Elak Api Neraka Dalam Perniagaan

1 comments


Islam dan perniagaan adalah dua perkara yang sinonim. Malah, Agama Islam menyarankan bidang perniagaan sebagai salah satu bidang yang perlu diterokai oleh umatnya. Bidang ini menjanjikan pelbagai kebaikan kepada seluruh umat Islam. Selain itu, ia adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syarak. Al-Qur'an sendiri memberitahu bahawa menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurniaan Allah SWT.

Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa rezeki yang diperolehi oleh umat Islam hari ini, sembilan persepuluh (9/10), datangnya daripada bidang perniagaan. Di sini jelas menunjukkan betapa perniagaan memberikan satu peluang keuntungan yang sangat banyak kepada sesiapa yang terlibat di dalamnya.

Bagaimanapun, mencari rezeki dengan berniaga bukanlah semudah yang disangka. Islam telah menggariskan ciri-ciri sebuah perniagaan yang suci dan berkat. Berniaga dalam Islam tidak boleh dilakukan secara semberono. Oleh itu, individu Islam baik Muslimin mahupun Muslimah perlu sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati kerana di dalam perniagaan ada banyak hal-hal yang mendorong kepada melakukan dosa. Jika tidak dihindari dosa-dosa itu, maka perniagaan tersebut akan menarik seseorang kepada kemurkaan Allah SWT dan balasan apa neraka.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar". (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan AL-Hakim)




More

Tips Bagi Mengelakkan Sifat Sombong

0 comments
Insyaallah Allah akan memberi pertolongan kepada kita sekiranya kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk menghindari diri dan jiwa kita daripada sifat sombong dan bangga diri. Sentiasalah memohon pertolongan Allah SWT.

Di sini ada beberapa tips untuk mengelakkan kita daripada sifat sombong ini, antaranya:

1. Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum ada dosa atau belum banyak melakukan dosa daripada kita. (Imam al-Ghazali)

2. Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui. Menjadi lumrah kita menghormati orang alim. Bukan sekadar menghormati, malah menjadikan idola dan teladan untuk ikutan kerana kemuliaan ilmu serta amalan mereka.

3. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan sedar dan mengetahui.

4. Bersedekah. Jika tidak mempunyai wang atau harta yang mencukupi, cukuplah sekadar memberikan salam atau dengan senyuman.

Moga-moga dengan tips yang diberikan, kita semua dapat menjaga diri daripada bersifat dan bersikap sombong dengan kelebihan yang Allah berikan. Jangan jadikan diri kita ini hamba kepada nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah keburukan. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang diredhai dan diberkati Allah SWT. Insyaallah.


More

Sifat ikhlas hiasan peribadi Muslim bertakwa

0 comments



IKHLAS adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah dan keikhlasan jugalah yang menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan yang dilaksanakan oleh setiap Muslim diterima Allah ataupun sebaliknya. Pendek kata, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan atau kebahagiaan Muslim di dunia dan akhirat.

Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi Muslim yang bertakwa. Antaranya, firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 2)

Rasulullah tidak ketinggalan untuk memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari Muslim lewat sabdanya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan nas-nas suci di atas, dapat disimpulkan betapa keikhlasan memainkan peranan yang penting dalam menentukan penerimaan satu amalan di sisi Allah. Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman Muslim kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, yang membenci kerana Allah, yang memberi kerana Allah dan yang menahan diri pun kerana Allah, maka dia sesungguhnya telah mencapai kesempurnaan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Dari sini jelas bahawa sifat ikhlas ini amat penting disemai dan dibajai di setiap hati Muslim dalam semua lapangan hidup agar dia dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah yang bertakwa. Perlu disedari bahawa sifat ikhlas ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan amalan ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya, malahan niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat yang diberi ganjaran pahala kerananya.

Sebaliknya, niat yang tidak baik seperti riak atau 'ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai satu-satu amalan walaupun ia berupa amalan ibadat sekalipun dan ia akan mengubahkan menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksa yang pedih di akhirat kelak.

Sehubungan itu, Rasulullah ada memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara yang boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kita kepada Allah seperti sifat riak, 'ujub, sombong dan lain-lain sifat yang tercela. Pernah satu ketika Rasulullah menganggap riak itu sebahagian daripada syirik yang tersembunyi kepada Allah. Ini jelas dalam satu sabda baginda yang bermaksud: “Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik.”

Justeru, sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) di dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari dan kalau mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim)

Demikianlah gambaran indah yang dilukiskan oleh Rasulullah tentang hamba Allah yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Mereka sama sekali tidak mengharapkan apa-apa habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya apa yang mereka harapkan hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah saja.

Itulah cita-cita dan impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian yang penuh tulus lagi kudus semata-mata kerana Allah sebagaimana terungkap dalam firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).” (Surah al-An'am, ayat 162 - 163).

Dari satu segi lain, gambaran orang yang tidak ikhlas dalam amalan mereka serta mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang yang beriman. Apa tidaknya, kerana Rasulullah sebagai seorang rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan kita akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang tidak ikhlas hatinya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa-apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkannya ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Di samping itu, Islam adalah addin yang amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan oleh Muslim dianggap sebagai ibadah. Oleh itu, setiap amalan sama ada yang berbentuk duniawi mahu pun ukhrawi ada ganjaran pahalanya sekiranya diniatkan penuh ikhlas kerana Allah.

Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala sehinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah juga bersabda maksudnya: “Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah ada padanya pahala sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ringkasnya, selama mana seseorang Muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh keikhlasan yang tulus, selama itulah segala gerak geri dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kalaulah begini kedudukan seorang yang ikhlas kepada Allah dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah, kita sebagai umat Islam sewajibnya menghiaskan diri dengan sifat mulia itu dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.

Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.

Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)



More

Ingatan Untuk Diriku dan Dirimu Jua

1 comments

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari ini terasa hendak bermuhasabah diri. Muhasabah diri ini amat penting supaya kita tidak terlalu leka dan lalai semasa sibuk dan seronok menjalani kehidupan seharian atas muka bumi ini. Kadang-kadang kita terasa leka. Kadang-kadang kita terasa alai. Namun begitu, kita tidak boleh selalu leka dan lalai. Cuma lupa sedikit. Jadi di sini ada sedikit INGATAN dan TAZKIRAH untuk tatapan kita semua. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara ini tetapi TAZKIRAH tetap menjadi manfaat kepada kita semua.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima (5) kali......

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Qur'an.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "Laa ilaaha Illallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima (5) jenis racun & lima (5) penawarnya....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Renung-renunglah....fikir-fikirlah......zikir-zikirlah....HIDUP mesti diteruskan.....MATI tetap pasti.


- Ke Arah Manjadi Jutawan Akhirat -


More

Rasulullah Tersenyum Melihat Aisyah Cemburu

4 comments

Cemburu. Satu perkataan yang sememangnya terjadi pada diri setiap insan yang normal. Orang tua kata cemburu itu tandanya sayang. Betul juga kata-kata ini cuma janganlah kita cemburu tidak bertempat dan melampau-lampau. Perasaan cemburu ini pun berlaku dalam kehidupan Rasulullah. Isteri baginda pun cemburu juga antara satu sama lain. Di antara isteri Rasulullah yang paling suka cemburu adalah Aisyah. Perkara ini wajar mengingatkan Aisyah memiliki tahap kecemburuan yang tinggi kerana beliau memperolehi tempat yang istimewa di sisi baginda setelah Khadijah binti Khuwailid yang menjadi isteri pertama baginda.

