Didikan Seks Bukan Tabu

0 comments


Dekan Kolej Kesihatan Sains Awam, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Profesor Surasak Taneepanichskul mendedahkan selepas lima tahun pendidikan seks diperkenalkan, masyarakat Thai kini lebih terbuka.


SIKAP yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia.


KEBELAKANGAN ini kes-kes pembuangan bayi sekali lagi kembali mewarnai dada-dada akhbar. Bayi-bayi comel yang tidak berdosa menjadi mangsa orang dewasa yang cetek imannya.

Terbaru, seorang bayi seberat 2.14 kilogram ditemui tanpa seurat benang dalam keadaan masih hidup di Kampung Sungai Kerayong, Cheras, Kuala Lumpur. Nasib bayi yang masih hidup ini mungkin agak baik jika dibandingkan dengan ratusan mahupun ribuan bayi terbuang yang ditemui mati.

Apabila berlakunya ‘malapetaka’ yang disengajakan atau sebaliknya ini, tidak timbul lagi soal siapa yang harus bertanggungjawab atau dipersalahkan. Si ibu ataupun si bapa?

Jika direnung sejenak, mungkin kita boleh cuba tanya diri sendiri. Adakah masih sempat untuk kita memperbetulkan keadaan ataupun nasi sudah menjadi bubur?

Mungkinkah juga pendidikan seks sepatutnya bermula seawal Tahun 1,2,3? Keperluan dilengkapi maklumat tepat tentang seks pada usia awal di kalangan wanita khasnya penting bagi membantu mereka membuat pilihan yang betul apabila dewasa kelak.

Dekan Kolej Kesihatan Sains Awam, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Profesor Surasak Taneepanichskul berkata, pendedahan awal kepada pendidikan seks sejak di bangku sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran anak di kalangan remaja Asia yang kian meningkat.


SURASAK TANEEPANICHSKUL


“Sikap yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia. Ini kerana pemahaman yang luas terhadap pencegah kehamilan lebih-lebih lagi yang melibatkan mitos kontraseptif oral adalah kunci kepada wanita dalam membuat pilihan ke atas kesihatan dan perancangan keluarga,” katanya kepada KOSMO! pada Simposium Saintifik Majlis Kontraseptif Asia Pasifik (APCOC) yang diadakan di Shanghai, China pada bulan November lalu.

APCOC ditubuhkan oleh barisan pakar perancang keluarga dan kontrasepsi serantau bagi menggariskan kepentingan merancang keluarga menerusi kaedah yang selamat dan boleh diharap di rantau Asia Pasifik.

Berfungsi memperkukuhkan wanita-wanita Asia Pasifik dengan maklumat yang betul, pendidikan dan komunikasi, APCOC turut menyediakan peluang kepada wanita memilih kaedah kontraseptif terbaik untuk diri.

Menurut Surasak, pendidikan seks di Thailand bermula kira-kira lima tahun lalu. Beliau berkata, inisiatif itu ‘agak memberangsangkan’ turut tidak menafikan bahawa seperti juga negara jirannya, Malaysia, pendidikan seks suatu ketika dahulu adalah tabu di kalangan masyarakat Thai.

“Masyarakat Thai kini berfikiran lebih terbuka dalam soal pendidikan seks. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, sukar untuk bercakap tentang seks dan ia dianggap tidak sesuai biarpun hanya disebut secara ringan,” katanya.

Seperkara yang sering dirisaukan oleh ibu bapa ialah ‘Apakah anak saya akan terdorong untuk mencuba hubungan seks apabila didedahkan dengan pendidikan seks sejak awal usia?’


JIKA pendidikan seks perlu diterapkan dalam minda generasi muda seawal mungkin, bilakah masa yang paling sesuai? – Gambar hiasan


Ini jawapan Surasak: “Memang tidak dinafikan terdapat sesetengah remaja yang pernah diberi kaunseling, melahirkan rasa dan kecenderungan untuk ‘bereksperimen’ selepas menghadiri sesi pendidikan seks. Tetapi satu kaji selidik yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar ijazah sarjana (Master) dalam program kita mendapati biarpun tanpa pendidikan seks, antara 20 peratus hingga 30 peratus wanita mengaku telah mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin.”

Terang Surasak lagi, selebihnya 70 peratus hingga 80 peratus lelaki yang disoal selidik turut mengakui telah mengadakan hubungan intim sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Bercerita lanjut, Surasak memberitahu, kajian menunjukkan kebanyakan wanita Thai pernah mengadakan hubungan intim dengan teman lelaki. Namun, senario yang berbeza pula berlaku kepada kaum lelaki di negara tersebut.

“Lelaki-lelaki di Thailand pula memiliki ‘pengalaman istimewa’ hanya dengan pekerja seks atau teman wanita tanpa sebarang perlindungan. Ini sangat berbahaya kerana risiko mendapat penyakit kelamin atau Sexually Transmitted Disease (STD) adalah amat tinggi,” katanya.

Maka, dalam situasi seumpama ini, kita perlu melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan pendidikan seks sewajarnya iaitu sebaik-baiknya sebelum mereka mencubanya.

Tekan Surasak, ironinya manusia boleh mengadakan hubungan intim dengan jantina berlainan tanpa mendalami isi hati masing-masing terlebih dahulu.

Jika pendidikan seks perlu diterapkan dalam minda generasi muda seawal mungkin, bilakah masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian?

Seperkara yang ingin dijelaskan oleh Surasak ialah pendidikan seks berbeza daripada hubungan seksual. Pendidikan seks katanya merupakan satu subjek yang meliputi konteks yang luas.

“Sebaik-baiknya, pendidikan seks boleh dimulakan seawal di sekolah menengah. Inilah masanya mereka bercerita tentang proses natural yang berubah pada diri dan kehidupan secara am. Pada peringkat ini, perubahan fisiologi yang berlaku membolehkan mereka lebih mengenali diri dan belajar menjaga diri sendiri,” tambah Surasak.

Apabila memasuki sekolah tinggi atau sekolah vokasional, fokus pendidikan seks boleh dilanjutkan kepada pengetahuan lebih mendalam. Antaranya termasuk apakah kesan hubungan seks, apakah itu kehamilan, tindak balas seksual dan bagaimana membuat perancangan keluarga.

