Fazakkeer harap teman-teman yang mengenalinya dapat sama-sama membaca doa ini. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan lindungan daripada-Nya.
Kami sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati, dilindungi, diredhai Allah. Amiin
Doa Menjana Semangat dan Harapan
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a menjelaskan bahawa doa ini adalah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian dari ibadah yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. Sebab manusia yang beriman dan memahami hakikat kehidupannya akan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia yang menyediakan segala macam rahmat dan ni'mat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Berdoalah kepada TuhanMu dengan merendahkan diri dan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-A'raf ayat 55)
Nota:
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapa dan menyambungkan silaturrahim. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita, dapat menjadikan anak-anak kita sihat, soleh dan pintar menurut sesetengah riwayat.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dijelaskan (maksudnya):
"Segala amalan anak Adam yang telah meninggal dunia tidak akan diperhitungkan oleh Allah SWT kecuali tiga perkara:
a) Sedekah jariah yang dibelanjakan di Jalan Allah.
b) Ilmu yang bermanfaat yang diajarkan.
c) Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.