Usaha Lahirkan Insan Cemerlang

0 comments

Diantara perkara yang perlu dititikberatkan didalam usaha melahirkan insan cemerlang ialah;

1- Kesedaran untuk melakukan perubahan.
Kecemerlangan tidak akan terhasil selagi manusia tidak berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi dirinya dan orang lain.Bak kata pepatah "Yang bulat takkan datang menggolek,yang pipih takkan datang melayang".
Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
(Ar-Rad ayat 11)

2- Menetapkan akidah islam dalam diri individu.
Akidah Islam merupakan tunjang kekuatan individu muslim untuk membina kecemerlangan didalam kehidupan mereka. Akidah inilah telah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat r.a diperingkat permulaan dakwah islam sehingga akhirnya mereka meninggalkan terus amalan-amalan buruk yang pernah dilakukan di zaman jahiliah.

Sahabat-sahabat rasulullah s.a.w ini diumpamakan seperti bintang-bintang di langit yang menyinari bumi. Mereka juga digambarkan sebagai ibadat di malam hari dan pejuang yang tangkas disiang hari. Inilah kecemerlangan para sahabat r.a yang dibina oleh Rasulullah s.a.w diatas landasan akidah Islam.

Allah s.w.t telah berfirman didalam surah al-hujurat ayat 15 :
"Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya,kemudian mereka (terus percaya dengan ) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya).

3- Memiliki akhlak islam yang baik.
Akhlak di dalam Islam memberikan maksud yang amat luas merangkumi segenap aspek kehidupan manusia baik dalam soal perilaku, ibadat, mahu pun dalam soal bermasyarakat dan bernegara. Apalah ertinya cemerlang, jika kita masih mengabaikan aspek-aspek ibadat dalam kehidupan kita, apalah ertinya cemerlang jika masing-masing tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku kepada masyarakat disekelilingnya.

Sesungguhnya kecemerlangan seseorang individu itu dapat diukur melalui akhlaknya, jika baik akhlaknya, maka ia mempunyai potensi yang baik untuk cemerlang, tetapi jika buruk akhlaknya, maka sudah tentulah ia tidak mampu menjadi seorang insan yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya.
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-qalam ayat 4:
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".

4- Mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zumar ayat 9:
"Katakanlah lagi (kepadanya):"Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna".

5- Melaksanakan amar Makruf Nahi Munkar didalam Masyarakat.
Firman Allah s.w.t didalam surah Ali-Imran ayat 110:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman,dan kebanyakkan mereka orang yang fasik".

Jelasnya daripada ayat di atas, bahawa Amar Makruf Nahi Munkar merupakan prinsip yang amat ditekankan oleh islam untuk membendung gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat. Seorang hamba yang cemerlang disisi allah s.w.t ialah seorang yang dapat mengajak orang lain melakukan sesuatu kebaikkan dan dalam masa yang sama dia juga melakukan kebaikan tersebut.

Oleh itu, Marilah sama-sama kita berhijrah melakukan perubahan yang terbaik,memantapkan akidah islam dalam diri kita,berakhlak dengan akhlak islam, mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan melaksanakan Amar Makruf serta mencegah kemunkaran.

"Tidak ada seorang pun yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh,sambil berkata: "Sesungguhnya aku tergolong dikalangan orang islam (yang patuh kepada Allah)!". (Fusilat ayat 33)


More

Beberapa Jenis Amal Kebajikan

3 comments
Justify FullAmal Kebajikan yang diseru oleh Allah SWT iaitu termasuk semua amal yang baik dan menjangkau semua amal soleh. Seperti taat kepada Allah, ikhlas, niat yang baik, berbuat baik kepada orang lain, bersilaturrahim, mengucapkan kata-kata yang sopan serta berakhlak yang mulia.

Jiwa yang sihat selalunya mengetahui jenis-jenis kebajikan kerana amal kebajikan itu termasuk beberapa macam perbuatan dan tingkahlaku yang digariskan oleh Islam. Di dalam al-Quran ada dijelaskan beberapa perbuatan dinilai sebagai amal kebajikan.

1. Menuntut Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT ertinya:
"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia Kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."

2. Berakhlak Yang Mulia

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka ia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah maka baginya keperibadian yang buruk."

3. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidaklah seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."

4. Mengerjakan Kebaikan Sebesar Zarrah dinilai Kebajikan

Firman Allah SWT ertinya:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat balasannya pula."