Pada peringkat ini, pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Jadi, sesetengah pelajar katanya akan dipilih sebagai pembantu kepada kaunselor.

“Jika anda perasan, kebanyakan remaja pada peringkat ini lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ahli keluarga atau ibu bapa sendiri. Apabila mereka berdepan dengan masalah, mereka akan rujuk kepada rakan. Jadi, remaja boleh direkrut dan dilatih menjadi kaunselor rakan sebaya,” tambahnya.


KAJIAN di Thailand mendedahkan antara 70 peratus hingga 80 peratus lelaki yang disoal selidik mengaku telah mengadakan hubungan intim sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Setakat ini katanya, seramai 150 kaunselor telah dilatih di peringkat sekolah-sekolah vokasional.

Di peringkat universiti, misalnya di Thailand, kursus musim panas iaitu pendidikan seksual am untuk pelajar ijazah sarjana muda turut disediakan. Kursus ini antaranya meliputi kesan pengguguran anak, hubungan seksual sesama manusia, akibat dan sebagainya.

“Bagi pelajar peringkatijazah sarjana pula, kami lazimnya akan melatih guru dan jururawat untuk menjadi pendidik seks. Ada ketikanya doktor yang datang untuk kursus ijazah sarjana selama dua tahun juga akan direkrut sebagai tenaga pendidik seks,” jelasnya.

Menurut Surasak, modul-modul kursus pendidikan seks akan direka mengikut kesesuaian sesebuah budaya dan masyarakat.

Tambah Surasak lagi, program yang dilaksanakan memperlihatkan keberkesanan antaranya dari aspek pengetahuan yang lebih mendalam tentang sistem pembiakan, ketelitian penjagaan kesihatan dan peningkatan kaedah pencegah kehamilan.

Dari aspek pemilihan kaedah kontraseptif, Surasak berkata, pil oral (OC) kini lebih popular di kalangan orang muda Thai.

“Berbanding dahulu, OC masih tidak begitu popular kerana pengambilan OC dianggap satu perbuatan yang memalukan. Misalnya orang akan kata ‘Dia mesti perempuan yang tidak baik’..Jadi, stigma itu masih ada. Kondom bagi lelaki pula seakan satu ‘halangan untuk cinta’ yang tidak menyelesakan.

“Thailand adalah antara negara di Asia Pasifik yang masih menghalalkan pengguguran anak. Jadi, usaha mempromosikan pentingnya pendidikan seks dan perancangan keluarga yang betul berada dalam landasan yang tepat,” katanya.

More

Hari Raya Bukan Hari Sedih

0 comments

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.


- Gambar Hiasan

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.


- Gambar Hiasan

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

More

Solat: Pendidik Jiwa

0 comments


Seorang lelaki mendirikan solat selepas berbuka puasa di Masjid Jamia yang terletak di Srinagar, India. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam ini disemarakkan dengan amal ibadah di serata dunia. – AP



MENGETAHUI bahawa ganjaran pahala yang diterima apabila menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda, maka umat Islam di seluruh dunia yang menyedari hakikat tersebut berlumba-lumba mengerjakannya.

Antaranya, menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih secara berjemaah. Sama ada dilakukan sendirian atau berjemaah, solat mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.


Di luar pekarangan sebuah masjid di Kabul Afghanistan, seorang lelaki tua khusyuk mendirikan solat demi memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan. – AP


Malah dengan bersolat, seseorang itu akan berasa lebih tenang dan dekat dengan pencipta-Nya. Justeru, tidak kira di mana pun mereka berada, solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Selain solat lima waktu, solat tarawih juga dianggap begitu istimewa kerana ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Ia dikerjakan selepas solat Isyak dengan rakaat-rakaat tertentu mengikut mazhab masing-masing.


Jemaah lelaki menunaikan solat di Masjid An-Nour, Addis Ababa, Ethiopia pada hari kedua Ramadan. – AP


Perkataan 'taraweeh' berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat dan rileks. Ini kerana selepas setiap kitaran solat (berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk), para jemaah akan berhenti seketika sambil mengalunkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w sebelum meneruskan solat untuk rakaat seterusnya.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai ibadah solat umat Islam di serata dunia pada Ramadan ini.


Seorang lelaki Palestin bersolat, sewaktu jemaah lain mengambil kesempatan untuk berehat di dalam Masjid Al-Omari di Bandar Gaza, Palestin. – AP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP

kosmo online
More

Riwayat Manusia Tidak Berakhir Dengan Kematian

0 comments


Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula dari mati (tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudia kepada-Nya kamu dikembalikan.” (al-Baqarah: 28)

Setiap minit itu menyatakan perjalanan riwayat manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya kita menyedari betapa besarnya kurniaan Allah SWT dan betapa beratnya tanggungjawab kita di hadapan Allah SWT. Ianya bermula daripada mati (tidak ada apa-apa) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan di atasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis.

Tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam, jenis strukturnya terdiri daripada sesuatu yang boleh melahirkan berbagai-bagai makhluk, di antaranya manusia.

Allah SWT memulakan dengan mencipta Nabi Adam AS. Begitulah kisah bukan seperti teori Darwin, seorang Yahudi yang merendahkan martabat manusia yang meletakkan manusia kepada kebinatangan kemudian memecah alam pemikiran akal sebagai seorang manusia. Islam telah menetapkan bahawa pencipta manusia ialah Allah SWT.

Allah memulakan ciptaan Nabi Adam AS daripada tanah. Kemudian dijadikan isterinya Hawa daripada diri Nabi Adam As iaitu daripada tulang rusuknya. Dan untuk menyatakan kekuasaannya, Allah mencipta Nabi Isa AS daripada ibu yang tidak ada bapa yang tidak ada persetubuhan di antara lelaki dan perempuan demi menegaskan betapa Maha Berkuasanya Allah SWT.

Kemudian Allah menjadi manusia daripada benih-benih yang diletakkan ke dalam ibu bapa mereka yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan benih itu terlalu banyak. Oleh kerana itu, Allah menghargai diri manusia dan nyawa mereka dengan harga yang mahal. Seseorang yang melakukan pembunuhan dianggap berdosa besar selepas syirik, menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Allah SWT menyebut di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah telah memutuskan hukum kepada Bani Israil, sesiapa yang membunuh satu nyawa seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa seolah-olah ia menyelamatkan manusia seluruhnya.” (al-Maidah: 32)

Manusia tidak boleh mengadakan dirinya dengan sendiri. Mesti Ada Tuhan yang menciptanya. Tuhan yang menjadikannya. Begitulah mengikut akal yang waras dan bijaksana yang disuluh oleh cahaya petunjuk daripada Allah SWT melalui nabi-nabi dan rasul-rasul AS yang wajib bersifat benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana yang tidak gentar dalam menegakkan agama Allah SWT.

