Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

0 comments

Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

BUKU: MURABBI CINTA, Khutbah, by Abu Saif
Saifulislam.Com

ajaranakdoa

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Benar.

Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.

Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

hadith-ibil100

“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh. [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.

Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.

Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?

Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.

Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.

Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”

Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”

Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.

Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:

63_4

“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka” [al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:

63_4-i

“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding” (Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.

Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:

18_105

“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya” [al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”

Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.

Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:

Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam. Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair. Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata, “Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu). [Hadith riwayat al-Bukhari]

Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.

Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.

Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya. [Hadith riwayat al-Nasaa’ie]

Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.

Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum. Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri. Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu, “apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?” Kanak-kanak itu menjawab, “aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya. [Hadith riwayat al-Bukhari]

Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.

Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka. [Hadith riwayat Muslim]

Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.

Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya, “ajarkanlah anak-anak kamu berenang” [riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]

Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka. Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.

Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan. Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan

Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain, baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek. Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu. Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya, “apakah yang telah melewatkan kamu?” Aku menjawab, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.” Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?” Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!” Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa” [Hadith riwayat Muslim]

Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah, mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal, biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,

qaulumar

“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar. Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah.

Berperananlah, seperti yang telah diperintahkan Allah.

More

KHUTBAH JUMAAT ( PERINGATAN UNTUK UMAT AKHIR ZAMAN )

0 comments











Sidang Jumaat yang berbahagia sekelian..

Bagaimanakah sebenarnya kita melihat kehidupan di dunia ini? Ini penting kerana apa yang kita lihat itulah yang akan kita dapat dan buat.Bak seseorang yang melihat politik sebagai medan untuk glamor maka glamor lah yang akan diperolehi, orang kedua melihat dan masuk politik kerana nak projek, maka projeklah yang akan dicari dan diperolehinya, ada yang masuk politik kerana memandangnya sebagai wasilah untuk berdakwah dan menegakkan kebenaran maka dia juga akan memperolehinya.

Begitulah juga bagaimana kita melihat kehidupan di dunia ini. Ada yang melihat sebagai medan menunjuk kuasa dan sangat berkuasa sehingga lupa yang dia akan mati dan kembali ke tanah yang hina. Ada yang memandang dunia sebagai tempat bersenang lenang dan enjoy maka segala usahanya adalah untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan yang sementara. Ada juga yang menyangka seolah dia akan hidup selamanya dan terus lalai tanpa persiapan untuk menuju kepada Allah.Justeru pandangan yang tepat dan selari dengan kehendak Allah sangat perlu untuk kita melihat tentang kehidupan di dunia ini. Bolehlah diertikan kehidupan di dunia ini sebagai kehidupan yang sangat lemah yang memerlukan saling kebergantungan antara satu sama lain dan dunia juga adalah sementara untuk mencari bekal ke alam bahagia yang kekal abadi.

Orang yang berjaya dan berkesan antara 7 cirinya yang disebut oleh steven covey ialah mula dengan mengingat matlamat akhir di minda dan ianya juga disebut di dalam Islam.Apabila direnungi maka kita akan mendapat jawapan seperti berikut:-

1) Mati

2) Dibangkitkan semula ( kiamat )

3) Dihitung amalan ( akhirat )

Siapakah diantara kita yang tidak akan mati di dunia ini? Seorang doctor yang di bahagian kecemasan untuk menyelamatkan nyawa seseorang pun pasti akan mati.”Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”.Begitu juga selepas kematian akan dihimpunkan semua manusia yang dinulainya dengan kedahsyatan hari kiamat yang mana langit akan pecah,planet-planet dan bintang-bintang akan berlanggaran dan hancur musnah,gunung gamang akan menjadi debu dan lautan akan menghamburkan api kepanasan tak kurang juga bumi yang bergoncang dahsyat dan mengeluarkan segala isinya. Kemudian akhirnya kita dihimpun dalam keadaan matahari yang hanya sejengkal di atas kepala untuk dihisab samada ke syurga dengan banyaknya amal pahala atau ke neraka dengan banyaknya perbuatan dosa.Mahu tidak mahu,setuju atau tidak inilah yang bakal berlaku kepada setiap seorang daripada kita selaku seorang yang beriman kepada hari kiamat yang merupakan salah satu rukun iman yang enam.Oleh itu sidang Jumaat rahimakumullah.Orang yang bijak dan berjaya sentiasa membuat perancangan selari dengan matlamat akhir kehidupannya untuk terus hidup berjaya dengan kejayaan yang hakiki di bawah paksi surah az-Zariat ayat 56

“ Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri dan menyambahKu”

