Sungguh indah ucapan salam ini, tiada salam yang indah yang boleh diucapkan melainkan salam ini dan akan menjadi lebih indah jika salam ini sering ditebar dan diucapkan ketika anda bertemu dengan saudara seagama anda sama ada di kampus atau di masjid atau di rumah atau di tempat-tempat lain yang anda boleh untuk memulai salam. Dan tentunya, untuk penerapan salam di zaman sekarang haruslah melihat keadaan dan situasi serta kemaslahatan (kemanfaatan) bagi orang yang ingin anda salami. Sebagai contoh:
1. Janganlah anda mengucapkan salam ketika sahabat anda berada di TANDAS kerana TANDAS adalah tempat kotor yang tidak boleh bagi seorang Muslim untuk bercakap-cakap di dalamnya apalagi memulai dan membalas salam. Sebagaimana yang dikatakan Ibnul Qoyyim dalam kitab Zadul Ma’adnya bahawa Allah Taala membenci percakapan dalam TANDAS atau kamar mandi.
2. Janganlah anda mengucapkan salam ketika sahabat anda sedang makan dengan lahapnya kerana boleh jadi ketika dia membalas salam anda akan membahayakan dirinya kerana dikhuatirkan dia akan tersendak oleh makanannya. Sebagaimana dikatakan oleh sesetengah ahli kesihatan, bahawa manusia itu dilarang berbicara ketika makan kerana akan membahayakan dirinya.
3. Janganlah anda mengucapkan salam ketika teman anda sedang tidur kerana boleh jadi perbuatan anda malah mengganggu tidurnya. Dan contoh-contoh yang lain yang mana anda tidak dianjurkan untuk mengucapkan salam kerana adanya pertimbangan tertentu.
Dari sedikit penjelasan ini, anda boleh jadi bertanya “Jadi hukum memulai salam itu apa?” maka boleh dijawab “Sesetengah ulama menjelaskan (seperti Syaikh Utsaimin dalam kitab Syarah Riyadhus Sholihin) bahawa hukum memulai salam itu sunnah ertinya sebuah perintah atau anjuran yang mengandung keutamaan namun tidak mencapai tingkat wajib. Maksudnya, anda memulainya tidak mengapa ketika anda melihat adanya kemaslahatan dan ini lebih utama. Contohnya, ketika anda menerima atau mengangkat telepon dari seseorang atau ketika anda ingin berbicara di telepon dengan seseorang seperti orang tua anda atau adik-beradik anda atau mertua anda atau teman anda. Namun, anda tidak memulainya juga tidak mengapa jika memang kemaslahatannya demikian seperti tiga contoh di atas”.
Kemudian, “Bagaimana dengan hukum menjawab salam tersebut?” maka jawabnya “Menjawab salam hukumnya fardhu kifayah maksudnya ketika ada satu atau beberapa orang menjawabnya maka kewajiban orang lain yang berada dalam majlis atau perkumpulan tersebut menjadi gugur dan hukum ini berlaku jika seseorang mengucapkan salam kepada orang banyak. Seperti, ketika cikgu anda mengucapkan salam di dalam kelas dan seandainya waktu itu hanya ada 1 orang yang menjawabnya maka hal itu sudah mencukupi maksudnya seluruh kewajiban menjawab salam dari 99 orang lainnya telah gugur (seperti dalam kelas anda ada 100 orang). Akan tetapi hukum ini boleh berubah menjadi fardhu ‘ain.”
Kemudian seseorang bertanya “Aik kenapa boleh begitu? Bukankah tadi dikatakan fardhu kifayah?” maka jawabnya ”sebagaimana yang harus anda ketahui, bahawa hukum fardhu kifayah ini berlaku jika ada seseorang mengucapkan salam kepada orang banyak dalam sebuah majlis seperti dalam kelas atau diskusi atau tutorial dan sesetengah orang di majlis itu telah menjawabnya sekalipun hanya 1 orang. Sedangkan, hukum fardhu ‘ain ini berlaku ketika ada seseorang mengucapkan salam secara peribadi kepada anda ertinya dia mengucapkan salam memang untuk anda dan memang ketika itu hanya anda yang ada di tempat tersebut dan orang tadi memang mengkhususkan salam tersebut hanya untuk anda maka fardhu ‘ain bagi anda untuk menjawabnya. Seperti, ketika anda sedang berdiri sendirian di depan kelas kemudian ada teman anda yang mengucapkan salam seraya menjabat tangan anda maka wajib bagi anda untuk membalas salamnya dan tidak halal (haram) untuk mendiamkannya”.
Kesimpulannya:
1. Hukum memulai salam secara umum adalah sunnah. Meskipun hukumnya sunnah akan tetapi anda sangat ditekankan untuk mengucapkan salam kepada orang lain yang Muslim ketika hendak memulai sebuah pembicaraan sebagaimana beliau ShollAllahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda “Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya” (HR. Muslim dan Tirmidzi).
2. Hukum menjawab salam adalah fardhu kifayah akan tetapi dalam keadaan tertentu hukumnya boleh menjadi fardhu ‘ain seperti dalam contoh diatas.
3. Ucapan salam ini boleh mendatangkan kecintaan bagi saudara anda yang Muslim sebagaimana beliau ShollAllahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:”Mahukah kamu aku kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Iaitu tebarkanlah salam di antara kamu”(HR. Muslim).
4. Mengucapkan salam adalah salah satu penyebab seseorang boleh masuk Syurga. Baginda ShollAllahu ‘Alaihi Wa Sallambersabda:”Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, hubungkanlah tali persaudaraan, berilah makanan, dan solatlah pada waktu malam ketika orang-orang tengah tertidur, engkau akan masuk Syurga dengan selamat” (HR. Muslim).
5. Dan yang terakhir, ternyata ada perbuatan yang sunnah yang lebih mulia daripada perbuatan fardhu atau wajib iaitu memulai salam kerana pendahuluan sesuatu terhadap sesuatu yang lain itu menandakan bahawa sesuatu tersebut memiliki keutamaan. Padahal kita telah tahu, bahawa perbuatan fardhu itu lebih utama daripada perbuatan sunnah seperti solat fardhu itu lebih utama daripada solat sunat, puasa fardhu itu (Seperti puasa ramadhan) lebih utama daripada puasa sunat dan contoh ini adalah dua daripada banyak contoh yang menarik.