Perlunya Remaja Hidup Dalam Lingkaran Syarak

0 comments



FAKTOR syarak dalam kehidupan Islam bermaksud memberikan batasan dan pedoman supaya jalur kehidupan berada dalam batasnya. Jalur syarak juga mentertibkan insan supaya terus berada dalam fitrah. Kehidupan yang fitrah adalah kehidupan yang serasi dan syarak dan ia membawa barakah. Keyakinan manusia kepada faktor yang nyata dengan pedoman faktor yang ghaib akan membimbing manusia ke jalan hidup yang sebenarnya.
Agama mengaturkan kehidupan yang baik untuk manusia. Syarak adalah sendi utama mempedoman manusia jalan yang di redhai atau sebaliknya. Faktor manusia tidaklah mutlak untuk memberikan kawalan dan pedoman. Faktor Ilahi menunjukkan pedoman yang terbaik untuk manusia. Menjadi manusia yang hidup berteraskan syarak menjadikannya hamba yang sentiasa patuh, akur, taat dan tunduk kepada-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan tidak ada hijab yang menghalangnya. Walaupun apa yang kita lakukan manusia lain mungkin tidak mengetahui tetapi di sisi Allah ia diketahui.
Untuk menjadi seorang remaja Islam yang baik dan beriman mematuhi faktor syarak adalah suatu tuntutan dan kewajipan. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus memberikan remaja pedoman yang terbaik dalam hidup. Menjadi remaja menyebabkan banyak cabaran yang menunggu. Sekadar pertimbangan akal dan nafsu semata tidak ada jaminan jalur syarak dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional saja tidak memadai jalan syarak diikuti. Sekadar berpandukan orang ramai melakukan maka tiada salahnya remaja melakukannya belum ada jaminan ia selari dengan syarak.
Remaja harus yakin bahawa keyakinan kepada jalur syarak memberikan landasan keimanan yang teguh. Iman yang teguh menghubungkan remaja kepada Penciptanya dan Pengatur alam dan kehidupan ini. Ia bukan bermakna remaja tidak menggunakan pertimbangan akal. Akal hanya alat yang belum tentu sempurna apa yang difikir dan dibuat tanpa pedoman syarak. Pertimbangan akal mungkin boleh menyuluh remaja ke jalan yang betul dan belum tentu membimbing jalan yang benar. Kebenaran ada pada jalan syarak kerana darinya manusia melakukan sesuatu berasaskan huhum-hakam dan peraturan Allah.
Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.
Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.
Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.
Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris wala’nya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.
Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..
Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.
Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.
Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.
Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.
Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.
- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

More

Persediaan Seorang Muslim

0 comments


Dalam Al Quran sendiri dah cakap tentang fitrah manusia ini memang keluh kesah terutama apabila dia ditimpa kesusahan. Tetapi Allah beri pengecualian bahawa orang yang dapat mengeluarkan diri dari golongan yang keluh kesah itu adalah sembilan ciri iaitu:
§ Orang yang mendirikan solat dengan istiqamah
§ Orang yang mengeluarkan sedekah
§ Orang yang membenarkan hari akhirat
§ Orang yang takut pada azab Allah
§ Orang yang menjaga kehormatan
§ Orang yang menjaga janji
§ Orang yang memegang amanah dengan baik
§ Orang yang memberikan kesaksian

Rujuk surah Al-Ma’aarij ayat 19 hingga 35. Ahli ahli tafsir mengatakan bahawa surah ini diberikan maksud tempat2 naik (Al-Ma’aarij) munkin kerana ia memberi kita panduan tentang amalan yang dapat membawa kita ke darjat yang lebih tinggi.Mungkin kita akan akan lebih faham setelah membaca surah ini bersama terjeMahannya

Marilah sama-sama kita renung ayat 19 dari surah Al-Ma’aarij ini:

Maksud ayat 19 hingga 35 surah Al-Ma’aarij:
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);-
20. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah;
21. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
22. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang –
23. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
24. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum –
25. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari meminta);
26. Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
27. Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak (bagi seseorangpun) mereka aman terhadapnya;
29. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
30. Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
31. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
32. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
33. Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
34. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
35. Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Kesimpulan daripada ayat-ayat di atas:
Allah yang Maha Bijaksana, yang selalu menunjukkan jalan untuk kebaikan bagi manusia, pada ayat selanjutnya Allah memberikan jalan keluar agar manusia yang memiliki sifat dasar keluh kesah, kikir, tersebut dapat memilihnya.


