Gambar-gambar menghina Islam

0 comments
Layari : http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/gambar-ini-hina-islam-apa-boleh-kita.html

Wednesday, July 15, 2009

Gambar Ini Hina Islam.. Apa Boleh Kita Buat?







PIHAK kami cuma panjangkan dari web http://budakkampungonline.blogspot.com/..
Katanya..."Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat Al Qur’an sebagai tatoo dan juga permainan isu pribadi Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam, wajar sekali kita merasa sedih dan marah dengan keadaan seperti ini. Di sebalik isu ini perlulah difikirkan adakah mereka ini takut dengan kebangkitan Islam sehingga sanggup melabelkan Islam sebagai penjenayah? "
More

Kejayaan yang sebenar

0 comments

Erti kejayaan
Apakah erti kejayaan yang sebenar? Hari ini khutbah Jumaat di masjid Nurul Ehsan Taman Medan mengupas tajuk erti kejayaan yang sebenarnya. Apa yang dapat diambil dari Khatib yang berkhutbah hari ini ialah kejayaan adalah suatu matlamat terakhir seseorang mengenai apa yang diimpikannya disamping dapat mengecapi nikmat ketenangan apabila berjaya mencapai matlamat itu. Apabila seseorang itu berjaya maka hatinya menjadi tenang dan gembira.

Falsafah kejayaan
Semua orang ingin berjaya. Orang kaya ingin berjaya. Orang miskin ingin berjaya. Ahli perniagaan ingin berjaya. Guru ingin berjaya. Doktor ingin berjaya. Cuma kejayaan yang ingin dicapai mereka itu adalah berbeza.

Ciri-ciri orang yang berjaya

Perlu juga diingatkan bahawa kejayaan bukannya ‘hasil akhir’ (iaitu bukannya apa yang kita dapat di hujung perjalanan atau bila dah sampai ke destinasi).

Sebaliknya, kejayaan itu adalah apa yang kita capai di sepanjang perjalanan menuju destinasi.

Namun, kenyataan di atas hanya merupakan definisi (erti sebenar) kejayaan.

Kejayaan boleh juga diterjemahkan seperti:

1. Kejayaan bagi seorang suami adalah apabila dia berjaya membahagiakan isterinya.

2. Kejayaan bagi seorang isteri adalah apabila dia berjaya memikat suaminya sendiri, mengalahkan mana-mana perempuan yang mungkin hadir dalam hidup suaminya.

3. Kejayaan bagi seorang usahawan adalah apabila dia berjaya MENAMBAH dan MENGEKALKAN pelanggannya, bukan apabila dia berjaya menjual produknya kepada pelanggan PERTAMAnya buat kali PERTAMAnya.

4. Kejayaan bagi seorang jurujual bukannya apabila dia berjaya melakukan SELLING dengan begitu hebat tetapi apabila dia berjaya melakukan CLOSING.


Kejayaan yang sebenarJustify Full

Bukan senang untuk seseorang mendapat kejayaan dan bukan susah juga untuk seseorang mengecapi sesuatu kejayaan.
Persoalannya di sini ialah sejauh mana seseorang itu berusaha untuk mencapai kejayaannya?
Faktor pertama yang perlu ditangani bagi memotivasikan seseorang ialah DIRI SENDIRI mesti sudah mempunyai suatu impian atau keinginan yang membuak-buak untuk berjaya. Seseorang itu mestilah mempunyai IMPIAN besar, BERJIWA besar dan BERCITA-CITA tinggi. Ini bermakna untuk mencapai kejayaan maka seseorang itu mesti mempunyai TIGA ciri penting tersebut iaitu IMPIAN - BERJIWA - BERCITA-CITA baharulah sesuatu kejayaan itu senang dan mudah dicapai. Namun begitu perlu diingatkan bahawa ketiga-tiga ciri itu mestilah bersifat BESAR dan TINGGI.
Jika seseorang itu hanya mempunyai impian kecil, berjiwa kecil dan bercita-cita rendah maka saiz untuk mereka mendapat kejayaan pun kecil juga. Jadi jika kita sekarang hanya mempunyai impian yang kecil dan berjiwa kecil maka kepompong yang besar sukar untuk kita keluar kerana kepompong yang besar memerlukan impian yang besar dan jiwa yang besar barulah boleh keluar. Analogi ini boleh dikaitkan dengan perbandingan di antara orang yang mempunyai impian yang besar dengan orang yang mempunyai impian yang kecil. Yang mana sama-sama inginkan sebuah kejayaan. Maka di sini kita boleh melihat siapakah yang akan berjaya terlebih dahulu. Kadang-kadang kalau jiwa dan impian kita kecil maka kita akan sentiasa berada pada tahap zon selesa dengan kekecilan kita sendiri. Mungkin kadang-kadang kita suka mengecilkan orang lain. Mengecilkan impian orang lain. Mengecilkan pandangan orang lain dan sebagainya.
Perkara penting yang ingin disebutkan di sini ialah kejayaan. Oleh itu sebagai manusia kita mestilah ada kerjaya iaitu kerja yang membawa kepada kejayaan. Kita tidak mahu kerja tanpa kejayaan. Hanya ada dua bentuk kerjaya. Pertama, kerjaya makan gaji dan kedua berniaga.
Pilihlah yang mana satu yang akan memberikan kita kegemilangan dalam hidup. Seterusnya memberikan kita kejayaan yang sebenar yang kita tercari-cari selama ini. Cuma pastikan kejayaan yang kita kecapi itu juga membawa kejayaan di hari muka. Jangan sekadar hanya berjaya di dunia tetapi di akhirat kita tidak berjaya. Kita seimbangkan kejayaan kita itu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat pun kita dipanggil JUTAWAN AKHIRAT. Fikir-fikir dan renung-renung sekiranya itu yang kita impikan selama ini.

