7 Golongan Dinaungi ALLAH

0 comments

http://panglimatipurwakarta.files.wordpress.com/2011/01/7-golongan.jpg

Audio: Klik di sini

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

الإِمَامُ الْعَادِلُ

وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ

وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Tujuh golongan yang akan ALLAH naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu:

1. Pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh dalam rangka ketaatan kepada ALLAH.

3. Laki-laki yang hatinya senantiasa terikat (terpaut) dengan masjid.

4. Dua orang yang mencintai kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-NYA.

5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata : “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”

6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang mengingat ALLAH di waktu sendirian hingga menitislah air matanya”

(HR al-Bukhari & Muslim).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcjvhUqe_LpL7QjuwhngJMGMORrf9Qx75RtVct0ETXD4D_X3UCJoYHba4_1_EyMoxNHIbHKQrAZl8AdE1sbSXBSp6WDfvWvN5dm-OGa9PpB4JySkfPeMx7SXLFwjJGlzOsoTfJRimnx9k/s400/7+golongan+yang+dinaungi+alloh+pada+hari+kiamat.jpg
Lagi artikel yang sama

7 Golongan yang dinaungi Allah

PDF
Dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.” (HR Bukhari)

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan dari Allah yang pada hari itu tidak ada perlindungan kecuali hanya perlindungan Allah.

Yang pertama, imamun adil, pemimpin yang adil, hakim yang adil. Subhanallah, terdepan, yang pertama mendapat perlindungan Allah. Dan sungguh negeri Indonesia yang tercinta ini sangat merindukan pemimpin yang adil, hakim yang adil.

Yang kedua, pemuda yang aktif, gesit, dalam ibadah kepada Allah SWT. Aktivitasnya mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Yang ketiga, manusia, hamba Allah, yang hatinya senang berada di dalam masjid. Dia betah di masjid. Shalat berjama’ah, ia senang, subuh-subuh ia menegakkan shalat berjamaah. Allahu Akbar, tentu ini hamba Allah yang benar-benar beriman kepada Allah.

Yang keempat, orang yang bersedakah yang tangan kanannya memberi tapi tangan kirinya tidak tahu. Subhanallah. . Apa ini? Orang yang ikhlash, tidak riya, tidak ujub.

Yang kelima, orang yang saling mencintai karena Allah, bertemu karena Allah, berpisah karena Allah.

Yang keenam, sangat sulit ini, pemuda yang dirayu, digoda, oleh wanita cantik yang memiliki kekayaan, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”. Keinginan maksiatnya ada, tapi rasa takutnya kepada Allah lebih hebat, sehingga ia tidak mau melakukan kemaksiatan. Kita sangat merindukan pemuda, yang memiliki kualitas keimanan yang luar biasa, sehingga ia mampu menahan dari berbagai macam godaan.

Yang ketujuh, yaitu pemuda, atau hamba Allah, yang Takut pada Allah, atau orang yang dalam ingatannya kepada Allah, dalam ibadahnya, dalam doanya, dalam dzikirnya, ia menangis. Allahu Akbar, menangis.. Dua tetesan yang dibanggakan Allah di hari kiamat, pertama tetesan darah fii sabilillah, kedua tetesan air mata karena menangis, takut azab Allah, karena merasa bersalah atas segala dosa yang ia lakukan kepada Allah, karena ia sangat mencintai Allah.

Subhanallah. . Inilah golongan yang kelak mendapat pertolongan Allah di hari kiamat kelak.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahai lla anta astaghfiruka wa atubuilaik. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

dikutip dari tulisan : Ust. Arifin Ilham


Lagi artikel yang sama

Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu.

Rasulullah SAWmenggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:

1) Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Wallahualam.

Sumber: Buku Malam Pertama Di Syurga Adil Akhyar, SH, LL.M

Artikel Tambahan

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.

Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.

  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.

Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!

Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.

Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

  • Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sumber Blog:

http://nurjeehan.wordpress.com

http://www.ataphijau.com


More

Tazkirah || Munafik Membawa Kebinasaan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEibFvm6zC7B93mqW_VEB_92dnq72Mxob_-SMT23qz6mkY214nZ64utEM-PwQmeptRyN4QGzg4iPlE1KAJqZDos6NDlrVV8c13luIGGHIFJgGbhuwKU953-0VGYHZ6Yin2ZXVzfbqeHyFm/s1600/munafik.jpg
kredit foto dari google

Alhamdulillah bersyukur kita kpd Allah Taala krn dapat bersua pada kali ini. Suka sy berkongsi bersama sahabat2 sekalian mengenai perkara2 yg perlu kita semua tahu sebagaimana tajuk entry kali ini.

Kemunafikan merupakan lambang keimanan yang tipis. Ia bagaikan daun lalang yang rebah dan bergoyang menurut arah angin. Orang-orang yang munafik hanya manis di mulut tanpa mengucapkan yang sebenarnya sesuai yang di dalam hatinya. Lain di bibir lain di hati, maka keadaan mereka lebih dekat kepada kafir daripada iman.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)

Mengundur-ngundur untuk melaksanakan perintah Allah itu mendekatkan diri kepada kekafiran. Kerana orang yg semacam ini adalah tergolog orang-orang yg lalai. Lebih tegas Allah menjelaskan bhw di dalam diri seseorang ada dua persimpangan pengaruh yg sama kuatnya, iaitu antara iman dgn Allah dgn kemunafikannya. Firman Allah: "Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambah penyakitnya itu". (Al-Baqarah:10). "Dan orang-orang yg mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepadanya dan memberikan ganjaran kpd mereka balasan taqwanya". (Muhammad:17).