Kembali pada pertanyaan mengapa Allah memberikan dan memperlihatkan hidup di dunia lebih makmur bagi orang kafir, atau orang jahat, daripada kepada umat islam yang ahli ibadah. Jawabanya juga sangat jelas tersedia dalam ayat berikut: "Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir." (At Taubah: 55)

Seterusnya banyak lagi ajaran dan didikan yang disampaikan oleh Lukman yang meliputi bidang aqidah, ibadat, kemasyarakatan dan sebagainya,
Antaranya:

1. Mendirikan ibadat solat.
2. Menyeru manusia berbuat kebajikan dan melarang membuat kemungkaran.
3. Bersabar ketika berhadapan dengan ujian hidup.
4. Mengimani setiap yang baik pasti ada balasannya, begitu juga sebaliknya.
5. Tidak berlaku sombong terhadap orang lain.
6. Sentiasa merendah diri.
7. Hidup secara sederhana.
8. Jangan meninggikan suara kepada orang lain.

Hidup kita memang penuh dengan dugaan dan ujian. Tanpa ujian dan dugaan, sudah tentulah hidup kita yang cuma sementara sahaja ini akan menjadi hambar. Sesungguhnya apa sahaja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu. Hikmah itu pula kadangkala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita. Allah SWT. menegaskan:
TerjeMahan : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun….”(Surah al-Mulk 67 : 2)
Dalam mendepani ujian atau musibah yang melanda diri, kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka serta penuh reda. Inilah panduan yang cukup berharga untuk diri kita agar kita dapat mengatasi setiap dugaan dengan penuh ketaqwaan dan kebijaksanaan.
Dalam kitab Jami’ al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
TerjeMahan : ‘Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah’.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada Hadith ini ialah keredaan Allah bergantung pada sikap kita dalam menerima segala ujian-Nya. Sekiranya kita reda maka sudah pasti Allah akan meredai kita dan menunjukkan laluan yang mudah untuk kita. Akhirnya, kita akan dibimbing untuk menyelesaikan segala kesulitan dengan penuh ketenangan dan kebijaksanaan. Sekiranya pula kita berasa marah, kecewa dan tidak reda dengan apa yang telah ditimpakan Allah ke atas kita, kita sesungguhnya telah menyebabkan Dia memurkai kita. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan. Tanpa keredaan Allah, bagaimanakah mungkin kita dapat melayari hidup ini dengan sebaik-baiknya. Apatah lagi untuk menghadapi segala musibah dan dugaan yang juga datang daripada-Nya. Sudah pastilah jiwa kita tidak akan tenteram, langkah kita akan pincang dan hidup kita, secara keseluruhannya, hilang arah.
Khalifah `Umar ibn `Abdul `Aziz pernah berkata, “Keredaan terhadap sesuatu musibah merupakan kedudukan yang tinggi. Namun, Allah telah menjadikan kesabaran sebagai jalan pilihan yang baik.” Muhammad ibn Idris al-Syafi’e pula berkata Zubair ibn `Ubad telah bercerita kepada kami daripada Sari ibn Hayyan, beliau berkata bahawa `Abdul Wahid ibn Zaid telah berkata, “Keredaan ialah pintu Allah yang Maha Agung, syurga dunia dan lampu bagi ahli-ahli ibadah.”
Kata-kata `Abdul Wahid ini menjelaskan kepada kita bahawa keredaan kita terhadap setiap kurniaan Allah SWT., suka dan duka, nikmat dan musibah, akan lebih mendekatkan kita kepada-Nya dan memberikan kita kehidupan yang penuh kebahagiaan di dunia ini. Sekiranya kita menilai kedudukan diri kita ini yang begitu daif dan kerdil selain berharap hanya kepada Allah s.a.w. kita akan menginsafi bahawa kita perlu menerima segala yang diberikan oleh Dia. Siapakah kita untu menolaknya dan siapakah kita untuk mencari-cari kekurangan pemberian tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda :
TerjeMahan : ‘Demi Zat yang diriku ada di tangan-Nya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang Mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya. Hal ini tidak berlaku kepada yang lain. Apabila Dia menimpakan kebaikan kepadanya, ia mensyukuri-Nya maka hal itu membawa kebaikan kepadanya. Dan apabila Dia menimpakan penderitaan ke atasnya, ia lalu bersabar terhadapnya dan ini pun adalah baik baginya.’(Muslim)
Setiap perkara yang diturunkan oleh Allah SWT. sememangnya berkaitan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah musibah iaitu sekiranya kita melakukan atau terlibat dalam perkara-perkara yang bertentangan perintah-Nya. Ini sesuai dengan firman Allah SWT. :
TerjeMahan : “Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh ialah daripada Allah dan apa sahaja bencana yang menimpa kamu maka daripada (kesalahan) diri kamu sendiri.”(Surah al-Nisa’ 4:79)
Dalam satu ayat yang lain, Allah SWT. menegaskan :
TerjeMahan : “Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran).”(Surah al-A’raf 7:168)
Di samping itu, musibah yang diturunkan oleh Allah SWT. juga untuk menguji tahap kesabaran, tingkat kesyukuran selain mengukuhkan keimanan seseorang, khususnya bagi hamba-hamba-Nya yang beriman. Dari satu aspek, musibah yang ditimpakan Allah juga merupakan rahmat yang besar bagi hamba-hamba-Nya yang Mukmin ini iaitu untuk membersihkan diri, bertaubat kepada Allah SWT. dan menyesali segala kesilapan yang telah dilakukan. Hamba yang bertaubat, samalah seperti orang yang dikatakan oleh Sa`id ibn Jubair, “Sesunguhnya seseorang hamba itu akan melakukan kebaikan, namun ia di masukkan ke dalam neraka dan ada pula yang melakukan kejahatan lalu ia di masukkan ke dalam syurga. Ini disebabkan orang yang melakukan kebaikan itu merasa `ujub dengan kebaikannya. Sedangkan yang melakukan kejahatan pula menginsafi dirinya dan memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya.”
Reda merupakan amalan hati, namun adalah lebih baik lagi jika kita dapat menterjemahkannya dalam kata-kata iaitu pujian terhadap Allah SWT. Tindakan memuji Allah ini adalah sangat utama sehinga ada yang menyatakan bahawa pujian itulah yang disebutkan reda. Dalam sebuah Hadith, dijelaskan :
TerjeMahan : “Orang pertama yang dipanggil untuk masuk ke syurga ialah orang yang selalu memuji Allah, sama ada dalam kesenangan mahupun dalam penderitaan.”
Dalam perkara ini, Rasulullah s.a.w. telah memberikan kita panduan yang benar-benar berharga. Sebagai contoh ialah Hadith yang menyebut bahawa sekiranya Baginda menerima berita yang menyenangkan, Baginda akan segera mengucapkan :
“Segala puji bagi Allah dengan kenikmatan-Nya. Sempurnalah segala kebaikan.”
Sesungguhnya Bagindalah orang yang paling banyak memuji Allah dan demikianlah Baginda amat menggalakkan umatnya melakukan perkara yang sama dengan penuh kerelaan, sama ada dalam kesenangan mahupun penderitaan. Tindakan memuji Allah dengan rela disebabkan dua perkara :
1. Kesedaran hamba bahawa Allahlah yang menentukan sesuatu musibah yang ditimpakan ke atas dirinya. Ia juga meyakini bahawa Allahlah sebaik-baik Pencipta dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
2. Hamba tersebut juga hendaklah yakin bahawa pilihan Allah untuk hamba-Nya itu adalah lebih baik daripada pilihannya atas diri sendiri.
Sekiranya kita ditimpa musibah, kita hendaklah menyedari bahawa yang memberikan musibah itu ialah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita. Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmat-Nya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.
Renungilah kata-kata Abdul Kadir al-Jailani r.h. kepada anaknya:
Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, taqdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai.”

