Labels:
Tarbiah Anak,
Tarbiah Aulad


Sifat rahmat adalah perasaan belas kasihan terhadap sesama makhluk. Rahmat bukan kepada manusia saja bahkan perlu dilaksanakan kepada haiwan dan alam. Sebelum Allah memerintahkan manusia supaya bersifat rahmat, Allah terlebih dulu bersifat rahmat.
Firman Allah yang bermaksud: “Dia menetapkan atas dirinya memberi rahmat.” (Surah Al-An’am, ayat 12)
Allah menegaskan, untuk mendapat rahmat Allah, seseorang itu hendaklah bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10).
Selepas Allah sendiri bersifat rahmat, Nabi Muhammad SAW menegaskan orang yang tidak merahmati kanak-kanak, bukan daripada golongan kami dan orang yang paling meraikan kanak-kanak ialah Nabi Muhammad SAW.Daripada Anas Ibnu Malik pernah berkata, aku tidak pernah melihat orang yang paling merahmati kanak-kanak melebihi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga merahmati kanak-kanak dan memerhati keadaan mereka walaupun ketika Nabi sedang menunaikan sembahyang.Daripada Syaddad Ibnu Al Had, Nabi Muhammad keluar untuk berjumpa dengan kami kerana hendak menunaikan solat Maghrib atau Isyak, Nabi Muhammad ketika itu mendukung cucunda baginda sama ada Hassan atau Husain, Nabi pun ke depan kerana hendak mengimamkan kami, maka Baginda meletakkan cucunda di depan kemudian Baginda bertakbir untuk memulakan sembahyang. Dalam sembahyang, ketika salah satu sujud Rasulullah memanjangkan sujud. Tatkala selesai sembahyang, ada sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau memanjangkan sujud engkau sehingga kami menyangka sudah berlaku sesuatu perkara ke atas engkau, atau kami sangka wahyu turun, maka berkatalah Nabi Muhammad SAW: Semuanya itu tidak berlaku, akan tetapi sebenarnya cucunda aku bermain di atas belakangku ketika aku sujud, maka aku tidak sampai hati untuk bangun dari sujudku melainkan selepas dia selesai.Pada kejadian lain, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah, kemudian Nabi turun kerana rahmatnya Baginda kepada kanak-kanak. Daripada Buraidah Ibnu Al Husaib, suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah kepada sahabat Nabi, tiba-tiba cucunda Baginda bernama Hassan dan Husain datang berlari-lari anak, sedang memakai baju panjang warna merah, jatuh bangun jatuh bangun, maka Nabi pun berhentikan khutbah lalu turun dari mimbar mendukung kedua-duanya lalu dinaikkan mereka berdua atas mimbar, kemudian Baginda bersabda benarlah firman Allah yang bermaksud, sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jugalah pahala yang besar. Aku melihat dua orang cucunda aku ini dan aku tidak sabar kalau tidak mendukungnya. Kemudian Baginda menyambung semula khutbah.Sifat Baginda ini tidak khusus kepada ahli keluarga saja, bahkan boleh dikatakan kepada semua kanak-kanak di Madinah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang menjadi imam dan aku ingin sekali memanjangkan sembahyang, tiba-tiba dalam sembahyang aku mendengar kanak-kanak menangis, lalu aku pun memendekkan sembahyang kerana aku takut ibunya merasa susah.”Nabi Muhammad SAW juga sentiasa bergurau dengan kanak-kanak. Daripada Jabir Ibnu Samurah: “Suatu hari aku bersembahyang bersama Rasulullah, selepas selesai Baginda keluar melawat ahli keluarga Baginda, aku pun ikut sama. Tiba-tiba datang sekumpulan kanak-kanak mengerumuni baginda, lalu Nabi Muhammad SAW menggosok pipi kanak-kanak itu seorang demi seorang, adapun aku, maka Nabi juga menyapu pipi aku, maka aku dapati tangan Nabi sejuk lembut dan ada bau wangi semacam baru keluar dari botol minyak wangi.”Jika seseorang tidak mencium kanak-kanak atau tidak merahmati mereka, Nabi menganggap sebagai tanda keras hati yang mesti diperbaiki. Daripada Aisyah, “Datang seorang Arab Badwi berjumpa Nabi Muhammad SAW, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi Muhammad, adakah engkau mencium kanak-kanak? Maka Nabi Muhammad menjawab: Adakah aku mampu menyekat dan menghalang daripada ketentuan Allah yang akan mencabut rahmat daripada hatimu? Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: Tidak akan dicabut rahmat melainkan daripada orang yang ada tanda kecelakaan.”Khalifah Umar Ibnu Al Khattab ada mengkhabarkan, sesiapa yang tidak merahmati kanak-kanak, tidak layak memegang jawatan mengurus hal ehwal masyarakat dan masalah, kerana mereka yang tidak merahmati kanak-kanak akan memutuskan hukuman berdasarkan keras hati dan kepala batu mereka.Daripada Abu Uthman An Nahdi ada berkata: “Umar ada memberi jawatan kepada seorang lelaki dari Bani Asad mengurus hal ehwal masyarakat, maka lelaki itu pun datang berjumpa Umar hendak mengambil surat pelantikannya, tiba-tiba datanglah beberapa orang anak Umar lalu Umar pun mencium pipi mereka, lelaki itu bertanya kepada Umar, adakah engkau mencium anak-anak kamu? Maka Umar menjawab: Ya, saya menciumnya, kenapa? Umar menyambung lagi, maka engkau kalau begitu sangat kurang merahmati orang ramai, kanak-kanak pun engkau tidak merahmatinya, kembalikan semula surat pelantikan kamu itu, aku tidak akan memberikan kamu apa-apa jawatan pun selepas ini selama-lamanya.”Perasaan rahmat dan lemah lembut dalam memberikan tarbiah kepada anak amat diperlukan. Cara mentarbiah anak dengan cara ini lebih selamat, lebih teguh pendirian, lebih berjaya dan lebih memberikan kesan kepada anak kecil daripada mentarbiah dengan cara kasar dan keras.Hati mereka sudah difitrahkan untuk merasa mesra dan manja sementara cara keras dan kasar adalah cara orang lain yang dijajah masuk ke dalam agama kita. Tarbiah dan pendidikan cara kasar adalah cara asing yang tidak dipersetujui oleh Allah, Nabi Muhammad dan agama Islam yang suci.
sumber artikel sk ulu bernam
More
Labels:
Pendidikan,
Tarbiah Anak,
Tarbiah Aulad

Sambungan dari artikel sebelum ini...
8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang.
Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
More
Labels:
Pendidikan,
Tarbiah Anak,
Tarbiah Aulad

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Sambungan.......
More
Ruangan Iklan
Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com