Didiklah Isteri Dengan Berhikmah

0 comments


DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar. Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumahtidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib
mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :

Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik degan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik
dengan wanita.

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam
isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburuatau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan
peringatan yang baik.

Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul dikediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan saling menyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh Rasulullah SAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar. Baginda bersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinyaselama sebulan.

Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka.Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat dengan bersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullahyang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena denganisteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkankeadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itusambil berkata pada dirinya:

Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya, "Apakah tujuan kedatanganmu?" "Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, "Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku."

Khalifah Umar menjawab: "Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

"Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!" Lelaki itu menyahut: "Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!" Khalifah Umar kemudian menasihatinya: "Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja."

Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya. Hadis Rasulullah SAW :

"Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yang melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri."

Rasulullah SAW juga bersabda "Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya, manakala isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun."

Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikap isterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri. Sebaik2 perhiasan orang mukmin ialah isteri yang solehah. Nak dapat isteri yang solehah suami kena jadi soleh dahulu.Pada zaman sure heboh, akademik fantasia, melayu idol ader lagik ker suami dan isteri yang solehah? Kalau isteri dan anak perempuan pemimpin pun tak tutup aurat, apatah lagik rakyatnyer. Mana ijtihad ulamak akan aurat isteri pemimpin.

More

Cermin Diri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang

4 comments

Cermin Diri

Kita hidup berkeluarga, berjiran dan mempunyai sanak saudara. Di tempat kerja dan di kampus, kita juga mempunyai ramai kawan. Ada ketikanya kita suka mengambil tahu hal dan urusan orang sama ada pekerjaannya, pendapatannya dan kehidupan rumah tangganya, tanpa memikirkan apa yang berlaku pada diri sendiri dan kelurga.

Adalah lebih baik sebelum kita memikirkan orang lain, kita fikirkan dan cermin dulu diri sendiri. Sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, pastikan diri kita lebih berilmu.

Ketika fikiran lebih tertumpu kepada orang lain hingga mengabaikan diri sendiri, maka semua yang kita lakukan tidak akan berfaedah, bahkan boleh merugikan diri sendiri umpama dian yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Dalam hubungan ini, mengutamakan diri bukan bererti ego, membanggakan diri atau tamak. Justeru, kikislah sikap sombong dan ego dengan berbuat sesuatu untuk kepentingan dan kebaikan diri asalkan tidak merugikan atau mengorbankan orang lain.

Kita seharusnya memperbaiki diri, memperhatikan kecergasan diri sebelum memberi manfaat kepada orang lain. Kita mencari sebanyak mungkin harta, bukan untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk mengagihkannya kepada orang lain yang memerlukan setelah keperluan untuk diri dan keluarga lebih daripada mencukupi.

Kita memang dianjurkan berzakat dan bersedekah dengan niat ikhlas. InsyaAllah kita akan menerima kurniaan yang lebih besar daripada Allah SWT.

Kita belajar bermati-matian bukan untuk menyusahkan diri tetapi untuk mengajar dan mendidik orang lain supaya boleh menjadi pintar. Pun begitu, kita memperbaiki diri bukan untuk kebanggaan tetapi kita berharap dapat mengubah kehidupan dan pemikiran orang lain agar menjadi lebih baik.



More

Adab Dengan Sahabat

11 comments


Assalamualaikum...Hari ini fazakkeer ingin berkongsi sedikit ilmu walaupun tidak banyak tetapi ianya amat berguna dan bermanfaat buat kita semua. Iaitu Adab dengan sahabat.

Bagaimana yer adab kita apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat kita? Jom kita baca apa yang ada kat bawah ni.

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu

2. Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik.

3. Mengasihi sahabat seperti mengasihi diri sendiri.

4. Menawarkan pertolongan dan bantuan.

5. Mendengar masalah dan membantu menyelesaikannya.

6. Bergembira dengan kegembiraan sahabat, bersedih dengan kesedihan sahabat.

7. Menasihati dengan halus dan berhikmah.

8. Memaafkan kesalahan dan kesilapan.

9. Menjauhi daripada bertengkar atau bertelagah.

10. Memuji apabila mengetahui kebaikan sahabat.

11. Menyampaikan pujian dan menutup celaan orang terhadap sahabat.

12. Berterima kasih atas pertolongan & kebaikan yang dilakukan.

13. Menutup segala keaiban sahabat.

14. Menegah orang lain mengumpat atau mencela sahabat.

15. Sentiasa mendoakan kebaikan sahabat.

Semoga berbahagia dengan sahabat-sahabat anda.
More

Budaya Kerja Cemerlang

1 comments

Menguntungkan di Dunia dan Akhirat

Islam begitu menitikberatkan etika kerja cemerlang. Etika kerja cemerlang sebenarnya bukanlah milik atau hak seseorang individu atau mana-mana kelompok masyarakat, sebaliknya ia meliputi keseluruhan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam sesebuah organisasi. Kesan daripada etika atau budaya kerja cemerlang ini akan menjadikan sesebuah organisasi itu maju dan berjaya, kerana mempunyai pegawai dan kakitangan yang berkeupayaan tinggi.

