Ketika kanak-kanak dan remaja, biasanya kita sudah didedahkan kepada pendidikan agama secara asas, seperti mengaji al-Quran serta memahami hukum feqah, tauhid dan segala adab yang lain. Tetapi menjelang dewasa, terutamanya apabila sudah berkerjaya, amalan mencari ilmu (terutamanya ilmu agama) seakan-akan terhenti kerana kesibukan domestik yang lain.
Namun kebelakangan ini, suatu gaya hidup baru telah muncul apabila semakin ramai golongan berkerjaya (selain suri rumah dan pekerja yang sudah pencen) yang mula kembali belajar mendalami ilmu agama.
Apatah lagi dengan bercambahnya kelas pengajian agama seperti kelas al-Quran atau kelas fardu ain yang dianjurkan sama ada oleh individu atau kumpulan, merancakkan lagi perkembangan positif ini.
Seperkara yang perlu kita insafi, mendalami agama bukanlah pilihan tetapi kewajipan yang tidak boleh dipinggirkan. Apatah lagi kerana Islam adalah agama yang berteraskan pendidikan sepanjang hayat, selagi hayat dikandung badan, daripada buaian sehinggalah ke liang lahad.
0 comments:
Post a Comment