Di samping itu, Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasulullah yang dinikahi dalam keadaan masih kecil. Beliau juga termasuk isteri yang cerdas dan banyak membantu baginda apabila menghadapi masalah yang sukar, sehingga wajar apabila kelebihan-kelebihan ini menjadikan Aisyah istimewa di sisi baginda maka beliau sangat pencemburu.

Kerana sifat Aisyah yang terbuka dan cenderung keanak-anakkan dan kurang boleh menguasai perasaannya, itulah yang membuat Rasulullah suka bercanda dengan isterinya yang mungil itu. Emosi Aisyah akan nampak apabila beliau sedang cemburu. Kecemburuan seorang wanita terhadap suaminya adalah menunjukkan kadar cintanya terhadap suaminya sangatlah tinggi.

Beberapa saat menjelang wafat Rasulullah, baginda berziarah ke perkuburan Al-Baqi' untuk memanjatkan ampunan bagi semua penghuni kubur itu. Esoknya, Aisyah mengeluh kepada baginda kerana kepalanya terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakan sakit kepala. Maka baginda berkata kepada Aisyah: "Wah...kepalaku juga pening Aisyah." Namun berulang-ulang Aisyah masih mengeluhkan pening kepala, sehingga dengan bercanda Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Apa salahnya wahai Aisyah apabila engkau mati sebelum aku?" Aku sendiri yang akan menguruskan jenazahmu, mengkafankanmu, mensolatimu dan mengkuburkanmu."

Mendengar perkataan demikian daripada Rasulullah, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda: "Biarlah itu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, seandainya itu terjadi dan anda melakukan semua yang disebutkan, anda akan kupertemukan dengan beberapa isteri anda di rumahku."

Mendengar perkataan isterinya, Rasulullah hanya tersenyum lembut. Baginda sangat memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar gurauan baginda. Beberapa saat kemudian rasa pening Rasulullah hilang, sehingga baginda dapat berkeliling menggilir isteri-isterinya. Namun kemudian sakit baginda datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah, salah seorang isteri baginda. Dan itulah rupanya sakit terakhir baginda dan gurauan baginda yang terakhir dengan Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah r.a.

Begitulah sikap Rasulullah terhadap sesiapa sahaja di sekeliling baginda. Apa yang berlaku pada baginda, masih tetap menerimanya dengan melontarkan senyuman lembut tanpa ada perasaan terguris hati atau marah. Banyak lagi kisah-kisah seperti ini dalam buku: Senyuman Rasulullah Menambat Hati Para Sahabat. Semoga kita dapat mengikut sunnah Rasulullah ini. Senyum-senyumlah wahai sahabat-sahabatku. 'Senyum itu Sedekah'.


More

Erti Kehidupan Makhluk Bernama Insan

0 comments

Di saat dan ketika ini, kita yang bernama insan masih lagi diberikan nafas dan nyawa oleh Sang Pencipta yakni Allah Taala. Mengapa kita dihidupkan sampai saat ini? Pernah atau tidak kita berfikir sedemikian? Pernah atau tidak kita bertanyakan diri kita mengapa dan kenapa kita dihidupkan lagi? Mungkin kita terlupa atau tidak terfikir untuk bertanyakan soalan sedemikian. Buat apa kita tanya soalan itu? Namun jauh di benak hati dan minda kita, sebenarnya banyak jawapan yang akan terjawab sekiranya kita mencuba untuk mencari jawapannya. Cubalah kita cari jawapannya sekarang sebelum Sang Pencipta mengambil nyawa dan kehidupan kita.

Bersedia atau tidak bukan persoalannya untuk kita mencari apa erti kehidupan kita sebagai makhluk yang bernama insan. Al-Quran telah membuktikan bahawa Nabi Adam diciptakan untuk menjadi Khalifah Allah di muka bumi. Khalifah yang akan memakmurkan bumi dengan memberikan sinar cahaya bagi bumi dan isinya. Maka di sini kita lihat betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kita selaku Khalifah. Jika Nabi Adam, manusia pertama yang ditugaskan untuk menjadi Khalifah dan pemakmur muka bumi, maka apa pula tugas kita selaku insan seperti Nabi Adam? Kalau difikir-fikirkan maknanya tugas kita adalah tugas yang pernah dipikul oleh Nabi Adam. Maknanya tugas yang sama. Namun begitu, apakah benar kita berkeadaan sedemikian? Benarkah kita ini Khalifah Allah sekarang? Benarkah kita ini sudah memberi kemakmuran kepada bumi Allah ini? Benarkah sekarang kita sudah memberi sinar dan nur Islam kepada bumi Allah ini?

Insan memang mesti bersedia dari dahulu lagi. Insan sudah berjanji dengan Allah untuk membaktikan diri kepada Allah. Berjanji untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Menyerah diri hanya kepada Allah. Bukan setakat untuk menjadi Khalifah tetapi menjadi hamba-hamba-Nya yang akan sentiasa menyembah-Nya. Itulah janji kita. Janji yang kita sendiri lupa. Sebab semasa kita berjanji itu, kita masih lagi di alam ruh. Alam yang kita sendiri tidak tahu bila ianya berlaku. Ini kerana sedar-sedar kita sudah ada di alam nyata yakni bumi ini. Sebenarnya sebelum kita berada di alam nyata ini, kita melalui beberapa proses perjalanan seperti alam ruh dan alam rahim. Namun semua itu kita lupa dan tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Cuma kita hanya boleh merasai dan membayanginya dengan pengetahuan yang sedikit yang dikurniakan oleh Allah serta digambarkan kepada kita.

Perjalanan hidup insan memang mencabar dan berliku. Berlakunya kehidupan yang susah dan senang. Kehidupan yang menyebabkan insan seperti kita ini bingung. Mana satu yang harus diikuti dan mana satu yang harus dijauhi. Mana satu yang harus diteladani dan sebagainya. Kalau diikutkan maka kehidupan ini tidak perlu diteruskan. Namun sebagai insan dan hamba-Nya yang terpilih tidak dapat tidak kita semestinya terus berjuang untuk hidup dengan memilih jalan yang betul dan lurus yang telah disyariatkan oleh Islam. Islamlah yang boleh meluruskan perjalanan hidup insan. Tugas kita ialah sentiasa mengkaji dan menuntut ilmu yang sememangnya seperti lautan yang tidak akan pupus dan kering. Teruskanlah hidup kita walau di sana kita sering ditimpa kesedihan, sering ditimpa kesakitan, sering ditimpa kesusahan, namun kita juga sering mendapat kebahagiaan, sering mendapat kesenangan, sering mendapat kesihatan. Apa yang penting ialah hidup mesti berlandaskan apa yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jadilah hamba-Nya yang menjalani hidup amal makruf nahi mungkar. Semoga berjaya di dunia mahupun di akhirat. Amiin



More

Hak-hak Waktu yang Tak Mungkin Dapat Diganti

0 comments

Kewajipan dalam waktu ada empat jenis, iaitu:

1. Waktu menerima nikmat
Kewajipan pada waktu menerima nikmat adalah bersyukur.

2. Waktu ditimpa bencana atau cubaan
Kewajipan waktu ditimpa bencana adalah bersabar dan rela atas cubaan itu.

3. Waktu taat
Kewajipan pada waktu taat ialah mengerti bahawa ketaatan itu adalah suatu nikmat pemberian Allah. Janganlah sampai menyangka bahawa ketaatan itu adalah semata-mata usaha sendiri, tanpa nikmat Allah di dalamnya.