Budaya kerja cemerlang sebenarnya adalah hak setiap individu di dalam setiap organisasi, bermula dari peringkat atasan hinggalah di peringkat bawahan seperti buruh, tukang kebun, pelayan pejabat dan jawatan-jawatan seumpamanya. Apabila budaya kerja cemerlang ini dapat diserapkan dalam minda setiap pegawai dan kakitangan kerajaan itu, maka hasilnya akan tinggilah kualiti dan kuantiti kerja setiap individu itu dan seterusnya peringkatan produktiviti.

Islam sebagai agama yang syumul, begitu menggalakkan umatnya bekerja keras, dan berusaha meningkatkan taraf hidup agar mereka bebas daripada belenggu kemiskinan, kerana kemiskinan adalah musuh manusia.

Dengan kata lain, apabila budaya kerja cemerlang itu ada pada setiap individu, sudah pasti ia akan mendapat keuntungan, bukan sahaja selama hidup di dalam duani ini, tetapi juga di akhirat kelak. Ini kerana setiap yang kita kerjakan dapat memberi sumbangan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga keluarga, bangsa dan seterusnya negara. Dan ini adalah dikira sebagai satu amalan ataupun ibadah yang dituntut oleh Islam.

Apa jua yang kita buat atau lakukan, ia hendaklah disertai dengan niat kerana Allah SWT sama juga seperti kita menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam. Tanpa niat yang baik, sudah pasti amalan kita tidak akan diterima. Demikian juga dalam mencari kerja atau mencari rezeki, tentu ada matlamat dan disertai dengan niatnya sekali.

Tujuan kita bekerja sebenarnya adalah untuk menyara diri sendiri, keluarga dam seterusnya memberikan sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, setiap pekerjaan yang kita lakukan, termasuk makan gaji sama ada dengan pihak kerajaan ataupun swasta hendaklah seimbang.

Jika kita mendapat gaji penuh, maka waktu bekerja pula hendaklah cukup atau menepati waktunya kerana jika kita bekerja sambil lewa atau sering ponteng daripada menjalankan tugas dan kewajipan, sudah pasti ia akan ditanya Allah di akhirat nanti.



sumber: Al Islam - Mei 2008 oleh: Wan Marzuki Wan Ramli

More

Kemiskinankah yang kita Takutkan?

0 comments

Dari Pengarang Buletin Da'wah Al Wala Wal Bara', Bandung

Kebanyakan manusia takut terjatuh ke dalam kemiskinan. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk menghindarinya. Mereka begitu sedih dan berdukacita ketika mengalami kekurangan harta. Bahkan sehingga ada di antara mereka yang sanggup menukar agamanya hanya untuk mendapatkan sedikit harta benda duniawi. Ada di antara mereka menemui dukun, tok-tok bomoh dan yang seumpamanya untuk meminta tangkal, jampi-jampi dan sejenisnya daripada mereka. Atau memelihara dan meminta bantuan makhluk halus (jin) dalam usaha untuk mendapat kekayaan. Dengan ini mereka telah menjual aqidah dan agamanya untuk kesenangan duniawi yang rendah dan sementara . Nas`alullaahas salaamah wal 'aafiyah.


Benarkah kemiskinan yang perlu kita takutkan? Benarkah kemiskinan yang dikhuatirkan oleh Rasulullah s.a.w. ke atas ummatnya?

