Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya: "Rasulullah SAW pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah SAW memberitahu bahawasanya amanat itu akan turun ke dalam hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah Al-Quran. maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.
Selanjutnya Rasulullah SAW menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu di ambillah amanah itu dari hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tapak tangan dari bekas bekerja berat seperti meggunakan kapak dan cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gilingkan dengan kakimu, kemudian mengelembung lah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Diketika Rasulullah SAW menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual beli maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan bani Fulan (di kampung tertentu) itu tidak seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alagkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. padahal di dalam hatinya sudah tiada keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya, saya tidak mempedulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya daripada khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan mengembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi, maka orang yang memegang kekuasaan/pemerintahanlah yang dapat membantu aku mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Adapun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)" H.R. Bukhari Muslim