4. Waktu mengerjakan maksiat
Kewajipan pada waktu mengerjakan maksiat adalah bertaubat memohon ampun kepada Allah.

Cubalah kita renungkan, bagaimana orang dapat menggantikan kewajipan waktu yang tertinggal apabila waktu itu telah berubah? Kerana dengan berubahnya waktu, maka berubah pula hak kewajipannya. Sehingga dia tidak dapat menggantikan apa yang tertinggal pada masa yang telah berlalu. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang diberi hendaklah bersyukur, diuji lalu bersabar, dianiaya lalu memberi ampun, menganiaya lalu meminta ampun. Kemudian selepas itu Rasulullah SAW dia sehingga para sahabat bertanya: "Lalu apakah yang akan diperolehnya, ya Rasulullah? Maka bainda bersabda: Merekalah orang-orang yang mendapat kesejahteraan dan mereka itu orang-orang yang mendapat petunjuk."

Justeru itu, janganlah kita melewatkan umur tanpa melakukan amal soleh, kerana umur yang telah berlalu itu tidak akan kembali lagi. Kalau ada orang yang membiarkan umurnya berlalu tanpa melakukan amal soleh bererti dia ditimpa kerugian kerana tidak dapat mengulangi umurnya yang telah berlalu itu.

Apa yang telah dihasilkan seseorang dalam umurnya berupa amal soleh adalah merupakan barang yang tidak ternilai harganya. Kerana dengan amal solehnya itu, orang akan memperoleh keuntungan yang selama-lamanya abadi dan tidak akan rosak. Oleh kerana itu, bagi orang-orang yang soleh, ia sangat berhati-hati dalam menjaga waktunya. Mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada untuk perkara yang bermanfaat, bukan untuk disia-siakan dengan melakukan maksiat.


More

Azab Pedih Jika Tidak Bersyukur

0 comments

UMAT Islam masa kini perlu memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana ia adalah tanda keteguhan iman di atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terkira banyaknya.

Lebih-lebih lagi sebagai rakyat Malaysia mereka amat bertuah kerana Allah mentakdirkan berada atau memiliki sebuah negara yang aman dan mengurniakan pula rezeki dan nikmat yang melimpah ruah.

Nikmat keamanan yang diterima terus-menerus dan tidak putus-putus ini sepatutnya menambahkan lagi rasa terima kasih atau kesyukuran kepada Allah dan memperkuatkan lagi ketaatan serta pengabdian kepada-Nya.

Umat Islam di negara ini sepatutnya bermuhasabah diri seiring dengan usia yang semakin bertambah dan hampir ke penghujungnya. Saidina Umar al-Khattab pernah meluahkan ungkapan yang terkenal, iaitu: "Perhitungkanlah (hisablah) dirimu sebelum anda dihitung (dihisab) oleh Allah (pada hari akhirat)."

Bagaimanakah mengukur tahap rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat pemberiannya yang tidak terhitung banyaknya selama ini?

Setiap umat Islam perlu berasa cemas dan takut kerana selepas banyak menikmati rezeki pemberian Allah, mereka tidak diiktiraf oleh Allah sebagai orang yang bersyukur kepada-Nya. Ini kerana di dalam al-Quran, Allah menyebut dalam beberapa ayat yang mana ramai manusia yang tidak berterima kasih kepada Allah atau sedikit sekali orang yang bersyukur kepada-Nya.

Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka azab Allah bakal diterimanya di akhirat. Sebaliknya, orang yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah, mereka beruntung kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberiannya, sebagai firman-Nya bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

Nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia khususnya kepada Muslim boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

§ Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang; dan

§ Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

Umat Islam patut bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam di samping nikmat lain yang tidak terkira banyaknya. Marilah bersungguh-sungguh mempertahankan nikmat iman dan Islam sampai ke akhir hayat.

Soalnya, adakah umat Islam sebenarnya bersyukur dengan kedua-dua bentuk nikmat yang dikurniakan Allah? Allah berfirman, bahawa amat sedikit manusia yang bersyukur.

Allah menghuraikan mengenai banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada manusia yang pasti tidak mampu dihitung. Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (QS. al-Baqarah: 185). Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud: 'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (QS. Sabda': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata, "Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17). Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan orang yang bersyukur. Semoga kisah berikut memberi pengajaran atau iktibar kepada kita.

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).

Bagaimanakah memastikan diri daripada kalangan orang yang bersyukur dengan segala nikmat yang diterima daripada Allah?

Menurut Imam al-Junaid, "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya". Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebajikan - bukan menyalurkannya ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama bernama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan syukur kepada tiga, iaitu:

§ Syukur dengan lidah, iaitu dengan cara menyebut nikmat kurniaan Allah seperti firman Allah: "Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran." (QS. adh-Dhuha: 11);

§ Syukur dengan anggota badan, iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah, iaitu dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredhai Allah; dan

§ Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sajalah pemberi segala nikmat di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh setiap manusia (hamba Allah) datangnya daripada Allah, sesuai dengan penjelasan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." (QS. an-Nahl: 53)

Ibnu Atha'ullah Askandari pula berkata: "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."

Ketika Siti Aisyah bertanya Rasulullah SAW (suaminya), mengapa baginda begitu kuat dan tekun beribadah (solat) sampai kakinya bengkak, sedangkan baginda seorang nabi yang telah diampun dosanya dahulu dan akan datang? Nabi Muhammad menjawab, "Tidak bolehkah aku menjadi orang yang bersyukur kepada Allah."

Ini bermakna mentaati perintah dan menjauhi apa jua larangan Allah adalah tanda syukur kepada-Nya. Insaflah bahawa apa jua yang Allah suruh kerjakan dan tinggalkan segala larangan-Nya adalah semata-mata untuk keuntungan manusia sendiri.

Allah tidak mengambil sebarang faedah daripada apa jua yang diperintah dan dilarang-Nya. Allah tidak sekali-kali rugi jika semua manusia sepakat untuk tidak mentaati-Nya dan tidak pula untung sekelumit pun sekiranya semua manusia beriman dan patuh kepada-Nya. Bukankah Allah mewujudkan manusia di muka bumi ini untuk diuji. Allah hendak melihat siapakah antara mereka yang paling baik perbuatannya?

Ini selaras dengan penegasan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya."(QS. al-Kahfi:7)

More

Memiliki Hati yang Baik

0 comments

Bagi melahirkan tingkah laku dan akhlak yang mulia seseorang itu perlu memastikan hati dan jiwanya (spritual) dalam keadaan sihat dan baik. Bagi al-Ghazali hati yang baik dan sihat itu pula adalah hati yang sentiasa dimakmurkan dengan ketaqwaan, disucikan dengan riadah serta bersih daripada akhlak keji.

Hati jenis ini lebih mendorong akal seseorang berfikir untuk menyingkap kebaikan serta rahsia-rahsia hati sehingga terbukalah cahaya mata hati yang seterusnya mendorong seseorang melakukan amal. Hati dalam kategori ini dipancari oleh cahaya akal, dimakmurkan dengan cahaya ilmu serta dipimpin kepada kebaikan demi kebaikan secara berterusan.

Sementara itu, bagi memastikan hati atau jiwa seseorang itu dalam keadaan sihat dan suci, al-Ghazali menyarankan tazkiyah al-nafs - usaha membersihkan jiwa, hati dan diri manusia daripada kekotoran sifat keji dan kemudian menghiasinya dengan sifat-sifat murni yang memerlukan usaha gigih secara berterusan dilakukan bagi memelihara hati daripada kekotoran. Proses tazkiyah al-nafs menurut al-Ghazali perlu melalui dua proses yang dikenali sebagai takhalli (mujahadah al-nafs) dan tahalli (riyadah al-nafs).