عَنْ عَمْرو بْنِ عَوْفٍ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا، فَقَدِمَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ، فَسَمِعَتِ الأَنْصَارُ بِقُدُوْمِ أَبِي عُبَيْدَةَ، فَوَافَوْا صَلاَةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ، فَلَمَّا صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ، اِنْصَرَفَ، فَتَعَرَّضُوْا لَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُوْلُ اللهِ حِيْنَ رَآهُمْ، ثُمَّ قَالَ: ((أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ)) فَقَالُوْا: أَجَل يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَقَالَ: ((أَبْشِرُوْا وَأَمِّلُوْا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ))


Dari 'Amr bin 'Auf Al-Anshari r.a, bahwasanya Rasulullah s.a.w mengutus Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah r.a. ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya (kerana kebanyakan mereka adalah Majusi -pent). Kemudiannya dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Anshar mendengar berita kepulanganan Abu 'Ubaidah lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan shalat shubuh bersama Rasulullah s.a.w . Ketika Rasulullah s.a.w. selesai shalat beliau pun berpaling menghadap ke arah mereka. Jelas kepada Rasulullah mereka sangat inginkan harta yang dibawa Abu 'Ubaidah. Maka Rasulullah s.a.w pun tersenyum ketika melihat mereka

Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Aku menjangka kalian telah mendengar bahwa Abu 'Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain." Maka mereka menjawab, "Benar, Rasulullah." Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961)




Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian."

Ini bermakna bukan kemiskinan yang dibimbangi oleh Nabi s.a.w. terhadap kita. Bahkan sebaliknya kadang-kadang kemiskinan boleh menjadi kebaikan bagi seseorang ketika dia bersabar dan tetap taat kepada Allah dalam kemiskinannya tersebut.

Sabda Nabi. s.a.w. , "Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian." Yakni aku tidak bimbang kalian ditimpa kemiskinan kerana sesungguhnya orang yang miskin secara umumnya lebih dekat kepada kebenaran daripada orang yang kaya.

Perhatikanlah keadaan para rasul! Siapakah yang mendustakan mereka? Yang mendustakan mereka adalah para pembesar kaumnya, orang-orang yang paling jahat dan orang-orang kaya. Dan sebaliknya, kebanyakan yang mengikuti mereka adalah orang-orang miskin. Sehingga kebanyakan yang mengikuti Nabi s.a.w pun adalah orang-orang miskin.

Jangan Takut dengan Kemiskinan!

Maka kemiskinan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangi. Jangan sampai kita takut menjadi miskin atau khuatir tidak ada apa untuk dimakan. Jangan sampai terlintas di dalam hati kita, "Apa yang ada untuk kita makan esok?" Jangan gusar! Yang penting kita berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah. Karena sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki seluruh makhluk-Nya.


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللهِ رِزْقُهَا

"Dan tidak ada suatu yang melata pun (yakni manusia dan haiwan) di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya." (Huud:6)

Bahkan sesuatu yang harus kita bimbangkan ialah ketika dibentangkan dunia kepada kita. Yakni ketika kita diuji dengan banyaknya harta benda. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, "Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."

Menghancurkan kalian bermaksud menghilangkan agama kalian, yakni, disebabkan dunia, kalian menjadi lalai dan meninggalkan ketaatan kepada Allah.

Bahayanya Dunia bagi Seorang Muslim

Dunia sangat berbahaya bagi seorang muslim. Inilah kenyataannya. Lihatlah keadaan orang-orang di sekitar kita. Ketika mereka dalam kemiskinan, mereka lebih bertakwa kepada Allah dan lebih khusyu'. Rajin shalat berjama'ah di masjid, menghadiri majlis 'ilmu dan lain-lain. Namun, ketika banyak hartanya, mereka semakin lalai dan semakin berpaling dari jalan Allah. Dan muncullah sikap melampaui batas dari mereka.


Akhirnya, sekarang manusia menjadi orang-orang yang selalu merindukan keindahan dunia dan perhiasannya seperti kereta mewah, rumah besar tempat tidur empuk, pakaian berjenama dan lain-lain. Mereka saling berbangga antara satu sama lain. Dan mereka meninggalkan amalan-amalan yang akan memberikan manafaat kepada mereka di akhirat kelak.

Perhatikanlah, majalah-majalah, akhbar-akbar dan media lainnya kebanyakannya tidak membicarakan apa-apa kecuali tentang kemegahan dunia dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Dan mereka berpaling dari akhirat, sehingga rosaklah manusia kecuali orang-orang yang Allah selamatkan.

Kesimpulannya, bahwasanya ketika dunia dibukakan -kita memohon kepada Allah agar menyelamatkan kami dan anda dari kejelekannya- maka dunia itu akan membawa kejelekan dan akan menjadikan manusia melampaui batas.

كَلاَّ إِنَّ الإِنْسَانَ لَيَطْغَى. أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup." (Al-'Alaq:6-7)


Dan sungguh Fir'aun telah berkata kepada kaumnya,


يَاقَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلاَ تُبْصِرُونَ

"Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kalian tidak melihat(nya)?" (Az-Zukhruf:51)

Fir'aun berbangga dengan dunia. Oleh karena itulah, maka dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya.