Qada dan Qadar
Percaya kepada qada dan qadar adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.
Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang Maha Perkasa dan Maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.
Beriman kepada Qadak dan Qadar Allah, baik maupun buruk.
Satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah yang kita tidak ketahui. Satu rahsia yang amat sulit yang tidak di beritahu kepada Para Rasul, Malaikat dan manusia.
Dalil: Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 70.
Yang bermaksud: Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Hendaklah kita selalu berzikir, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Allah berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 49-50.
Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata.
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang mengajar para sahabat. Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. " Bolehkah kita tinggalkan semua kerja hanya berserah kepada kitab dan Qadak dan Qadar Allah?" Rasulullah s.a.w. menjawab " Jangan begitu, hendaklah kamu berkerja dan berusaha, kerana tiap-tiap kerja yang di lakukan akan memudahkan kita kepada kebaikan dan kecelakaan."
Allah berfirman dalam surah Al-Khafi ayat 100 -101.
Yang bermaksud: Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata. (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
Ikhlas ikut cara Rasulullah s.a.w. Berilah masa untuk beribadat kepada Allah.
Beriman dengan Qada' dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti yang telah ditetapkan itu.
Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada' dan Qadar Allah SWT.
Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada' dan Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang,
peraturan dan hukum hakam Allah SWT. dan giat mencari Qada' dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.
Qada' dan Qadar adalah salah satu daripada-rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud:
"Daripada Umar ra. katanya "Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan berpakaian serba putih, rambutnya hitam, badannya kemas. Lalu ia duduk dan bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w .............. Beritahuku mengenai iman, Lalu Baginda menjawab "Bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada' dan qadar ........" (Riwayat Muslim)
Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada' dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya." (Riwayat Al-Tirmidhi)
Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada' dan Qadar ini berdasarkan maksud ayat seperti berikut:
"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankaniah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganiah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sluatu syariat danjalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (al-Maidah: 48)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" (at-Taubah: 51)
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (al-Qamar: 49)

Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah SWT.

Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.

Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah SWT terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Apabila kita telah meMahami keadaan yang akan berlaku, maka bersedialah menghadapinya, kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku mempunyai makna dan hikmahnya di atas kehendak Allah sebagai ujian dan dari ujian itu haruslah direnungkan rahmat Allah dan mungkin ia merupakan tanda-tanda makbulnya doa hambanya dan mendapat keampunan. Mungkin juga itu menandakan kasih sayang Allah kepada kita untuk menerima balasan di dunia dan terselamat di akhirat kelak. Kita hendaklah berpegang teguh dengan ketetapan hukum Allah di mana sahaja kita berada, kita hendaklah percaya dan rela menerima ketentuan qada dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati.
Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai kita tidak berpuashati dengan qada dan qadar serta mencabar kuasa Allah. Ia juga merupakan satu tindakan yang hanya akan mendedahkan rahsia diri sendiri sebagai orang yang mempunyai dosa yang banyak
Adakah usaha untuk mendapatkan sesuatu adalah wajib melebihi wajibnya kita percaya akan segala sesuatu yang berlaku itu takdir dan ketetapan qada' dan qadar Allah
Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini (selain daripada ta'abbud kepadaNya), bertujuan memakmurkan atau mengimarahkan dunia melalui cara yang selaras dengan kehendak Islam itu sendiri. Untuk mendapatkan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT, tidak lain dan tidak bukan sewajarnya seseorang itu berusaha dan berikhtiar sedaya mungkin, bukan hanya duduk di masjid atau surau dan sebagainya tanpa adanya sebarang usaha dan ikhtiar. Inilah yang dinamakan tawakkal bukannya tawakkul (menyerah diri bulat-bulat kepad Allah tanpa ada usaha).
Manakala Qadha' dan Qadar pula adalah satu penentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pada setiap hambaNya di mana mempercayainya termasuk dalam Rukun Iman yang keenam. Ini selaras dengan firman Allah yang menjelaskan bahawa manusia itu merancang, Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.
Di dalam mempersoalkan usaha dan ikhtiar, Qadha' dan Qadar juga adalah satu kewajipan. Oleh itu kedua-duanya wajib diyakini.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut, ayat 64)

Rukun Islam mengandungi lima perkara dan Rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail : Maksudnya, “Wahai Muhamad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu adalah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan haji sekiranya mampu.”

Jibrail berkata: “Benar jawapanmu.” Jibrail berkata lagi: “Maka terangkan pula kepadaku mengenai apakah dia Rukun Iman?”
Rasulullah menjawab: “Rukun Iman adalah hendaklah engkau beriman kepada Allah, maliaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada qada dan qadar Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)




More

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

0 comments

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
More

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan

0 comments



Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Moga Allah Menerima Amalan Kita

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.



7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.