Apabila kita mencongak mudah ke manakah umur kita di dunia ini dihabiskan jika kita diberikan umur 65 tahun, itupun jika sampai.Kita tolakkan dahulu dengan 15 tahun umur yang maksimum biasanya seorang itu akil baligh yang mula dikira amalan baik buruknya ditanggung olehnya sendiri.Maka kira-tinggallah umurnya 50 tahun.50 tahun yang berbaki digunakan untuk apa?Adalah seperti seperti berikut:-

Jika satu hari kita tidur purata 8 jam sehari semalam maka 50 tahun yang berbaki ini akan dihabiskan selama 17 tahun untuk tidur.Itu tidak masuk tidur ketika khutbah,ketika kerja,depan computer dan sebagainya mungkin tahun untuk tidur boleh menjadi lebih.

Purata satu hari bekerja siang hari seperti mencari nafkah,belajar dan seumpamanya adalah 12 jam. Maka dia akan menghabiskan umurnya yang 50 berbaki tadi selama 25 tahun untuk aktiviti siang hari

Satu hari berehat minum-minum, makan, berkhayal, melepak adalah puratanya 4 jam. Maka kita akan menghabiskan 8 tahun untuk berehat, sedangkan kita akan berehat lama di alam sana. Dijumlahkan 17 tidur + 25 tahun kerja + 8 tahun berehat = habislah umur 50 tahun yang diperuntukkan kepada kita. Lalu bila masa pula kita akan beribadah khusus kepada Allah?

Katalah satu solat wajib akan dihabiskan selama 10 minit maka 5 waktu akan Berjaya dihabiskan selama 50 minit untuk solat,katalah ianya dibundarkan kepada sejam sehari.Kalau sejam sehari pun digunakan untuk solat kita baru menghabiskan selama 50 tahun umur berbaki ini hanya 2 tahun untuk solat.Itupun kalau satu solatnya 10 minit,dan biasanya professional hanya akan menghabiskan 1 minit setengah untuk solat manakala amatur hanya 3 minit setengah.2 tahun untuk solat dalam pada 17 tahun untuk tidur,25 tahun kerja siang hari dan 8 tahun berehat untuk membeli syurga Allah yang mahal harganya?!

Tetapi orang yang merancang untuk cemerlang di dunia dan akhirat tidak perlu risau kerana dia tahu seluruh hidup dan aktivitinya adalah ibadah walaupun tidur selama 17 tahun asalkan diniatkan kerana Allah dan dalam pada perbuatan yang dilakukan beserta niat kepada Allah itu tidak pula dia melanggar larangan Allah dan menbuat segala kewajipan yang difardhukan ke atasnya.

Sidang Jumaat yang bakal menemui Allah sekelian,

Baru-baru ini dan sehingga kini pun kita masih digemparkan dengan bala yang menimpa manusia di sana sini seperti Tsunami dan taufan di Samoa,Kongo di Negara kepulauan Pasifik,Taufan Ketsana yang melanda Negara-negara Asia seperti Vietnam,Filipina,Kemboja,Laos,dan gempa bumi di Indonesia yang mengorbankanbanyak nyawa dan harta benda.Ia merupakan peringatan kecil tentang kedahsyatan hari kiamat yang lebih hebat daripada segala bencana itu.Bayangkan gambaran yang Allah menceritakan dalam surah Al-Zalzalah tentang perihal huru-hara kiamat ini seperti:-

1. apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya,

2. serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya,

3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"

1. hari Yang menggemparkan,

2. apa Dia hari Yang menggemparkan itu?

3. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Yang menggemparkan itu? -

4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu Yang terbang berkeliaran,

5. dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.

1. apabila berlaku hari kiamat itu,

2. tiada sesiapapun Yang dapat mendustakan kejadiannya.

3. kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan Yang ingkar), dan meninggikan (golongan Yang taat).

4. (ia berlaku) semasa bumi bergoncang Dengan sebebar-benar goncangan.

5. dan gunung-ganang dihancur leburkan Dengan selebur-leburnya,

6. lalu menjadilah ia debu Yang bertebaran,

1. apabila langit terbelah;

2. dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

3. dan apabila lautan pecah bercampur-baur;

4. dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -

5. (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa Yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Bayangkan sahaja bagaimana kalau sebuah pinggan yang dicampakkan diatas lantai yang keras lalu berderai dengan satu bunyi yang menggemparkan orang ramai.Tatapi pada hari kiamat buka sahaja pinggan yang pecah tetapi lebih besar daripada itu iaitu makhluk Allah yang paling besar namanya langit juga akan pecah bayangkan bagaimanakah bunyinya yang sangat-sanagat mengemparkan dan mematikan nyawa.