Sikap lain di mulut dan lain di hati ini atau sifat munafik ini hanya dimiliki oleh wali-wali syaitan yg berhasrat menipu orang lain, padahal mereka menipu diri sendiri. Dalam hati mereka memiki kedurhakaan dan kebohongan yang hanya merugikan diri mereka sendiri.

Firman Allah Taala:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivXTCqi-5tEO6LsYjyxEu7y3s6PKvwrZSShh-QZn48FDSU22xU9o7vaqF_pdJ6mhf9LR5KtbL6quPa008j_B2yVV6hjqyG4QYdQjMi6hEXDFehX3m_QU9Fz4n2mo3DHzBhqQj4EbplREc/s400/Munafiqun+1-3.jpg


Related Article:
Ciri-ciri Munafik Sejati

Orang Munafik

Jauhkan Dirimu Dari Orang Munafik

More

Pengenalan Hadith Sohih

0 comments
Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.


Syarat hadith sahih

a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.

b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ;

- Muslim.
- Baligh.
- Berakal.
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil.
- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit.

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa.

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.

d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan.

e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq.


1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.

Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi

apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:


Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.



Hadith Sahih:

Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.


Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

More

Hadith Kelebihan Membaca Al-Qur'an

1 comments

Di antara hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan membaca dan mempelajari Al-Qur'an:

 "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya"
(Hadith riwayat Bukhari)

 "Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

 "Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya."
(Hadith riwayat Muslim)

 "Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam."
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

 "Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf."
(Hadith riwayat Tarmidzi)

 "Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya."
(Hadith riwayat Tarmidzi)

 "Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah."
(Hadith riwayat Ad-Darimy)

More

Rebutlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara

0 comments
gambar credit dr pokcik google

SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

gambar credit dr pokcik google


SIHAT SEBELUM SAKIT
Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.

Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.

gambar credit dr pokcik google


KAYA SEBELUM MISKIN
Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.

gambar credit dr pokcik google


LAPANG SEBELUM SEMPIT
Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.


Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

gambar credit dr pokcik google


MUDA SEBELUM TUA
Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi. Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.

Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.

gambar credit dr pokcik google


HIDUP SEBELUM MATI
Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.

Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.

Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.

Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

More

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi

14 comments

المؤمن القوي خير و أحب إلى الله من المؤمن الضعيف

Hadis: Mukmin kuat lebih dikasihi
Justify Full
DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu", tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Dia lakukan', kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)



· Orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya. Setengahnya kuat semangat keagamaannya, tinggi hikmahnya, luas dan jauh pemandangannya serta tabah dan cekal hatinya. Ada juga yang kuat berusaha untuk kebaikan agama, diri, umat dan tanah airnya. Sementara, setengahnya adalah sebaliknya.

· Orang mukmin yang bersifat terpuji itu lebih baik dan dikasihi oleh Allah.

Setiap mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperoleh perkara yang mendatangkan manfaat, sambil meminta pertolongan kepada Allah supaya dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya. Hal ini kerana manusia sebijak dan kuat mana pun berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Tuhan.

· Setiap mukmin tidak patut bersikap segan dan malas bekerja. Mereka tidak sepatutnya hanya berangan-angan bahawa Tuhan akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Tuhan amat berkuasa, pada hal Tuhan telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil, melainkan selepas diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

· Selepas seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya serta berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang diusahakan itu tidak juga berhasil. Maka, pada saat itu, tidak ada jalan baginya untuk menghadapi qada takdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan tenang tenteram. Mereka hendaklah berkata seperti yang diajar oleh Rasulullah dalam hadis di atas yang maksudnya: "Perkara ini telah ditakdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku", sambil berusaha lagi mencari jalan untuk menjayakan maksudnya.

· Perkataan "kalau" jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai maksudnya atau mengalami kerugian. Hal ini kerana perkataan "kalau" seperti diterangkan oleh Rasulullah akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan orang itu resah gelisah, berduka dan tidak reda kepada qada takdir Tuhan Yang Maha Bijaksana. – Petikan Mastika Hadis terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



More

Renungan: Aib Hanya Darurat

7 comments

Apabila membicarakan tentang sesuatu perkara baik secara peribadi mahupun berkumpulan, perlulah ada pada seseorang itu satu garis panduan dalam membahaskan akan sesuatu isu, agar ia tidak melanggar apa yang dikatakan sebagai batasan dalam syariat Allah Ta’ala… Apa yang dimaksudkan ini, adalah berkenaan kesalahan membuka atau menyentuh aib seseorang itu secara terbuka mahupun tertutup, tanpa ada baginya keperluan ia untuk diketahui dan dihebahkan kepada khalayak ramai…

____________________________________________________________________

Sabda Rasulullah s.a.w ;

” Rasulullah bertanya kepada sahabat : tahukan kamu apa yang dimaksudkan akan ghibah ? Mereka menjawab : Allah dan rasulnya lebih mengatahui. Maka sabda Rasulullah s.a.w : iaitu kamu membicarakan tentang saudara kamu berkenaan apa yang tidak ia sukai. kemudian mereka berkata : Bagaimana dengan apa yang diperkatakan itu ada pada dirinya . sabda Rasulullah s.a.w : jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan, maka bererti kamu mengumpatinya, dan jika apa yang kamu katakan itu tidak terdapat pada dirinya, maka bererti kamu telah menuduhnya “. ( Hadith riwayat Muslim )