Selamat Hari Raya Idil Fitri



"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"
More

Konsep Hari Raya

0 comments

Hari Raya

Erti hari raya dan bila disyariatkan dalam Islam?

Hari raya adalah hari kebesaran, kegembiraan, kemuliaan dan sebagainya. Bagi setiap bangsa, agama dan kepercayaan di dunia ini, masing-masing mempunyai hari-hari kebesaran yang tersendiri. Umat Islam mempunyai dua hari kebesaran yang dikenali sebagai Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban yang disyariatkan dalam Islam pada tahun pertama Hijrah. Hadis berikut menerangkan berkenaan hari raya umat Islam:

“Anas melaporkan, Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah, sedangkan orang Madinah masa itu merayakan dua hari kebesaran dan mereka bersuka ria pada kedua-dua hari itu, lantas beliau bertanya, ’Apakah dua hari itu?’ Jawab mereka, ‘Kami bermain dengan bersuka ria sejak zaman Jahiliah lagi.’ Lalu Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Sesungguhnya Allah menukarkan untuk kamu dengan dua hari yang lebih baik daripada keduanya itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah.’”

Tuntutan Islam pada hari raya

Terdapat beberapa tuntutan dalam Islam supaya dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah. Pada Hari Raya Korban, kita dituntut melakukan pengorbanan dengan menyembelih binatang ternakan. Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam hadisnya yang bermaksud:

“Tidak ada amalan oleh anak Adam yang lebih dikasihi di sisi Allah pada Hari Raya Korban selain daripada mengalirkan darah (berkorban). Binatang yang disembelih itu akan datang pada hari Kiamat berserta dengan tanduk dan kukunya, dan darah yang mengalir di tempat itu diterima oleh Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bergembiralah kamu dengannya.”

Pada Hari Raya Fitrah pula, kita dituntut mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan fakit miskin supaya mereka dapat sama-sama merayakan hari kemenangan itu. Selain itu, kita juga dituntut supaya menghayati hari yang baik dan mulia itu dengan bertakbir, bertahmid, bersolat sunat hari raya dan lain-lain lagi.

Tuntutan bertakbir dua hari raya

Pada Hari Raya Fitrah, kita dituntut bertakbir sebagai takbir mursal semata-mata bermula daripada jatuh matahari malam raya hingga solat sunat Hari Raya Fitrah dikerjakan. Bagi takbir pada Hari Raya Korban, selain daripada takbir mursal, ia juga mempunyai takbir muqayad iaitu takbir yang dibaca selepas solat sama ada solat fardu ataupun solat sunat, bermula daripada subuh hari Arafah hingga jatuh matahari hari akhir tasyriq.

Waktu dituntut bersolat dua hari raya

Waktu solat Hari Raya Fitrah adalah selepas terbit matahari pada 1 Syawal dan sunat dilewatkan sedikit lebih kurang antara pukul 8 hingga 9 pagi bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan pembayaran zakat fitrah. Manakala solat Hari Raya Korban sunat dikerjakan awal sedikit daripada masa solat Hari Raya Fitrah. Ini bagi memberi peluang kepada kaum Muslimin melakukan penyembelihan korban lebih awal sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Hari Raya Korban.
More

Industri seks dorong eksploitasi

1 comments

Industri seks dorong eksploitasi


KANAK-KANAK di kem pelarian juga berisiko untuk diseludup oleh pihak penjenayah terancang. - Gambar hiasan



hamzah.abdulhamid@kosmo.com.my">

TERPEDAYA kepada janji indah tentang peluang pekerjaan dan anggapan palsu bahawa keluarga sanggup menerima apa sahaja tindakan demi sokongan ekonomi adalah antara penyebab sebuah kehidupan boleh terjerumus dalam kekesalan.

Mungkin muslihat itu terlalu biasa, namun rumusan itu paling tepat jika hendak mengulas mengenai mereka yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan.

Bukan sekadar orang dewasa, kes penyeludupan terutamanya bagi tujuan eksploitasi seks turut melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja.

Walaupun kes seumpamanya sering dilaporkan dalam media, data sebenar statistik mengenai kanak-kanak yang diseludup masuk dan keluar negara ini masih samar.

Sebuah kajian kumpulan bebas menganggarkan terdapat hingga kira-kira 32,000 orang diseludup di Sabah. Data itu walau bagaimanapun tidak mengasingkan angka penyeludupan kanak-kanak dan orang dewasa.