Ketahuilah sekalian jamaah rahimakumullah bahawasanya bala kecil yang berlaku ini boleh dikategorikan kepada 3 kategori:-

1) Merupakan ujian kepada hambanya yang soleh

1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

1) Merupakan kifarah dosa bagi hambanya yang adakalanya ingat dan adakalanya lupa

2) Merupakan bala’ hakiki kepada yang ingkar jahat sebagai pengajaran kepada orang yang selepasnya untuk diambil iktibar.

Sidang Jumaat yang dimuliakan sekelian

Kesemua bala yang berlaku ini adalah hasil daripada tangan manusia sendiri yang rakus dengan kehidupan dunia yang sementara ini.Ia disebut oleh Allah dalam surah al-Rum ayat 41

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

Justeru hadirin yang berbahagia marilah sama-sama kita kembali kepada tugas asal kita untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar pada semua peringkat agar bala yang seumpama ini tidak mengundang kita lagi.Ini pernah ditanya kepada nabi S.A.W oleh sahabat-sahabatnya “ Adakah kami akan binasa di bala sedangkan pada kami ramai orang-orang yang soleh?” Nabi menjawabnya dengan tenang dan yakin “ Ya.Jika banyak berlaku kejahatan.” Ketika itu walaupun ramai yang bengkak dahi kerana kuat solat dan qiamullailnya,walupun banyak orang yang puasa sunat,bersedekah,haji dan seumpamanya dalam masa yang sama tidak mempedulikan samada jiran saudaranya murtad atau berzina,mengambil rasuah atau berbunuhan,mengambil riba dan berbuat zalim,yang penting baginya “aku tak kacau orang sudah.. lantak la apa nak jadi pada mereka,yang penting aku tak tinggal solat ke masjid,aku puasa dan bayar zakat dan insyaAllah akan ke syurga”. adalah pandangan yang sangat salah dan bertentangan dengan hadis nabi tadi.

Individu mengamalkan apa yang Allah suruh dan menjauhkan larangan Allah,keluarga pula menjaga amanah Allah yang dikurniakan dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka iaitu isteri dan anak-anak agar tidak dihumbankan ke neraka Allah.Masyarakat pula bahu membahu membuat program yang bermanfaat kepada umum dan menguatkuasakan nahi mungkar sesama tetangga yang dianggap saudara sendiri,negara pula menjaga keselamatan dan keamanan sosial rakyat juga berkebajikan dalam pendidikan,kesihatan dan bantuan kepada yang memerlukan disamping memberi keadilan politik,ekonomi dan sosial kepada masyarakat menurut yang Allah kehendaki.Begitu juga masyarakat tegur menegur sesama pemimpin untuk terus menerus berada dalam keredhaan Allah dan jika sekiranya ini tidak berlaku tunggulah janji Allah yang mungkinlebih pedih daripada apa yang berlaku sekarang ini.

"dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya"




Sumber http://www.ustaz-zamri.com
More

Ujian Allah: Menguji Keimanan

0 comments



Sumber: Kutbah Jumaat
(07 DISEMBER 2007M / 27 ZULKAEDAH 1428H)

اَلْحَمْدُ للهِ الْقَآئِل:

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
Justify Full لَهُ، وأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَطَاعَتِهِ بِمَا أَمْرِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Bertaqwalah kepada Allah S.W.T. keranan dengan itulah sebaik-baik bekalan di akhirat nanti. Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk menunaikan fardhu Jumaat pada hari ini dapat mensucikan lagi rohani dan jasmani, seterusnya mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Rabbul ‘izzah. Marilah sama-sama kita melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dimurkai-Nya. Mudah-mudahan akan meningkatkan lagi kualiti modal insan yang soleh.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH

Mimbar Jumaat hari ini ingin mengajak sidang jemaah sekalian bermuhasabah tentang fenomena malapetaka dan bencana alam yang berlaku. Marilah sama-sama kita melahirkan rasa insaf di atas segala musibah yang menimpa kita dan negara. Firman Allah S.W.T. di dalam surah an-Nisa’, ayat 79:

Maksudnya: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”

Mulai tahun 2005, kerajaan Malaysia telah menetapkan 26 Disember setiap tahun sebagai Hari Kesedaran Bencana Negara. Tarikh ini diambil sebagai peringatan terhadap beberapa kejadian bencana besar yang telah melanda negara. Antaranya, kejadian ribut tropika Gred yang melanda pantai Barat pedalaman Sabah pada 26 Disember 1996, gempa bumi dan tsunami yang dahsyat pada 26 Disember 2004.