More

UNSUR MISTIK "BERHALA MODEN" UMAT ISLAM?

0 comments

minat masyarakat yang sentiasa ingin tahu cerita-cerita alam ghaib sudah menjadi trend masa kini. kalau dilihat di kaca televisyen sekarang dihidangkan dengan pelbagai drama 'hantu' sebagai satu tarikan penonton.


di dalam dunia moden yang berunsurkan ict dan pelbagai teknologi canggih, semakin canggih manusia sekarang, semakin galak unsur-unsur tahyul, karut-marut, khurafat melingkari kehidupan masyarakat. walhal unsur-unsur tersebut terang-terang menyalahi syariat Islam dan boleh membawa kepada perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.

Menyentuh mengenai unsur-unsur seram yang diaplikasikan dan dijelmakan melalui tontonan filem mahupun drama, kebanyakannya berkait rapat dengan kehidupan Melayu yang sering disinonimkan dengan Islam.

Di dalam Islam, sememangnya wujud perkara-perkara ghaibah yang wajib diketahui oleh umatnya seperti percaya adanya syurga dan neraka, malaikat dan sebagainya termasuklah kewujudan syaitan dan jin. Namun apabila perkara-perkara ghaib berkenaan dijelmakan secara visual, ia secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap umat Islam.

Apabila jelmaan hantu divisualkan dan diberi pula 'kuasa' tertentu, ia secara langsung menyalahi akidah umat Islam, yang percaya bahawa hanya Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu di atas kehendakNya sebagaimana ayat yang berbunyi kun fayakun. Malangnya, dalam kebanyakan cerita seram yang divisualkan, aspek keimanan kepada Allah tidak diberi penekanan, sebaliknya fokus kamera tertumpu kepada 'peranan hantu' yang mewujudkan ketakutan manusia kepadanya.

More

Apakah Taubat Wajib Dilakukan dari Dosa-dosa Kecil?

0 comments


Allamah Ibnu Rajab al Hambali dalam kitabnya "Jaami'ul 'uluum wal hikam" melontarkan pertanyaan yang penting tentang dosa-dosa kecil. Apakah wajib taubat atasnya seperti atas dosa-dosa besar? Karena ia didapati terhapuskan secara otomatis dengan melakukan taubat atas dosa-dosa besar: sesuai firman Allah SWT:

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke dalam tempat yang mulia (surga). (an-Nisa: 31.)
Ia berkata: tentang ini masih diperdebatkan.

Di antara mereka ada yang mewajibkan taubat dari dosa itu. Ini adalah pendapat sahabat-sahabat kami dan lainnya dari para fukaha, ulama kalam dan lainnya.

Karena Allah SWT memerintahkan untuk bertaubat setelah menyebut dosa-dosa kecil dan besar. Allah SWT berifirman:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-lai mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam , atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yagn mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang berima supaya kamu beruntung." (an-Nur: 30-31)
Allah SWT memerintahkan untuk bertaubat dari dosa-dosa kecil secara khusus dalam firman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-mengolokkan) wanita-wanita yang lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk pangilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak taubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al Hujurat: 11).
Di antara manusia ada yang tidak mewajibkan taubat dari dosa-dosa kecil, seperti diriwayatkan dari pendapat kaum mu'tazilah.

Di antara ulama mutaakhirin ada yang berkata: wajib mengerjakan salah satu perkara: taubat darinya, atau melakukan beberapa amal baik yang dapat menghapuskan dosa itu.

Ibnu 'Athiah menyebutkan dua pendapat ulama dalam penafsirannya tentang penghapusan dosa-dosa kecil dengan melakukan ibadah-ibadah yang wajib dan menjauhkan dosa-dosa besar:

Pertama: ia meriwayatkannya dari beberapa orang fukaha dan ahli hadits. Yaitu dengan amal baiknya itu otomatis kesalahan-kesalahannya terhapuskan, sesuai pengertian ayat Al Quran dan hadits.

Kedua: ia meriwayatkannya dari para ulama ushul fiqh. Bahwa dosa kecil tidak pasti terhapuskan, namun dengan prasangka yang kuat dan harapan yang besar dosa itu dihapuskan, dengan kehendak Allah SWT. Karena jika dosa-dosa kecil itu pasti dihapuskan niscaya ia akan seperti perbuatan yang mubah yang tidak mengandung konsekwensi apa-apa. Dan itu akan merusak syari'ah.

Aku katakan: ada yang berpendapat, dosa-dosa itu tidak pasti dihapuskan. Karena hadits-hadits yang mengatakan dosa-dosa kecil terhapuskan dengan amal-amal yang baik itu terikat dengan syarat memperbaiki amal. Seperti terdapat dalam keterangan tentang wudlu dan shalat, yang keduanya menghapuskan dosa kecil. Sementara dengan bediam diri tanpa bertaubat dan melakukan kebaikan, maka tidak terdapat amal yang baik yang mewajibkan dihapuskannya dosa. Atas dasar ikhtilaf yang disebutkan oleh Ibnu 'Athiah ini, terjadi ikhtilaf dalam masalah kewajiban taubat dari dosa-dosa kecil." (Jami' al Ulum wa al Hikam: 1/446, 447. Cetakan muassasah Risalah, Bairut.)

Namun, sebenarnya taubat diperintahkan kepada seluruh orang mukallaf. Dan seluruh kaum mu'minin diperintahkan untuk bertaubat. Seperti disebutkan dalam ayat al Quran: "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Kami telah katakan bahawa ada orang yang bertaubat dari dosa-dosa besar, ada yang bertaubat dari perbuatan bid'ah, ada yang bertaubat dari dosa-dosa kecil dan ada pula yang bertaubat dari perbuatan yang syubhat.