Allah yang menghidupkan kamu dan menjadi tanda kekuasaan Allah. Kita melihat tanda kebesaran sesuatu kerajaan itu ialah rakyat, petugas-petugas, pegawai-pegawai, undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan sedangkan kerajaan Allah pula tiada bandingan dan tandingannya.

Di antara tanda ketuhanan Allah ialah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, yang menjadi sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai peranan dan tugas yang tersendiri dan mesti difahami oleh manusia.

Menjadi hikmat yang sangat besar, setiap orang Islam dan beriman diwajibkan menyebut pada tiap-tiap rakaat sembahyang:

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.” (al-Fatihah: 2)

Perkataan “Rab” dalam ayat ini bermakna yang mencipta dan mentadbir. Bukan sahaja mentadbir tetapi mencipta , mentadbir dan mengurus seluruh alam. Di antara cara pengurusan itu ialah dengan undang-undang dan peraturan. Manusia yang menjadi sebahagian dari makhluk dikurniakan kepada mereka undang-undang dan peraturan yang dinamakan ad-Deen yang terkandung di dalamnya kepercayaan hati, hukum syariah, perangai dan akhlak.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan makhluknya mengandungi rahmat dan kurnia yang tidak terhingga termasuk perkara agama yang diwajibkan kepada manusia adalah kurnia daripada Rahmat Allah, kasihan belas dan sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Walau bagaimana kita merasa susah sekalipun perkara yang ditetapkan oleh Allah adalah kebaikan kepada manusia. Perkara yang dilarang oleh Allah adalah mudharat. Menunaikan kebajikan untuk patuh kepada perintah Allah meninggalkan larangannya adalah satu tanggungjawab mengabdikan diri kepada-Nya yang menjadi ciri penting dalam penciptaan manusia dan kehidupan mereka atas muka bumi ini.

Ini satu kemuliaan yang diberi oleh Allah kepada manusia. Mereka mentadbir makhluk yang lain yang ada di bumi ini. Walaupun makhluk itu lebih keras, berat, gagah dan kuat daripada manusia.

Kita melihat bagaimana manusia boleh mengendalikan jentera yang besar dan berat. Seorang manusiaboleh menjinakkan binatang, menternak, mentadbir tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman.

Makhluk-makhluk yang lain yang ada di sekitar bumi ini ditadbir oleh manusia dengan suatu tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi memelihara keunggulan yang wujud di alam ini, sebarang tindakan yang dilakukan bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan merosakkan dunia dan merosakkan diri manusia sendiri.

Bukan sahaja perkara-perkara haram membawa penyakit kepada diri manusia bahkan perkara-perkara haram itu memusnah dan mengorbankan alam sekitar yang lain. Kita melihat hari ini merebaknya pelbagai jenis penyakit yang menimpa jasad manusia bermula dari penyakit sosial kerana mereka melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Bukan sahaja dalam konteks individu bahkan dalam konteks masyarakat. Bukan sahaja dengan masyarakat sekampung dan senegara bahkan masyarakat sedunia.

Kita melihat manusia yang bijak itu ada di kalangan mereka yang meninggalkan hukum Allah.

Itu lebih ganas dari binatang yang buas, mencipta senjata-senjata yang boleh membunuh berjuta manusia dalam sekelip mata. Kerana tamak haloba, manusia sanggup melakukan kemusnahan sehingga berlakunya perubahan alam berpunca dari lapisan ozon dan sebagainya yang mempengaruhi alam sekitar bukan sahaja penyakit yang melanda diri bahkan penyakit yang melanda alan sekitar.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Telah nyata keburukan di darat dan di laut hasil kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran yang dinyatakan oleh Allah.” (ar-Rum: 41)

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Tiap-tiap manusia akan dimatikan oleh Allah. Bagaimana lanjutnya usia sekalipun, walau bagaimana banyak do’a sekalipuntermasuk nabi-nabi dan rasul-rasul AS, manusia yang paling dicintai oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Tiadalah Muhammad itu melainkan seorang rasul, telah berlalu sebelumnya rasul dari yang lain yang telah mati.” (Ali-Imran: 144)

Ayat ini dibaca oleh Abu Bakar As-Siddiq RA ketika para sahabat dalam kesedihan menerima kewafatan Rasulullah SAW.

Tiap-tiap orang ada ajalnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajalnya.” (al-A’raaf: 34)

Di sana ada bangsa yang sudah hilang riwayatnya. Bangsa Sam dan keturunan Yusya’ bin Nun AS.

Zaman dahulu berbagai-bagai bangsa yang sudah tamat riwayatnya. Begitu juga bangsa yang ada pada hari ini. Terpulang kepada kita sama ada sama ada kita masih mahu menggunapakai pepatah Hang Tuah “Takkan hilang melayu di dunia” atau tidak. Seterusnya hubungan kita dengan diri, keluarga dan masyarakat akan tetap dibicarakan di hadapan Allah SWT. Terpulanglah kepada manusia untuk patuh kepada undang-undang Allah, untuk percaya atau tidak. Semua manusia akan dimatikan oleh Allah SWT. Selepas mati mereka akan berdepan dengan alam barzakh, alam kubur yang lebih panjang dari alam hidup di dunia ini, Mungkin kita melupai kepada mereka yang telah dikebumikan ke dalam kubur itu lebih lama dan berada di dalam kehidupan.

Ada yang sudah mati beberapa ribu tahun padahal umur dalam kehidupan dunia lebih pendek daripada daripada itu. Di sana terdapat fitnah dan ujian sebelum kita berhadapan dengan alam akhirat. Allah SWT telah menunjukkan kepada kita agar kita mengambil iktibar dari alam barzakh melalui tidur yang ada dalam diri masing-masing.

Tidur adalah sebahagian daripada mati, agar kita mengambil contoh dan tauladan setelah kita bangun daripada tidur disunatkan kita membaca do’a kepada Allah yang bermaksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami kemudian kami bertebaran kepada-Nya.”