Al-Takhalli pula merupakan proses mengosongkan atau membersihkan jiwa daripada selain Allah Taala terutamanya daripada sifat-sifat tercela serta menurut hawa nafsu. Pengertian ini mempunyai persamaan dengan kaedah mujahadah al-nafs sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Ghazali khususnya dari sudut berjuang dan melawan nafsu secara bersungguh-sungguh bagi menghapuskan segala sifat mazmumah yang terhasil daripada hasutan syaitan.

Manakala al-Tahalli pula bermaksud menghiasi batin dan mengindahkannya dengan kebaikan (al-fadilah) untuk menghampirkan diri kepada Allah Taala. Ia pula mempunyai persamaan dengan kaedah riyadah al-nafs yang merupakan latihan jiwa secara beransur-ansur menuju ke arah kebaikan yang dapat menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah.

Ringkasnya dapat difahami, kesihatan spiritual terletak pada sejauh manakah hati seseorang itu dapat dibersihkan daripada segala sifat-sifat mazmumah seperti marah, dendam, benci, hasad dengki dan sebagainya dan dapat pula dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, syukur, redha, muhasabah, qanaah dan sebagainya.

Semoga kita semua mendapat ketenangan jiwa serta kebahagian hidup di dunia dan akhirat.


More

Sifat Mahmudah Memberi Kebahagiaan

0 comments

Menyentuh mengenai hubungan sifat-sifat mahmudah yang dapat memberikan kebahagian, kita mengambil contoh sifat SYUKUR yang dilihat sebagai satu bentuk penyucian jiwa seseorang daripada sifat TAKABBUR. Justeru, jiwa tersebut akan sentiasa mensyukuri nikmat kesihatan, ilmu dan hikmah, kekuatan, kecantikan, panjang umur dan sebagainya yang dikurniakan Allah kepadanya. Rasa syukur juga dapat dijadikan bekalan dalam menghadapi permasalahan hidup kerana orang yang bersyukur sentiasa menerima apa jua keadaan yang berlaku dalam kehidupannya. Sikap sedemikian sudah tentu dapat melahirkan ketenangan jiwa dan ketenangan jiwa itu adalah sumber kebahagiaan.

Begitu juga bagi seseorang yang dihiasi sifat REDHA yang secara tidak langsung menjadikan hati mereka tenang dan bersedia menerima segala ujian Allah Taala. Orang yang redha, sedar bahawa ketentuan Allah merupakan salah satu bukti cintanya kepada Allah Taala di samping meyakini Allah akan memberikan ganjaran pahala di atas kesabaran menempuh cabaran hidup.

Kuliah agama MP3: Sifat Mazmumah Ria'
Download: http://www.mediafire.com/?jybinqa2tm3




More

Wasiat Rasulullah Kepada Ali bin Abi Talib

0 comments

Ali bin Abi Thalib berkata, “Rasulullah S.A.W berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda….”
-Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada akal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub(kagum kepada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara’ yang lebih hebat daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan Tidak ada ibada yang lebih daripada tafakur.
-Ya Ali! Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan. Penyakit agama adalah hawa nafsu.
-Ya Ali! Perbanyakkan membaca surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Dipenjara melainkan ia akan keluar penjara. Bujang melainkan akan berkahwin. Semasa musafir matanya terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan diatas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya diwaktu subuh nescaya ia akan aman sampai petang dan barangsiapa yang membacanya diwaktu petang nescaya ia akan berada dalam keamanan sehingga pagi.
-Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhan pada malam Jumaat, nescaya Allah memberikan kemampuan kepadamu.
-Ya Ali! Bacalah Surah Al-Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu.
-Ya Ali! Bacalah Surah Al-Mulk dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Allah dari bencana hari kiamat.
-Ya Ali! Bacalah Qulhuallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudu’ , nescaya engkau akan diseru pada hari kiamat: Hai pemuji Tuhan, bangkitlah maka kemudian masuklah ke dalam syurga!.
-Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa berkat, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
-Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana dikhuatiri anakmua akan cacat. Lalu aku(Ali) bertanya : “Kenapa demikian Ya Rasulullah?” “Kerana jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan malam Hilal( bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam hilal itu?
-Ya Ali! Jauhilah sengketa kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan angkau.
-Ya Ali! Segeralah bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah.
-Ya Ali! Jauhilah kemarahan kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah.
-Ya Ali! Jauhilah olok-olok kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya.
-Ya Ali! Jauhilah riba kerana padanya terdapat enam perkara, 3 di dunia dan 3 di akhirat. Adapun 3 di dunia : ia akan cepat memusnahkan harta, melenyapkan kekayaan dan menghapuskan rezeki. Adapun 3 di akhirat : membawa buruk perhitungan (hisab), kemurkaan Allah dan kekal dalam neraka.
-Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula padamu.
-Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin nescaya engkau akan dibentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat.
-Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu.
-Ya Ali! Keluarkanalah infak hartamu dan berikanlah kelapangan kepada keluargamu dan janganlah khuatir terhadap Allah yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurniaNya terhadapmu.
-Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu akan menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta dia akan dinamakan disisi Tuhan “si pendusta” dan bila dia benar maka dia akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang “benar (siddiq)” . Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan iman.
-Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya.
-Ya Ali! Jauhilah sifat dengki kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api mamakan kayu bakar
More

Sikap Kebendaan Punca Nafsu Boros

0 comments

Pengguna sentiasa disajikan dengan pelbagai tawaran dan potongan harga menarik oleh peniaga apabila menjelang hari-hari perayaan dan karnival. Inilah peluang mereka untuk berbelanja bagi mendapatkan barangan yang diinginkan pada harga berpatutan.

Seperti yang kita tahu, tanpa permintaan tidak akan wujud penawaran. Begitu juga dengan konsep berbelanja.

Perbelanjaan memotivasi masyarakat pengeluar untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan atau permintaan pengguna. Jika masyarakat pengguna berhenti berbelanja, tentu pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut. Perkara sedemikian kerana ketiadaan kuasa beli yang menjadi pemangkin kepada sektor pengeluaran.

Islam tidak menghalang kita membelanjakan wang atau harta yang dimiliki. Ada nas al-Quran yang memerintahkan kita membelanjakan harta seperti firman Allah bermaksud: “Apakah bahayanya bagi mereka, kalau mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang sudah diberikan oleh Allah kepada mereka. (Surah an-Nisa, ayat 39)

Membelanjakan harta seperti ditunjukkan oleh lunas Islam juga adalah sifat utama orang yang beriman dalam surah al-Baqarah, ayat 3.

Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat kini ialah sikap boros dan suka bermewah ketika berbelanja. Sikap ini seolah-olah menjadi amalan masyarakat. Jika tidak bermewah-mewah, seseorang dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling, lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat sekarang yang lebih bersifat kebendaan.

Islam tidak menganjurkan umatnya untuk bermewah secara berlebihan. Kemewahan menyebabkan kita menjadi makhluk yang mengikut hawa nafsu serta hilang keluhuran budi pekerti.

Kisah Qarun yang asalnya miskin kemudian dilimpahi kemewahan adalah contoh terbaik bagaimana kekayaan boleh melalaikan manusia dan menyebabkan dia lupa asal usul kejadiannya yang sebenar.

Kemewahan yang melimpah ruah itu juga menjadi faktor utama kepada kehancuran Qarun. Begitu halnya dengan Firaun. Kekayaan dan kemewahan menyebabkan Firaun enggan mengakui keesaan Allah dan mendakwa dirinya adalah tuhan yang perlu disembah oleh orang Mesir.

Di samping bermewah, kita perlu menjauhi tabiat membazir. Kemewahan biasanya diiringi sifat berlebih-lebihan. Bagaimanapun, sikap suka ini tidak semestinya menggambarkan seseorang hidup dalam kemewahan.