5. Mengunjungi Keluarga Dengan Wajah Yang Berseri-seri

Rasululah SAW bersabda maksudnya:
"Janganlah engkau memperkecilkan nilai kebaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."

6. Membuang Duri Dari Jalan Raya

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah jalan sambil mengucap syukur kepada Allah."




More

Cermin Diri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang

4 comments

Cermin Diri

Kita hidup berkeluarga, berjiran dan mempunyai sanak saudara. Di tempat kerja dan di kampus, kita juga mempunyai ramai kawan. Ada ketikanya kita suka mengambil tahu hal dan urusan orang sama ada pekerjaannya, pendapatannya dan kehidupan rumah tangganya, tanpa memikirkan apa yang berlaku pada diri sendiri dan kelurga.

Adalah lebih baik sebelum kita memikirkan orang lain, kita fikirkan dan cermin dulu diri sendiri. Sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, pastikan diri kita lebih berilmu.

Ketika fikiran lebih tertumpu kepada orang lain hingga mengabaikan diri sendiri, maka semua yang kita lakukan tidak akan berfaedah, bahkan boleh merugikan diri sendiri umpama dian yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Dalam hubungan ini, mengutamakan diri bukan bererti ego, membanggakan diri atau tamak. Justeru, kikislah sikap sombong dan ego dengan berbuat sesuatu untuk kepentingan dan kebaikan diri asalkan tidak merugikan atau mengorbankan orang lain.

Kita seharusnya memperbaiki diri, memperhatikan kecergasan diri sebelum memberi manfaat kepada orang lain. Kita mencari sebanyak mungkin harta, bukan untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk mengagihkannya kepada orang lain yang memerlukan setelah keperluan untuk diri dan keluarga lebih daripada mencukupi.

Kita memang dianjurkan berzakat dan bersedekah dengan niat ikhlas. InsyaAllah kita akan menerima kurniaan yang lebih besar daripada Allah SWT.

Kita belajar bermati-matian bukan untuk menyusahkan diri tetapi untuk mengajar dan mendidik orang lain supaya boleh menjadi pintar. Pun begitu, kita memperbaiki diri bukan untuk kebanggaan tetapi kita berharap dapat mengubah kehidupan dan pemikiran orang lain agar menjadi lebih baik.



More

Adab-adab Menuntut Ilmu

6 comments
Di dalam menuntut ilmu kita mesti menjaga adab-adabnya supaya ilmu yang dituntut itu nanti mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Di antara adab-adabnya ialah:

1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN - Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA - Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

8. MENGHORMATI GURU - Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

Sumber: Blog Tazkirah

More

Mengaji Bukan Pilihan Tetapi Kewajipan

0 comments

Sudah tua-tua, hendak kembali mengaji? Hakikatnya, belajar merupakan kewajipan seumur hidup, yang tidak boleh ditinggalkan daripada kehidupan manusia Muslim dan Muslimah.

Ketika kanak-kanak dan remaja, biasanya kita sudah didedahkan kepada pendidikan agama secara asas, seperti mengaji al-Quran serta memahami hukum feqah, tauhid dan segala adab yang lain. Tetapi menjelang dewasa, terutamanya apabila sudah berkerjaya, amalan mencari ilmu (terutamanya ilmu agama) seakan-akan terhenti kerana kesibukan domestik yang lain.

Namun kebelakangan ini, suatu gaya hidup baru telah muncul apabila semakin ramai golongan berkerjaya (selain suri rumah dan pekerja yang sudah pencen) yang mula kembali belajar mendalami ilmu agama.

Apatah lagi dengan bercambahnya kelas pengajian agama seperti kelas al-Quran atau kelas fardu ain yang dianjurkan sama ada oleh individu atau kumpulan, merancakkan lagi perkembangan positif ini.

Seperkara yang perlu kita insafi, mendalami agama bukanlah pilihan tetapi kewajipan yang tidak boleh dipinggirkan. Apatah lagi kerana Islam adalah agama yang berteraskan pendidikan sepanjang hayat, selagi hayat dikandung badan, daripada buaian sehinggalah ke liang lahad.

