Cukupkah Apa Yang Kita Ada?

0 comments



Secara semulajadi hati manusia memang payah untuk berasa puas. Walaupun sudah memiliki sepuluh peti dinar emas seseorang itu masih mahu lagi kesebelas. Apabila dia sudah mempunyai sebelas peti dinar emas dia mahu lagi yang kedua belas dan begitulah seterusnya.

Okeykah sikap seperti ini?

Dari aspek motivasi tiada salahnya sebab ia sikap orang maju, sikap yang diperlukan untuk menjadi kaya sebab Islam tidak pernah menghalang umatnya menjadi kaya. Atas alasan dengan adanya harta yang banyak memudahkan seseorang itu menyalurkan sebahagian daripadanya ke jalan-jalan kebaikan seperti menderma, bersedekah dan membina masjid-masjid dan sebagainya.

Fitrah Manusia

Fitrahnya manusia memang sentiasa mahukan yang lebih baik dan lebih banyak daripada apa yang dia ada. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menambah kekayaan. Dengan itu imannya sentiasa teguh terhadap TUHAN PenciptaNya.

Jadi, dalam mengharungi kehidupan tidak salah seseorang itu bermewah-mewah asalkan kemewahan tidak melalaikan dia daripada meniti di atas panduan-panduan agama. Meskipun bersederhana itu lebih dituntut namun bermewah-mewah dalam ruang lingkup yang dibenarkan dikira munasabah dan sesuai dengan kehidupan moden sekarang. Namun mesti diingat dalam bermewah-mewah pastikan juga ada kesederhanaannya. Fikir-fikirkanlah.

Memang, kadang-kadang penilaian dan penghormatan manusia terhadap kita bergantung kepada apa yang kita ada dan pangkat apa yang kita sandang. Kereta apa yang kita pandu, rumah jenis apa yang kita miliki, kawasan mana kita tinggal, hotel mana yang kita pilih apabila hendak bercuti, kad keahlian apa yang kita ada dan macam-macam lagi.

Kehidupan sekarang telah meletakkan apa yang kita miliki sebagai asas penghormatan manusia terhadap kita. Maka tidak salahlah memiliki segala-galanya asalkan kita masih kita, tidak berubah dan masih meletakkan TUHAN sebagai matlamat kehidupan. Dan masih ingat kehidupan selepas MATI. Kehidupan yang kekal selamanya bergantung dengan apa yang kita laksanakan amal di dunia ini. Iaitu memerlukan pahala yang banyak dengan amalan-amalan yang diterima olehNya.

Sikap begini perlulah dizahirkan dalam bentuk mencari keredhaan ALLAH. Dalam ertikata lain, ia perlu diusahakan tanpa meninggalkan semua suruhan ALLAH, meninggalkan semua larangan ALLAH dan menyalurkan kurniaan ALLAH itu ke jalan ALLAH.

Nikmat dan Ujian

Tetapi, jangan lupa, dalam nikmat pasti ada ujian di sebaliknya. Begitu juga, di sebalik ujian ada hikmah yang tersembunyi. Dalam mengejar dan menghimpun harta jangan lupa ada ketika-ketikanya ia menjadi ujian yang sengaja ALLAH turunkan kepada seseorang individu.

Firman ALLAH, “Dan sesungguhnya akan KAMI berikan cubaan kepadanya, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; sesungguhnya KAMI adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah KAMI kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada TUHAN serta rahmat-NYA, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-NYA.” (Al-Baqarah, 155-157)

Ujian paling berat bagi seorang yang kaya ialah jatuh miskin atau kehilangan salah satu daripada hartanya yang paling disayangi. Kala inilah kesabaran akan tercabar. Kalau tadi Islam membenarkan sikap tidak puas sebagai pendorong untuk manusia terus berusaha, sekarang Islam melarang sikap tidak puas hati kerana ditimpa ujian.

Sikap begitu seolah-olah mencabar TUHAN dengan kata-kata, “Hai, TUHAN, setelah ENGKAU berikan aku kemewahan tiba-tiba ENGKAU ragut kembali. Untuk apa aku diberikan kemewahan dahulu kalau sekarang aku dimiskinkan semua. Ini merosakkan nama baik aku di tengah masyarakat. Macam mana aku hendak hidup sekarang? Hutang aku semakin banyak, penghinaan orang semakin bertambah-tambah?"