“Malaysia tidak terkecuali disenarai sebagai transit dan destinasi bagi sindiket penyeludupan dari sekitar negara-negara Asia Tenggara.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat golongan remaja seawal usia 16 hingga 17 tahun yang turut menjadi mangsa,” ujar koordinator Tenaganita, Aegile Fernandez.

Tanpa usaha mempertingkat penguatkuasaan undang-undang dan kesedaran dalam masyarakat, tidak mustahil jika ada di kalangan wanita dan kanak-kanak yang berada di negara ini sedang dibawa keluar ke negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia untuk ‘didagangkan’.

Taktik perkahwinan

Pada masa yang sama, wanita dan kanak-kanak dari Kemboja, China, Colombia, Ecuador, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Rusia, Thailand, Uzbekistan dan Vietnam pula dibawa melepasi pintu sempadan negara untuk dilacurkan atau dibekalkan sebagai tenaga buruh paksa.

Menurut Aegile, sindiket itu didalangi kumpulan tertentu yang bertindak dalam rangkaian antarabangsa.

Pencabulan hak dan maruah ini masih berlangsung dalam diam kerana terdapat permintaan yang tinggi bagi golongan bawah umur untuk disalurkan ke rumah-rumah pelacuran.

Latar belakang penyeludup ini terdiri daripada orang atau kumpulan yang tidak dikenali ataupun yang dikenali oleh mangsa, seperti saudara mara, kawan atau individu yang menyamar seperti teman lelaki atau wanita.

“Penyeludup ini ada yang dikenali sebagai ejen yang menawarkan peluang pekerjaan di negara lain.

“Pernah dilaporkan tentang kes seorang lelaki yang menggunakan taktik perkahwinan untuk membawa keluar ‘isterinya’ itu ke negara destinasi penyeludupan seks,” terang Aegile.

Di Malaysia, kumpulan jenayah terancang antarabangsa dipercayai terlibat dalam penyeludupan kanak-kanak negara ini ke negara lain melalui penyediaan dokumen diri dan dokumen perjalanan palsu.

“Dengan banyak kes laporan penculikan kanak-kanak serta remaja yang hilang di negara ini, kami bimbang sekiranya ia mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket tersebut,” ujarnya.

Jabatan Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNODC) melaporkan bahawa dari tahun 2003 hingga 2006, lebih kurang 160 orang telah disabitkan kesalahan menculik dan menyeludup kanak-kanak.

Majoriti daripada jumlah pesalah itu menyeludup kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seks. Gadis-gadis daripada kumpulan etnik pribumi dan yang berasal dari kawasan pedalaman juga cenderung untuk ditipu.

Dari sudut lain, faktor kemiskinan, keganasan domestik, pengabaian, diskriminasi serta keinginan untuk mengecapi kehidupan yang lebih senang membuatkan golongan usia muda ini mudah terpedaya.

Asingkan mangsa

Kanak-kanak menjadi sasaran utama penipuan ini kerana mereka lazimnya tidak berpendidikan, mudah dikuasai dan tidak sukar dipengaruhi melalui pujukan.

Usia mentah juga meletakkan mereka dalam pertimbangan situasi yang kononnya mereka perlu melakukan sesuatu untuk keluarga.

Ada kanak-kanak yang beranggapan bahawa keluarga ‘membenarkan’ mereka dijual atau dibawa pergi untuk membantu keluarga.

Kanak-kanak sama ada di jalanan atau di kem pelarian, kanak-kanak yang datang daripada keluarga dan komuniti yang pincang moral serta tanpa jagaan adalah berisiko tinggi untuk diseludup.

Bergantung kepada tujuan penyeludupan, sesetengah negara dikenal pasti sebagai sumber untuk ‘penghantaran’ mangsa, sementara ada negara yang bertindak sebagai ‘transit’ manakala sesetengahnya ‘destinasi’ penyeludupan. Malaysia dilabel sebagai negara yang menjalankan ketiga-tiga aspek tersebut.

Walaupun Kerajaan Malaysia mempunyai undang-undang antipenyeludupan manusia dan telah membina kemudahan sokongan bagi mangsa, ia perlu dikuatkuasakan dalam skala yang lebih hebat demi menangani pelbagai dimensi ancaman penyeludupan.