More

Petunjuk dan Ilmu Ibarat Air Hujan

1 comments


Disebutkan dalam sahih Bukhari dan Muslim hadith dari Abu Musa Al Asy’ari Radhiallohu ‘anhu yang berkata, bahawa RasuluLLAH SAW bersabda:

“Sesungguhnya perumpamaan petunjuk dan ilmu yang diutus ALLAH kepada ku seperti hujan yang membasahi bumi. Ada bumi yang subur yang menerima air kemudian menumbuhkan rumput yang banyak. Ada bumi yang keras yang menahan air kemudian dengannya ALLAH memberi manfaat kepada manusia. Mereka meminum dari air tersebut, memberi minum haiwan ternaknya, dan bercucuk tanam. Hujan juga membasahi bumi yang lain, iaitu lembah yang tidak mampu menahan air dan menumbuhkan rumput. Demikianlah perumpamaan orang yang memahami agama ALLAH kemudian mendapat manfaat dari apa yang aku diutus dengannya. Ia belajar dan mengajar. Dan itulah perumpamaan orang yang tidak dapat diangkat kedudukannya oleh petunjuk ALLAH, dan tidak menerima petunjuk ALLAH yang aku diutus dengannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW mengumpamakan ilmu dan petunjuk yang di bawa baginda seperti air hujan, kerana masing-masing (ilmu, petujuk, dan hujan) mendatangkan kehidupan, makanan, ubat-ubatan, dan seluruh keperluan manusia yang lain. Semua itu diperoleh dengan ilmu dan hujan.

Rasulullah juga mengumpamakan hati manusia seperti tanah yang menerima siraman air hujan, kerana tanah adalah sesuatu yang menahan air hujan kemudian menumbuhkan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat, sebagaimana hati yang memahami ilmu, maka ilmu tersebut berbuah di dalamnya, berkembang, terlihat keberkatannya dan buahnya.

Keperluan manusia kepada ilmu itu seperti keperluan mereka kepada hujan, bahkan lebih besar lagi. Jika mereka tidak memiliki ilmu, mereka tak ubahnya seperti tanah yang tidak mendapat hujan.

Imam Ahmad berkata. “Keperluan manusia terhadap ilmu itu lebih besar daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman hanya diperlukan sekali atau dua kali dalam satu hari, sedangkan ilmu itu diperlukan sebanyak mana jumlah nafas.”

Allah Ta’ala berfirman,

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil.” (Ar Ra’du: 17)

Allah Subhanahu wa Ta’ala antaranya mengumpamakan ilmu yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya seperti air yang Dia turunkan dari langit, kerana masing-masing dari ilmu dan air hujan mendatangkan kehidupan dan kemaslahatan bagi manusia di dunia dan akhirat mereka.


More

Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu

0 comments
Bismillahirrahmaanirrahiim

Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi ilmu sedikit dengan sahabat-sahabat setia Jutawan Akhirat. Di kesempatan ini, saya terasa sangat ingin membincangkan sedikit mengenai Amanah kita sebagai insan dalam menyampaikan ilmu. Tidak kira ilmu apa yang kita pelajari dan kita sampaikan kepada umum asalkan ianya adalah sesuatu yang memberi kebaikan dan manfaat.

Bagi orang-orang yang beriman (InsyaAllah kita semua tergolong dalam golongan orang-orang beriman), terutama para ulama, wajib menyampaikan kepada manusia apa yang diwajibkan untuk mereka menyampaikannya. Haram sama sekali bagi mereka menyembunyikan apa yang Allah turunkan yang mereka tahu, baik berupa keterangan-keterangan mahupun petunjuk. Dengan menyembunyikan ilmu yang hak atau benar, maka jadilah seorang itu pengkhianat terhadap ilmu dan akan menerima laknat dan seksaan dari Allah.

Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa menyembunyikan ilmu adalah khianat. Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada manusia, layaklah baginya neraka jahannam. At-Tabrani meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Nasihat menasihatilah kamu dalam ilmu kerana sesungguhnya seseorang kamu terhadap ilmunya adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya. Dan bahawasanya Allah menyoal kamu nanti: Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya dia akan dikekang pada hari kiamat dengan kekangan daripada api neraka." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Rasulullah SAW juga menjelaskan, bahawa orang yang menyembunyikan ilmu dan tidak amanah dalam menunaikannya adalah orang yang menghina dirinya sendiri.

