Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

4 comments
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.

Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya.

Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka.

Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.Ketawa yang melampaui batas menjadikank ita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang.

Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan escaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw.

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."




More

Hebahan: Bicara Masjid Bulat: Dato’ Mohd Zawawi bin Yusoh

6 comments
Bicara Masjid Bulat: Dato’ Mohd Zawawi bin Yusoh www.mymaktabaty.com

Bicara Masjid Bulat:

Tajuk: Menghayati Isra’ Mikraj
Penceramah: Dato’ Mohd Zawawi bin Yusoh
Tarikh: 30 Jun 2011
Hari: Khamis
Masa: Selepas Solat Maghrib (7.45 Malam)
Tempat: Dewan Solat Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya

Semua dijemput Hadir
More

Siri 1 - Fazakkeer "Alangkah Indahnya!"

0 comments


Buku Bersiri daripada Fazakkeer

Uhibbu Zauji

Siri 1 - "Alangkah Indahnya!"

Alangkah indahnya sekiranya suami isteri boleh melakukan beberapa perkara yang akhirnya dapat mengembalikan suasana indah dalam kehidupan berumahtangga.

Alangkah indahnya seandainya:

Tidur dalam satu selimut bersama isteri..

Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).


Memberi wangi-wangian pada aurat

Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).


Mandi bersama isteri

Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).


Disikatkan oleh isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).


Meminta isteri meminyaki badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." ( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).


Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).


Membelai isteri



"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).


Mencium isteri

Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).


Berbaring di pangkuan isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).


Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).


Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).


Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ).


Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )


Segera menemui isteri apabila tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan.......apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu." ( Hadis Riwayat Tirmizi ).


Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi........

More

Halal Haram: Perlu Jaga Makan

0 comments


“Wahai orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNya saja kamu menyembah” (Maksud surah Al-Baqarah, ayat 172)

Memakan makanan yang haram, baik dari segi sumbernya atau makanan itu memang haram mengakibatkan keras hati. Masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak Islam ialah segala-galanya disebabkan oleh pemakanan. Ia menyebabkan hati manusia menjadi keras dan hilang perikemanusiaan.

KITA PERLU MENJAGA MAKAN

Menurut Islam, setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah dan daging, dan apa yang masuk ke dalam darah dan daging seseorang Muslim akan memberi pengaruh kepada tingkah laku mereka. Oleh itu, masalah halal haram sesuatu makanan perlu diambil berat oleh semua pihak termasuklah pihak berkuasa.

Namun berapa ramai masyarakat yang sedar kaitannya dengan tindak tanduk manusia masa kini amat berkait rapat? Masalah sosial dan kejadian jenayah yang berleluasa semakin hebat melanda masyarakat tanpa mengira batas usia, bangsa dan agama, begitu juga latar belakang pendidikan. Para bijak pandai sibuk mencari puncanya sedangkan tahap pendidikan semakin meningkat saban tahun tanpa mengetahui segala jawapan berada di depan mata.

Makanan halal dalam Islam antara lain makanan yang tidak mengandungi bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang dalam hukum Islam, tidak mengandungi benda najis sesuai dengan hukum Islam, tidak diproses atau di kilang dengan menggunakan alat yang tidak bebas daripada najis, pada saat pemprosesan atau penyimpanan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan benda-benda yang mengandungi najis.

Malangnya sebahagian besar umat Islam gagal menyedarinya walaupun ia bukan bererti mereka sengaja melanggar aturan agama tetapi lebih kepada ketidaktahuan akan status makanan tersebut.

More

Durian Musang King

2 comments
Hanya ada di Gua Musang

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my


Durian kunyit yang isinya kuning keemasan mampu mencecah harga hingga RM28 sekilogram.




PERTAMA kali melawat ke sebuah dusun durian kunyit di Gua Musang, Kelantan, timbul tanda tanya apa istimewanya dusun tersebut berbanding dusun-dusun durian lain di seluruh negara.

Bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI, kami menyusuri jalan raya sejauh lebih 200 kilometer dari Kota Bharu menerusi Kuala Krai ke pekan Gua Musang.

