Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai. (Al-Araf:179).
Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
SIFAT MAHMUDAH
- Sabar
- Syukur
- Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
- Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
- Benar
- Jujur
- Pemaaf
- Pemalu
- Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
- Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)
SIFAT MAZMUMAH
- Tergesa-gesa
- Riya' (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
- Dengki (hasad)
- Takabbur (membesarkan diri)
- Ujub (kagum dengan diri sendiri)
- Bakhil
- Buruk sangka
- Tamak
- Pemarah
- Sum'ah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )