1- Kesedaran untuk melakukan perubahan.
Kecemerlangan tidak akan terhasil selagi manusia tidak berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik bagi dirinya dan orang lain.Bak kata pepatah "Yang bulat takkan datang menggolek,yang pipih takkan datang melayang".
Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
(Ar-Rad ayat 11)
2- Menetapkan akidah islam dalam diri individu.
Akidah Islam merupakan tunjang kekuatan individu muslim untuk membina kecemerlangan didalam kehidupan mereka. Akidah inilah telah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat r.a diperingkat permulaan dakwah islam sehingga akhirnya mereka meninggalkan terus amalan-amalan buruk yang pernah dilakukan di zaman jahiliah.
Sahabat-sahabat rasulullah s.a.w ini diumpamakan seperti bintang-bintang di langit yang menyinari bumi. Mereka juga digambarkan sebagai ibadat di malam hari dan pejuang yang tangkas disiang hari. Inilah kecemerlangan para sahabat r.a yang dibina oleh Rasulullah s.a.w diatas landasan akidah Islam.
Allah s.w.t telah berfirman didalam surah al-hujurat ayat 15 :
"Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya,kemudian mereka (terus percaya dengan ) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya).
3- Memiliki akhlak islam yang baik.
Akhlak di dalam Islam memberikan maksud yang amat luas merangkumi segenap aspek kehidupan manusia baik dalam soal perilaku, ibadat, mahu pun dalam soal bermasyarakat dan bernegara. Apalah ertinya cemerlang, jika kita masih mengabaikan aspek-aspek ibadat dalam kehidupan kita, apalah ertinya cemerlang jika masing-masing tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku kepada masyarakat disekelilingnya.
Sesungguhnya kecemerlangan seseorang individu itu dapat diukur melalui akhlaknya, jika baik akhlaknya, maka ia mempunyai potensi yang baik untuk cemerlang, tetapi jika buruk akhlaknya, maka sudah tentulah ia tidak mampu menjadi seorang insan yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya.
Allah s.w.t berfirman didalam surah al-qalam ayat 4:
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".
4- Mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zumar ayat 9:
"Katakanlah lagi (kepadanya):"Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna".
5- Melaksanakan amar Makruf Nahi Munkar didalam Masyarakat.
Firman Allah s.w.t didalam surah Ali-Imran ayat 110:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman,dan kebanyakkan mereka orang yang fasik".
Jelasnya daripada ayat di atas, bahawa Amar Makruf Nahi Munkar merupakan prinsip yang amat ditekankan oleh islam untuk membendung gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat. Seorang hamba yang cemerlang disisi allah s.w.t ialah seorang yang dapat mengajak orang lain melakukan sesuatu kebaikkan dan dalam masa yang sama dia juga melakukan kebaikan tersebut.
Oleh itu, Marilah sama-sama kita berhijrah melakukan perubahan yang terbaik,memantapkan akidah islam dalam diri kita,berakhlak dengan akhlak islam, mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan melaksanakan Amar Makruf serta mencegah kemunkaran.
"Tidak ada seorang pun yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh,sambil berkata: "Sesungguhnya aku tergolong dikalangan orang islam (yang patuh kepada Allah)!". (Fusilat ayat 33)
0 comments:
Post a Comment