Ini termasuklah mengasingkan mangsa penyeludupan secara berasingan daripada golongan pendatang yang ditahan kerana memasuki sempadan negara tanpa permit dan pesalah industri pelacuran.

“Kita juga perlu menyediakan kem perlindungan dan mekanisme penghantaran pulang yang lebih selamat dan berkesan bagi memastikan mangsa-mangsa penyeludupan itu tidak terdedah kepada ancaman lanjutan atau hukuman yang tidak sewajarnya,” jelas Aegile.

Undang-undang yang dikuatkuasakan itu juga tidak seharusnya memberi pengecualian pendakwaan dan hukuman bagi individu berpengaruh yang menerima imbuhan atau terlibat secara langsung dengan penyeludupan dan eksploitasi mangsa.
More

Solat Itu Mudah

0 comments

Sebenarnya agama yang Allah kurniakan untuk umat ini adalah untuk memudahkan hamba-Nya dan untuk memberi kejayaan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dari sudut perintah solat yang dibincangkan di sini kita lihat ianya adalah mudah untuk diamalkan. Sebagai penjelasannya solat dimulai dengan wuduk atau bersuci yang mana cara dan sumber yang digunakan adalah amat mudah iaitu dengan air mutlak dan menggunakan debu tanah yang suci untuk bertayammum sebagai ganti kepada air.

Selain itu waktu yang diperuntukkan untuk menunaikan solat adalah mencukupi bahkan melebihi dan waktu-waktunya adalah sesuai dengan kehidupan manusia. Dengan ruang masa yang panjang kita boleh solat selagi ada waktunya akan tetapi untuk mendapat kesempurnaannya dan cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah dengan berjemaah dan didirikan pada awal waktu. Keringanan diberikan bagi yang bermusafir dengan solat secara jamak iaitu mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Perintah ini adalah mengikut kemampuan masing-masing akan tetapi ianya tidak boleh diabaikan langsung.

Daripada Ali Ibnu Abi Talib, telah berkata rasulullah SAW tentang solat orang sakit: "Kalau kuasa sembahyanglah ia berdiri, kalau tidak sembahyanglah ia duduk, jika tidak kuat, sujud isyaratkan sahaja dengan kepalanya tetapi hendaklah sujudnya lebih rendah daripada rukuknya. Bagi melaksanakan perintah ini tidaklah khusus pada tempat-tempat tertentu bahkan ianya dibenarkan di mana-mana di atas bumi Allah dengan syarat ianya bersih daripada najis."
More

Didikan Seks Bukan Tabu

0 comments


Dekan Kolej Kesihatan Sains Awam, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Profesor Surasak Taneepanichskul mendedahkan selepas lima tahun pendidikan seks diperkenalkan, masyarakat Thai kini lebih terbuka.


SIKAP yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia.


KEBELAKANGAN ini kes-kes pembuangan bayi sekali lagi kembali mewarnai dada-dada akhbar. Bayi-bayi comel yang tidak berdosa menjadi mangsa orang dewasa yang cetek imannya.

Terbaru, seorang bayi seberat 2.14 kilogram ditemui tanpa seurat benang dalam keadaan masih hidup di Kampung Sungai Kerayong, Cheras, Kuala Lumpur. Nasib bayi yang masih hidup ini mungkin agak baik jika dibandingkan dengan ratusan mahupun ribuan bayi terbuang yang ditemui mati.

Apabila berlakunya ‘malapetaka’ yang disengajakan atau sebaliknya ini, tidak timbul lagi soal siapa yang harus bertanggungjawab atau dipersalahkan. Si ibu ataupun si bapa?

Jika direnung sejenak, mungkin kita boleh cuba tanya diri sendiri. Adakah masih sempat untuk kita memperbetulkan keadaan ataupun nasi sudah menjadi bubur?

Mungkinkah juga pendidikan seks sepatutnya bermula seawal Tahun 1,2,3? Keperluan dilengkapi maklumat tepat tentang seks pada usia awal di kalangan wanita khasnya penting bagi membantu mereka membuat pilihan yang betul apabila dewasa kelak.

Dekan Kolej Kesihatan Sains Awam, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Profesor Surasak Taneepanichskul berkata, pendedahan awal kepada pendidikan seks sejak di bangku sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran anak di kalangan remaja Asia yang kian meningkat.