Sikap yang patut ditunjukkan ialah bersyukur kepada ALLAH kerana memberi peluang untuk memperbaiki diri. Setiap ujian tentunya bersebab. Sebab apa ALLAH berbuat begini? Sebab apa ALLAH berbuat begitu? Sebabnya sekian-sekian. Sebab apa ALLAH jadikan manusia? Supaya manusia beribadah kepada-NYA. Sebab apa ALLAH jadikan pokok, supaya manusia mendapat manfaat daripadanya. Dan begitulah seterusnya.

Dalam berdepan dengan ujian baik kekurangan harta mahupun yang melibatkan nyawa, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan melainkan “sabar” dan “redha”. Hanya dua perkataan ini boleh menyelamatkan seseorang itu daripada dimurkai ALLAH. Dimurkai bererti berdosa dan dosa kalau tidak dibasuhi dengan taubat, jawapannya Neraka.

ALLAH berfirman, “Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janaganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU.” (Al-Baqarah, 152)

Di antara tanda bersyukur ialah sentiasa bersabar dan teguh iman menerima ujian ALLAH.

Sikap yang bertentangan dengan ini ialah rasa rakus untuk memiliki kesemuanya hingga membabitkan hak orang lain. Orang begini akan semakin kufur apabila dilimpahi nikmat, apalagi tatkala ditimpa petaka. Dia akan mudah menyalah-nyalahkan takdir dan menyalah-nyalah TUHAN.

Dan Islam juga menentang sikap tamak hingga melahirkan perasaan mencintai harta melebihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul-NYA. Ketika itu suruhan agama dibantah dan dianggap sebagai cara jahat untuk mengambil hartanya.

Ingat janji ALLAH, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih.” (Ibrahim, 7)

Rasanya cerita Qarun adalah motivasi terbaik manusia untuk tidak terlalu mencintai harta kerana harta yang disalah tadbir akan mendatangkan kecelakaan. Qarun asalnya orang yang beriman kepada ALLAH dan menjadi pengikut setia Nabi Musa a.s. sebelum kaya raya.

Kekayaan yang dimiliki oleh Qarun itu menyebabkan dia sombong serta ingkar daripada mengeluarkan zakat. Kisah Qarun disebut dalam beberapa ayat dalam surah Al-Qashash. Sebahagian ayat 76 surah berkenaan bermaksud, “Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka dan KAMI berikan kepadanya kekayaan, yang kuncinya berat dipikul oleh sekumpulan orang yang kuat…”

Sebahagian ayat 78 surah yang sama pula bermaksud, “Qarun menjawab; kekayaan yang diberikan kepadaku hanyalah kerana pengetahuanku.”

Tengok, bagaimana harta boleh menjadikan manusia berubah sama sekali. Kalau hal ini berlaku ke atas Qarun, bagi saya tidaklah pelik sangat, sebab dia memang kaya. Kunci gedungnya sahaja memerlukan satu kabilah untuk mengangkutnya dan diperbuat daripada emas. Jika dia berasa amat sombong agak berbaloi juga berdasarkan kekayaan yang sedemikian banyak.

Berbanding dengan sesetengah kita, harta barulah sekangkang kera sudah merasakan tidak berpijak di bumi ALLAH. Merasakan diri amat mulia dan orang lain hina dina. Lebih tidak munasabah, harta yang ‘sekuntet’ itu sudah menyebabkan lupa kepada ALLAH.

Bukan sedikit orang yang sengaja melewat-lewatkan sembahyang fardu kerana sibuk mengilap kereta. Hanya kerana sebuah kereta yang belumlah boleh diistilahkan sebagai ‘mewah’. Begitu juga ramai sekali orang yang langsung tidak sembahyang kerana dikhayalkan oleh harta yang tak seberapa itu jika dibandingkan dengan apa yang pernah dimiliki oleh Qarun. Hingga kerana itu, kata orang, harta Qarun masih ditemui orang di merata-rata dunia.

Maka, berbaloi jugalah keingkarannya terhadap ALLAH kerana dia memang kaya. Apakah anda sudah cukup kaya untuk meminjam sikap Qarun?



More

Bermewah Jangan Sesekali!

0 comments

Sikap kebendaan punca nafsu belanja berlebihan

Pengguna sentiasa disajikan dengan pelbagai tawaran dan potongan harga menarik oleh peniaga apabila menjelang hari-hari perayaan dan karnival. Inilah peluang mereka untuk berbelanja bagi mendapatkan barangan yang diinginkan pada harga berpatutan.