Sehari sebelumnya, penulis telah membuat temu janji dengan pemilik dusun tersebut, Tina Chong, 40.

Pada hari yang dijanjikan kami diundang ke kediamannya sebelum dibawa ke dusunnya yang terletak di Kampung Pulai, lebih kurang 15 kilometer dari pekan Gua Musang. Ia mengambil masa hampir 45 minit.

Untuk ke dusunnya, kami terpaksa meredah kawasan yang dilitupi hutan hujan Khatulistiwa yang belum terusik kecuali beberapa projek kuari yang kelihatan rakus menarah bukit.

Perjalanan ke dusun tersebut sejauh lima kilometer dari jalan utama hanya boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Ini kerana laluannya begitu sukar dan mencabar apabila terpaksa melalui lereng-lereng bukit, jalan berbatu dan berlumpur.

Kami mengagumi kebolehan Tina kerana selain mengusahakan dusun durian, beliau begitu cekap mengendalikan kenderaan pacuan empat roda.

Detik paling mencabar ialah apabila kami terpaksa merentasi sebatang sungai yang hanya menggunakan dua batang kayu selebar tayar kenderaan tersebut yang dijadikan titi.




DURIAN kunyit memerlukan 100 hari untuk masak dan gugur selepas ia mula berputik.


Setelah mengharungi perjalanan yang cukup mencabar, kami bagaikan tergamam dan teruja dengan keindahan dusun tersebut.

Selain keindahan buah-buah durian yang berjuntaian di dahan pokok, dusun tersebut begitu bersih dan dijaga rapi tanpa rumput dan lalang.

Tina yang sangat mesra mula bercerita tentang dusunnya yang berkeluasan 10 hektar itu. Kebanyakannya ditanam dengan durian kunyit.

Selain itu, dusun tersebut juga mempunyai pokok buah-buahan lain antaranya durian D24, durian kampung, rambutan, duku dan dokong.

"Saya menggemari buah durian sejak kecil dan pernah memasang impian untuk memiliki kebun durian sendiri suatu masa dulu.

"Pada mulanya kebun ini dimiliki oleh kakak saya tetapi 10 tahun lalu beliau menyatakan hasrat untuk menjual dusun tersebut dan saya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya," kata Tina.

Dusunnya itu memiliki lebih 300 pokok durian kunyit. Buahnya boleh dijual pada harga yang sangat tinggi iaitu mencecah RM28 sekilogram.

Bersama adiknya Jenny Chong, 36, dan rakan kongsi mereka, Chong Wan Yoong, 46, hampir 90 peratus daripada hasil kebun itu terutama durian kunyit dieksport ke luar negara termasuklah Singapura.

Penjagaan yang rumit Jenny memberitahu, Wan Yoong, bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti penjagaan dusun tersebut. Penjagaan durian kunyit sangat rumit kerana ia terlalu sensitif terhadap cuaca selain proses pembajaan yang berterusan diperlukan.

Jelasnya, hujan lebat dan angin kuat boleh merencatkan proses tumbesaran pokok selain bunga yang terlalu lemah dan mudah gugur jika ditiup angin kencang.

"Sebab itu, durian ini bukan tiap-tiap tahun ada, memang susah untuk menjadi. Bila ia berbunga, masa itu kita kena jaga betul-betul kalau tidak bunganya akan gugur.

"Kadang-kadang kita tengok bunganya lebat tetapi jika hujan lebat atau angin kencang semua akan gugur. Proses pembajaan juga diperlukan untuk mengelak daripada ancaman penyakit," ujarnya musim durian kunyit bermula dari bulan Jun hingga Ogos.

JENNY CHONG (kiri), Chong Wan Yoong dan Tina mengusahakan dusun durian kunyit di Gua Musang sejak sedekad yang lalu.


Jelas Tina, durian kunyit memerlukan 100 hari dari tempoh ia mula berputik untuk masak dan gugur. Buah yang baik boleh mencapai berat sehingga tiga kilogram sebiji.