____________________________________________________________________


Apa yang diperkatakan disini, bukanlah bertujuan untuk membela mana-mana pihak tertentu, baik pihak A mahupun pihak B. Akan tetapi, ianya dikira sebagai satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk memperbetulkan sesuatu perkara, yang dilihat padanya mempunyai kesalahan yang mana perlu diperbetulkan bagi kebaikan semua…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung ” . ( Surah Al-Imran : 104 )

____________________________________________________________________

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi said Al-Khudri ;


” Sesiapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran, maka hendak diubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu ( diubah ) dengan perkataan, jika tidak mampu ( diubah ) dengan hatinya ( membenci akan perkara tersebut ), sesungguhnya ia selemah-lemah iman “. ( Hadith riwayat Muslim )
____________________________________________________________________


Kata Al-Imam Al-Nawawi : ” Perkataan nabi s.a.w ” hendaklah ia mengubahnya ” adalah perintah wajib secara sepakat umat islam. Mewajibkan Al-Amr bi Al-Ma’ruf dan Al-Nahy an Al-Mungkar ini bertepatan dangan Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma’ “. ( Syarah Sohih Muslim, J 1, m/s : 217 )…

……………………………………………………..

Berkata As-Syeikah Al-Imam Ibn Taimiyyah : ” Oleh kerana ini menjadi setiap batasan amalan soleh, maka menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah akan kemungkaran itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh “. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 14, m/s : 344 )…

____________________________________________________________________


Hal ini menerangkan, berkenaan kewajiban insan dalam menyeru akan kebaikan dan menegah akan kemungkaran. Perkara ini juga, termasuklah apa yang diperkatakkan disini, berkenaan kesalahan membuka aib seseorang tanpa nas mahupun dalil syara’ yang membenarkannya untuk diperkatakan dalam sesuatu perbualan, penulisan mahupun perbahasan yang dilakukan… Pada masa yang sama, dalam kita memperbetulkan perkara ini perlulah ia diperlakukan dengan keadilan dan kesaksamaan tanpa cenderung kepada mana-mana pihak ataupun kaum kerabat…

____________________________________________________________________

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )

____________________________________________________________________


Dan janganlah pula kebencian kepada sesuatu pihak menyebabkan ia tidak berlaku adil dan berpihak kepada satu puak mahupun golongan yang dipersetujui…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala * maksudnya ) ;


” wahai orang-orang beriman ! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “. ( Surah Al-Nisa : 135 )

____________________________________________________________________

Aib adalah sesuatu kecacatan, percakapan mahupun perbuatan yang mampu menjatuhkan maruah individu apabila ia dipertontonkan dikhalayak ramai, dan perkara itu dipandang serong apabila ia disebut mahupun dibicarakan berkenaannya… Di dalam islam, menjadi satu kesalahan apabila memperkatakankan akan keaiban seseorang tanpa baginya sesuatu kepentingan untuk ia diperhebahkan…. Malah di dalam nas-nas Al-Quran, banyak memperkatakan berkenaan larangan bagi manusia membuka aib seseorang itu tanpa sebarang keperluan…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya) ;


” Wahai orang-orang beriman ! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang )kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? maka sedah tentu kamu jijik akannya. ( Oleh itu, patuhila akan larangan-larangan tersebut ) dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani ” . ( Surah Al-Hujurat : 12 )
____________________________________________________________________


Para ulama’ dalam mentafsirkan ayat tersebut berkenaan ” tajassus ” , mereka amat terliti dalam memberikan atau mengeluarkan pandangan berkenaan maksud ayat tersebut… kata Al-Imam Al-qurtubi dalam mentafsirkan ayat ( janganlah kamu mengintip ) : ” Janganlah kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu janganlah kamu mencari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah Allah menutupnya “. ( Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, J 16, m/s : 333 ) …

____________________________________________________________________


Berkata Ibn Abbas : ” Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain “ . Kata Mujahid : ” Ambillah apa yang nyata, dan tinggallah apa yang Allah tutupi”. berkata Al-Qatadah : ” tahukah kamu apa itu tajassus ? iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya” . Kata Ibn Zaid : ” tajassus itu kamu berkata : Sehingga aku dapat lihat keasalah itu, aku bertanya mengenainya untuk mengatahui adakah ianya benar ataupun tidak “. ( Al-Tafsir Al-Tabari dan Al-Tahzib, m/s : 7 dan 41 )…

____________________________________________________________________


As-syeikah Dr. Wahbah Zuhaili berkata : ” janganlah kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslim, janganlah kamu menyingkap setelah apa yang mereka cuba untuk menutupinya dan janganlah kamu cuba melihat akan rahsia-rahsia mereka ” . Beliau jugak menyebut : ” tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi mahupun rahsia “. ( Al-Tafsir Al-Munir, m/s : 255 dan 263 )…

____________________________________________________________________


Adapun di dalam nas-nas daripada As-Sunnah, yang menghalang akan perbuatan insan untuk membuka aib seseorang tanpa baginya keperluan dan kemudaratan untuk dibicarakan, malah perkara seperti ini amatlah ditegah oleh agama islam itu sendiri berpandukan hadith-hadith berikut…


Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Barzah Al-Aslami ;


” Wahai sekalian ( insan ) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibanya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya “. Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad , Hadith sohih )

____________________________________________________________________


As-Syeikh As-Salim Id Al-Hilali dalam mensyarahkan hadith -hadith Riyad As-Salihin berkata : ” Tajassus bermaksud mencari dan menyelidik keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan As-Sunnah telah melarang akan hal ini. sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan beliau berusaha untuk menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahanya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh-bolehnya” . ( Bahjah Al-Nazirin, J 3, m/s : 92 )…

