Dapatkan sekarang buku yang menjelaskan kaedah pembacaan al-Quran menurut riwayat Qalun atau disebut sebagai Usul Riwayat Qalun.
Buku ini membincangkan Bab Usul Riwayat Qalun daripada Imam Nafi’ berdasarkan tariq al-Syatibiyy. Penerangan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami dapat membantu pembaca yang berminat dalam bidang ilmu Qiraat. Riwayat Qalun ini masyhur dan masih diamalkan pembacaannya di Timur Afrika, khususnya di sesetengah tempat di Tunisia dan Mesir dan juga masyhur di Libya. Riwayat ini adalah salah satu daripada 20 riwayat mutawatir yang tidak boleh dipertikaikan kesahihannya seperti riwayat Hafs, iaitu bacaan yang masyhur di negara kita.
"Wangian Syurga" Dalam Menerangkan Usul Riwayat Qalun Al-Madani
Buku ini ditulis oleh:
Ustaz Muhammad Amiri Bin Ab. Ghani BA Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) NIlam Puri, Kelantan
Kuliyah : Kuliyah Maghrib Jemputan || Kitab : ( Tazkirah - Nisfu Sya'ban) || Lokasi : Surau Kg Losong Haji Mamat || Tarikh : 05 Ogos 2009 || Hari : Rabu || Ulasan : Ulama' tidak menetapkan mana-2 amalan yang perlu dibuat pada malam nisfu sya'ban .. tetapi apa yang disebut oleh ulama' ialah buatlah apa sahaja amalan kebajikan yang kita mampu dan sesuai .. janganlah kita ta'sub pada amalan-2 tertentu pada malam nisfu sya'ban ..
ليلة النصف من شعبان، لم يأت فيها حديث وصل إلى درجة الصحة، هناك أحاديث حسنها بعض العلماء، وبعضهم ردها وقالوا بأنه لم يصح في ليلة النصف من شعبان أي حديث... فإن قلنا بالحسن، فكل ما ورد أنه يدعو في هذه الليلة، ويستغفر الله عز وجل، أما صيغة دعاء معين فهذا لم يرد، والدعاء الذي يقرأه بعض الناس في بعض البلاد، ويوزعونه مطبوعاً، دعاء لا أصل له، وهو خطأ، ولا يوافق المنقول ولا المعقول..
في هذا الدعاء نجد هذا القول: "اللهم إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب شقياً أو محروماً أو مطروداً أو مقتراً على في الرزق، فامح اللهم بفضلك شقاوتي، وحرماني وطردي، وإقتار رزقي وأثبتني عندك في أم الكتاب سعيداً مرزوقاً موفقاً للخيرات كلها فإنك قلت وقولك الحق في كتابك المنزل وعلى لسان نبيك المرسل: "يمحو الله ما يشاء ويثبت، وعنده أم الكتاب".
ففي هذا الكلام نرى تناقضاً واضحاً: ففي أوله يقول: إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب شقياً أو محروماً.. فامح هذا وأثبتني عندك في أم الكتاب سعيداً مرزوقاً للخيرات.. لأنك قلت "يمحو الله ما يشاء ويثبت، وعنده أم الكتاب". فمعنى الآية أن أم الكتاب لا محو فيها ولا إثبات، فكيف يطالب بالمحو والإثبات في أم الكتاب.
ثم هذا الكلام ينافي ما جاء في أدب الدعاء، فالنبي عليه الصلاة والسلام يقول: "إذا سألتم الله فاجزموا في المسألة" لا يقل أحدكم: يارب اغفر لي إن شئت، أو ارحمني إن شئت، أو ارزقني إن شئت، فإن الله لا مكره له، بل ينبغي أن ينبغي أن يقول: اغفر لي، ارحمني، ارزقني... بالجزم واليقين.. لأن هذا هو المطلوب ممن يدعو ربه عز وجل.