Contoh mudah sikap berlebih-lebihan tetapi tidak menggambarkan kemewahan, malah boleh merugikan ialah tabiat merokok atau meminum arak atau mengambil dadah. Pembaziran di sini merujuk kepada perbelanjaan tanpa sebarang maslahat diperoleh, malah boleh memudaratkan orang itu.

Tabiat merokok, misalnya, bukan satu amalan baik. Ia seperti membakar wang dan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi buruk kepada si perokok. Perkara sedemikian kerana asap rokok, bukan saja mengandungi tar dan nikotin, malah lebih 4,000 jenis bahan kimia beracun yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Jika kita dilarang oleh Rasulullah saw untuk membazirkan air ketika mengambil wuduk walaupun dalam sungai yang mengalir, tentu pembaziran sumber yang bukan diperoleh secara percuma sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Juga dikategorikan sebagai membazir jika kita berbelanja terhadap perkara yang tidak diperlukan. Mungkin keperluan itu ada, tetapi disebabkan promosi secara berlebihan daripada peniaga, kita terdorong untuk membelinya. Inilah juga punca timbulnya tabiat suka berhutang di kalangan masyarakat. Keseronokan berbelanja mendorong pengguna untuk berhutang. Dalam kepesatan industri perbankan sekarang, masyarakat ditawarkan dengan pelbagai jenis instrumen kemudahan pembiayaan hutang peribadi seperti penggunaan kad kredit.

Justeru, sebagai pengguna, kita perlu berbelanja mengikut kemampuan bukan perasaan. Keadaan itu disebabkan hutang hanya meresahkan jiwa dan melahirkan pelbagai sifat keji lain.

Rasulullah pernah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud: “Sesungguhnya, apabila seseorang itu berhutang, maka dia akan berbicara, lalu berbohong atau berjanji, lalu mengingkari janjinya.”

Hutang juga boleh menafikan seseorang daripada masuk syurga kerana Imam Muslim ada meriwayatkan satu hadis bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Diampunkan semua dosa orang mati syahid kecuali hutang.”

Dalam Islam sebarang perbelanjaan perlu ditumpukan kepada dua objektif utama iaitu berbelanja di jalan Allah (al-infaq fi sabilillah) seperti mengeluarkan perbelanjaan untuk zakat. Kedua, perbelanjaan untuk diri sendiri dan keluarga seperti perbelanjaan penyediaan makan, minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.

Sebaik-baik corak perbelanjaan ialah bersederhana iaitu tidak terlalu bermewah dan tidak terlalu kedekut atau bakhil. Inilah yang disarankan oleh al-Quran menerusi firman Allah bermaksud: “Dan orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pula kikir, dan dia berada di tengah-tengah antara yang demikian.” (Surah al-Furqan)

Di samping bersederhana ketika berbelanja, pengguna perlu memastikan barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah barang keperluan yang bersesuaian dengan syariah Islam. Mutu barangan perlu diambil kira dalam proses pembelian. Perkara itu bagi memastikan setiap sen yang kita belanjakan mendapat pulangan setimpal dengan apa yang dibayar.



More

Adat Bersanding: Pandangan Islam

3 comments

Cuba kita lihat mengenai adat-adat persandingan yang biasa berlaku di kalangan orang melayu yang beragama Islam.

Apa yang dikatakan dengan persandingan?

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

Apa tujuan diadakan persandingan?

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

Dari mana datangnya adat persandingan?

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: Bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. Ada yang berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Adakah persandingan ini dibenarkan?

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5, dan Yunus: 107.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (* pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
More

Kena Kawal Marah

0 comments

Anda pernah marah? Pernah sakit hati? Atau anda pernah marahkan orang atau anda juga pernah menyakiti hati orang? Sebenarnya semua orang pernah marah, sama ada sekadar sakit hati atau benar-benar naik darah. Adalah sesuatu yang normal untuk berasa marah, malah kemarahan adalah emosi manusia yang sihat. Bagaimanapun sekiranya dibiarkan di luar kawalan, marah boleh memusnahkan serta menimbulkan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, hubungan peribadi mahupun kualiti hidup keseluruhan.

Pelbagai faktor luaran dan dalaman boleh membangkitkan kemarahan seseorang. Anda mungkin marah kepada individu atau keadaan tertentu, atau kemarahan itu disebabkan anda risaukan masalah-masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Dalam mengendalikan perasaan marah, manusia lazimnya menggunakan tiga kaedah:
1. meluahkan (expressing)
2. menahan (suppressing)
3. mententeram (calming)

Cara yang paling sihat mengendalikan perasaan marah ialah meluahkannya secara asertif, bukan agresif.

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan.
Cuba relaks dengan mengambil nafas panjang sehingga ke bahagian diafram bukan hanya di bahagian dada. Pernafasan sebegini boleh merelakskan anda. Sambil bernafas, ulangilah perkataan-perkataan yang menenangkan, contohnya dengan berzikir. Bayangkan imej-imej yang indah. Selain itu, lakukan senaman ringan yang boleh merelakskan otot-otot dan melegakan perasaan anda. Praktikkan amalan ini setiap hari dan belajar menggunakannya setiap kali anda berasa tegang.

Selain itu, anda boleh mengubah cara berfikir. Orang yang marah biasanya suka menyumpah-nyumpah, menggunakan bahasa kesat atau meninggikan suara. Ini menggambarkan fikiran mereka. Apabila marah, seseorang akan berfikir yang bukan-bukan dan lebih dramatik. Cuba gantikan fikiran begini dengan sesuatu yang lebih rasional.

Kat-kata menyumpah, kesat dan negatif akan hanya menyakiti hati orang lain. Jadi cuba ingatkan diri bahawa anda tidak akan dapat mengubah apa-apa dan tidak akan berasa lega.

Orang marah lazimnya cepat membuat rumusan dan sesetengahnya tidak tepat. Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila sedang berbalah ialah bersabar dan berfikir tentang respons-respons yang anda berikan. Janganlah bercakap apa sahaja yang ada di dalam fikiran anda, sebaliknya fikir dahulu apa yang ingin dikatakan. Pada waktu yang sama, dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh orang lain. Fikir dahulu sebelum menjawab.

Adalah biasa bersikap defensif apabila kita dikritik, tetapi janganlah melawan. Sebaliknya dengarlah mesej di sebalik kata-kata yang diucapkan; mesej bahawa orang itu mungkin berasa dia diketepikan atau tidak disayangi. Anda perlu bersabar dan tidak membiarkan perasaan marah anda atau orang lain menjadikan perbincangan tidak terkawal.

'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan. Ia membantu anda mendapat perspektif yang lebih seimbang. Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah dengan lebih konstruktif. Bagaimanapun humor yang dimaksudkan bukan yang bersifat sinis kerana itu juga satu luahan perasaan marah yang tidak sihat. Teknik ini mengelakkan anda daripada menganggap diri sendiri terlalu serius.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan kekecewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan orang lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini; tetapi kita boleh mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan atas diri kita.

Semoga sama-sama kita dapat menghadapi situasi dimana kita marah dan dimarahi. Fikir-fikir dan renung-renunglah.

More

Hamba-Nya yang Didoakan oleh Malaikat

0 comments
Malaikat merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah Taala. Malaikat juga mendoakan kepada hamba-hamba Allah yang terpilih. Hamba-hamba Allah yang didoakan oleh Malaikat adalah hamba-hamba yang memang beruntung dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Setiap orang mengharapkan diri mereka didoakan oleh Malaikat supaya mendapat syafaat di hari Akhirat nanti.

Inilah hamba-hamba Allah yang didoakan oleh para Malaikat tersebut:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'."

