Orang yang mati yang berada dalam kubur, sebenarnya mereka bukannya mati tetapi hanya berpindah tempat sahaja. Mereka mengetahui segala apa yang terjadi selepas itu (mati). Di sanalah (kubur), mereka akan merasa menyesal kerana kurangnya beramal ketika berada di dunia. Tetapi penyesalan ketika berada dalam kubur sudah tidak bermakna lagi. Justeru, doa daripada orang yang hidup amat diperlukan bagi meringankan orang yang mati dari azab kubur.
Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Othman bin Affan r.a., apabila dia berdiri di hadapan sesuatu perkuburan, beliau menangis, sehingga basah janggutnya. Ada orang bertanya kepada beliau: “Tuan bilamana mengingat neraka tidak menangis, tetapi kenapa bilamana di tempat yang semacam ini lalu menangis?” Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kuburan itu adalah suatu tempat penginapan yang pertama dari penginapan-penginapan akhirat, jika ia selamat daripadanya, maka apa yang akan datang kemudian daripadanya akan lebih mudah dan senang, tetapi bilamana ia tidak selamat daripadanya, maka yang kemudian daripadanya akan lebih berat dan lebih sukar kepadanya.”
Seorang wali Allah, Yazid Ar-Raqasi berkata: “Barangsiapa yang melalui suatu perkuburan tetapi tidak mengambil teladan dan pengajaran, adalah ia terhitung golongan binatang.”
Nak tanya anda
1. Apakah perasaan anda apabila mendengar sesuatu kematian?
2. Berapa kali anda menziarahi kubur dalam sebulan?
6 comments:
setuju...dh lama x melawat kubur..last melawat masa raya puasa..sbb x balik kg...
kena balik kerap tu...ni pun nak balik kg sambil2 ziarah kubur sanak saudara....
SUbhanalloh, Postingan yang sangat bagus sekali
Jazakalloh Khoiron Khasiron AKhi
Syukran...semoga sama2 kita mendapat ilmu dan pengajaran...
Marilah kita menjadi insan yg sentiasa berhati lembut...jangan biarkan hati kita keras membatu...
apabila mendengar kematian, rasa takut datang kerana tak tahu bila masa kita pula yang akan pergi lagi-lagi mengenangkan amal ibadah masih lagi sedikit..
Post a Comment