Dan ada pula orang yang taubat dari kelalaian hatinya.

Juga ada yang bertaubat dari maqam yang ia tempati yang seharusnya ia naik ke maqam yang lebih tinggi. Dan ini adalah taubat Nabi Saw, seperti sabda Nabi Saw:

"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah SWT, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah SWT dalam sehari sebanyak seratus kali".
Keharusan Untuk Bertaubat Secepatnya.
Jika taubat adalah wajib bagi seluruh kaum mu'minin, maka melaksananya secepatnya adalah kewajiban yang lain. Sehingga tidak boleh ditunda pelaksanaannya. Karena itu akan berbahaya bagi hati orang yang beragama. Dan jika tidak secepatnya membersihkan dirinya dari dosa, ditakutkan pengaruh dosa itu akan bertumpuk dalam hatinya, satu persatu, hingga hati itu menghitam atau membusuk. Seperti disebutkan halam hadits yang diriwayaktan oleh Abu Hurairah r.a. dari Nabi Saw:

"Sesungguhnya seorang manusia, jika ia melakukan dosa maka dihatinya akan tercoreng warna hitam, dan jika ia meninggalkan perbuatan dosa itu serta bertaubat darinya, maka hatinya kembali bersih. Dan jika ia kembali melakukan dosanya itu, maka hitamnya itu akan ditambah hingga menutupi seluruh hatinya, itulah tutupan yang disebutkan Allah SWT dalam firman-Nya: "Sama sekali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." (Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi (3331) dan ia berkata: Hasan Sahih. Demikian juga An Nasai, Ibnu Majah (4244), Ibnu Hibban dalam sahihnya seperti terdapat dalam Al Mawarid (2448) dan Al Hakim serta ia mensahihkannya atas syarat Muslim dan Adz Dzahabi menyetujuinya (2/517). Dan ayat itu adalah dari QS. Al Muthaffifiin: 14)
Ibnu Qayyim berkata: segera bertaubat dari dosa adalah kewajiban yang harus dilakukan segera, dan tidak boleh ditunda. Ketika ia menundanya maka ia bertambah dosa dengan penundaannya itu. Dan jika ia telah bertaubat dari dosa, maka masih ada dosa yang harus ia pintakan ampunannya, yaitu dosa menunda bertaubat! Tentang ini sedikit sekali dipikirkan oleh orang yang telah bertaubat. Malah ia menyangka jika ia telah bertaubat dari dosanya maka ia tidak memiliki dosa lagi selain itu, padahal ia tetap memiliki dosa, yaitu menunda taubatnya itu.

Yang paling berbahaya bagi orang yang melakukan maksiat adalah jika ia terus menunda-nunda taubat. Artinya, ia selalu berkata: nanti aku akan kembali menjadi orang yang benar, aku akan taubat, aku akan berhenti dari melakukan perbuatan ini dan itu. Oleh karena itu dikatakan: ungkapan "saufa --nanti aku akan" adalah salah satu tentara Iblis! Dikatakan pula: mayoritas penghuni neraka adalah orang -orang yang selalu berkata: nanti akan taubat, nanti aku akan ... dst. Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi dan belanjakanlah sebagian dari apa yang kamu berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al Munafiqun: 9-11)
Di antara keutamaan mensegerakan taubat adalah: ia akan membantu orang yang berdosa itu untuk mencabut akar dosa sebelum itu menjadi kronis dan tertanam kuat dalam hatinya, kemudian tersebar dalam seluruh perbuatannya, dan setiap hari keburukan itu terus berkembang dari sumbernya itu, hingga mencakup seluruh perbuatannya.

Orang yuang selalu menunda-nunda itu adalah seperti orang yang ingin mencabut sebuah pohon, dan ia melihat pohon itu kuat, sehingga jika ia mau mencabutnya akan membutuhkan tenaga yang kuat. Kemudian ia berkata dalam dirinya: "aku tunggu hingga satu tahun, baru aku datang kembali untuk mencabutnya". Ini adalah logika orang bodoh dan tolol. Karena ia tahu, pohon dari hari kehari akan makin kokoh dan besar, sementara dirinya semakin tua akan semakin lemah! Tidak ada kebodohan yang lebih besar dari kebodohannya ini. Karena jika ia tidak mampu --meskipun ia kuat -- untuk melawan sesuatu yang lemah, maka mengapa ia menunda untuk mengalahkannya, hingga dirinya kemudian melemah, sementara musuhnya itu makin kuat ?!

Sering sekali orang menunda-nunda taubat itu, hingga datang waktu tidak diterimanya taubat, dan Allah SWT sudah tidak menerimanya. Yaitu ketika manusia telah kehilangan kesempatan untuk memilih, dan saat itu taubatnya adalah taubat orang yang terpaksa. Seperti taubat Fir'aun ketika ia sudah hampir tenggelam. Ia berkata: "aku beriman, bahwa tidak ada Tuhan selain Tuhan Yang diamini oleh Bani Israil dan aku adalah bagian dari kaum muslimin". Maka jawaban Allah adalah: "Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. (Yunus:91.).

Ketika seorang mukallaf telah menghadapi kematiannya, saat itu taubatnya tidak diterima lagi. Seperti firman Allah SWT:

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantara kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: sesungguhnya saya bertaubat sekarang dan tidak (pula) diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah kami sediakan siksa yang pedih." (an-Nisa: 17-18) ¶ 16.12.03

More

Detik Kewafatan Rasullullah SAW

0 comments


Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:
"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Senin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pingsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi ribut sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang ribut itu? Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi ribut dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
"Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.
Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan `Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah." Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


More

Kecintaan Mu'adz bin Jabal ra pada Rasulullah SAW

0 comments


Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu'adz bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana.

Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)

Maka Mu'adz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.

Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'adz: Wahai Mu'adz sedarlah dan bangunlah."

Ketika Mu'adz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'adz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'adz yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz."

Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."
Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz?" Fatimah rha lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahawa dia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah r.ha menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.


More

Rasulullah Sebagai Ketua Rumahtangga

0 comments

Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah,
Khutbah Jumaat minggu lepas telah membicarakan tentang kemurniaan akhlak serta ketinggian keperibadian Rasulullah s.a.w sehingga baginda berjaya menarik ramai manusia memeluk agama Islam. Dan ia antara rahsia dan kunci kejayaan dakwah baginda s.a.w.

Khutbah Jumaat kali ini pula akan membicarakan tentang akhlak serta cara pergaulan Rasulullah s.a.w bersama ahli keluarganya. Akhlak yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap keluarganya perlu kita contohi. Kerana sebuah masyarakat Islam cemerlang yang bercirikan moral dan sifat kerohanian yang utuh tidak akan berlaku jika sistem kekeluargaan tidak kukuh. Rasulullah telah menunjukan sendiri bagaimana untuk mengukuhkan sistem kekeluargaan. Semoga dengan demikian, kita akan dapat mencontohi baginda, dan berjaya membina keluarga bahagia.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi:

Yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.

Dalam sebuah hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata:

Yang maksudnya: Rasulullah s.a.w itu adalah seorang manusia, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.

Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a.:


Yang maksudnya: Rasulullah s.a.w menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatunya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Hadith-hadith yang saya bacakan tadi cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah s.a.w ketika bersama dengan ahli keluarganya.

Pertama sekali, baginda tidak memerintahkan isteri atau khadamnya melakukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan sendiri. Malah, baginda membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Baginda faham akan maksud ketua rumatangga yang sebenar. Baginda menunjukkan contoh. Baginda membantu dalam urusan rumahtangga. Baginda mendidik anak dan isteri dengan penuh kemesraan dan kebijaksanaan..

Saudara-saudara sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekelian,
Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kewujudan Rasulullah s.a.w bukan setakat untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, kewujudan baginda di rumahnya adalah juga untuk membantu isterinya menguruskan rumah tersebut. Ini baginda lakukan walaupun baginda mempunyai banyak tugas di luar rumah.

Baginda adalah seorang pendakwah, guru, imam solat, ketua negara, kaunselor, panglima perang dan berbagai lagi tugas. Tetapi kesibukan di luar tidak menghalang baginda dari membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Begitu juga, pangkat dan keududukan baginda sebagai ketua umat Islam, ketua negara dan penghulu segala nabi dan rasul, tidak menyebabkan baginda rasa malu untuk membuat kerja-kerja rumah. Kepenatan akibat urusan yang banyak di luar rumah tidak juga menghalang baginda dari membantu tugas-tugas di rumah.

Inilah dia sikap seorang ketua. Ketua di luar rumah, dan ketua di dalam rumah. Baginda Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa bukanlah seorang ketua rumahtangga atau ketua sebuah kaum, yang tugasnya hanya memerintah sahaja. Tetapi seorang ketua adalah orang yang berkhidmat untuk orang lain. Dan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami:

Yang bermaksud: Ketua sebuah kaum adalah yang sentiasa berkhidmat untuk mereka.

Saudara-saudara kaum muslimin rahimakumullah,
Sebahagian dari umat Islam mempunyai salah tanggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga.

Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Memanglah tugas utama isteri adalah menguruskan rumahnya, suaminya dan anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.

Kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidaklah seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita dari membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?



Sebenarnya, Rasulullah s.a.w dalam membantu isterinya di rumah, menunjukkan kepada kita salah satu cara membina keluarga bahagia. Dengan membantu isteri di rumah, perasaan cinta dan sayang isteri tersebut kepada suaminya semakin bertambah. Begitu juga perasaan hormat kepada suami akan meningkat. Suami boleh membantu isteri dalam urusan-urusan ringan seperti membersihkan rumah, mengemas katil, menjemur kain, mencuci lantai, membeli barang dapur dan sebagainya.

Tugas-tugas seperti itu tidak mengurangkan sedikitpun kelakiannya atau martabatnya sebagai ketua rumahtangga. Bahkan, ia menunjukkan bahawa dia faham tentang konsep ketua rumahtangga. Hanya orang-orang yang tidak tahu mengenai cara Rasulullah s.a.w melayani keluarganya sahaja yang menganggap perbuatan seperti itu tidak tepat dengan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, setiap pasangan suami dan isteri perlu tahu tugas utama masing-masing. Tugas utama isteri adalah menguruskan rumahtangga, dan tugas utama suami adalah mencari nafkah bagi keluarga.

Marilah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan oleh Allah s.w.t bukan sahaja untuk membawa risalah Islam, tetapi baginda juga berperanan menjadi contoh bagi umat Islam dan manusia secara umum. Semgoa dengan mencontohi baginda, kita akan menjadi masyarakat yang cemerlang, yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah s.w.t, dan banyak mengingatinya. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 21:

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.