2. Orang yang duduk menunggu solat.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para Malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia'."

3. Orang-orang yang berada di saf bahagian hadapan di dalam solat
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang berada pada saf-saf paling hadapan."

4. Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan berlaku kekosongan di dalam saf)
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf."

5. Para Malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah SAW bersabda: "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaaliinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'amiin', kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solat setelah melakukan solat


7. Orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

9. Orang-orang yang berinfak

10. Orang yang makan sahur

11. Orang yang menjenguk orang sakit

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain

More

Islam Tetap Bangkit

0 comments


Pendapat yang mengatakan bahawa era kejatuhan agama di kalangan masyarakat Islam hari ini agak kurang tepat. Islam sebenarnya agama yang akan terus bangkit. Islam adalah agama Allah s.w.t, sama ada hamba-hamba-Nya membantu menyebarkan Islam atau tidak, ia tetap akan bangkit, kerana itu adalah janji Allah s.w.t. di dalam al-Quran.

Perkara ini boleh kita kaji suatu masa dulu, kira-kira 30 ke 40 tahun dahulu, hanya orang-orang yang digelar ustaz atau lebai sahaja yang tekun memelihara solat lima waktu. Solat lima waktu bagi orang awam yang bukan ustaz dan lebai ketika itu, bagaikan 'gigi rongak', jarang-jarang untuk dikerjakan.

Sebagai contoh lagi, di zaman 30 ke 40 tahun dahulu, ustazah-ustazah yang mengajar agama hanya memakai tudung yang ala kadar, sekadar menutup sebahagian kepala sahaja. Namun sekarang sudah banyak perubahan, sehinggakan ustazah dengan orang awam pun seakan sama sahaja cara pemakaian tudungnya. Ada yang labuh, ada yang tudung besar dan tidak ketinggalan tudung-tudung kecil. Apa penting ialah mereka sudah memakai tudung yang sempurna, kalau tidak pun sudah hampir-hampir sempurna.

Satu ketika dahulu, di kampung-kampung terdapat banyak telaga mandi. Anak-anak dara dan makcik-makcik pada waktu itu, mandi-manda dengan hanya berkemban tanpa segan silu. Tetapi situasi seperti itu tidak lagi wujud pada hari ini. Ini membuktikan kesedaran agama yang semakin meningkat berbanding satu waktu dulu. Jika dibandingkan beberapa tahun dulu, ia amat berbeza sekali.

Keadaan dunia sentiasa berubah. Manusia secara keseluruhannya, perlu peka kepada perubahan yang berlaku. perubahan dunia tidak akan menunggu sesiapa. Ia akan terus berubah dan manusialah yang perlu mengejarnya.

Oleh sebab itulah, di samping kejayaan yang membangkitkan nilai-nilai murni, masyarakat Islam diserang pula oleh ideologi-ideologi barat terdiri daripada golongan Zionis dan Nasrani. Dengan bersenjatakan media, golongan Zionis dan nasrani ini berjaya menumpulkan pemikiran masyarakat serta menerapkan budaya dan ideologi mereka kepada masyarakat dunia.

Generasi Islam masa kini perlu berubah. Umat Islam perlu lebih moden dan advance dari segi ilmu. Tetapi malangnya, apa yang difahami oleh masyarakat Melayu hari ini adalah meniru apa saja yang datang dari Barat. Berpakaian seksi dan beranting-anting, dianggap sebagai moden dan terkini.

Bukanlah yang dimaksud advance itu dengan cara berpakaian dan berakhlak seperti ikon atau penghibur seperti apa yang ditonjolkan oleh media Barat pada hari ini. Itu bukan advance atau moden, tetapi itu adalah perangai dan aksi manusia jahiliah abad ini.

Islam sebenarnya agama yang moden. Islam menggalakkan kebersihan, cantik dan kemas. Banyak hadis dan ayat-ayat al-Quran mengatakan tentang keindahan dan kecantikan. Bahkan dalam satu hadis, baginda Rasulullah s.a.w. memberi kiasan, bahawa Allah s.w.t. itu indah dan Dia menyukai keindahan.

Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang begitu penting dalam mencorakkan masa depan generasi Islam. Pendidikan itu bermula dari rumah dan itu adalah satu kenyataan yang tidak dapat tidak, mesti diterima oleh setiap ibu bapa. Hari ini kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah, menyalahkan guru-guru apabila anak mereka gagal dalam pelajaran, berakhlak buruk dan sebagainya. Tetapi tidakkah mereka sedar, guru-guru yang mereka salahkan itu adalah sekadar faktor sampingan dalam perkembangan anak-anak mereka.

Apa yang pasti, jika anak itu gagal dalam pelajaran atau sebagainya. ibu bapa perlu melihat diri sendiri dan perlu merenung kembali kaedah yang digunakan untuk mendidik dan memelihara anak mereka. Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak lagi mendidik anak dengan pendekatan Islam. Ramai ibu bapa yang tidak lagi menerapkan nilai-nilai agama dalam pendidikan di rumah, bagaimana pula mahu mengharapkan anak-anak atau generasi pewaris agar menjadi lebih islamik.

Umat Islam perlu tahu, bahawa golongan Yahudi dan Nasrani, mendidik anak-anak mereka dengan ideologi kepercayaan mereka. Dalam erti kata lain, mereka mendidik anak-anak dengan kepercayaan agama. Begitu juga dengan Yahudi. Anak-anak dididik dengan ideologi dan fahaman agama Yahudi dan apabila besar kelak, anak-anak tadi akan menjadi penyambung warisan agama dan ideologi mereka.

Adalah sesuatu yang malang, apabila ada segelintir umat Islam sendiri beranggapan, bahawa berpegang pada agama bermakna berundur ke belakang. Ini adalah satu pandangan yang silap dan sebenarnya, pendapat seperti itulah pendapat yang berundur ke belakang.

Yahudi dan Nasrani mendidik anak-anak mereka dengan agama untuk menguasai masa depan, sebaliknya orang-orang Islam pula, menganggap agama adalah punca kemunduran. Ini adalah satu kesilapan yang besar dan boleh menjahanamkan institusi komuniti Muslim pada satu hari nanti.

Marilah menuju ke arah menegakkan syiar Islam seluruhnya semoga Islam di Malaysia sentiasa maju ke hadapan.






More

Kepentingan Akhlak Dalam Peribadi Muslim

1 comments



Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.Justify Full
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai. (Al-Araf:179).

Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.


SIFAT MAHMUDAH
- Sabar
- Syukur
- Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
- Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
- Benar
- Jujur
- Pemaaf
- Pemalu
- Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
- Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)


SIFAT MAZMUMAH
- Tergesa-gesa
- Riya' (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
- Dengki (hasad)
- Takabbur (membesarkan diri)
- Ujub (kagum dengan diri sendiri)
- Bakhil
- Buruk sangka
- Tamak
- Pemarah
- Sum'ah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )
More

Umar bin Khattab r.a

1 comments



Umar bin Khattab sebelum masuk Islam termasuk musuh Islam yang sangat dikhuatiri oleh kaum muslimin. Dia sangat kejam terhadap pengikut-pengikut Rasulullah SAW. Dalam suatu kisah ada diceritakan bahawa Umar bin Khatab pernah menyeksa seorang wanita hamba sahaya dari keluarga Bani Muammal, sehingga hancur tubuh wanita tersebut, kerana dia memeluk Islam.

Rasulullah SAW pernah berdoa kepada Allah SWT tentang Umar bin Khattab.
Ertinya: “Ya Allah, tinggikanlah Islam dengan salah seorang di antara dua lelaki, iaitu Umar bin Hisyam (Abu Jahal) dan Umar bin Khattab.”