Katanya, bermula daripada ia berputik, proses penjagaan rapi amat diperlukan kerana jika tidak buah akan gugur sebelum tempoh matangnya.

Seperti kebun-kebun lain, dusun juga tidak terlepas daripada ancaman binatang buas, sementelah ia berada jauh ke dalam hutan.

Jelas Tina, beliau terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang binatang buas daripada menceroboh dusunnya dan memakan buah-buah yang gugur.

"Memang banyak, selalunya gajah, babi hutan dan harimau yang masuk. Kami biasa gunakan mercun untuk menghalau dan sekarang saya sedang membina pagar-pagar yang lebih kukuh untuk menghalang haiwan liar.

"Ketika musim durian kami adakalanya terpaksa tidur di dalam pondok di dusun untuk menjaga tanaman dan buah-buahan," kata bekas peragawati sambilan dan pendandan rambut profesional ini.

Bercerita mengenai keenakan durian kunyit Tina memberitahu, mungkin tidak ramai yang mengetahuinya kecuali jika disebut Musang King.

Durian tersebut dijual di pasar raya-pasar raya dipek dan dijual mengikut ulas.

SIAPA sangka, Tina sebelum ini merupakan seorang pendandan rambut profesional dan bekas peragawati sambilan.


Kepada penggemarnya, harga bukan satu masalah tetapi adakalanya mungkin membuatkan kita terfikir, betulkah dua ulas durian Musang King harganya sampai RM15?

"Durian ini dikenali sebagai durian kunyit kerana warna isinya yang kekuningan seakan kunyit selain rasanya yang berbeza daripada durian biasa serta tekstur isinya.

"Saya difahamkan, Musang King adalah spesies yang sama dengan durian kunyit.

"Kononnya durian jenis ini hanya ada di Gua Musang manakala King pula merujuk pada 'gelaran' raja buah-buahan itu," ujar wanita yang masih bujang ini.

Tina memberitahu, dusunnya mampu mengeluarkan sehingga dua tan durian kunyit untuk tempoh tiga bulan setiap musim dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM300,000," ujar Tina.

Sumber: Kosmo!

More

Panduan Solat Qasar Dan Jamak

0 comments
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 91 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (91 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama’

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Sumber: e-solat.gov.my
More

Doa Harian Untuk Diamalkan

0 comments
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah daripadaNya.
More

"Appearances Are Deceptive"

0 comments

Assalamualaikum WBT....

Apa itu lidah?

LIDAH, merupakan salah satu organ manusia yang sangat penting kerana ia mampu memberi kesan kepada tubuh manusia andai ia tidak dapat digunakan. Justeru itu, lidah berperanan dalam memberikan nikmat makan kepada manusia.

Lidah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lidah manusia merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.

Ada lirik lagu yang berbunyi "Sedangkan lidah lagi tergigit"......jangan sambung lagi lirik tu....sebab yang ingin penulis fokuskan di sini ialah "Lidah". Lidah yang tidak bertulang. Namun lidah yang tidak bertulang itu amat bahaya. Bahaya bukannya disebabkan kita tertelannya semasa makan dan minum. Tetapi lidah yang tidak bertulang itu boleh mengungkapkan apa jua ucapan sehingga ada yang mempersonakan pendengar walaupun tiada kebenarannya. Lidah yang tidak bertulang itu juga boleh membahayakan kerana ianya bisa mengeluarkan ucapan-ucapan dusta sehingga boleh merosakkan kehidupan, lebih-lebih lagi dalam perkara akidah dan kepercayaan.

Dalam hal ini cuba kita renungkan sejenak firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 24, yang bermaksud:

"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu).

Bagaimana anda gunakan lidah anda? Sekadar mengeluarkan perkataan kesat? Sekadar menggunakannya untuk menjilat apa sahaja demi kepentingan peribadi?

Ataupun anda menikmati lidah hanya untuk makan?

Oleh itu, berhati-hatilah apabila menerima sesuatu perkhabaran, kerana sebahagiannya nampak "pepat di luar tetapi roncong di dalam" atau "appearances are deceptive".


More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