Hadis di atas mirip dengan hadis berikut:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: جَلَسَ رَسُوْلُ اللهِ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ، فَقَالَ: ((إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا))

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. dia berkata, "Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau. Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di antara yang paling aku takutkan atas kamu sepeninggalanku adalah ketika dibukakan atas kamu keindahan dunia dan perhiasannya." (HR. Al-Bukhari no.1465 dan Muslim no.1052)

Dunia Itu Manis dan Hijau

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan tentang keadaan dunia sekaligus memperingatkan ummatnya dari fitnahnya.


عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: ((إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ))

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. , bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya. Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian. Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita." (HR. Muslim no.2742)

Sabda beliau s.a.w, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau." Yakni manis rasanya dan hijau pemandangannya, memikat dan menggoda. Kerana sesuatu itu apabila keadaannya manis dan sedap dipandang mata, maka dia akan menggoda manusia. Demikian juga dunia, dia manis dan hijau sehingga akan menggoda manusia.

Akan tetapi beliau s.a.w. juga menyatakan, "Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya." Yakni Dia menjadikan kalian pemimpin-pemimpin padanya, sebagian kalian menggantikan sebagian yang lainnya dan sebagian kalian mewarisi sebagian yang lainnya.

"Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian." Apakah kalian mengutamakan dunia atau akhirat? Kerana inilah beliau s.a.w. memperingatkan, "Maka takutlah kalian dari fitnah dunia dan takutlah kalian dari fitnah wanita."

Harta dan Kekayaan yang Bermanfaat

Akan tetapi apabila Allah memberikan kekayaan kepada seseorang, lalu kekayaannya tersebut membantunya untuk taat kepada Allah, dia infakkan hartanya di jalan kebenaran dan di jalan Allah, maka jadilah dunia itu sebagai kebaikan.

Kita semua tidak mampu untuk lepas dari dunia secara keseluruhan. Kita perlukan tempat tinggal atau rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Benda-benda ini jika kita gunakan untuk membantu kea rah ketaatan kepada Allah niscaya kita mendapat pahala. Sebagai contohnya, jika kita gunakan kenderaan. untuk menghadiri majlis 'ilmu atau melakukan kegiatan yang bermanfaat. Malah kita pun boleh mengajak teman-teman ikut bersama kita kemajlis ilmu tersebut. Dengan menggunakan kendaraan sendiri juga kita boleh mengelak dari maksiat seperti ‘ikhtilath’ (campur baur antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram) dan lainnya.

Akan tetapi jangan sampai kendaraan ataupun harta benda duniawi menjadikan kita bangga, sombong sehingga akhirnya merendahkan dan meremehkan orang lain. Jadikan harta tersebut sebagai alat yang membantu kita untuk taat kepada Allah yang dengannya menjadikan kita orang yang bersyukur.


Malah ada sebagian 'ulama mewajibkan setiap orang untuk memiliki kendaraan sendiri . Dengan kenderaan tersebut seorang muslim akan terhindar dari ‘ikhtilath’ dan lain-lain kemaksiatan . Sedangkan menghindari maksiat adalah wajib. Sementara di dalam kaidah ushul fiqh disebutkan, "Suatu kewajiban tidak akan sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib."

Akan tetapi tentunya hendaklah disesuaikan dengan kemampuan masing-masing. Jangan sampai kerana ingin mendapatkan kendaraan, dia mati-matian mencari harta siang dan malam. Yang berlegar di dalam kepalanya adalah wang, wang dan wang. Sehingga dia lupa untuk berzikir kepada Allah, mempelajari agamanya, menghadiri majlis ilmu, shalat berjama'ah dan ketaatan lainnya.


Ingatlah selalu firman Allah subhanahu wa ta'ala,


فَاتَّقُوا اللهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Maka bertakwalah kalian kepada Allah menurut kesanggupan kalian." (At-Taghaabun:16)


لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al- Baqarah ayat 286 )
Oleh karena itulah, keadaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah dan pada keridhaan-Nya seperti kedudukan orang 'alim yang telah Allah berikan hikmah dan ilmu kepadanya, yang mengajarkan ilmunya kepada manusia.

Maka di sana ada perbezaan antara orang yang rakus dan panjang angan-angan terhadap dunia dan berpaling dari akhirat dengan orang yang Allah berikan kekayaan yang digunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan baik di dunia maupun di akhirat dan dia infakkan di jalan Allah.