Dalam kehidupan, apabila bangun daripada tidur, selepas membersihkan diri, kita akan berselerak ke sana sini menjalankan kerja masing-masing. Tetapi hidup selepas mati, manusia akan dihimpunkan di padang mahsyar. Sesungguhnya kematian itu adalah benar dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Begitulah ujian yang dihadapi oleh manusia ketika menghadapi kematian, yang menjadi teman ialah apa yang dilakukan di alam dunia ini. Iman dam amal yang soleh, sebaik seseorang itu meninggal, yang paling dahulu berpisah dengannya ialah harta, kecuali kain kafan dan peralatan untuk mengebumikan mayat itu sahaja.

Semua harta yang lain putus hubungan kecuali beberapa perkara yang diperuntukkan oleh Allah SWT seperti sedekah jariah, anak yang soleh, dan ilmu yang diambil manfaat. Selain itu, semuanya terputus hubungan dengannya.

Setelah mayat dikebumikan, semua yang mengiringi jenazah akan kembali ke rumah masing-masing. Tinggallah si mati itu, seorang diri di dalam kubur. Yang terus bersama dengannya hanyalah iman dan amal yang soleh. Inilah persediaan untuk simati.

Di alam barzakh, simati akan dipersoalkan oleh para malaikat tentang apa yang dilakukan olehnya dalam kehidupannya di dunia sebelum ini.

Fitnah kubur ialah ujian yang pertama dihadapi oleh manusia setelah dia meninggal. Soalan yang pertama daripada malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT ialah “Siapa Tuhan yang mentadbir, mencipta serta mengendalikan segala urusan.”

‘Rab’ dengan makna Tuhan yang mencipta dan Tuhan yang mengendalikan serta mentadbir segala urusan dan Tuhan yang layak disembah.

Menjadi satu hikmat yang besar para malaikat bertanya: “Ma Rabbuk?” yang bermaksud siapa Tuhan yang mencipta dan mengendalikan segala urusan kamu?

Seseorang yang beriman dengan iman yang benar diilhamkan oleh Allah SWT dapat melepaskan diri daripada soalan-soalan tersebut. Manakala orang yang tidak beriman dan tidak yakin akan menjawab dengan apa yang dia yakini di atas muka bumi ini. Disebut di dalam satu hadith mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Ada yang menjawab: “Oleh kerana orang ramai yang mengatakan Allah itu ada, saya pun ikut kata seperti orang ramai.”

Dia menjawab bukan dengan keyakinan dirinya sendiri. Ini adalah contoh ujian. Yang menjadi hujjah ialah iman dan amal yang soleh.

Kemudian manusia akan dihidupkan oleh Allah SWT. Allah SWT menunjukkan bagaimana contoh kekuasaan untuk menghidupkan bumi yang mati dan binatang yang mati. Kita melihat bagaimana binatang yang mati, keluar ulat-ulat yang hidup.

Selepas itu bumi yang mati, rumput yang kering dibakar hangus menjadi abu apabila turun hujan, ia akan tumbuh semula. Kita melihat bagaimana benih yang kecil boleh menumbuhkan pokok yang besar.

Ini adalah dalil-dalil kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan di hadapan kita. Begitulah kamu akan dihidupkan dan akan dipersoalkan oleh Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian kamu dikembalikan kepadanya (dalam keadaan kamu tidak tahu apa yang dinantikan).” (al-Baqarah: 28)

Perkataan ‘Turja’un’ mengikut nahu bahasa Arab ialah Mabniyyil majhul yakni suatu perkataan yang menjadikan seseorang itu tidak tahu apakah nasibnya yang akan berlaku. Apakah nasibnya ke syurga atau ke neraka, terpulanglah kepada Allah SWT.

More

Lima Perkara Elok Disebut

0 comments

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

More

Nabi lihat rupa Jibril ketika Israk Mikraj

0 comments
NABI Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj juga dipertemukaan dengan beberapa kaum yang muka mereka itu seumpama kertas (berwarna putih). Beberapa kaum pula yang muka mereka berwarna putih, tetapi berubah sedikit (kurang putih).

Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk ke dalam sungai dan mandi dalamnya. Apabila keluar dari sungai, wajah mereka berubah iaitu bersih sedikit daripada yang asal.

Mereka masuk ke dalam sungai kedua. Apabila keluar, wajah mereka bertambah bersih dan putih.

Mereka masuk pula ke sungai ketiga dan mandi tiba-tiba muka mereka menjadi semakin putih dan bersih.

Rasulullah bertanya: "Siapakah itu wahai Jibril?"

Jawab Jibril: "Ada pun muka mereka yang berwarna putih itu ialah mereka yang tidak mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan membuat maksiat.

"Mengenai keadaan muka mereka yang bersih sedikit itu ialah mereka yang menyempurnakan amalan soleh dengan bercampur kejahatan, tetapi akhirnya mereka bertaubat, lalu taubat mereka diterima oleh Allah.

Dalam satu riwayat lain, mengatakan bahawa dalam perjalanannya ituRasulullah terlihat umatnya terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan memakai selendang putih dan satu kumpulan lagi memakai selendang kelabu.

Apabila Rasulullah memasuki Baitul-Makmur, Baginda diikuti oleh mereka yang memakai selendang putih. Kemudian diikuti yang memakai selendang kelabu.

Rasulullah pun menunaikan solat bersama segala mukmin itu. Sejak itu Baitul-Makmur dipenuhi oleh 70,000 malaikat setiap hari dan tidak keluar lagi hingga Hari Kiamat.

Baitul-Makmur terletak pada langit ketujuh di bawah syurga dan berkebetulan bertentangan dengan Kaabah di bumi.

Selepas bersolat, Rasulullah keluar dari situ sambil diikuti mereka yang mengikuti Baginda sejak tadi.

Kemudian Jibril membawa tiga bejana berisi air yang berlainan kepada Rasulullah. Baginda memilih bejana berisi susu untuk diminum.

Dengan pilihan itu, Jibril mengakui: "Engkau telah memilih asal kejadian engkau serta umat engkau."

Lalu mereka pun diangkat ke Sidaratul-Muntaha dan di sinilah kawasan terakhir yang dibenarkan sesuatu yang datang dari pihak bumi.