Majlis Ugama Islam Singapura
Khutbah Jumaat
18 March 2005 / 7 Safar 1426
Rasulullah Sebagai Ketua Rumahtangga
More

KEWAJIBAN BERIMAN KEPADA TAKDIR

0 comments


Allah SWT adalah Zat yang Maha Merajai seluruh alam semesta. Dia mengatur segala sesuatu yang ada di dalam kerajaan-Nya dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri. Maka dari itu apa saja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya berjalan sesuai dengan kehendak yang telah direncanakan sejak semula oleh Allah Taala dan juga mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam alam yang maujud ini.
Allah Taala berfirman, “Segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan ketentuan takdir.” (Q.S. Ar-Ra'd:8)
Jadi Allah SWT itu tidak menanggung sesuatu kewajiban apa pun dan tidak pula mengaturnya itu kerana mengikuti dorongan kemauan atau perintah siapa pun juga.
Allah Taala berfirman, “Katakanlah! ‘Ya Allah Yang Maha Memiliki kerajaan! Engkau memberikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan merendahkan orang yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan-Mulah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam, Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan.’” (Q.S. Ali Imran:26-27)
Makna dari ayat yang tercantum di atas ialah bahawa Allah Taala memerintahkan kepada Rasul-Nya supaya diberitahukan kepada seluruh umat manusia hal-hal di bawah ini:
a. Allah SWT adalah Maharaja yang sebenar-benarnya yang berhak menguasai seluruh kerajaan dalam alam semesta ini.
b. Dia berhak mengaruniakan kerajaan atau kekuasaan memerintah itu kepada siapa saja yang dikehendaki.
c. Dia berhak pula mencabut kerajaan atau kekuasaan itu dari siapa saja yang dikehendaki.
d. Baik memberi atau mencabut itu adalah dengan dasar sunatullah yang berlaku dalam hal memberi atau mengambil kembali.
e. Dia berhak memuliakan siapa saja yang dikehendaki dengan jalan memberikan pertolongan kepadanya untuk mencapai kemuliaan itu setelah mengerjakan sebab-sebab yang dapat digunakan untuk memperolehnya.
f. Dia berhak merendahkan siapa saja yang dikehendaki dengan menakdirkan ia menjadi orang yang hina dina.
g. Juga di dalam kekuasaan Allah Taala pula terletak segala kebaikan atau keburukan.
h. Dia berhak memberi dan mengambil kembali, berhak memberikan kemuliaan dan kehinaan, juga berhak memberikan manfaat atau mudarat kepada siapa saja yang dikehendaki oleh-Nya, sebab Dia memang Maha Kuasa untuk melakukan segala sesuatu itu sesuai dengan kehendak yang telah ditetapkan.
i. Bahawa sebagai tanda kekuasaan Allah Taala ialah apa yang dapat disaksikan di alam semesta ini yakni dengan adanya waktu yang berganti-gantian, malam dimasukkan dalam siang dan siang dimasukkan dalam malam, dari yang mati dikeluarkan makhluk yang hidup dan dari yang hidup dikeluarkan makhluk yang mati.
j. Bahawa Allah Taala berhak melimpahkan rezeki sebanyak-banyaknya kepada siapa saja yang dikehendaki tanpa ada perhitungan sama sekali, juga tanpa penyelidikan dan lain-lain, sebab segala urusan itu hanyalah dalam kekuasaan-Nya sendiri saja secara mutlak, tiada sekutu yang berupa apa pun yang berhak mencampuri wewenang-Nya itu. Ringkasnya dari semua itu ialah supaya dimaklumi oleh seluruh umat manusia bahawa Allah SWT adalah Maha Pembuat yang bebas.
Allah Taala berfirman, “Dan Tuhanmu itu menciptakan apa yang dikehendaki dan dipilih-Nya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka.” (Q.S. Al-Qashash:68)
Jadi Allah Taala yang menciptakan dan oleh sebab itu bebas pula memilih siapa pun dari makhluk-Nya sesuai dengan apa yang telah Dia kehendaki, sebab memang Dia adalah pengatur secara mutlak, tidak seorang pun yang memiliki hak untuk memilih yang sesuai dengan kehendak-Nya sendiri.
Allah Taala berfirman, “Jika Allah menimpakan bahaya kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya selain dari Dia dan jika Allah menghendaki kebaikan untukmu, maka tidak ada yang dapat menghalang-halangi karunia-Nya. Kebaikan itu diberikan oleh-Nya kepada orang yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya. Dia adalah Maha Pengampun dan Penyayang.” (Q.S. Yunus:107)
Jelaslah, dari ayat di atas itu bahawa Allah Taala mengatur dalam lingkungan kerajaan-Nya ini, menurut kehendak-Nya sendiri dengan mengikuti dasar kebijaksanaan dan rahmat. Ini adalah hak-Nya yang mutlak, tidak dapat diganggu gugat. Oleh kerana itu, apabila seseorang tertimpa bencana, pasti tidak ada yang dapat menyelamatkannya selain Allah Taala. Tetapi sebaliknya apabila Allah Taala menghendaki seseorang memperoleh kebaikan, juga tidak seorang pun yang dapat menghalang-halangi atau menolaknya.
Allah Taala berfirman, “Apa saja yang berupa rahmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia, maka tidak seorang pun yang dapat menghambat dan apa saja yang ditahan oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat melepaskannya, selain dari Dia sendiri. Allah adalah Maha Mulia dan Bijaksana.” (Q.S. Fathir:2)
Lagi firman-Nya, “Bagi Allah adalah segenap apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Jika kamu semua memperlihatkan apa-apa yang ada di dalam hatimu atau kamu semua menyembunyikannya, niscaya Allah akan memperhitungkan itu semua pada dirimu. Maka dari itu Allah mengampuni orang yang dikehendaki dan menyiksa orang yang dikehendaki pula. Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Q.S. Al-Baqarah:284)
Bukankah sudah terang sebagaimana yang tercantum dalam ayat di atas bahawa seluruh kerajaan langit dan bumi ini adalah milik Allah SWT semata-mata. Dia Yang Maha Esa. Terang pula bahawa segala sesuatu yang oleh manusia itu ditampakkan secara terang-terangan, atau yang disembunyikan rapat-rapat atau apa saja yang dikandung dalam sanubarinya yang berupa niat, kehendak, kemauan, tujuan dan lain-lain, semuanya itu pasti akan diperhitungkan oleh Allah Taala, seluruhnya akan dihisab nanti pada hari kiamat. Jika baik, tentu akan diberi balasan baik dan jika buruk, maka akan diberi balasan buruk pula. Tetapi sementara itu, Allah Taala juga akan mengampuni siapa yang dikehendaki oleh-Nya untuk diampuni. Tentang siapa yang dikehendaki akan memperoleh pengampunan ini, oleh Allah Taala dijelaskan dalam ayat lain, iaitu, “Dan sesungguhnya Aku pastilah Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat, beriman serta beramal saleh kemudian suka pula menerima petunjuk yang baik.” (Q.S. Thaha:82)
Jadi pengampunan Allah Taala tidaklah diterapkan kepada sembarang orang saja, tetapi diberinya syarat-syarat, misalnya orang itu haruslah bertaubat yakni kembali menghadap ke hadirat Allah dengan menyatakan kesalahan dirinya lalu mengikrarkan suatu taubat nasuha dan tidak akan mengulangi lagi kemaksiatan yang sudah itu. Selain itu harus pula ia memperbaharui keimanannya kepada Allah Taala, lalu diikuti pula dengan berbuat amal-amal saleh yang dapat melenyapkan segala keburukan yang pernah dilakukan. Dengan melaksanakan semua itu, akan dicapai suatu tingkat yang luhur iaitu memperoleh petunjuk yang dapat menenteramkan kalbu sebab merasa bahawa itulah yang hak, benar dan diyakininya secara pasti. Sebagai kebalikannya ialah bahawa siksa Allah Taala akan diturunkan kepada orang-orang yang melakukan kemaksiatan yang berhak untuk memperoleh siksa tersebut dan ini pun berlandaskan pula dengan ketentuan-ketentuan yang berlaku sesuai dengan keadilan Ilahi. Jadi setiap amal perbuatan itu akan memperoleh balasan yang setimpal.
Mempercayai persoalan-persoalan sebagaimana di atas itu adalah sebagian dari keimanan kepada Allah Taala dan dari situlah bercabang keimanan terhadap takdir


More

TAKDIR ALLAH TAALA DALAM CIPTAANNYA

0 comments

Dalam hadis sahih disebutkan dari Rasulullah SAW bahawa beriman dengan takdir adalah satu bagian dari akidah. Umar bin Khattab r.a. menceritakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki yang pakaiannya serba putih, rambutnya sangat hitam, bekas perjalanannya tidak terlihat dan tidak seorang dari para sahabat yang hadir di situ yang mengenalnya, lalu ia mengemukakan beberapa pertanyaan.

Selain perihal rukun-rukun Islam, juga rukun-rukun iman dan ihsan. Mengenai rukun-rukun keimanan ini, ia berkata, “Beritahukanlah saya tentang hal keimanan.” Rasulullah SAW lalu menjawab, “Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitabnya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman pula kepada Qadar (takdir) yang baik atau pun yang buruk.” Orang tersebut lalu berkata, “Tuan benar.'' Diriwayatkan oleh Muslim.

Orang tersebut adalah Jibril yang sengaja datang untuk memberikan pelajaran agama kepada umat beliau dengan jalan soal jawab.

Makna yang dapat difahami daripada takdir itu ialah bahawa Allah Taala membuat beberapa ketentuan, peraturan dan undang-undang yang diterapkan untuk segala yang maujud ini dan bahawa segala sesuatu yang maujud itu pasti akan berlaku, beredar dan berjalan tepat dan sesuai dengan apa-apa yang telah dipastikan dalam ketentuan peraturan dan undang-undang tadi.

Allah Taala berfirman, “Dan suatu tanda (kekuasaan Allah) untuk mereka itu ialah adanya waktu malam. Kami tanggalkan siang daripadanya, kemudian serta-merta mereka dalam kegelapan. Dan matahari itu berjalan di tempat peredarannya. Itulah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Mengetahui. Juga bulan telah Kami tetapkan tempat-tempatnya sampai kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua (melengkung). Tidak sepatutnya matahari mengejar bulan dan malam tidak dapat mendahului siang. Masing-masing itu berjalan dalam garis edarannya.” (Q.S. Yasin:37-40)

Beriman kepada takdir adalah sebagian dari kepercayaan atau akidah yang ditanamkan benar-benar dalam hati setiap orang muslim. Dalam hal takdir itu tidak ada pengertian paksaan. Imam Khattabi berkata, “Banyak orang yang mengira bahawa arti kada dan Qadar adalah pemaksaan yang dilaksanakan oleh Allah Taala kepada hamba-Nya untuk mengikuti apa saja yang telah digariskan menurut ketentuan dan keputusan-Nya. Padahal sebenarnya tidaklah demikian dan salah sekali apa yang mereka sangkakan itu. Yang benar ialah bahawa arti takdir itu adalah suatu pemberitahuan mengenai telah diketahuinya oleh Allah SWT perihal apa yang ada dalam perbuatan setiap orang yang berupa apa pun. Jadi timbulnya itu pun menurut takdir yang ditentukan oleh Allah Taala, sesuai dengan asli penciptaannya yakni tentang buruk atau baiknya.

Ringkasnya, takdir itu adalah sebagai nama untuk sesuatu yang timbul yang ditentukan dari perbuatan Zat yang Maha Menentukan'. Dengan demikian, dapat kita maklumi bahawa Allah SWT itu pasti Maha Mengetahui apa-apa yang akan terjadi dan terlaksananya kejadian itu nanti pasti cocok sebagaimana yang telah diketahui dalam ilmu Tuhan itu. Tetapi sama sekali pengetahuan Tuhan tadi tidaklah akan memberi bekas apa pun pada kehendak seseorang hamba, kerana mengetahui itu adalah sifat penyingkapan sesuatu, bukannya suatu sifat yang memberikan kesan, bekas atau pengaruh. Sebagai contoh ialah seseorang ayah yang mengetahui bahawa anaknya itu pandai, cerdik dan cerdas otaknya, giat dalam mempelajari semua pelajarannya dan berusaha keras untuk menghafal dan memahaminya. Pengetahuan semacam ini belum tentu akan memberi kebahagiaan atau kelulusannya kepada anak itu dalam menempuh ujian. Demikian sebagai misal yang mudah kita mengerti.

