produk Jualan FOS
-
Produk-produk Jualan Fazakkeer Online Shoppe (FOS)
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
15DIS
*INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT*
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini meru...
Produk Best Seller
-
Kod: 37319 - 06
Berat bersih: 700 ml
Harga: RM 71.30
Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Ianya berupaya merawat sakit
jantung,tekanan darah tingg...
Real Stories from Egypt
-
*Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan
Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu
tanda) me...
TEMPAHAN KUIH RAYA DIBUKA
-
Bismillah walhamdulillah... Salam Ramadhan Al-Mubarak. Di sini kami membuka
tempahan kuih raya kepada seluruh warga MESIR sahaja. Kepada yang ingin
membuat...
Hari Interaksi SKSSJ
-
Hari ini (Sabtu 10.7.2010) SK Sri Subang Jaya mengadakan Hari Interaksi
bersama ibu bapa murid sekolah ini.
Bilik j-QAF pula mengadakan pameran berkaitan de...