Seperti yang kita tahu, tanpa permintaan tidak akan wujud penawaran. Begitu juga dengan konsep berbelanja.

Perbelanjaan memotivasi masyarakat pengeluar untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan atau permintaan pengguna. Jika masyarakat pengguna berhenti berbelanja, tentu pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut. Perkara sedemikian kerana ketiadaan kuasa beli yang menjadi pemangkin kepada sektor pengeluaran.

Islam tidak menghalang kita membelanjakan wang atau harta yang dimiliki. Ada nas al-Quran yang memerintahkan kita membelanjakan harta seperti firman Allah bermaksud: “Apakah bahayanya bagi mereka, kalau mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang sudah diberikan oleh Allah kepada mereka. (Surah an-Nisa, ayat 39)

Membelanjakan harta seperti ditunjukkan oleh lunas Islam juga adalah sifat utama orang yang beriman dalam surah al-Baqarah, ayat 3.

Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kini ialah sikap boros dan suka bermewah ketika berbelanja. Sikap ini seolah-olah menjadi amalan masyarakat. Jika tidak bermewah-mewah, seseorang dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat sekarang yang lebih bersifat kebendaan.

Islam tidak menganjurkan umatnya untuk bermewah secara berlebihan. Kemewahan menyebabkan kita menjadi makhluk yang mengikut hawa nafsu serta hilang keluhuran budi pekerti.

Kisah Qarun yang asalnya miskin kemudian dilimpahi kemewahan adalah contoh terbaik bagaimana kekayaan boleh melalaikan manusia dan menyebabkan dia lupa asal usul kejadiannya yang sebenar.

Kemewahan yang melimpah ruah itu juga menjadi faktor utama kepada kehancuran Qarun. Begitu halnya dengan Firaun. Kekayaan dan kemewahan menyebabkan Firaun enggan mengakui keesaan Allah dan mendakwa dirinya adalah tuhan yang perlu disembah oleh orang Mesir.

Di samping bermewah, kita perlu menjauhi tabiat membazir. Kemewahan biasanya diiringi sifat berlebih-lebihan. Bagaimanapun, sikap suka ini tidak semestinya menggambarkan seseorang hidup dalam kemewahan.

Contoh mudah sikap berlebih-lebihan tetapi tidak menggambarkan kemewahan, malah boleh merugikan ialah tabiat merokok atau meminum arak atau mengambil dadah. Pembaziran di sini merujuk kepada perbelanjaan tanpa sebarang maslahat diperoleh, malah boleh memudaratkan orang itu.

Tabiat merokok, misalnya, bukan satu amalan baik. Ia seperti membakar wang dan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi buruk kepada si perokok. Perkara sedemikian kerana asap rokok, bukan saja mengandungi tar dan nikotin, malah lebih 4,000 jenis bahan kimia beracun yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Jika kita dilarang oleh Rasulullah saw untuk membazirkan air ketika mengambil wuduk walaupun dalam sungai yang mengalir, tentu pembaziran sumber yang bukan diperoleh secara percuma sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Juga dikategorikan sebagai membazir jika kita berbelanja terhadap perkara yang tidak diperlukan. Mungkin keperluan itu ada, tetapi disebabkan promosi secara berlebihan daripada peniaga, kita terdorong untuk membelinya. Inilah juga punca timbulnya tabiat suka berhutang di kalangan masyarakat. Keseronokan berbelanja mendorong pengguna untuk berhutang. Dalam kepesatan industri perbankan sekarang, masyarakat ditawarkan dengan pelbagai jenis instrumen kemudahan pembiayaan hutang peribadi seperti penggunaan kad kredit.

Justeru, sebagai pengguna, kita perlu berbelanja mengikut kemampuan bukan perasaan. Keadaan itu disebabkan hutang hanya meresahkan jiwa dan melahirkan pelbagai sifat keji lain.

Rasulullah pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Sesungguhnya, apabila seseorang itu berhutang, maka dia akan berbicara, lalu berbohong atau berjanji, lalu mengingkari janjinya.”

Hutang juga boleh menafikan seseorang daripada masuk syurga kerana Imam Muslim ada meriwayatkan satu hadis bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa orang mati syahid kecuali hutang.”