أما تعليق الدعاء على المشيئة والشرطية بقول الداعي "إن شئت" كما سلف، فليس هذا أسلوب الدعاء، ولا أدبه، ولا أسلوب المفتقر الذليل إلى ربه، بل هو أسلوب أشبه بأسلوب التأليف الركيك الذي لا يقبل في مثل هذا المقام من عباد الله المؤمنين.
وهذا يدلنا على أن الأدعية التي يضعها البشر ويخترعونها كثيراً ما تكون قاصرة عن أداء المعنى، بل قد تكون محرفة ومغلوطة ومتناقضة، إنه ليس أفضل مما ورد عن النبي صلى الله عليه وسلم من أدعية مأثورة، لأنه يترتب عليها أجران: أجر الاتباع، وأجر الذكر. فعلينا دائماً أن نحفظ هذه الأدعية النبوية، وأن ندعو بها.
أما ليلة النصف من شعبان، فمعظم ما يفعل فيها من أشياء ليس وارداً، ولا صحيحاً ولا من السنة في شيء.
أذكر أني كنت أقوم في صغري مع الناس تقليداً لهم، فنصلي ركعتين بنية طول العمر، وركعتين بنية الغنى عن الناس، وقراءة يس ثم صلاة ركعتين.. وغير ذلك، وكل هذه تعبدات ما أمر الشرع بها، والأصل في العبادات، الحظر.. ليس للإنسان أن يخترع في عباداته ما يشاء، لأن الذي من حقه أن يعبد الناس وأن يرسم لهم العبادة هو الله عز وجل. (أم شرعوا لهم من الدين ما لم يأذن به الله) فعلينا أن نقف عند ما ورد، ولا نفعل أكثر من
Assalamualaikum. Malam nie malam nisfu Syabaan. Eloklah saya berkongsi ilmu ini.
Berkata Syeikh al- Islam Ibn Taimiah di dalam kitabnya Majmuk al-Fatawa:
Apabila seorang manusia itu menunaikan solat pada malam Nisfu Syaaban sama ada secara individu atau berjemaah secara khusus sepertimana yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat Islam maka ia adalah baik.
Beliau berkata lagi:
Adapun malam Nisfu Syaaban maka telah diriwayatkan mengenai kemulian / kelebihannya (Nisfu Syaaban) daripada hadis-hadis dan athar. Dinukilkan juga daripada golongan al-Salaf sesungguhnya mereka menunaikan solat padanya (malan Nisfu Syaaban), maka solat seseorang padanya (malam Nisfu Syaaban) secara berseorangan telah dilakukan oleh al-Salaf dan padanya terdapat hujjah maka janganlah ini diingkari. Adapun solat secara jemaah pada ini (malam Nisfu Syaaban) terbina di atas kaedah umum pada berkumpulnya di dalam melakukan ketaatan dan pengibadatan.
Oleh itu, para tabien ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:
Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabien dari penduduk Syam.
Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu.
Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak.
Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabien itu dan dilakukan juga oleh para ulama.- ILuvIslam.com.
Oleh itu,marilah sama-sama kita menghidupkan malam Nisfu Syabaan ini.
Kisah sahabat nabi memberi makan org berpuasa walaupun miskin..
SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati.
Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti.
"Assalamualaikum," ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.
"Waalaikumsalam," jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung bagi membuat roti.
"Malam ini kita ada tetamu istimewa," kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.
"Siapakah orang itu?" tanya isterinya pula.
"Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan," jelas Sabit kepada isterinya.
"Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. " kata Sabit kepada isterinya.
"Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?" kata Sabit lagi.
"Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?" tanya isterinya pula.
Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.
"Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang," kata Sabit kepada isterinya.
Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu," pesan Sabit kepada isterinya.
Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.
Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya.
"Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama," kata isteri Sabit kepada tetamu itu.
Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.
"Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini," kata Sabit kepada tetamunya itu.
Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.
Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.
Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang.
"Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini," kata tetamu itu kepada Sabit.
Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.
Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.
Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, "Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu."
"Apakah berita gembira itu?" tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.
"Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam," kata Nabi Muhammad kepada Sabit.
Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada di dalam kesusahan.
lPetikan daripada buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika
Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh para pelajar dan orang awam, terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal yang berkaitan dengan sembahyang.
Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan sembahyang berjama'ah, sembahyang Juma'at, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan di bahagian akhir kitab ini pula dihidangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuq.
Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.
Harga = RM9.00 Mukasurat = 123 Karya = Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni Penterjemah = Abdul Ghani Jabal Maraqy Penerbit = Pustaka Aman Press Sdn Bhd
Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada.
Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia)
Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.
Ruangan Iklan
Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com
Sila dapatkan ebook “7 Golongan manusia Mulia Dinaungi ’Arasy Allah” Penyusun: Ustaz Arqustany Muka Surat: 60 ms Emailkan kepada: fazakkeer@gmail.com Harga: RM5.00 Berminat? Sila emailkan kepada kami sekarang: Nama Anda: Email Anda:
Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang membesar dalam ketaatan dan dalam keadaan beribadat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang lelaki yang saling kasih-mengasihi hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya,
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
Hari Baru
-
Rindunyaaaaa blog 😍❤️
Rindu nak menulis kat sini..
tapi tu la.. sekadar rindu.. tulisnya tidak!
Jadi sempena harini,
hari baru..
tetap nak taip se...
Simpulan Bahasa ( T )
-
1. Tahan Hati
Maksud: Cekal.
Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.
2. Tahi Air
Maksud: Sampah yang mengapung di atas a...
TUANKU, SYED, WAN, SHARIFAH..
-
SEKILAS SEJARAH MASUKNYA SEBAHAGIAN ALAWIYYIN DI TANAH MELAYU DAN KEPULAUAN
BORNEO (Siri Akhir)
MASYARAKAT ARAB HADRAMI DI SARAWAK: TINJAUAN TERHADAP SE...
WAKAF WANG TUNAI
-
*Soalan;* ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu
dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau
mana-mana...
AMALAN-AMALAN YANG BOLEH MENYUCIKAN HATI KITA
-
* Berkawan dengan orang-orang yang soleh.
* Menjaga pemakanan yakni tidak makan makanan yang haram atau syubuhah.
* Selalu membaca al-Quran dan...
-
Pes Nasi Arab Mandhy
Pes ini didatangkan bersama sekilo beras basmathy yang terpilih dan
berkualiti.
Senang sahaja memasaknya dan memang terbukti tersa...
Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1
-
Assalamualaikum buat semua guru j-QAF Bahasa Arab.
Anda boleh memuat turun Modul Transisi Bahasa Arab Tahun 1 melalui blog
fazakkeer hari ini.
Sila downlo...
Permulaan Sebenar
-
Bismillah ...
Agak lama tak menghidupkan blog yang makin usang nih. memandangkan tak ada
apa yang hendak dikongsi, maka cukuplah berkongsi sedikit kegem...
MUQADDIMAH SURAT ALBAQARAH ( SAPI BETINA) Bagian 1
-
Surat " Al Baqarah " yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebahagian
besar di turunkan pada permulaan tahun hijrah, kecuali ayat 281 di turunkan
di Mina...
Produk Jualan FOS
-
Produk-produk Jualan Fazakkeer Online Shoppe (FOS)
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
15DIS
*INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT*
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini meru...
Produk Best Seller
-
Kod: 37319 - 06
Berat bersih: 700 ml
Harga: RM 71.30
Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Ianya berupaya merawat sakit
jantung,tekanan darah tingg...
Real Stories from Egypt
-
*Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan
Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu
tanda) me...
TEMPAHAN KUIH RAYA DIBUKA
-
Bismillah walhamdulillah... Salam Ramadhan Al-Mubarak. Di sini kami membuka
tempahan kuih raya kepada seluruh warga MESIR sahaja. Kepada yang ingin
membuat...
Hari Interaksi SKSSJ
-
Hari ini (Sabtu 10.7.2010) SK Sri Subang Jaya mengadakan Hari Interaksi
bersama ibu bapa murid sekolah ini.
Bilik j-QAF pula mengadakan pameran berkaitan de...