Tiba-tiba Rasulullah terlihat sebatang pokok kayu yang daripada batangnya keluar empat batang sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar). Satu sungai airnya berupa susu yang tiada berubah rasa, satu sungai lagi airnya berupa arak yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada madu yang jernih.

Pada satu riwayat ada mengatakan sesungguhnya satu daun daripada pokok berkenaan boleh menutupi seluruh makhluk yang wujud. Bagi setiap daun, ada malaikat yang mengucapkan tasbih kepada Allah.

Sewaktu malaikat bertasbih, berubahlah warna daun itu dan akhirnya ia menjadi yakut dan zabarjad.

Empat batang sungai tadi adalah daripada dua batang sungai yang tersembunyi dan dua batang sungai yang nyata.

Bertanya Rasulullah kepada Jibril: "Wahai Jibril, sungai apakah ini?"

Jawab Jibril: "Sungai tersembunyi ini ialah sungai yang ada dalam syurga iaitu sungai yang Salsabil dan Zanjabila. Dan sungai yang nyata itu ialah Sungai Nil dan Sungai Furat."

Rasulullah diperlihatkan rupa Jibril yang sebenar di Sidratul-Muntaha.

Jibril mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap besarnya kira-kira memenuhi alam ini. Sayap itu dipenuhi dengan dar (permata besar) dan yakut.

More

Indahnya Pahala Menahan Marah

0 comments

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi) Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza. Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil saja dianggapnya begitu besar. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimananan) seseorang. Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman akan menghadapi orang lain dengan sikap pemaaf, tenang,dan lapang dada. Adakalanya, kita merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah jiwa kita hilang sedar. Kita merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah . Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu." Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu ngerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar. Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat." Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya layan dengan baik, maka ia selamat." Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha. Rasulullah saw memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sikapnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah saw. tidak berbuat demikian. Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, baginda ingin menunjukkan pada kita bahwa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya daripada harta benda apa pun. Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah. Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari) Sabdanya pula, "Bukanlah seorang mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor." (HR. Turmudzi) Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan, maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya maupun masyarakatnya. Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil. Dan, seorang pemimpin yang mudah tersalut nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Lalu ia akan sentiasa menimbulkan sikap permusuhan dalam masyarakatnya. Begitu juga pasangan suami-isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa. Mereka tidak akan mampu melayarkan bahtera hidup. Karena, masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya. Bagi orang yang imannya telah tumbuh dengan subur dalam dadanya. Maka, tumbuh pula sifat-sifat jiwa besarnya. Subur pula rasa kesedaran dan kemurahan hatinya. Kesabarannya pun bertambah besar dalam menghadapi sesuatu masalah. Tidak mudah memarahi seseorang yang bersalah dengan begitu saja, sekalipun telah menjadi haknya. Orang yang demikian, akan mampu menguasai dirinya, menahan amarahnya, mengekang lidahnya dari pembicaraan yang tidak patut. Wajib baginya,melatih diri dengan cara membersihkan dirinya dari penyakit-penyakit hati.Seperti, ujub dan takabur, riak, sum'ah, dusta, mengumpat dan lain sebagainya. Dan menyertainya dengan amalan-amalan ibadah dan ketaatan kepada Allah, demi meningkatkan darjat yang tinggi di sisi Allah swt. Dari Abdullah bin Shamit, Rasulullah saw. bersabda, "Apakah tiada lebih baik saya memberitahu tentang sesuatu yang dengannya Allah meninggikan gedung-gedung dan mengangkat derajat seseorang?" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah. Rasulullah saw bersabda, "Berlapang dadalah kamu terhadap orang yang membodohi kamu. Engkau suka memberi maaf kepada orang yang telah menganiaya kamu. Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan sesuatu kepadamu. Dan, engkau mau bersilaturahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau." (HR. Thabrani) Sabdanya juga, "Bahwasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya. Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (artinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Dawud)



More

Hati Perlu Seronok Sambut Ramadan

0 comments

Tazkirah Remaja: Hati perlu seronok sambut Ramadan
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah dua minggu kita melalui bulan yang mulia ini.

Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan.


Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian.

Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu.

Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.”

Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ra madan seperti peluang terakhir.

Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’

Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka.

Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa.

Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan.

1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’

Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.

2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita per siapan amalan.

Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati.

Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa.

Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini.

3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata se mangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini.

Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad)

4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.

5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersung guh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat.

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.

Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.

Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.

Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal.

Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.

7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kal
More

Subjek pendidikan seks di sekolah?

0 comments

GENTING HIGHLANDS 31 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan dalam tempoh terdekat supaya subjek berhubung pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah diwujudkan secara lebih formal dan serius.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terlebih dahulu bagi mendapatkan kerjasama mengenainya.
"Seterusnya, saya akan mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet bagi menerangkan kesan baik pendidikan seks kepada golongan muda terutamanya remaja.
"Pendidikan seks berkenaan pernah diusahakan kerajaan sebelum ini, namun ia tidak mendapat sokongan pelbagai pihak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Ambang Merdeka 2009 sempena Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo.
Ahmad Shabery berkata, pendidikan seks di kalangan pelajar adalah penting bagi membantu mereka memahami proses pembiakan manusia.
"Mengejutkan apabila ada individu berusia 19 tahun, tetapi langsung tidak tahu apa itu seks dan kesan baik atau buruk aktiviti itu.
"Namun, pendidikan seks ini apabila diwujudkan, perlu dibuat menyeluruh dan maksimum supaya pelajar menerima maklumat lengkap," katanya.
Menurut beliau, pendedahan secara tidak menyeluruh atau terlalu minimum akan mengujakan perasaan ingin tahu yang akhirnya membuatkan pelajar bertindak mencubanya.
Pada masa yang sama, katanya, kajian menyeluruh perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan termasuk mengetahui tajuk yang sesuai, skop pendidikan dan tenaga pengajar.
Tambahnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu pendidikan seks dilaksanakan bukan kerana berniat menolaknya secara terus.
Tetapi, jelas beliau, mereka bimbang kesan buruk pengajarannya di samping kegagalan pihak tertentu menerangkan bentuk pendidikan seks yang akan diajar.
More

Wanita Lebih Afdal Berada di Rumah?

1 comments

Allah mengarahkan kepada para wanita yang beriman dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, "Hendaklah kamu semua kekal berada di dalam rumah kamu serta janganlah kamu berhias seperti orang-orang jahiliah berhias."