Dalam Islam sebarang perbelanjaan perlu ditumpukan kepada dua objektif utama iaitu berbelanja di jalan Allah (al-infaq fi sabilillah) seperti mengeluarkan perbelanjaan untuk zakat. Kedua, perbelanjaan untuk diri sendiri dan keluarga seperti perbelanjaan penyediaan makan, minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.

Sebaik-baik corak perbelanjaan ialah bersederhana iaitu tidak terlalu bermewah dan tidak terlalu kedekut atau bakhil. Inilah yang disarankan oleh al-Quran menerusi firman Allah bermaksud: “Dan orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pula kikir, dan dia berada di tengah-tengah antara yang demikian.” (Surah al-Furqan)

Di samping bersederhana ketika berbelanja, pengguna perlu memastikan barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah barang keperluan yang bersesuaian dengan syariah Islam. Mutu barangan perlu diambil kira dalam proses pembelian. Perkara itu bagi memastikan setiap sen yang kita belanjakan mendapat pulangan setimpal dengan apa yang dibayar.



More

Dakwah Melalui Sikap Ambil Peduli

1 comments
gambar credit to Pakcik google.com

Rasulullah SAW dan para Sahabat dapat menarik orang-orang Arab Jahiliah kepada Islam kerana mereka berjaya memenangi hati manusia melalui sikap yang baik, termasuk bersikap ambil peduli dan ambil berat.

Contoh bagaimana Rasulullah memenangi hati Sayidina Bilal di peringkat awal Islam dengan cara membantu Bilal melakukan kerja-kerja di ladang. Sikap baginda itu berjaya memenangi hati Bilal hingga beliau mudah masuk Islam.

Kejayaan Rasulullah juga disebabkan niat murni baginda adalah untuk menarik orang kepada Allah dan agama-Nya, bukan kepada diri sendiri. Sejak belum menjadi rasul lagi, baginda memang memiliki watak suka ambil berat.

Selama 40 tahun baginda dididik dengan akhlak yang mulia. Baginda telah digelar al-Ameen dan dikenali sebagai orang yang suka menolong dan berbagai-bagai lagi kualiti yang baik walaupun ketika itu baginda belum bergelar seorang rasul.

Contoh lain yang berlaku semasa zaman kegemilangan Islam. Ketika itu seorang perisik Rom dihantar meninjau kehidupan umat Islam di Madinah tetapi tidak pulang-pulang semula. Perisik kedua yang dihantar dengan tugas yang sama, juga tidak pulang ke Rom. Giliran pula perisik yang ketiga dihantar dan perkara yang sama juga berlaku yakni tidak juga pulang ke Rom. Maka ketua perisik merasa hairan lalu dia sendiri pergi ke Madinah untuk melihat apa yang berlaku.

Di Madinah, ketua perisik ini singgah makan di sebuah gerai. Apabila dia hendak membayar, penjual gerai berkata, "Saya lihat saudara ini bukan orang Madinah. Nabi mengajar kami, tuan adalah tetamu kepada saya dan sudah menjadi kewajipan saya untuk menunaikan hak tuan sebagai tetamu. Tuan tidak perlu membayar untuk makanan ini."

Ketua perisik ini kemudian berjalan ke gerai-gerai jualan. Dia berkenan dengan satu barang dan ingin membelinya tetapi si penjual berkata, "Saya suka tuan beli barang ini, tapi ada satu kedai kawan saya yang juga menjual barang yang sama. Harga dan kualiti juga sama. Tetapi tiada orang yang membelinya. Saya punya ada juga pelanggan beli. Mari kita pergi ke kedai kawan saya."

Melihatkan peristiwa tadi barulah si ketua perisik faham mengapa anak buahnya tidak pulang-pulang ke Rom. Mereka bertiga telah tertawan dengan sikap peduli masyarakat di Madinah sehingga mereka sendiri memeluk Islam.

Berdasarkan kisah ini, amalan mengambil berat boleh diterapkan dalam kehidupan seharian terhadap siapa saja tanpa mengira agama.






More

Sombong, Angkuh & Bangga Diri: Penghuni Neraka

4 comments

Kalau seseorang itu mengaku sebagai Muslim dan betul-betul menghayati ajaran agamanya, tentu tidak wujud rasa sombong dan angkuh dalam hati mereka, semata-mata kerana takutkan azab Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sombong akan dicampakkan Allah ke dalam neraka jahannam.

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-A'raaf (7) 36).