Kalau diikutkan sebenarnya tiada siapa yang ingin menyembunyikan ilmunya, bahkan kalau boleh ingin disampaikan semuanya apa yang mereka tahu. Namun di sana, banyak kekangan yang menyebabkan ramai yang terpaksa menyembunyikan ilmu tanpa disedarinya. Ini mungkin kerana bimbang sekiranya ilmu atau apa yang akan disampaikan nanti tidak boleh diterima oleh orang lain atau masyarakat. Maka mereka terpaksa berdiam diri demi keselamatan diri sendiri. Perkara ini sememangnya tidak wajar berlaku kerana takutkan kepada manusia bukan kerana Allah.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali kamu mengkhianati diri kamu sendiri." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah SAW bagaimana kami mengkhianati diri kami sendiri?" Jawab baginda: "Dia berpendapat bahawa dia berkewajipan menyampaikan ilmu kemudian dia tidak menyampaikannya lalu pada hari kiamat berkata ALlah Azza Wajalla kepadanya: "Apakah yang menghalang engkau dari berkata demikian dan demikian? " Dia menjawab: "Takutkan manusia." Lalu dijawab oleh Allah: "Adakah yang lebih berhak engkau takuti?"

Berdasarkan keterangan di atas, maka jelaslah bagi kita, bahawa setiap Mukmin hendaklah menguatkan azam dan tekad untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Ini menjadikan mereka berbeza daripada orang-orang yang lain di dalam setiap perkara. Berbeza dari sudut ibadah, zuhud, tawadduk, hikmah, keteguhan sikap, benar, amanah dan lain-lain.

Demikianlah antara wasiat Rasulullah SAW dalam khutbah terakhirnya (khutbah Wida'). Baginda menyuruh umatnya supaya bersifat amanah, kerana menunaikan amanah dan janji adalah amat penting dalam menanamkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Bayangkanlah jika satu janji dimungkiri atau satu amanah dikhianati, maka sudah tentu kepercayaan akan hilang, buruk sangka dan dendam akan subur dalam kehidupan sehingga akhirnya akan mengganggu keharmonian hidup sesama Muslim.

Semoga sama-sama berjuang menegakkan agama yang kita sedang anuti ini. Sampai-sampaikanlah ilmu kepada semua yang beriman supaya sama-sama kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALlah. Bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beragama Islam dan beriman.

ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...
FIKIR-FIKIR & ZIKIR-ZIKIR



- Ke Arah Menjadi Jutawan Akhirat -


More

Ilmu Akan Hilang Beransur-ansur

1 comments


Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Namun sekarang kalau kita lihat senario yang berlaku dimana alim ulamak dipinggirkan, dicerca, dihina oleh orang-orang yang sememangnya jahil tentang agama. Tetapi mereka tidak mahu ditegur, tidak sanggup diperbetulkan dan sombong untuk berubah dari kurang baik menjadi lebih baik. Maka tepatlah apa yang disebutkan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang dulu. Cuma sekarang bagi kita yang ada akal, cubalah fikir-fikirkan apa yang perlu dan patut kita buat supaya ramai orang menjadi alim. Alim itu maknanya tahu tentang agama. Jangan kita terus menjadi jahil iaitu tidak tahu tentang agama kita.

Semua orang wajib menjadi alim. Ini kerana Nabi pernah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu itu wajib bagi orang Islam yang lelaki dan perempuan". Jadi bukan hanya alim itu terletak kepada ustaz-ustaz atau tok lebai-tok lebai tetapi kita semua wajib menjadi alim. Sekurang-kurangnya dapat memberi ilmu kepada ahli keluarga sendiri terutama isteri, suami dan anak-anak kita.

Jadilah imam kepada isteri kita dan anak-anak kita. Jangan sampai kata tidak tahu kepada anak sekiranya anak meminta kita mengajarnya mengaji atau mengajar solat. Jangan kita kata tidak tahu apabila anak meminta kita mengajarnya azan dan iqamat. Sedarlah bahawa setiap kita adalah ketua yang akan ditanya oleh Allah di hari Akhirat nanti mengenai apa yang kita ajarkan kepada ahli atau rakyat di bawah kita. Suami, ketua dalam keluarga. Ketua kampung, ketua dalam kampung. Menteri, ketua dalam Negeri dan seterusnya. jadi tidak ada sebab untuk kita lari dari menjadi alim kepada diri sendiri dan kepada keluarga serta kepada Negara kita.

Ayuh semua. Marilah sama-sama kita menjadi alim dan menjadi orang menyampaikan apa yang kita tahu. "Kun Aliman au Muta'alliman, au Mustami'an au Muhibban". Iaitu jadilah kamu orang yang alim (tahu), atau orang belajar (ingin tahu), atau orang mendengar (ilmu) atau orang yang mencintai ilmu." Jangan kita jadi orang yang kelima iaitu tidak mahu jadi alim, tidak mahu belajar, tidak mendengar ilmu dan membenci ilmu. Maka binasalah hidup kita.

Fikir-fikirkanlah. Hanya kita yang dapat mengubah diri kita.


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