“Kalau aku nak mengumpat,aku hanya akan mengumpat ibuku sendiri”-kata Imam al-Ghazali. Begitu halus pemikiran Imam al-Ghazali itu..Perkataan ‘kalau’ tu bukan la menunjukkan Imam al-Ghazali buat, tapi oleh kerana mengumpat seseorang itu akan menyebabkan pahala orang yang mengumpat akan diberikan kepada orang yg diumpat,maka lebih baik umpat ibu sendiri kerana pahala akan diberikan kepada ibu…daripada diberikan kepada orang yang tidak ada kaitan dengan kita..tapi jangan la pula pakat mengumpat ibu sendiri pulak nanti..itu hanya perumpamaannya sahaja.
Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.
Firman Allah bermaksud :
“Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatamu itu. “ (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al- Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud :
“Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesame saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah".
Imam Al- Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat :
1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan
tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam
2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang
3) Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah
4) Disebabkan dengki, iri hati dengan orang lain yan lebih beruntung dan
berjaya, ia seoerti dinaikkan gaji dan pangkat
5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain dan
6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar serta hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.