Doa baginda Rasulullah tersebut menggambarkan betapa kejamnya dan ganasnya kedua lelaki yang bernama Umar tersebut. Sehingga baginda bermohon kepada Allah, agar salah seorang di antara mereka memperoleh hidayah dan dapat bersama-sama berjuang menegakkan Islam. Pada suatu malam Umar bin Khattab berjalan-jalan dalam kota Mekkah dengan membawa sebilah pedang dengan tujuan ingin membunuh Rasulullah SAW. Ketika itu Umar berjumpa dengan seorang pemuka Quraisy bernama Na’im bin Abdullah.

Na’im bertanya kepada Umar, “Ke manakah engkau ingin pergi wahai Umar? Aku ingin mencari Muhammad dan ingin membunuhnya.” Jawab Umar. Kemudian Na’im berkata lagi, “Mengapa engkau harus membunuh Muhammad sedangkan adik iparmu Sa’id bin Zaid dan adik kandungmu Fatimah bin Khattab telah memeluk Islam.” Mendengar keterangan tersebut, darah Umar menjadi mendidih, kemarahannya semakin memuncak. Sekarang dia telah merubah niat asalnya daripada ingin membunuh Rasulullah, kepada membunuh kedua saudaranya yang sedang berada di rumah Khabbab.

Ketika Umar bin Khattab memasuki rumah Khabbab, Fatimah sedang membaca surah Thaha dari ayat 1 hingga 6. Mendengar itu Umar bertambah marah, kemudian memasuki rumah Khabbab lalu memukul Sa’id bin Zaid hingga berdarah. Fatimah pun ingin membantu suaminya daripada terus diseksa, maka Umar pun memukul adiknya Fatimah sehingga terjatuh. Pada saat yang singkat itu, melihat suasana Sa’d bin Zaid dan Fatimah yang baru dipukulnya, maka Allah SWT memberikan hidayah ke dalam hati Umar bin Khattab.

Umar merasa hairan, apa sesungguhnya yang terkandung di dalam Islam, sehingga fatimah adiknya sanggup berkorban membela suaminya daripada disiksa. Kemudian Umar meminta selembar naskah yang sedang dibaca oleh Fatimah tadi. Fatimah pun menjawab: “Wahai kandaku Umar, tidak akan aku berikan naskah ini sebelum engkau mengambil wuduk terlebih dahulu. Naskah ini hanya boleh dipegang oleh orang-orang yang bersih dan suci.

Kemudian Umar bin Khattab mengambil wuduk, setelah itu dia membaca naskah yang telah dibaca oleh Fatimah. Umar merasakan bahawa seharusnyalah manusia menyembah Zat Yang Maha Pencipta seperti yang dijelaskan dalam surah Thaha ayat 1 hingga 6 tersebut. Akhirnya Umar menyuruh adiknya membawanya menemui Rasulullah SAW untuk memeluk Islam. Ketika itu Rasulullah sedang berada di rumah Al-Arqam bersama dengan Saidina Hamzah. Di hadapan Rasulullah, Umar bin Khattab mengucapkan dua kalimah Syahadah, menyatakan diri bahawa ia telah memeluk agama yang suci itu.

Menurut satu riwayat, setelah Umar bin Khattab memeluk Islam pada malam hari, maka paginya ia pergi ke rumah Umar bin Hisyam (Abu Jahal) untuk memberitahukan kepadanya bahawa Umar bin Khattab telah memeluk Islam. Mendengar keterangan Umar bin Khattab tersebut, maka Abu Jahal pun menampar Umar bin Khattab, sehingga terjadilah perkelahian antara mereka. Begitulah dua insan yang sama-sama jahil, namun salah seorang memperoleh hidayah dariapda Allah SWT, sedangkan yang seorang lagi terus sesat mengikut langkah-langkah syaitan.

More

Berusaha Bersikap Bijak

0 comments


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang ingin mengadu perilaku isterinya kepada Amirul Mukminin Saiyidina ‘Umar al-Khattab r.a., lelaki itu terpegun kerana mendengar isteri ‘Umar r.a. sedang marah-marah. Tidak terdengar sama sekali jawapan ‘Umar r.a. Setelah mengetahui keadaan itu, dalam hatinya ia berkata: “Jika ‘Umar saja sebagai orang kuat, tegas bahkan… Amirul Mukminin, tidak bertindak sedemikian, maka apalah ertinya aku ini?”. Orang itu lalu bergegas ingin kembali ke rumahnya dan tak jadi mengadu akhlak isterinya kepada Khalifah ‘Umar.

Sebelum melangkah jauh, ‘Umar telah menyedari kedatangannya lalu memanggilnya dan bertanyakan tentang keperluan dia datang ke rumah beliau. Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, kedatanganku sebenarnya adalah untuk mengadu tentang perilaku isteriku yang buruk. Tetapi setelah aku mendengar tadi akan isterimu melakukan hal yang sama, aku berkata dalam hati: “Jika keadaan Amirul Mukminin pun sedemikian, maka apalah ertinya aku ini?”.

“Wahai sahabatku, aku menahan diri daripadanya kerana ada beberapa hak yang telah ia tunaikan yang seharusnya menjadi kewajipan ku. Ia telah memasak, membuat roti, mencuci pakaian, menyusukan anak aku. Di mana tugas itu sebenarnya bukanlah kewajipan baginya. Aku diam sahaja, kerana memang aku yang bersalah.” Jawab ‘Umar r.a.

“Wahai Amirul Mukminin, isteriku juga berbuat begitu.” Kata lelaki tersebut. “Bersabarlah wahai sahabatku, kerana yang demikian itu takkan berjalan lama.” Jawab ‘Umar.

Dari peristiwa di atas, jelas menunjukkan betapa Saiyidina ‘Umar r.a. amat menghargai jerih payah isterinya melaksanakan tugas-tugas rutin urusan rumahtangga. Lebih-lebih lagi apabila tugas itu bukannya merupakan kewajipan seorang isteri, tetapi hanyalah khidmat bakti yang dicurahkannya kepada suami dan anak-anak tercinta demi untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Menyedari pengorbanan isterinya dan kekurangan dirinya, maka amak bijaklah Saiyidina ‘Umar berdiam dan bersabar menghadapi kemarahan isterinya yang kepenatan. Nasihatnya supaya lelaki itu ‘bersabar kerana ia takkan lama’, menunjukkan ia memahami tabiat marah wanita, cepat nak marah tetapi hanya sekejap sahaja.

Dalam menghadapi masalah rumahtangga, kisah Saiyidina ‘Umar ini wajar sekali diteladani. Ingatlah kita akan pesanan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya: “Berwasiatlah kebaikan kepada para wanita, kerana mereka itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, padahal tulang rusuk yang bengkok adalah yang paling atas, yang jika kau luruskan dengan keras, maka ia akan patah. Tetapi jika tidak diluruskan ia akan terus bengkok. Oleh sebabitu, nasihatilah para wanita secara baik.” (HR Bukhari)

More

Adab Menziarahi Orang Meninggal

1 comments


Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakaatuh

Di antara adab-adab ketika kita pergi menziarahi orang meninggal ialah:

1. Berbicara dengan baik. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ummu Salamah, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila kamu datang mengunjungi orang yang sakit atau orang mati, hendaklah kamu berbicara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."
Namun, ramai orang sekarang apabila berada di rumah orang mati, mereka suka berbicara perkara-perkara yang menyentuh peribadi orang yang mati tersebut. Seperti menceritakan perilaku tidak elok orang yang mati itu ketika dia masih hidup. Sebenarnya perihal semasa dia hidup tidak perlu lagi dibicarakan kecuali pada perkara-perkara yang baik sahaja untuk dijadikan teladan kepada yang masih hidup.