Sabda Rasulullah s.a.w dari Mu’awiyah ;


” sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka, atau hampir merosakkan mereka. kata Abu Darda : itu adalah perkataan yang Mu’awiyah dengar daripada Rasulullah, Semoga Allah memberi manafaat kepadanya dengan perkataan tersebut “. ( Hadith riwayat Abu Daud, dengan sanad yang sohih )…

____________________________________________________________________


Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab keatas setiap muslimin untuk menjaga keaiban dirinya mahupun orang lain, kerana menjaga keaiban itu adalah perkara yang diperintahkan keatasnya dan membuka keaiban diri sendiri mahupun orang lain adalah termasuk perkara yang amat ditegah oleh islam. Hal ini bersabit dengan dalil-dalil sohih yang bertepatan dengannya…


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampaui terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan “. ( Surah Al-Hujurat : 9 ) ….


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

…………………………………………

” Tiada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaan diantara manusia “. ( Surah An-Nisa : 114 )
____________________________________________________________________

Wallahhu Ta’ala A’lam…


” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

Ihsan dari : https://minitramways.wordpress.com/
More

Rasulullah SAW Dan Wang 8 Dirham

2 comments


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, baginda hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum lagi sampai di pasar, baginda mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempat bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu memberitahu bahawa dia adalah seorang budak (hamba) yang kehilangan wang sebanyak 2 dirham. Dia menangis kerana sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham.

Baginda bergegas untuk membeli gamis, pakaian kesukaannya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin sedang berteriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tidak boleh lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. terserempak dengan perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizikal sudah sangat lazim diterima.

Rasulullah s.a.w. diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Salam yang ketiga barulah dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w. kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah s.w.t.."

Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya dari pada lapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsi. "Bahawanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

More

Kisah Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau

7 comments

Sebagai renungan di pagi hari.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
More

Kisah Teladan: Azan Palsu

3 comments

Diriwayatkan dalam satu hadis. Pada satu malam, seorang lelaki mengunjungi Abu Hanifah. Lelaki itu berkata, "tolonglah aku Abu Hanifah. Tolonglah sebelum fajar menyingsing, jika tidak aku akan menceraikan isteririku."

Abu Hanifah hairan dengan kata-kata lelaki itu lalu bertanya "apa yang berlaku sebenarnya sehingga kamu harus menceraikan isterimu?" Lelaki itu berkata, "isteriku mengadakan mogok berbicara denganku malam ini, lalu aku menyumpahnya. Aku berkata aku akan menceraikannya dengan talak tiga jika dia tidak mahu berbicara denganku sebelum terbit fajar. Aku telah melakukan pelbagai cara supaya dia berbicara, tetapi dia tetap tidak mahu berbicara."

Abu Hanifah berkata, "kamu pergilah temui muazin masjid! Suruhlah dia azan sebelum fajar. Barangkali apabila isterimu mendengar (azan) dia akan berbicara denganmu. Temui isterimu dan pujuklah sebelum muazin melaungkan azan palsunya." Lelaki itu menuruti nasihat Abu Hanifah. Dia cuba memujuk isterinya untuk berbicara, kemudian terdengar suara azan. Si isteri berkata, "fajar telah terbit, kini aku telah bebas darimu." Suaminya menambah, "sebenarnya kamu telah berbicara denganku sebelum fajar dan aku bebas dari sumpahku."

Si isteri tercengang tidak mengerti.

Akal dan tipu daya kadang-kadang berguna untuk kebaikan.

Moral: Tipu daya untuk kebaikan diharuskan.

More

Kisah 3 Orang Sahabat Gua

0 comments

Alhamdulillah hari ini dapat masukkan entry terbaru iaitu satu hadis yang begitu masyhur untuk tatapan bersama. Fazakkeer pernah gunakan hadis ini dalam tazkirah untuk motivasi murid-murid. Mungkin ramai yang sudah mengetahui hadis ini. Namun apa kata fazakkeer kongsikan bersama teman-teman semua.

Kisah daripada hadis ini begitu menyentuh perasaan dan boleh memberi keinsafan dan pengajaran buat kita semua. Ini kerana kisah ini memang akan atau mungkin berlaku kepada diri kita atau sahabat kita atau mungkin ahli keluarga kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati kisah daripada hadis ini dan anda mungkin merasai suatu kebenaran apa yang tersirat di dalamnya.

Dari Abdullah Bin Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

“Ketika 3 orang lelaki sedang berjalan, hujan telah turun lalu mereka memasuki sebuah gua untuk berlindung. Lalu sebuah batu besar telah menutupi pintu gua dan mereka terperangkap di dalamnya. Salah seorang antara mereka berkata: Renungilah sejenak tentang amal soleh yang telah kamu lakukan kepada ALLAH. Kemudian, mohonlah kepada ALLAH dengan amal soleh itu agar ALLAH menghilangkan kesusahan ini.

Seorang daripada mereka berkata: Ya ALLAH! Sesungguhnya, aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan telah lanjut usianya. Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecilAku membantu mereka menjaga ternakan. Apabila pulang, aku memerah susu untuk mereka. Aku akan mendahulukan kedua-dua orang tuaku sebelum anakku sendiri.