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (Al-Baqarah:201)


Semoga Allah subhanahu wa ta'ala selalu membimbing kita untuk mengamalkan apa-apa yang dicintai dan diridhai-Nya serta memperbaiki urusan-urusan kita. Aamiin. Wallaahu A'lam.

(Maraaji': Syarh Riyaadhish Shaalihiin 2/186-189, Maktabah Ash-Shafaa; dan Bahjatun Naazhiriin 1/528, Daar Ibnil Jauziy)



Diadaptasi dari artikel bertajuk ‘Kemiskinan yang Kalian Takutkan?’ dari www.darussalaf.or.id dan www.fdawj.co.nr




More

Erti Kehidupan Makhluk Bernama Insan

0 comments

Di saat dan ketika ini, kita yang bernama insan masih lagi diberikan nafas dan nyawa oleh Sang Pencipta yakni Allah Taala. Mengapa kita dihidupkan sampai saat ini? Pernah atau tidak kita berfikir sedemikian? Pernah atau tidak kita bertanyakan diri kita mengapa dan kenapa kita dihidupkan lagi? Mungkin kita terlupa atau tidak terfikir untuk bertanyakan soalan sedemikian. Buat apa kita tanya soalan itu? Namun jauh di benak hati dan minda kita, sebenarnya banyak jawapan yang akan terjawab sekiranya kita mencuba untuk mencari jawapannya. Cubalah kita cari jawapannya sekarang sebelum Sang Pencipta mengambil nyawa dan kehidupan kita.

Bersedia atau tidak bukan persoalannya untuk kita mencari apa erti kehidupan kita sebagai makhluk yang bernama insan. Al-Quran telah membuktikan bahawa Nabi Adam diciptakan untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi. Khalifah yang akan memakmurkan bumi dengan memberikan sinar cahaya bagi bumi dan isinya. Maka di sini kita lihat betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kita selaku Khalifah. Jika Nabi Adam, manusia pertama yang ditugaskan untuk menjadi Khalifah dan pemakmur muka bumi, maka apa pula tugas kita selaku insan seperti Nabi Adam? Kalau difikir-fikirkan maknanya tugas kita adalah tugas yang pernah dipikul oleh Nabi Adam. Maknanya tugas yang sama. Namun begitu, apakah benar kita berkeadaan sedemikian? Benarkah kita ini Khalifah Allah sekarang? Benarkah kita ini sudah memberi kemakmuran kepada bumi Allah ini? Benarkah sekarang kita sudah memberi sinar dan nur Islam kepada bumi Allah ini?

Insan memang mesti bersedia dari dahulu lagi. Insan sudah berjanji dengan Allah untuk membaktikan diri kepada Allah. Berjanji untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Menyerah diri hanya kepada Allah. Bukan setakat untuk menjadi Khalifah tetapi menjadi hamba-hamba-Nya yang akan sentiasa menyembah-Nya. Itulah janji kita. Janji yang kita sendiri lupa. Sebab semasa kita berjanji itu, kita masih lagi di alam ruh. Alam yang kita sendiri tidak tahu bila ianya berlaku. Ini kerana sedar-sedar kita sudah ada di alam nyata yakni bumi ini. Sebenarnya sebelum kita berada di alam nyata ini, kita melalui beberapa proses perjalanan seperti alam ruh dan alam rahim. Namun semua itu kita lupa dan tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Cuma kita hanya boleh merasai dan membayanginya dengan pengetahuan yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah serta digambarkan kepada kita.

Perjalanan hidup insan memang mencabar dan berliku. Berlakunya kehidupan yang susah dan senang. Kehidupan yang menyebabkan insan seperti kita ini bingung. Mana satu yang harus diikuti dan mana satu yang harus dijauhi. Mana satu yang harus diteladani dan sebagainya. Kalau diikutkan maka kehidupan ini tidak perlu diteruskan. Namun sebagai insan dan hamba-Nya yang terpilih tidak dapat tidak kita semestinya terus berjuang untuk hidup dengan memilih jalan yang betul dan lurus yang telah disyariatkan oleh Islam. Islamlah yang boleh meluruskan perjalanan hidup insan. Tugas kita ialah sentiasa mengkaji dan menuntut ilmu yang sememangnya seperti lautan yang tidak akan pupus dan kering. Teruskanlah hidup kita walau di sana kita sering ditimpa kesedihan, sering ditimpa kesakitan, sering ditimpa kesusahan, namun kita juga sering mendapat kebahagiaan, sering mendapat kesenangan, sering mendapat kesihatan. Apa yang penting ialah hidup mesti berlandaskan apa yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jadilah hamba-Nya yang menjalani hidup amal makruf nahi mungkar. Semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat. Amiin



More

Bahaya bermewah-mewah

0 comments

BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat
Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.