Punca Sombong

Rasa sombong yang muncul dalam diri manusia itu sering berpunca dari kesalahan mengungkap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Seperti Qorun yang diberi kenikmatan berupa harta yang melimpah ruah. Ternyata nikmat itu tidak menjadikan Qorun sebagai manusia yang bersyukur, sebaliknya menjadi orang yang sombong dan bongkak. Akibatnya dia dibinasakan oleh hartanya sendiri. Semuanya dengan kekuasaan Allah.

"Maka kami benamkan Qorun berserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolong terhadap azab Allah...." (Al-Qasos (28):8).

Seorang yang cukup berpengalaman tentang wanita, ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita yang paling jelek telah menjawab; 'yang paling tidak baik di antara mereka adalah yang tertawa tanpa sebab, berkata bohong, suka menyumpah suaminya, sombong dan rendah martabatnya.

Sementara wanita yang terbaik adalah jujur ketika berbicara, jika marah ia sabar, jika tertawa cukup sekadar tersenyum, jika membuat sesuatu sangatlah baik, taat kepada suaminya, mulia di hadapan kaumnya, rendah diri, penuh cinta kasih dan banyak anak serta segala sesuatu yang terpuji.

Kenali Sikap Sombong

Sikap sombong ini boleh dilihat pada mata kasar (tingkah laku) seperti melalui pertuturan atau perbuatan. Tetapi ada juga yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar (dalam hati dan perasaan). Bagaimana pun keadaannya, walau sekecil zarah sekali pun, asal ia masih terdetik di hati, Allah SWT tetap menjanjikan orang tersebut tidak akan masuk syurga.

Habib bin Ali Tsabit dari Yahya bin Ju'lah berkata, Rasulullah s.aw. bersabda, 'Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya ada seberat zarah dari kesombongan.'

Ibn Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 'Jika kamu melihat orang-orang tawadduk, maka merendahlah kamu kepada mereka dan jika kamu melihat orang-orang yang sombong maka sombongilah mereka. Sebab yang demikian itu bagi mereka sebagai penghinaan dan untuk kamu sebagai sedekah.'

Namun perlu diingat, kita digalakkan agar sentiasa berpakaian cantik dan bersih, walau pun waktu itu kita berada dalam kelompok orang-orang yang tidak berkemampuan. Namun elakkan sama sekali daripada mempunyai perasaan riak dan menunjuk-nunjuk akan kelebihan diri.

Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, saya senang jika pakaianku bersih, juga kasut dan tali pecutku. Apakah itu termasuk sombong?"
Jawab Rasulullah s.a.w. "Sesungguh Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan dan suka bila memberi nikmat kepada hamba-Nya supaya nampak bekas nikmat itu pada hamba-Nya dan Allah SWT membenci kemelaratan dan berlagak melarat tetapi sombong itu ialah mengabaikan hak kebenaran dan menghina orang."

Sesungguhnya sifat SOMBONG itu tidak pernah mendatangkan keuntungan, sebaliknya kerugian sebagai ganjarannya. Selain daripada kita akan kehilangan ramai kawan dan dibenci orang, malah ia turut dimurkai oleh Allah SWT. Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 'Siapa-siapa yang meninggal dunia, sedang ia bebas dari tiga perkara, pasti masuk syurga. Tiga perkara itu ialah: 1. Sombong 2. Dengki / Khianat 3. Hutang



More

Tips Bagi Mengelakkan Sifat Sombong

0 comments
Insyaallah Allah akan memberi pertolongan kepada kita sekiranya kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk menghindari diri dan jiwa kita daripada sifat sombong dan bangga diri. Sentiasalah memohon pertolongan Allah SWT.

Di sini ada beberapa tips untuk mengelakkan kita daripada sifat sombong ini, antaranya:

1. Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum ada dosa atau belum banyak melakukan dosa daripada kita. (Imam al-Ghazali)

2. Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui. Menjadi lumrah kita menghormati orang alim. Bukan sekadar menghormati, malah menjadikan idola dan teladan untuk ikutan kerana kemuliaan ilmu serta amalan mereka.

3. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan sedar dan mengetahui.

4. Bersedekah. Jika tidak mempunyai wang atau harta yang mencukupi, cukuplah sekadar memberikan salam atau dengan senyuman.

Moga-moga dengan tips yang diberikan, kita semua dapat menjaga diri daripada bersifat dan bersikap sombong dengan kelebihan yang Allah berikan. Jangan jadikan diri kita ini hamba kepada nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah keburukan. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang diredhai dan diberkati Allah SWT. Insyaallah.


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