
sumber dari http://alfatih.presint15.com/2010/08/azan-sejarah-adab-sebagai-muazzin/
 SEJARAH AZAN
 Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.  Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar R.  A:
 “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka  berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak  ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu  hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat  tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang  ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.
 Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang  mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada  yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang  mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah  ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan  memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi  dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan  ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh  Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz  “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.
 Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang  lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu  Akbar… (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah  bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu  mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah  mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan,  Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga  bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.
 Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk  telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas  langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi  imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh  a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk  langit dan bumi”.
 Antara dalil-dalil lain:
 Dari Anas Bin Malik: Bila jumlah orang Islam bertambah, mereka  berbincang cara bagaimana hendak mengetahui waktu solat dengan cara yang  mudah. Setengah mengesyorkan supaya dinyalakan api dan ada yang  mengesyorkan untuk dibunyikan loceng. Bilal diarahkan untuk malaungkan  lafaz azan dua kali dan iqama’ sekali sahaja. – Sahih Bukhari : Jilid 1, Buku 11, No 580
 
 ADAB DAN TATATERTIB SEORANG MUAZZIN
 Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki Muslim yang  berakal. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja untuk semua kariah,  dan tidak boleh dibuat berulang kali untuk kariah yang sama. Azan  hendaklah dilafazkan dalam Bahasa Arab.
 Untuk Solat Jumaat, azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama  untuk menandakan masuk waktu Zuhur untuk memanggil orang-orang Muslim  ke masjid dan kali kedua dikumandangkan sejurus sebelum Imam memulakan  Khutbah Jumaat. Iqamat dilafazkan selepas imam selesai membaca khutbah,  dan sebelum imam mengangkat Takbir Jumaat.
 Seorang muazzin dianjurkan untuk memperhatikan etika atau adab-adab di  bawah ini :
 1.  Dianjurkan sebelum mengumandangkan adzan ia berwudhu ( bersuci )  lebih dahulu.
 2.  Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dengan perlahan-perlahan dan jelas.
 3.  Dianjurkan untuk mengumandangkan adzan dari tempat yang tinggi  jika  tidak ada alat pengeras suara. Ini dimaksudkan agar suara adzan  menyebar  lebih luas. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Bilal,  iaitu  mengumandangkan adzan dari atas rumah seorang wanita dari Bani  Najjar,  yang rumahnya kebetulan paling tinggi di sekitar masjid. (  Hadist Hasan  Riwayat Abu Daud )
 4. Meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya. Sebagaimana di dalam   hadist Abu Juhaifah Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya ia berkata :
 رايت بلالا يؤذن واتتبع فاه ها هنا وها هنا واصبعاه في اذنيه
 “Aku pernah melihat Bilal mengumandangkan adzan, dan aku mencermati   (gerakan) mulutnya kesini dan kesini. Sementara kedua jarinya berada   dikedua telinganya. (Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah )
 5.  Hendaknya muazzin mempunyai suara yang baik dan lantang.  Sebagaimana  di dalam hadist Abdullah bin Zaid  radhiyallahu ‘anhu  bahwasanya  Rasulullah Sholahu ‘Alaihi Wa as- salam bersabda :
 فقم مع بلال فألق عليه مارأيت فاليؤذّن به فإنه أندي صوتا منك
 Bangkitlah bersama Bilal lalu sampai kepadanya apa yang engkau lihat,   kemudian hendaklah dia mengumandangkannya, karena suaranya (Bilal) itu   lebih lantang darimu.”(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
 Sebagai tambahan,  Sunat ketika azan dan iqamah – tanpa menggerakkan  dada dan kaki – memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan   ,  lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat  memalingkan muka ke sebelah kiri  apabila  menyerukan  dua  kali   kalimah
 ,  lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian Sunat  memalingkan muka ke sebelah kiri  apabila  menyerukan  dua  kali   kalimah   lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.
 lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat.
 Sebagaimana hadis daripada Abu Juhaifah Radhiallahu  ‘anhu katanya:
  Maksudnya: “Aku pernah datang  mengadap Nabi Shallallahu  ‘alaihi      wasallam di Mekkah sewaktu  Baginda berada di dalam sebuah qubbah  (khemah)      merah diperbuat  daripada kulit. Lalu Bilal keluar dan menyerukan  azan,      sedang aku  memerhati mulut Bilal yang menghala ke sana dan ke sana  (ke kanan       dan ke kiri). 
 (Abu    Juhaifah) berkata: “Kemudian Rasulullah Shallallahu  ‘alaihi wasallam  keluar    dengan pakaian merah corak Yaman buatan  Qatar.”Musa berkata: “Berkata (Abu Juhaifah): “Aku telah melihat Bilal  keluar  ke    Abthah lalu menyerukan azan, sesudah sampai kepada: ( dan    dia memalingkan lehernya ke kanan dan ke kiri tanpa berpusing.   Kemudian Bilal    masuk (ke kediamannya) lalu dia mengeluarkan tongkat.”
  
 (Hadis riwayat Abu Daud)
 ANTARA PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
 Haram talhin  (berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu  itu mengubah makna kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang  ditegah. Seperti contoh-contoh berikut:
 1. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah  asyhadu  maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
 maka menjadilah hamzah itu sebagai istifham (tanda tanya).
 2. Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar  maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar  yang bererti gendang yang satu muka.
 maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar  yang bererti gendang yang satu muka.
 3.  Mengwakafkan pada kalimah la ilaha  yang  bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah  illallah (إلا  الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa  kepada kufur.
 yang  bererti “tiada Tuhan” dan memulakan bacaan pada kalimah  illallah (إلا  الله) yang bererti “melainkan Allah” maka perkara ini boleh membawa  kepada kufur.
 4. Memanjangkan huruf “alif” pada kalimah Allah  kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
  kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca oleh orang Arab maka itu adalah salah.
 5. Menukar huruf “alif” kepada huruf “ha” pada kalimah Allah  
 6. Memanjangkan huruf “hamzah” pada kalimah akbar 
 7. Tidak menyebut huruf “ha” pada kalimah as-shalah   maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)
 maka menjadilah maksudnya seruan menuju ke neraka. – (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)
 Alhamdulillah, ini sahaja yang dapat saya berkongsi buat kali ini.  Sekiranya ada kecacatan dan juga pembetulan, diharap dapat diperbetulkan  dengan komen-komen anda di bawah. InsyaAllah akan saya updatekan dari  semasa ke semasa.
 Diharap semua mendapat manfaat daripada artikel kali ini.  Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjalankan tanggungjawag sebagai  muazzin di dalam kariah kita kerana banyak kelebihannya menjadi muazzin  ini seperti yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  bersabda dalam sebuah hadith:-
 Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu  Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara  sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia  meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam  At-Thabrani)
 Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
 Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu  Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam  At-Tarmizi)
 Wallahu’Alam. Semoga Allah memberkati atas usaha kita semua.
 
Sumber Rujukan:
 1. http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1425/Jamadilawal/14.htm
2. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic20_2002.htm
3. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic18_2002.htm
4. http://www.e-bacaan.com/emailb76.htm
5. http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=11324/postdays=0/postorder=asc/start=0.html
6. http://ahmadzain.com/index.php?option=com_content&task=view&id=146&Itemid=73
 KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN 5 AZAN INDAH DARI SERATA DUNIA