Tetapi pada suatu hari aku terlewat pulang dan aku temui mereka berdua setelah malam melabuhkan tirainya. Ketika itu, aku mendapati mereka berdua telah tidur. Seperti biasa aku memerah susu lalu aku menunggu mereka jaga dari tidur berdekatan dengan kepala mereka. Aku juga tidak suka memberi anakku minum selagi mereka tidak meminum susu itu sedangkan anak-anakku menangis-nangis kelaparan di hujung kakiku hingga ke subuh.

Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkan keredhaan-MU, hilangkan kesusahan kami ini dengan membuka sedikit lubang agar kami dapat melihat langit. Lalu ALLAH membuka sedikit lubang hingga mereka mampu melihat langit.

Lelaki kedua berkata: Aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku amat menyayanginya sebagaimana seorang lelaki menaruh perasaan cinta kepada seorang perempuan. Aku menggodanya tetapi dia menolak hinggalah aku menawarkan 100 dinar lalu dia terpedaya dan aku berjaya mengadakan hubungan dengannya.

Tetapi di saat aku ingin mencabul maruahnya, dia telah berkata: Wahai hamba ALLAH! Bertakwalah kepada ALLAH dan jangan sesekali engkau ‘membuka cincin’ kecuali dengan cara yang betul. Lantas aku bangun. Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkan keredhaan-MU, hilangkan sedikit kesusahan kami ini lalu ALLAH membuka sedikit lubang lagi.

Lelaki ketiga berkata: Ya ALLAH! Sesungguhnya aku telah memberi upah kepada seorang lelaki agar menanam beras. Setelah selesai bekerja, dia berkata: berikan hak aku. Apabila aku ingin menyerahkan upahnya, dia menolak. Lalu aku laburkan upahnya itu hingga menghasilkan haiwan ternakan yang berupa lembu-lembu yang banyak dan anak-anaknya. Dia telah datang kembali kepadaku lalu berkata: Bertakwalah kepada ALLAH (seolah-olah dia meminta haknya).

Aku berkata: Pergilah kepada lembu-lembu dan anak-anaknya dan ambilah kesemuanya. Lantas dia berkata: Bertakwalah kepada ALLAH. Jangan mempermainkan aku. Jawabku: aku tidak mempermainkan engkau. Ambilah milikmu lalu diambilnya. Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkankeredhaan-MU, hilangkan sedikit kesusahan kami ini lalu ALLAH membuka lubang itu.”
- (HR Bukhari dan Muslim)

More

Ikhlas Hasilkan Kejayaan

6 comments

Tajuk entry hari ini:

IKHLAS HASILKAN KEJAYAAN

Ikhlas adalah nilai murni yang harus dijadikan amalan dan dihayati setiap Muslim dan Muslimah.

Jadikan ikhlas sebagai inti pada setiap ibadat dan perbuatan. Tanamkan prinsip ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya." (Surah al-Bayyinah: 5)
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang yang apabila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayah. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim." (Riwayat Imam al-Baihaqi)



Imam al-Ghazali berkata: "Niat yang lurus dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Taala lebih tinggi martabat dan kedudukannya daripada pekerjaan yang semata-mata hanya didasarkan pada niat untuk memperoleh keduniaan."

Fudhail bin 'Iyadd berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanmu daripada keduanya."
More

Munafik Membawa Kebinasaaan

0 comments
Kemunafikan merupakan lambang keimanan yang tipis. Ia bagaikan daun lalang yang rebah dan bergoyang menurut arah angin. Orang-orang yang munafik hanya manis di mulut tanpa mengucapkan yang sebenarnya sesuai yang di dalam hatinya. Lain di bibir lain di hati, maka keadaan mereka lebih dekat kepada kafir daripada iman.

Dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disebutkan "Empat perkara bila terdapat dalam diri seseorang, maka ia adalah munafik sepenuhnya, barangsiapa yang mengandung satu di antara empat perkara itu maka ia munafik sebahagian, sehingga dia meninggalkannya; kalau ia berkata dia bohong, jika berjanji dia mungkiri, bila diercayai dia khianat dan apabila disuruh setia dia curang."




More

Kemiskinankah yang kita Takutkan?

0 comments

Dari Pengarang Buletin Da'wah Al Wala Wal Bara', Bandung

Kebanyakan manusia takut terjatuh ke dalam kemiskinan. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk menghindarinya. Mereka begitu sedih dan berdukacita ketika mengalami kekurangan harta. Bahkan sehingga ada di antara mereka yang sanggup menukar agamanya hanya untuk mendapatkan sedikit harta benda duniawi. Ada di antara mereka menemui dukun, tok-tok bomoh dan yang seumpamanya untuk meminta tangkal, jampi-jampi dan sejenisnya daripada mereka. Atau memelihara dan meminta bantuan makhluk halus (jin) dalam usaha untuk mendapat kekayaan. Dengan ini mereka telah menjual aqidah dan agamanya untuk kesenangan duniawi yang rendah dan sementara . Nas`alullaahas salaamah wal 'aafiyah.


Benarkah kemiskinan yang perlu kita takutkan? Benarkah kemiskinan yang dikhuatirkan oleh Rasulullah s.a.w. ke atas ummatnya?