Ayat ini menjadi asas kepada hukum tentang hubungan wanita dan rumah iaitu wanita pada asasnya dituntut berada di dalam rumah. Kita tidak dibenarkan keluar daripada rumah kecuali kerana sebab yang dibenarkan oleh syarak. Ibnu Kathir berkata dalam buku tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab, "Hendaklah kamu wahai kaum wanita, sentiasa berada dalam rumah kamu. Kamu tidak dibenarkan keluar rumah kecuali jika ada keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Antara sebab kamu dibenarkan keluar ialah untuk bersembahyang di masjid dengan menjaga syarat-syarat yang sudah ditetapkan oleh syarak."

Abdullah bin Umar meriwayatkan, Rasulullah pernah berkata, "Kaum wanita itu adalah aurat yang perlu dipelihara. Apabila mereka keluar dari rumah maka syaitan akan menghiasi mereka di mata lelaki agar mereka tergoda. Wanita itu lebih dekat dengan Allah apabila wanita itu berada di dalam rumahnya." (Hadith diriwayatkan oleh Tabarani dan Tirmizi.

Panduan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW ini adalah bertujuan menjaga fitnah daripada berlaku. Jika masa wanita lebih banyak berada di luar rumah, maka kebarangkalian meningkatnya fitnah adalah tinggi. Ini disebabkan, sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda, apabila lelaki bukan mahram melihat seseorang wanita di luar rumahnya, maka syaitan akan menghiasi mata lelaki itu dengan kecantikan wanita itu sehingga lelaki itu tergoda dengan kecantikan palsu yang dipertontonkan oleh syaitan itu. Oleh itu, bagi mengelakkan fitnah berlaku, baginda menggalakkan berada di dalam rumah dan hanya keluar rumah apabila ada keperluan penting sahaja.

More

Kekuatan Jiwa Antara Nikmat Ibadat Puasa

1 comments



BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
• Menguatkan Jiwa

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya. (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi. (Hadis riwayat Tirmidzi).
• Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
• Menyihatkan badan

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
• Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Surah Ibrahim, ayat 7).
• Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

More

Sabar: Ciri Kekasih Allah

0 comments

Pada kali ini, saya ingin mengemukakan persoalan mengenai sabar kerana ia amat penting dilihat dan dimuhasabah, lebih-lebih lagi dalam situasi kita berada dalam suasana negara yang penuh dengan masalah dalaman seperti pergolakan politik, masalah sosial remaja terlibat dengan rempit, ragut, penagihan dadah dan sebagainya.

Mengapa sabar perlu dibincangkan apabila kita berhadapan dengan situasi seperti di atas? Ini kerana kadang-kadang kita sebagai ahli keluarga mereka yang terlibat secara tidak langsung perlukan suatu semangat untuk berusaha menghadapi masalah tersebut.

Pengertian Sabar:
Sabar ertinya tahan menempuh suatu yang sukar.

Pembahagian Sabar:
Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sabar ialah salah satu daripada tangga-tangga ibadat, bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung.

Dalam Islam sabar ada tiga darjat:
  • Sabar terhadap ketaatan.
  • Sabar terhadap kemaksiatan.
  • Sabar terhadap ketentuan dan musibah.
Kelebihan Sabar:
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah pernah ditanya: "Bagaimanakah cara memperoleh suatu kepimpinan dalam agama?" Dia menjawab: "Dengan kesabaran dan keyakinan, bukankah kamu pernahmendengar firman Allh Taala dalam surah al-Sajdah ayat 24 yang bermaksud: "Dan Kami jadikan antara mereka itu petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dalam menegakkan kebenaran. Dan mereka meyakini ayat-ayat Kami."

Bentuk Ujian:
Setiap hamba Allah Taala yang soleh akan diuji oleh Allah Taala dengan pelbagai musibah. Ada yang diuji dengan harta benda, lalu dia kehilangan harta bendanya itu. Ada juga yang diuji dengan akalnya sehingga akalnya hilang dan menjadi bodoh. Ada juga yang diuji di tubuhnya, sehingga sebahagian daripada anggota tubuh dan pancainderanya tidak berfungsi.

Ada juga yang diuji dengan anaknya, yang diculik oleh orang atau meninggal atau pergi menghilang dan tidak kembali. Ada juga yang diuji dengan harga dirinya, di mana dia dituduh dengan satu tuduhan yang sebenarnya dia bebas daripadanya.

Cara Mengatasi Ujian:
Pertama : Dengan solat dan sabar

Kedua: Dengan menguatkan kesabaran

Ketiga: Bersabar mengikut cara Ululazmi

Keempat: Dengan mengingati fadhilat dan kelebihan sabar

Kelima: Sentiasa berdoa kepada Allah Taala dan bertahlil


More

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

0 comments

Artikel ini dipetik daripada Web Dr MAZA. Syukran

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

    “Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

    (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

    (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

    Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

    “Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

    (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

    “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Riwayat di atas juga menambah:

    Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

    (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

    Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

    “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

    (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

    Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

    Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

    “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

    (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

  4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

    Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

    (Surah al-`Araf:31).

    Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

    “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

    (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

    Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

  5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

    “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

    (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

    Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

    ”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

    (Faidh al-Qadir, 2/500).

    Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

    “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

    (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

    Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

  6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

    “Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

    (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

**Artikel yang dicadangkan untuk bacaan bersempena dengan Ramadhan ini ialah “Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah”. Sila klik di sini untuk artikel tersebut.

More

Erti Kemerdekaan menurut Islam

0 comments

Erti sebuah kemerdekaan menurut kaca mata Islam. Merdeka merujuk kepada satu suasana di mana wujudnya kebebasan sama ada bebas menjalani pemerintahan atau bebas hidup melakukan apa yang diinginkan. Kalau dirujuk kepada kamus ia berdefinisi antaranya - berkerajaan sendiri, tidak terhalang, tidak terkongkong dan berdikari.

Kemerdekaan bererti kebebasan, kelepasan dan keleluasaan. Ini semua erti dalam kamus kehidupan dan apa yang pernah dirasai oleh orang-orang dahulu. Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah bagaimana untuk mendefinisikan kemerdekaan di mana zamannya adalah zaman yang sudah lama meninggalkan kesan seperti zaman penjajahan dahulu. Remaja dan anak-anak muda sudah tidak merasai segalanya tentang zaman penjajahan dahulu. Sehinggakan mereka tidak tahu hendak merasai erti kemerdekaan seperti yang dirasai oleh orang-orang sezaman dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Hajj.