More

Nilai Masa Dalam Kehidupan Seorang Mukmin

0 comments


Seorang Mukmin memiliki perasaan yang paling dalam terhadap nilai masa. Sesungguhnya Allah akan menyoalnya kelak pada Hari Pembalasan tentang umurnya, untuk apa dihabiskan? Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan? Seorang Mukmin akan menjadi kikir terhadap masanya jika disia-siakan dalam permainan atau dihamburkan seperti angin yang bertiup. Masa adalah modal pokok orang Mukmin. Bagaimana mungkin mensia-siakannya sehingga ia rugi? Masa sesungguhnya adalah nikmat yang wajib disyukuri dengan cara memanfaatkannya. Tidak boleh diingkari dengan cara mensia-siakannya. Berkata Umar bin Abdul Aziz, ”Sesungguhnya malam dan siang bekerja untukmu, kerana itu bekerjalah kamu pada keduanya”.

Setiap Mukmin merasa seolah-olah setiap hari, matahari dan fajar memanggilnya dengan suara keras; ”Wahai manusia, aku adalah makhluk baru. Aku akan menyaksikan pekerjaanmu. Berbekallah engkau dariku dan manfaatkanlah aku dengan amal soleh, sesungguhnya aku tidak pernah kembali selama-lamanya”. Setiap Mukmin merasa takut hari-harinya akan lari dari genggamannya, kosong dari amal hari ini sampai pada hari esok. Pada esok hari sudah ada amal lain yang menunggunya sehingga tidak sempat mengerjakan pekerjaan pada hari-hari lainnya.

Demikian pula seorang Mukmin memiliki keinginan kuat agar hari ini lebih baik dari hari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini. Ia ingin hidup panjang – setelah kematiannya – sepanjang amal perbuatannya dan sepanjang kebaikan dampak amal perbuatannya. Seorang Mukmin memiliki keinginan kuat untuk mewariskan ilmu yang bermanfaat, amal perbuatan yang baik, program yang menghasilkan sesuatu, sedekah jariah atau keturunan yang soleh.


More

7 Petanda Kebahagiaan

0 comments

Tujuh petanda kebahagiaan dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur - Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah terutama sekali apa yang kita miliki seperti pancaindera dan alam yang kita kecapi ini.

2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh - Dikurniakan oleh Allah pasangan yang baik merupakan suatu pemberian yang agung dari Ilahi. Sedap mata memandang, sedap lagi hati menerima.

3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh - Suatu kebahagiaan yang besar apabila dikurniakan anak yang baik-baik. Inilah harta yang tidak akan merugikan kita sampai hari Kiamat.

4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal, atau harta yang halal - Harta yang halal lagi baik memang wajib dicari oleh setiap Muslim. Kerana harta yang dimakan itu menjadi darah daging yang akan dikira oleh Allah Taala kelak.

6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama - Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam bermula dari kecil sampai dekat mati. Ilmu yang dituntut itu mestilah diamalkan.

7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Hidup ini akan indah seindah indahnya…dan dikurniakan dengan ’syurga ajilah”..nikmat syurga yang disegerakan semasa masih berada dialam dunia ini..
Walaupun hidup miskin tetapi terasa selesa..
walaupun berada ditempat yang sempit tetapi terasa luas..
Apa rahsianya….hati yang sentiasa ZIKRULLAH…
Firman Allah swt..
“Sesungguhnya hanya dengan zikrullah hati menjadi tenang”
(surah ar rad ayat 28)
Ini adalah jaminan yang diberi oleh Allah swt sendiri dan tidak mungkin DIA mungkir janji…
Oleh itu berzikir lah(hidupkan hati dengan selalu menyebut nama Allah) setiap masa dan ketika,setiap waktu,setiap saat walau dimana kita berada..
Hati yang sentiasa berzikrullah adalah sebenarnya ’sunnah’ para nabi,para rasul,para sahabat,para waliyullah dan diri baginda Rasulullah saw sendiri..
Kerana zikrullah mereka sentiasa tenang dan sentiasa dalam perlindungan Allah swt..
Oleh itu carilah amalan zikir hati ini melalui para mursyid..
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