عَنْ عَمْرو بْنِ عَوْفٍ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا، فَقَدِمَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ، فَسَمِعَتِ الأَنْصَارُ بِقُدُوْمِ أَبِي عُبَيْدَةَ، فَوَافَوْا صَلاَةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ، فَلَمَّا صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ، اِنْصَرَفَ، فَتَعَرَّضُوْا لَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُوْلُ اللهِ حِيْنَ رَآهُمْ، ثُمَّ قَالَ: ((أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ)) فَقَالُوْا: أَجَل يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَقَالَ: ((أَبْشِرُوْا وَأَمِّلُوْا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ))


Dari 'Amr bin 'Auf Al-Anshari r.a, bahwasanya Rasulullah s.a.w mengutus Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah r.a. ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya (kerana kebanyakan mereka adalah Majusi -pent). Kemudiannya dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Anshar mendengar berita kepulanganan Abu 'Ubaidah lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan shalat shubuh bersama Rasulullah s.a.w . Ketika Rasulullah s.a.w. selesai shalat beliau pun berpaling menghadap ke arah mereka. Jelas kepada Rasulullah mereka sangat inginkan harta yang dibawa Abu 'Ubaidah. Maka Rasulullah s.a.w pun tersenyum ketika melihat mereka

Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Aku menjangka kalian telah mendengar bahwa Abu 'Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain." Maka mereka menjawab, "Benar, Rasulullah." Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961)




Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian."

Ini bermakna bukan kemiskinan yang dibimbangi oleh Nabi s.a.w. terhadap kita. Bahkan sebaliknya kadang-kadang kemiskinan boleh menjadi kebaikan bagi seseorang ketika dia bersabar dan tetap taat kepada Allah dalam kemiskinannya tersebut.

Sabda Nabi. s.a.w. , "Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian." Yakni aku tidak bimbang kalian ditimpa kemiskinan kerana sesungguhnya orang yang miskin secara umumnya lebih dekat kepada kebenaran daripada orang yang kaya.

Perhatikanlah keadaan para rasul! Siapakah yang mendustakan mereka? Yang mendustakan mereka adalah para pembesar kaumnya, orang-orang yang paling jahat dan orang-orang kaya. Dan sebaliknya, kebanyakan yang mengikuti mereka adalah orang-orang miskin. Sehingga kebanyakan yang mengikuti Nabi s.a.w pun adalah orang-orang miskin.

Jangan Takut dengan Kemiskinan!

Maka kemiskinan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangi. Jangan sampai kita takut menjadi miskin atau khuatir tidak ada apa untuk dimakan. Jangan sampai terlintas di dalam hati kita, "Apa yang ada untuk kita makan esok?" Jangan gusar! Yang penting kita berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah. Karena sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki seluruh makhluk-Nya.


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللهِ رِزْقُهَا

"Dan tidak ada suatu yang melata pun (yakni manusia dan haiwan) di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya." (Huud:6)

Bahkan sesuatu yang harus kita bimbangkan ialah ketika dibentangkan dunia kepada kita. Yakni ketika kita diuji dengan banyaknya harta benda. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, "Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."

Menghancurkan kalian bermaksud menghilangkan agama kalian, yakni, disebabkan dunia, kalian menjadi lalai dan meninggalkan ketaatan kepada Allah.

Bahayanya Dunia bagi Seorang Muslim

Dunia sangat berbahaya bagi seorang muslim. Inilah kenyataannya. Lihatlah keadaan orang-orang di sekitar kita. Ketika mereka dalam kemiskinan, mereka lebih bertakwa kepada Allah dan lebih khusyu'. Rajin shalat berjama'ah di masjid, menghadiri majlis 'ilmu dan lain-lain. Namun, ketika banyak hartanya, mereka semakin lalai dan semakin berpaling dari jalan Allah. Dan muncullah sikap melampaui batas dari mereka.


Akhirnya, sekarang manusia menjadi orang-orang yang selalu merindukan keindahan dunia dan perhiasannya seperti kereta mewah, rumah besar tempat tidur empuk, pakaian berjenama dan lain-lain. Mereka saling berbangga antara satu sama lain. Dan mereka meninggalkan amalan-amalan yang akan memberikan manafaat kepada mereka di akhirat kelak.

Perhatikanlah, majalah-majalah, akhbar-akbar dan media lainnya kebanyakannya tidak membicarakan apa-apa kecuali tentang kemegahan dunia dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Dan mereka berpaling dari akhirat, sehingga rosaklah manusia kecuali orang-orang yang Allah selamatkan.

Kesimpulannya, bahwasanya ketika dunia dibukakan -kita memohon kepada Allah agar menyelamatkan kami dan anda dari kejelekannya- maka dunia itu akan membawa kejelekan dan akan menjadikan manusia melampaui batas.

كَلاَّ إِنَّ الإِنْسَانَ لَيَطْغَى. أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup." (Al-'Alaq:6-7)


Dan sungguh Fir'aun telah berkata kepada kaumnya,


يَاقَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلاَ تُبْصِرُونَ

"Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kalian tidak melihat(nya)?" (Az-Zukhruf:51)

Fir'aun berbangga dengan dunia. Oleh karena itulah, maka dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya.


Hadis di atas mirip dengan hadis berikut:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: جَلَسَ رَسُوْلُ اللهِ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ، فَقَالَ: ((إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا))

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. dia berkata, "Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau. Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di antara yang paling aku takutkan atas kamu sepeninggalanku adalah ketika dibukakan atas kamu keindahan dunia dan perhiasannya." (HR. Al-Bukhari no.1465 dan Muslim no.1052)

Dunia Itu Manis dan Hijau

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan tentang keadaan dunia sekaligus memperingatkan ummatnya dari fitnahnya.


عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: ((إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ))

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. , bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya. Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian. Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita." (HR. Muslim no.2742)

Sabda beliau s.a.w, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau." Yakni manis rasanya dan hijau pemandangannya, memikat dan menggoda. Kerana sesuatu itu apabila keadaannya manis dan sedap dipandang mata, maka dia akan menggoda manusia. Demikian juga dunia, dia manis dan hijau sehingga akan menggoda manusia.