Sebenarnya kemerdekaan menurut Islam adalah merdekanya seseorang hamba daripada suruhan dan larangan Allah. Kalau mereka tahu apa yang disuruh Allah dan tahu apa yang dilarang Allah, ini merupakan satu kemerdekaan yang begitu besar yang mesti diingat oleh semua orang. Ini bermakna diri mereka sudah tidak dijajah lagi daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan kepercayaan dan kefahaman mereka mengenai suruhan dan larangan Allah terhadap mereka.

Merdeka dan bebaslah diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan, yang merosakkan, yang membuatkan seluruh alam marah terutama sekali Pencipta kita yakni Allah Taala Yang Maha Agung. Merdekalah diri kita dari perkara kejahatan yang sering kita lakukan tanpa disedari atau disengajakan. Sekiranya kita dapat membebaskan diri kita daripada belenggu-belenggu kehancuran itu yakni kehancuran di Akhirat maka baharulah kita berada di dalam sebuah zaman atau negara yang merdeka.

Kemerdekaan bukan sahaja negara kita sudah tidak dijajah lagi oleh bangsa asing tetapi kita juga sudah tidak lagi dijajah minda dan fikiran oleh mereka. Namun begitu, kalau dilihat kepada keadaan negara kita sekarang seolah-olah kita masih lagi dijajah oleh mereka tanpa kita sedari. Cuba lihat kepada anak-anak melayu kita yang Islam katakan, mereka memakai pakaian yang melambangkan kebanggaan barat tanpa segan silu. Ada yang nampak belakang pinggul seakan-akan pakaian itu tidak cukup kainnya. Namun mereka kata inilah trend yang patut dibanggakan.

Kalau beginilah sebuah negara yang dikatakan merdeka, maka Islam datang untuk memerdekakan mereka dengan sebenar-benar erti kemerdekaan. Marilah sama-sama kita merdekakan diri kita, jiwa kita, dengan keimanan yang jitu kepada Allah. Dengan sentiasa memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita ini. Banyak sekali petunjuk-petunjuk dan hikmah-hikmah yang Allah turunkan kepada kita untuk kita mengambil i'tibar dan pengajaran. Janganlah kita menunggu-nunggu lagi bala-bala Allah turun ke atas kita. Cukuplah dengan apa yang telah dan sedang berlaku kepada kita.

Ini semua adalah untuk memberikan kesedaran kepada ummat Islam yang semakin lupa dan lalai dengan perintah Allah. Semakin jauh dengan Allah sehinggakan semakin ramai orang-orang jahil di sekeliling kita. Jangan nanti Allah turunkan bala yang lebih besar dan hebat daripada H1N1 baharulah kita hendak bertindak. Bertindaklah sekarang bersempena dengan tarikh kemerdekaan negara kita yang ke 52 ini pada jam 12 tengah malam setiap bulan Ogos pada setiap tahun.

Merdekakah kita? Merdekakah mereka? Merdekakah negara kita? Kemerdekaan adalah kebebasan. Kebebasan adalah kenikmatan. Kenikmatan hendaklah sama-sama dirasainya. Jangan hanya segelintir sahaja yang merasai kenikmatan itu. Kita pun mahu, anak kita pun hendak, bangsa kita pun inginkan. Ayuh wahai saudara-saudara semua marilah sama-sama kita mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

MERDEKA!!! MERDEKA!!!

More

Doa Seorang Ibu Sangat Mustajab

0 comments


Satu rombongan pengembara yang berjalan di padang pasir memutuskan untuk berhenti rehat di satu kawasan sebelum tiba di Basrah. Kepenatan dan dahaga, mereka menggunakan kesempatan berteduh di satu kawasan kolam untuk memulihkan kembali tenaga yang hilang.
Tanpa disedari, waktu berjalan pantas. Hari mula suram kerana petang semakin tua. Mereka memutuskan untuk bermalam di situ sebelum meneruskan pengembaraan keesokan hari.
Sewaktu berehat di situ, tiba-tiba mereka terdengar bunyi binatang menjerit-jerit. Semua ahli rombongan tertanya-tanya dari mana datangnya bunyi itu. "Bunyi apakah itu?" tanya seorang daripada mereka. Semuanya menggelengkan kepala.
Tiba-tiba seorang lelaki bersuara: "Mahukah kalian aku ceritakan asal-usul bunyi itu?"
Mereka mengangguk kepala. Bunyi haiwan itu memang mengganggu dan mengundang rasa ingin tahu yang tinggi. "Suara itu sebenarnya datangnya dari sebuah kubur tidak jauh dari sini. Arwah itu mempunyai pertalian persaudaraan dengan aku," cerita lelaki berkenaan.
Semua ahli rombongan mendengar dengan khusyuk. "Ketika hidupnya dulu, lelaki itu suka membantah cakap ibunya. Ia berpendapat segala yang dilakukannya adalah betul, manakala nasihat ibunya tidak pernah diendahkan.
"Pada suatu hari kerana tidak tahan dengan leteran ibunya, dia membalas kata-kata si ibu dengan suara himar (keldai). Dia berkata demikian tanpa menyedari si ibu itulah yang bersusah payah mengadung dan melahirkannya. Si ibu itulah yang membesarkannya dengan penuh kesulitan dan keperitan tanpa mempedulikan diri sendiri semata-mata kerana kasih dan sayang kepadanya.
"Kata-kata itu sangat melukakan hati si ibu. Dengan kekecewaan, si ibu yang terguris perasaaannya berdoa kepada Allah semoga anaknya dijadikan himar. Akhirnya selepas meninggal dunia, suara seperti itulah yang selalu kedengaran dari kubur anak derhaka itu," cerita lelaki berkenaan.
Semua ahli rombongan mendengar dan mengeluh keinsafan. Mereka lalu beristighfar dan berdoa kepada Allah semoga kejadian itu dapat diteladani. Sesungguhnya doa seorang ibu sangat mustajab.


More

Taubat membersihkan hati

0 comments

Taubat bermaksud kembali daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah. Orang yang berdosa seolah-olah mereka ini meninggalkan Allah. Apabila mereka sudah bertaubat maka diibaratkan seperti pulang kepada Allah kembali. Bertaubat hendaklah dilakukan pada setiap hari dan setiap masa. Bukannya bila umur sudah tua barulah hendak bertaubat.