2. Berdoa yang baik-baik. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berdoa kecuali dengan doa yang baik sahaja."Kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kita ucapkan ketika itu. Para ulama menganjurkan sunat menghadiri orang yang kematian bagi orang soleh dan ahli ilmu, supaya mereka dapat memberikan nasihat atau memperingati orang yang akan meninggal itu dengan taubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah serta mendoakan untuk yang akan meninggal sehingga orang lain dibelakangnya boleh mengambil manfaat atas peristiwa tersebut.

3. Tutuplah mata si mati. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Syaddad bin Aus berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bila kamu menghadiri orang yang meninggal dunia di antara kamu, maka tutuplah akan matanya, kerana sesungguhnya pandangan mata itu mengikuti roh (yang keluar) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik, kerana para Malaikat mengaminkan terhadap apa yang kamu ucapkan."

4. Ucapkan "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin". Ummu Salamah ra.'anha berkata: "Bila kamu datang mengunjungi orang yang sedang sakarat, hendaklah kamu ucapkan: "Assalamu'alal-mursaliin wal hamdu lillahi rabbil 'alamiin."

5. Ucapkan "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah". Bakr bin Abdullah Al-Mazanniy At-Tabi'ie ra. berkata: "Bila kamu menutup mata mayat maka ucapkanlah "Bismillahi wa'ala millati Rasulillah SAW dan bertasbihlah." Kemudian Sofwan yang kebetulan hadir membaca ayat "wal mala-ikatu yusabbihuuna bihamdi rabbihim" (dan Malaikat selalu bertasbih memuji Tuhan mereka). Sementara itu ada yang pernah mendengar Aba Maisarah Az-Zahidiy berkata: "Pada waktu Ja'far Al-Mu'allim, pada saat beliau dalam keadaan menghadapi kematian, mata beliau kututup. Beliau pun meninggal. Dalam mimpiku aku melihat Ja'far Al-Mu'allim datang kepadaku dan berkata: "Aku berterima kasih kepadamu yang telah menutupkan mataku sebelum aku meninggal dunia."

Wallahu Subhanahu wa Taala a'lam

More

Pahala Bagi Muslim Yang Memberi Salam

2 comments

Justify Full
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan hubungan mesra di antara sesama Muslim ialah dengan memberi salam di antara satu sama lain.
Dalam sahih Muslim, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kamu tidak akan dapat masuk Syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. Mahukah kamu aku ajarkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukan, akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu? Tebarkanlah ucapan salam di antara kamu."

Marilah sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam. Mengucapkan salam merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang itu memasuki Syurga Allah Taala yang diimpi-impikan. Akan tetapi, amat malang sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang memandang remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya, sedangkan pahala di sisi Allah Taala bagi orang yang mengucapkan salam amatlah besar.

Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi. Sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh Allah Taala inin dengan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan kepada orang kaya mahu pun miskin. Ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan.

Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang juga mengucapkan salam tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk di tangga iaitu dengan tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya. Oleh kerana ingin cepat, ada yang sekadar menyatakan 'samaikum', 'samakum', 'haikum', 'hakum' dan sebagainya.

Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak mengandungi ucapan salam sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'. Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu sekurang-kurangnya 'assalamu'alaikum'. Oleh kerana ucapan salam yang telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan dengan kehendak syara', maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta tidak dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama Muslim.

More

Salam: Sentuhan Ajaib

2 comments



Kajian yang dijalankan di rumah kanak-kanak yatim menunjukkan bayi-bayi yang banyak disentuh lebih sihat dan lebih cepat membesar daripada bayi-bayi yang kurang disentuh. Kajian di kalangan pasangan suami isteri mendapati pasangan yang puas hati dan bahagia lebih banyak melakukan sentuhan daripada mereka yang tidak bahagia. Contoh sentuhan yang dapat dilakukan oleh pendorong adalah perbuatan bersalaman dengan mereka yang hendak didorong. Ahli politik banyak menggunakan cara ini bagi memancing sokongan. Dalam Islam bersalaman adalah ibadah dan diberi pahala.

Di kalangan guru-guru bersalaman juga amat kurang digunakan. Para pengetua, guru besar dan guru-guru tidak bersalaman dengan murid-murid. Hanya guru-guru di tadika Islam sahaja yang bersalaman dengan murid-muridnya tiap-tiap hari, apabila murid tiba dan sebelum mereka pulang. Murid-murid tadika Islam juga mencium tangan guru-guru mereka, patutlah kanak-kanak tadika Islam menunjukkan sikap lebih sopan dan patuh kepada guru. Amalan bersalam-salam ini semestinya dilakukan kepada sesiapa yang bukan Islam juga.


More

Ilmu Akan Hilang Beransur-ansur

1 comments


Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Namun sekarang kalau kita lihat senario yang berlaku dimana alim ulamak dipinggirkan, dicerca, dihina oleh orang-orang yang sememangnya jahil tentang agama. Tetapi mereka tidak mahu ditegur, tidak sanggup diperbetulkan dan sombong untuk berubah dari kurang baik menjadi lebih baik. Maka tepatlah apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang dulu. Cuma sekarang bagi kita yang ada akal, cubalah fikir-fikirkan apa yang perlu dan patut kita buat supaya ramai orang menjadi alim. Alim itu maknanya tahu tentang agama. Jangan kita terus menjadi jahil iaitu tidak tahu tentang agama kita.

Semua orang wajib menjadi alim. Ini kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi orang Islam yang lelaki dan perempuan". Jadi bukan hanya alim itu terletak kepada ustaz-ustaz atau tok lebai-tok lebai tetapi kita semua wajib menjadi alim. Sekurang-kurangnya dapat memberi ilmu kepada ahli keluarga sendiri terutama isteri, suami dan anak-anak kita.

Jadilah imam kepada isteri kita dan anak-anak kita. Jangan sampai kata tidak tahu kepada anak sekiranya anak meminta kita mengajarnya mengaji atau mengajar solat. Jangan kita kata tidak tahu apabila anak meminta kita mengajarnya azan dan iqamat. Sedarlah bahawa setiap kita adalah ketua yang akan ditanya oleh Allah di hari Akhirat nanti mengenai apa yang kita ajarkan kepada ahli atau rakyat di bawah kita. Suami, ketua dalam keluarga. Ketua kampung, ketua dalam kampung. Menteri, ketua dalam Negeri dan seterusnya. jadi tidak ada sebab untuk kita lari dari menjadi alim kepada diri sendiri dan kepada keluarga serta kepada Negara kita.

Ayuh semua. Marilah sama-sama kita menjadi alim dan menjadi orang menyampaikan apa yang kita tahu. "Kun Aliman au Muta'alliman, au Mustami'an au Muhibban". Iaitu jadilah kamu orang yang alim (tahu), atau orang belajar (ingin tahu), atau orang mendengar (ilmu) atau orang yang mencintai ilmu." Jangan kita jadi orang yang kelima iaitu tidak mahu jadi alim, tidak mahu belajar, tidak mendengar ilmu dan membenci ilmu. Maka binasalah hidup kita.

Fikir-fikirkanlah. Hanya kita yang dapat mengubah diri kita.


More

Amanah: Konsep Amanah Dalam Islam

0 comments

Pendahuluan

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengertian

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.

Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai serta dipatuhi.

Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.




2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan.

Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah.

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging.

Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.

Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.

Penutup

Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.

Kisah Dan Teladan

KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika neliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya delam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

" Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?"

Khalidah Umar menjawab, " Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga "

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:

" Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