Akan tetapi beliau s.a.w. juga menyatakan, "Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya." Yakni Dia menjadikan kalian pemimpin-pemimpin padanya, sebagian kalian menggantikan sebagian yang lainnya dan sebagian kalian mewarisi sebagian yang lainnya.

"Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian." Apakah kalian mengutamakan dunia atau akhirat? Kerana inilah beliau s.a.w. memperingatkan, "Maka takutlah kalian dari fitnah dunia dan takutlah kalian dari fitnah wanita."

Harta dan Kekayaan yang Bermanfaat

Akan tetapi apabila Allah memberikan kekayaan kepada seseorang, lalu kekayaannya tersebut membantunya untuk taat kepada Allah, dia infakkan hartanya di jalan kebenaran dan di jalan Allah, maka jadilah dunia itu sebagai kebaikan.

Kita semua tidak mampu untuk lepas dari dunia secara keseluruhan. Kita perlukan tempat tinggal atau rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Benda-benda ini jika kita gunakan untuk membantu kea rah ketaatan kepada Allah niscaya kita mendapat pahala. Sebagai contohnya, jika kita gunakan kenderaan. untuk menghadiri majlis 'ilmu atau melakukan kegiatan yang bermanfaat. Malah kita pun boleh mengajak teman-teman ikut bersama kita kemajlis ilmu tersebut. Dengan menggunakan kendaraan sendiri juga kita boleh mengelak dari maksiat seperti ‘ikhtilath’ (campur baur antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram) dan lainnya.

Akan tetapi jangan sampai kendaraan ataupun harta benda duniawi menjadikan kita bangga, sombong sehingga akhirnya merendahkan dan meremehkan orang lain. Jadikan harta tersebut sebagai alat yang membantu kita untuk taat kepada Allah yang dengannya menjadikan kita orang yang bersyukur.


Malah ada sebagian 'ulama mewajibkan setiap orang untuk memiliki kendaraan sendiri . Dengan kenderaan tersebut seorang muslim akan terhindar dari ‘ikhtilath’ dan lain-lain kemaksiatan . Sedangkan menghindari maksiat adalah wajib. Sementara di dalam kaidah ushul fiqh disebutkan, "Suatu kewajiban tidak akan sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib."

Akan tetapi tentunya hendaklah disesuaikan dengan kemampuan masing-masing. Jangan sampai kerana ingin mendapatkan kendaraan, dia mati-matian mencari harta siang dan malam. Yang berlegar di dalam kepalanya adalah wang, wang dan wang. Sehingga dia lupa untuk berzikir kepada Allah, mempelajari agamanya, menghadiri majlis ilmu, shalat berjama'ah dan ketaatan lainnya.


Ingatlah selalu firman Allah subhanahu wa ta'ala,


فَاتَّقُوا اللهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Maka bertakwalah kalian kepada Allah menurut kesanggupan kalian." (At-Taghaabun:16)


لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al- Baqarah ayat 286 )
Oleh karena itulah, keadaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah dan pada keridhaan-Nya seperti kedudukan orang 'alim yang telah Allah berikan hikmah dan ilmu kepadanya, yang mengajarkan ilmunya kepada manusia.

Maka di sana ada perbezaan antara orang yang rakus dan panjang angan-angan terhadap dunia dan berpaling dari akhirat dengan orang yang Allah berikan kekayaan yang digunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan baik di dunia maupun di akhirat dan dia infakkan di jalan Allah.


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (Al-Baqarah:201)


Semoga Allah subhanahu wa ta'ala selalu membimbing kita untuk mengamalkan apa-apa yang dicintai dan diridhai-Nya serta memperbaiki urusan-urusan kita. Aamiin. Wallaahu A'lam.

(Maraaji': Syarh Riyaadhish Shaalihiin 2/186-189, Maktabah Ash-Shafaa; dan Bahjatun Naazhiriin 1/528, Daar Ibnil Jauziy)



Diadaptasi dari artikel bertajuk ‘Kemiskinan yang Kalian Takutkan?’ dari www.darussalaf.or.id dan www.fdawj.co.nr




More

Bila Musibah Menimpa

0 comments


Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”
(QS. al-Baqarah:155-157)

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,
“Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik,” kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik.” (HR. Ahmad 3/27)

Kita milik Allah dan akan kembali kepada-Nya
Jika seorang hamba benar-benar menginsafi bahwa dirinya adalah milik Allah s.w.t. dan akan kembali kepada-Nya maka dia akan terhibur tatkala ditimpa musibah. Kalimat istirja’ ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah. Dia memberikan manfaat baik dalam waktu dekat maupun di waktu yang akan datang. Kalimat tersebut memuat dua prinsip yang sangat agung. Jika seseorang mampu merealisasikan dan memahami keduanya maka dia akan terhibur dalam setiap musibah yang menimpanya. Iaitu:

Pertama; Bahawasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah s.w.t. . Ianya bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman, sehingga jika Allah s.w.t. mengambilnya dari seseorang maka ia ibarat seorang pemilik barang yang mengambilnya kembali dari si peminjam. Demikian juga manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa , sebelumnya (ketika lahir) dia tidak memiliki apa-apa dan setelahnya (ketika mati) ia pun tidak memiliki apa-apa lagi.
Dan segala sesuatu yang dimiliki oleh seorang hamba tidak lebih hanya seperti barang pinjaman yang bersifat sementara.