Bagaimana hendak bertaubat daripada dosa?
1. tinggalkan perkara dosa yang pernah dilakukan dulu
2. rasa menyesal dengan dosa yang dilakukan itu
3. berjanji dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi dosa yang pernah dilakukan itu.
4. jangan lupa solat taubat, kalau boleh lakukanlah setiap hari dengan ikhlas.
5. sentiasa memohon doa dan keampunan dari Allah supaya Allah memaafkan segala dosa kita.

Ingat! Perkara ini mesti dilakukan dengan seberapa segera kerana setiap perkara yang baik tidak elok dilengah-lengahkan. Jangan tunggu dan tangguh untuk melakukan perkara yang baik terutama sekali tentang persoalan TAUBAT. Jangan tunggu bila sakit atau kesusahan atau dah terasa nyawa di kerongkong baru hendak insaf.

Sebenarnya kita mesti melakukan perkara baik dan kebajikan ini sewaktu tubuh kita masih sihat dan segar. Ini kerana ketika sihat segala amalan dapat dilakukan dengan baik dan akan mendapat hasil pulangan yang lebih berkesan dan bermakna.

Kita perlu sedar juga betapa Allah Taala sangat sukakan hambanya yang sentiasa sedar dan bertaubat di atas segala kesalahan dan dosa yang dilakukan. Namun taubat yang dilakukan itu mestilah dengan bersungguh-sungguh atau dipanggil TAUBAT NASUHA.

Ada tanda-tanda taubat kita diterima atau tidak oleh Allah Taala.

Pada yang diterima ada tandanya iaitu:
1. selepas bertaubat keadaannya lebih baik dari sebelumnya.
2. merasa takut dengan azab Allah.
3. menahan diri dari melakukan maksiat.
4. menyesal dengan dosa yang dilakukan dan
5. merasa hina diri dan tawadhuk.

Manakala tanda-tanda taubat tidak diterima ialah:
1. ia merasa lemah keazaman dalam bertaubat.
2. merasa seronok dalam kemaksiatan.
3. hati menjadi keras tidak mengalirkan air mata
4. tidak takut terhadap peristiwa-peristiwa kematian serta azab api neraka.
5. tidak melakukan amalan soleh selepas bertaubat.

Justeru itu, hendaklah kita sentiasa bertaubat kepada Allah di atas segala dosa yang dilakukan kerana manusia di atas muka bumi ini tidak pernah sunyi dari melakukan dosa. Pesan Luqman al-Hakim ”Wahai anakku, janganlah kamu melambatkan taubat kerana mati itu datang secara mengejut”.


More

Bersedekahlah di Bulan Puasa

0 comments

Bulan Ramadhan yang mulia umpama bulan menuai pahala dan kebajikan berganda. Bukan sahaja Allah menjanjikan ganjaran kepada mereka yang berbuat baik dan beramal saleh di bulan ini, bahkan merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan sahaja sudah cukup bagi Allah menghulurkan keampunanNya kepada manusia.

Perhatikan firman Allah Subhanahu wataala dalam surah Al-Baqarah :
" مثل الدين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم "
Maksudnya “ bandingan mereka yang memberikan sedeqah harta bendanya di jalan Allah umpama menanam sebutir benih, ia menumbuhkan tujuh untaian dan pada setiap untaian itu terdapat seratus butir. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi orang yang dikehendaki, dan Allah itu maha luas lagi Maha Mengetahui” .

Ibnu Abbas (R.A) meriwayatkan :
" كان رسول الله (ص) أجود الناس وكان أجود ما يكون في رمضان "
“ Rasulullah S.A.W merupakan manusia paling pemurah. Sifat pemurahnya paling ketara dapat dilihat pada bulan Ramadhan “. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Selain menyahut seruan Allah dan Rasulnya, bersedeqah terutamanya pada bulan Ramadhan menghimpunkan kebaikan-kebaikan berikut :

1) Sedeqah Menawarkan Ruang Penyucian Jiwa
Allah S.W.T menjanjikan bentuk penyucian jiwa dengan cara paling mudah iaitu melalui bersedeqah. Firman Allah :
"خد من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهم , إن صلوتك سكن لهم والله سميع عليم" Lafaz تطهرهم mengunjurkan bahawa sedeqah mampu menyucikan jiwa manusia dari karat noda dan dosa yang telah dikumpulkannya, sementara وتزكيهم memberi isyarat sampai kepada maqam pembersihan jiwa dengan mengamalkan sifat-sifat terpuji .

2) Sedeqah Manjadi Lembayung Pelindung Panas Akhirat

Tidak ada sesiapapun dapat meramalkan nasibnya ketika berada di hari akhirat nanti. Hari di mana matahari menjarak sejengkal di atas kepala, titis peluh mengalir sederas aliran sungai dek panasnya hari tersebut. Detik inilah akan mara ‘ sedeqah’ menjadi lembayung penahan panas buat tuannya. Ibnu Khuzaimah meriwayatkan daripada Aqbah b, ‘Amir (R.A):
" كل امرئ في ظل صدقته حتى يفصل بين الناس أو قال حتى يحكم بين الناس "
“ setiap individu (di akhirat kelak) pasti akan berada di bawah lindungan sedeqahnya sehinggalah selesai pengadilan dijalankan di antara manusia ” . ( Disahihkan oleh Muslim)

Usah dipandang ringan amalan ‘sedeqah’ ini. Hiasilah Ramadhan dengan menggandakan sedeqah kita walau dengan secarik buah kurma, meski hanya seteguk air atau semanis bicara, dan jika tidak mampu bersedeqahlah dengan sepotong ayat Al-Quran, sebarang bentuk bantuan waktu diperlukan, jika itupun tidak berdaya dilunasi maka berdoalah mohon ampunan dan rahmat untuk diri serta mereka yang meminta. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan doa tersebut untuk dikabulkan.

Nah besar sekali rahmat Allah bagi si pemberi sedeqah sehingga seorang para solehin diriwayatkan pernah berkata “ tika aku didatangi faqir miskin memohon sedeqah aku mengalu-alukannya..selamat datang orang yang akan membawa bekalan kami untuk disampaikan kepada Allah tuhan kami”.
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