Di samping itu juga, sejak kebelakangan ini negara kita sering menghadapi keadaan bencana yang agak luar biasa. Pada tahun 2005 dan 2006 negara telah mengalami jerebu yang amat teruk di seluruh negara, banjir besar di negeri Pelis, Kedah dan Johor dan pelbagai bencana lagi. Bencana-bencana ini telah mengakibatkan kesulitan besar yang memusnahkan harta benda, nyawa dan membawa pelbagai wabak penyakit, di samping memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Persoalan besar timbul dalam fikiran kita ialah apakah punca berlakunya bencana dan malapetaka ini? Menurut teori sains geologi, terdapat 3 faktor yang menyebab fenomena bencana alam ini berlaku. Pertama, kejadian bencana ini boleh berlaku akibat faktor-faktor semulajadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami. Kedua, faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menjangkiti haiwan dan manusia. Dan yang ketiga, bencana alam ini berlaku akibat daripada kelemahan manusia sendiri kerana aktiviti pembangunan yang tidak terancang, dilakukan di kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur, penggunaan pengangkutan berat dan sebagainya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Ditinjau dari sudut Islam pula, fenomena bencana yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri iaitu; Pertama: Untuk menguji ketaqwaan manusia kepada Allah S.W.T. Kedua: Sebagai amaran kepada manusia. Dan yang ketiga: Balasan atas kelalaian dan keingkaran manusia kepada peraturan dan ketetapan alam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah ar-Rum, ayat 41:

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan dan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH

Sebagai langkah dan ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan penderitaan mangsa-mangsa bencana, maka pemimpin politik, agensi-agensi kerajaan dan ketua-ketua masyarakat perlu bijak mengurus dan mengambil langkah awal dalam mengumpul maklumat mengenai semua anak buah mereka, di samping mengenalpasti tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku sesuatu bencana dengan cara mengenalpasti pusat pemindahan, jabatan yang harus dihubungi, menjaga kebajikan serta mengingatkan anak-anak buah supaya bersedia menghadapi bencana.

Selain itu, Kerajaan juga amat mengharapkan Pertubuhan Sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai contoh, perlu sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam pengurusan bencana. Tidak kira samada kerjasama tersebut dari sudut bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya. Namun, apa-apa jua tindakan yang diberi perlulah merujuk kepada kerajaan terlebih dahulu.

Ini kerana, kadang kala sumbangan yang diberikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) menimbulkan tanggapan yang salah oleh mangsa bencana kepada kerajaan. Mereka mengatakan bahawa kerajaan tidak berusaha menjaga kebajikan mangsa bencana. Ada juga di kalangan mangsa bencana ini mengatakan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan sumbangan dengan memberikan sumbangan yang lebih kepada kawasan-kawasan tertentu.

Selari dengan dasar dan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat jelata, maka Kerajaan sedaya upaya dan sentiasa memberi bantuan dan pertolongan kepada mangsa bencana secara menyeluruh dan sama rata. Pengagihan sumber-sumber yang ada diagihkan dengan adil demi menjaga kepentingan rakyat.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH

Kita hendaklah ingat bahawa kita ini adalah hamba Allah S.W.T dan kita wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah dan kemudahan dan nikmat.

Untuk membebaskan negara dan bangsa kita dari pelbagai bencana, kesulitan dan wabak penyakit, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, gotong-royong dan menggunakan kemahiran ilmu pengetahuan sahaja tetapi seluruh masyarakat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat mestilah sentiasa menghormati syariat Allah S.W.T dengan tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan banyak bertaubat kepada-Nya.

Kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Ibnu Abbas, iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan: “Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh rakyat, pemimpin, cerdik pandai dan ulama’ yang terus menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat”.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH

Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusia bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran. Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang kesilapan dan kembali kepada Allah S.W.T dengan bertaubat.

Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi. Umat Nabi Nuh a.s telah ditenggelamkan oleh ombak yang tinggi seperti gunung, umat Nabi Musa a.s pula telah diturunkan bala dalam bentuk taufan dan serangan kutu, katak dan air berdarah. Begitu juga kaum Nabi ‘Aad dan Tsamud yang dihapuskan dari muka bumi kerana kesan bencana. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah S.W.T. agar tidak mengikut jejak kaum-kaum yang ingkar kepada Allah S.W.T.

Justeru itu, sebagai individu muslim, wajib ke atas kita menganggap setiap musibah yang menimpa adalah datangnya dari Allah S.W.T. sebagai memberi peringatan bahawa kepada-Nyalah kita akan kembali, begitulah juga dengan segala apa yang kita miliki. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 156:

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ. أَقُوْلُ قَوْلِىْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْن وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