Seorang hamba juga bukanlah yang telah menjadikan dirinya memiliki sesuatu setelah sebelumnya tidak punya. Dan diapun bukanlah menjadi penjaga terhadap segala miliknya dari kebinasaan dan kelenyapan, dia tidak mampu untuk menjadikan miliknya tetap terus kekal bersamanya . Walau apapun usaha seorang hamba dia tidak akan mampu untuk menjadikan miliknya kekal abadi, juga tidak mampu menjadikan dirinya sebagai pemilik hakiki.

Dan juga seseorang itu hendaklah membelanjakan apa-apa yang dimilikinya berdasarkan perintah pemiliknya yang hakiki, memperhatikan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Dia membelanjakan bukan sebagai pemilik, kerana Allah-lah Sang Pemilik, maka tidak boleh baginya membelanjakan pinjaman itu kecuali dalam hal-hal yang sesuai dengan kehendak Pemilik Yang Hakiki.

Kedua; Bahwa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Dan seseorang sudah pasti akan meninggalkan dunia ini lalu menghadap Allah s.w.t. sendiri-sendiri sebagaimana ketika mula-mula diciptakan, tidak memiliki harta, tidak membawa keluarga dan anak isteri. Akan tetapi manusia menghadap Allah dengan membawa amal kebaikan dan keburukan.

Jika awal mula dan kesudahan seorang hamba adalah demikian maka bagaimana dia akan berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki atau berputus asa dari apa yang tidak dimilikinya. Maka memikirkan bagaimana awal dirinya dan bagaimana kesudahannya nanti adalah merupakan penawar paling mujarab untuk mengubati sakit dan kesedihan. Demikian juga dengan mengetahui secara yakin bahwa apa yang akan menimpanya pasti tidak akan sia-sia atau luput dan begitu juga sebaliknya.

Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya,
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (QS. al-Hadid:22-23)

• Ingat nikmat yang masih ada
Bandingkan besarnya musibah dan besanya nikmat yang telah diterima. Maka akan didapati bahwa Allah s.w.t masih memberikan nikmat seumpama musibah malah sebenarnya lebih banyak lagi. Dan jika seseorang bersabar dan redha maka Allah s.w.t. akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan besar daripada apa yang hilang dalam musibah, bahkan mungkin dengan berlipat ganda. Dan jika Allah s.w.t. menghendaki maka akan menjadikan lebih dan lebih lagi dari yang ada.

• Musibah Menimpa Semua Orang
Sedarlah bahawa musibah itu pasti dialami oleh semua orang. Lihatlah ke kanan, maka akan didapati di sana orang yang sedang diberi ujian, dan jika menengok ke kiri maka di sana ada orang yang sedang ditimpa kerugian dan malapetaka. Dan seorang yang berakal, sekiranya ingin memperhatikan sekelilingnya maka dia tidak akan mendapati kecuali di sana pasti ada ujian hidup, entah dengan hilangnya barang atau orang yang dicintai atau ditimpa sesuatu yang tidak disukai dalam hidup.

Kehidupan dunia tidak lain adalah ibarat kembangnya tidur atau bayang-bayang yang pasti lenyap. Jika dunia mampu membuat orang tersenyum sesaat maka dia mampu mendatangkan tangisan yang panjang. Jika ia membuat bahagia dalam sehari maka ia pun membuat duka sepanjang tahun. Kalau hari ini memberikan sedikit maka suatu saat akan menahan dalam waktu yang lama. Tidaklah suatu rumah dipenuhi dengan keceriaan kecuali suatu saat akan dipenuhi pula dengan duka.

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Pada setiap kegembiraan ada duka, dan tidak ada satu rumah pun yang penuh dengan kebahagiaan kecuali akan dipenuhi pula dengan kesedihan.” Berkata pula Ibnu Sirin, “Tidak akan pernah ada senyuman yang berterusan , kecuali setelahnya pasti akan ada tangisan.“

Hindun binti an-Nu’man berkata, “Kami melihat bahwa kami adalah termasuk orang yang paling mulia dan memiliki harta paling banyak, kemudian matahari belum sampai terbenam sehingga kami telah menjadi orang yang tidak punya apa-apa. Dan merupakan hak Allah s.w.t. bahwa tidaklah Dia memenuhi suatu rumah dengan kebahagiaan, kecuali akan mengisinya pula dengan kesedihan.” Dan ketika seseorang bertanya tentang apa yang menimpanya maka dia mengatakan, “Kami pada suatu pagi, tidak mendapati seseorang pun di Arab kecuali berharap kepada kami, kemudian kami di petang harinya tidak mendapati mereka kecuali menaruh belas kasihan kepada kami.”

• Keluh Kesah Menambahkan Penderitaan
Sedarlah bahawa keluh kesah tidak akan dapat menghilangkan musibah. Bahkan hanya akan menambah serta melipatgandakan sakit dan penderitaan.

• Musibah Terbesar Adalah Hilangnya Kesabaran
Ingatlah bahwa hilangnya kesabaran dan sikap berserah diri adalah lebih besar dan lebih berbahaya daripada musibah itu sendiri. Kerana hilangnya kesabaran akan menyebabkan hilangnya keutamaan berupa kesejahteraan, rahmat dan hidayah yang Allah s.w.t. kumpulkan tiga hal itu dalam sikap sabar dan istirja’ (mengembalikan urusan kepada Allah).

Sumber asal : “Ilaj harril musibah wa huzniha,” Imam Ibnul Qayyim (KM)


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