HIKMAH BERIMAN KEPADA TAKDIR
Adapun hikmah beriman kepada takdir ialah supaya kekuatan dan kecakapan manusia itu dapat mencapai kepada pengertian untuk menyedari adanya peraturan dan ketentuan-ketentuan Tuhan, kemudian dilaksanakan untuk membina dan membangun dengan bersendikan itu, juga untuk mengeluarkan harta benda yang terdapat dalam perbendaharaan bumi agar dapat diambil manfaatnya. Selain itu agar dapat diolah pula segala kebaikan yang dapat digali dari benda-benda yang terdapat dalam alam semesta ini.
Dengan demikian maka keimanan kepada takdir itu adalah merupakan suatu kekuatan yang dapat membangkitkan giat bekerja dan gairah berusaha, malah dapat merupakan dorongan yang positif untuk memperoleh kehidupan yang layak dan pantas di dunia ini, sebagaimana juga halnya keimanan kepada takdir itu akan menghubungkan manusia ini dengan Tuhan Yang Maha Menguasai seluruh yang maujud ini. Demikianlah sehingga manusia itu akan dapat mengangkat dirinya kepada sifat-sifat yang luhur dan mulia. Akhirnya ia akan menjadi seorang yang enggan diperintah tabah menghadapi kesukaran, berani membela yang hak, berhati baja untuk merealisasikan hal-hal yang benar serta mengemban segala kewajiban yang dipikulkan kepadanya.
Beriman kepada takdir akan memberikan pelajaran kepada manusia bahawa segala sesuatu yang ada dalam alam semesta ini hanyalah berjalan sesuai dengan kebijaksanaan yang telah digariskan oleh Zat Yang Maha Tinggi. Oleh sebab itu, jika ia tertimpa kemudaratan, ia pun tidak akan menyesal, tetapi sebaliknya jika ia dilimpahi pertolongan dan keuntungan, ia pun tidak bergembira sehingga lupa daratan. Manakala seseorang itu sudah tidak bersifat kedua hal di atas yakni tidak menyesal, lemah atau lumpuh kerana timbulnya keburukan yang tidak diharapkan, juga tidak gembira yang melampaui batas kerana mendapat pertolongan dan keuntungan, maka itulah seorang manusia yang lurus, terpuji, dapat mencapai arah keluhuran dan ketinggian yang teratas sekali.
Inilah yang dituju dalam arti firman Allah SWT, “Tidak ada suatu musibah (bencana) yang terjadi di bumi atau yang mengenai dirimu semua itu melainkan telah tercantum dalam kitab catatan sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang sedemikian itu bagi Allah adalah suatu hal yang mudah sekali. Perlunya ialah supaya kamu semua tidak berduka-cita terhadap apa yang lepas dari tanganmu dan tidak pula bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah padamu. Allah tidak mencintai setiap orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri.” (Q.S. Al-Hadid:22-23)
Pengertian sebagaimana di atas itulah yang wajib kita insafi untuk memahami makna takdir itu. Itulah pengertian yang dikemukakan sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, juga seperti itulah yang dipahami oleh para sahabatnya.
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke rumah Ali r.a. selesai salat isyak. Saat itu dilihat menantunya sudah masuk tidur dan terlalu awal sekali. Beliau lalu bersabda, “Alangkah baiknya kalau kamu bangun dari sebagian waktu malam (untuk salat sunah).” Ali r.a. menjawab, “Ya Rasulullah, diri kita semua ini adalah dalam genggaman kekuasaan Allah. Jika Tuhan menghendakinya tentu Dia limpahkan rahmat-Nya dan jika tidak, tentu Dia tarik kembali.” Mendengar jawaban itu Rasulullah SAW marah. Beliau lalu keluar sambil memukul-mukul pahanya dan bersabda, “Sungguh manusia itu amat banyak sekali membantah.”
Pernah pula terjadi di zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a., suatu pencurian, setelah pencuri itu tertangkap dan dibawa ke hadapan Umar r.a. lalu ditanya, “Mengapa engkau mencuri?” Pencuri itu menjawab, “Memang Allah sudah menakdirkan demikian atas diriku.” Marah sekali beliau mendengar jawaban orang itu, kemudian dia berkata , “Pukul saja orang itu tiga puluh kali dengan cemeti, setelah itu potong tangannya!” Orang-orang yang ada di situ bertanya, “Mengapa hukumannya diperberat seperti itu?” Beliau menjawab, “Ya, itulah yang tepat. Ia wajib dipotong tangannya sebab mencuri dan wajib dipukul kerana berdusta atas nama Tuhan.”
Melihat dua kejadian di atas, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa takdir itu sama sekali tidak boleh dianggap sebagai jalan untuk bertawakal yang tidak sewajarnya, tidak boleh pula dijadikan sebab untuk melakukan kemaksiatan, bahkan tidak boleh diartikan sebagai suatu paksaan Tuhan kepada seseorang hamba-Nya tetapi bahkan sebaliknya iaitu bahawa takdir harus dianggap sebagai jalan untuk mewujudkan tujuan atau cita-cita yang besar dari sekian banyak macam amal perbuatan yang besar pula. Dari situ dapat pula diambil kenyataan bahawa takdir, dapat ditolak dengan takdir, misalnya ialah adanya takdir rasa lapar, maka ini dapat dilawan dengan takdir makan, takdir rasa dahaga dilawan dengan takdir minum sampai puas, takdir sakit dilawan dengan takdir pengubatan diri sampai sihat kembali dan takdir malas dilawan dengan takdir giat serta gairah bekerja.
Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. pernah bertanya kepada Umar r.a. sewaktu Umar r.a. lari dari penyakit taun, katanya, “Mengapa Tuan lari dari takdir Tuhan?” Umar r.a. menjawab, “Betul, saya memang lari dari takdir Allah untuk pergi ke takdir Allah pula.'' Yang dimaksudkan ialah bahawa beliau itu menghindar dari takdir terjangkiti penyakit dan marabahaya untuk pergi ke takdir tetap sehat walafiat. Selanjutnya dia membuat suatu perumpamaan sebagai suatu tanah yang tandus dan tanah yang subur. Artinya ialah apabila seseorang itu berpindah dari tanah yang tandus ke tanah yang subur, agar di situ dapat menggembala untanya, maka berarti ia berpindah dari suatu takdir dan pergi ke takdir lain.
Sebenarnya dapat saja Rasulullah SAW dan para sahabat berdiam diri untuk tidak mengelakkan bahaya yang dihadapi, sebagaimana berdiamnya kaum lemah yang sudah berputus-asa dan tidak berdaya, serta membuat-buat alasan dengan menggunakan cara pemahaman yang salah yang biasa digunakan oleh orang yang sudah tidak punya tenaga apa-apa tetapi Rasulullah SAW tidak suka berbuat sedemikian. Beliau merasa berkewajiban untuk menyingkapkan tabir sehingga akan tampak jelas arah yang benar. Oleh sebab itu tidak ada rasa kerendahan atau kelemahan yang menimpa pada dirinya. Beliau malah meminta pertolongan dengan takdir untuk merealisasi risalahnya yang besar itu, dengan terus menetapi sunatullah untuk memberikan pertolongan pada hamba-hamba-Nya.
Dengan bersendikan pengertian yang benar sebagaimana di atas, lalu dilawanlah kemiskinan dengan berusaha keras dan bekerja giat, kebodohan dilenyapkan dengan menuntut ilmu pengetahuan, penyakit dengan pengobatan, kekafiran dan kemaksiatan dengan jihad dan lebih dari itu lagi apa yang dilakukan oleh Nabi SAW iaitu selalu memohon perlindungan kepada Tuhan agar dijauhkan dari malapetaka, kesedihan, kesusahan, kelemahan, kemalasan dan lain-lain.
Peperangan-peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang banyak mendapatkan kemenangan yang gilang-gemilang itu, tidak lain hanya sebagai salah satu kenyataan dari iradah atau kehendak Allah Taala yang tertinggi yang semuanya itu berjalan sesuai dengan kemauan dan takdir-Nya yang tercantum sejak zaman azali. Tidak sekali dua kali Rasulullah SAW memperingatkan sekalian umatnya agar tidak mempunyai pengertian yang salah terhadap takdir itu. Beliau selalu menganjurkan supaya membetulkan serta menangkis orang yang berpendapat salah mengenai hal itu.
Diriwayatkan oleh Jabir r.a. dari Rasulullah SAW, sabdanya, “Pada akhir zaman nanti akan ada suatu golongan yang berbuat kemaksiatan, kemudian mereka berkata, ‘Allah menakdirkan perbuatan itu kita lakukan.’ Orang yang menentang pendapat mereka (yang salah) pada zaman itu adalah bagaikan orang yang menghunus pedangnya di jalan Allah.”
Itulah takdir yang seyogianya kita maklumi makna dan pengertiannya. Adapun segala sesuatu yang ada di balik pengertian takdir yang semacam di atas itu, maka sama sekali kita tidak boleh permasalahkan atau pun berselisih pendapat perihal itu, sebab yang sedemikian itu termasuk dalam rahasia Allah Taala yang pasti tidak dapat dicapai oleh akal pikiran dan tidak pula dapat diselidiki oleh siapa pun juga.
Uraian di atas itu adalah berdasarkan pada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., katanya, “Pada suatu ketika Rasulullah SAW datang di tempat kita dan kita pada waktu itu sedang memperselisihkan persoalan takdir. Setelah Nabi SAW mengetahui apa yang sedang diperselisihkan, tampak sekali kemarahannya sehingga wajahnya merah padam. Lalu beliau bersabda, ‘Adakah dengan cara demikian itu aku ini diutus padamu semua? Sebenarnya yang menyebabkan orang-orang yang sebelummu itu menjadi rosak binasa keyakinannya ialah ketika mereka memperselisihkan persoalan ini. Aku berharap supaya kamu semua tidak memperselisihkan lagi hal semacam itu.’”
Oleh sebab itu Abu Hurairah r.a. setiap kali ditanya mengenai hal yang pelik dan sangat mendalam perihal takdir, ia selalu mengucapkan, “Itu adalah suatu jalan gelap, maka jangan saudara lalui.” Jika masih juga dipaksa untuk menerangkannya, maka dijawab dengan ucapan, “Itu adalah suatu lautan yang amat dalam, janganlah saudara terjun ke dalamnya.” Jika masih juga meneruskan pertanyaannya, lalu dia jawab, “Itu adalah rahasia yang dimiliki oleh Allah Taala, maka jangan cuba menyingkapnya.”
Pencegahan semacam ini hanyalah dilakukan terhadap sesuatu pertanyaan yang berhubungan langsung dengan ketentuan Allah Taala dalam cara mengatur perihal kehidupan atau kematian, kelapangan rezeki atau kesempitannya dan lain-lain, jadi bukan sekali-kali mengenai persoalan takdir itu sendiri.

More

Enam Teka Teki Imam al-Ghazali

1 comments


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