SURASAK TANEEPANICHSKUL


“Sikap yang betul terhadap kontraseptif boleh dibentuk sejak awal usia. Ini kerana pemahaman yang luas terhadap pencegah kehamilan lebih-lebih lagi yang melibatkan mitos kontraseptif oral adalah kunci kepada wanita dalam membuat pilihan ke atas kesihatan dan perancangan keluarga,” katanya kepada KOSMO! pada Simposium Saintifik Majlis Kontraseptif Asia Pasifik (APCOC) yang diadakan di Shanghai, China pada bulan November lalu.

APCOC ditubuhkan oleh barisan pakar perancang keluarga dan kontrasepsi serantau bagi menggariskan kepentingan merancang keluarga menerusi kaedah yang selamat dan boleh diharap di rantau Asia Pasifik.

Berfungsi memperkukuhkan wanita-wanita Asia Pasifik dengan maklumat yang betul, pendidikan dan komunikasi, APCOC turut menyediakan peluang kepada wanita memilih kaedah kontraseptif terbaik untuk diri.

Menurut Surasak, pendidikan seks di Thailand bermula kira-kira lima tahun lalu. Beliau berkata, inisiatif itu ‘agak memberangsangkan’ turut tidak menafikan bahawa seperti juga negara jirannya, Malaysia, pendidikan seks suatu ketika dahulu adalah tabu di kalangan masyarakat Thai.

“Masyarakat Thai kini berfikiran lebih terbuka dalam soal pendidikan seks. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, sukar untuk bercakap tentang seks dan ia dianggap tidak sesuai biarpun hanya disebut secara ringan,” katanya.

Seperkara yang sering dirisaukan oleh ibu bapa ialah ‘Apakah anak saya akan terdorong untuk mencuba hubungan seks apabila didedahkan dengan pendidikan seks sejak awal usia?’


JIKA pendidikan seks perlu diterapkan dalam minda generasi muda seawal mungkin, bilakah masa yang paling sesuai? – Gambar hiasan


Ini jawapan Surasak: “Memang tidak dinafikan terdapat sesetengah remaja yang pernah diberi kaunseling, melahirkan rasa dan kecenderungan untuk ‘bereksperimen’ selepas menghadiri sesi pendidikan seks. Tetapi satu kaji selidik yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar ijazah sarjana (Master) dalam program kita mendapati biarpun tanpa pendidikan seks, antara 20 peratus hingga 30 peratus wanita mengaku telah mempunyai pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin.”

Terang Surasak lagi, selebihnya 70 peratus hingga 80 peratus lelaki yang disoal selidik turut mengakui telah mengadakan hubungan intim sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Bercerita lanjut, Surasak memberitahu, kajian menunjukkan kebanyakan wanita Thai pernah mengadakan hubungan intim dengan teman lelaki. Namun, senario yang berbeza pula berlaku kepada kaum lelaki di negara tersebut.

“Lelaki-lelaki di Thailand pula memiliki ‘pengalaman istimewa’ hanya dengan pekerja seks atau teman wanita tanpa sebarang perlindungan. Ini sangat berbahaya kerana risiko mendapat penyakit kelamin atau Sexually Transmitted Disease (STD) adalah amat tinggi,” katanya.

Maka, dalam situasi seumpama ini, kita perlu melengkapkan generasi muda dengan pengetahuan dan pendidikan seks sewajarnya iaitu sebaik-baiknya sebelum mereka mencubanya.

Tekan Surasak, ironinya manusia boleh mengadakan hubungan intim dengan jantina berlainan tanpa mendalami isi hati masing-masing terlebih dahulu.

Jika pendidikan seks perlu diterapkan dalam minda generasi muda seawal mungkin, bilakah masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian?

Seperkara yang ingin dijelaskan oleh Surasak ialah pendidikan seks berbeza daripada hubungan seksual. Pendidikan seks katanya merupakan satu subjek yang meliputi konteks yang luas.

“Sebaik-baiknya, pendidikan seks boleh dimulakan seawal di sekolah menengah. Inilah masanya mereka bercerita tentang proses natural yang berubah pada diri dan kehidupan secara am. Pada peringkat ini, perubahan fisiologi yang berlaku membolehkan mereka lebih mengenali diri dan belajar menjaga diri sendiri,” tambah Surasak.

Apabila memasuki sekolah tinggi atau sekolah vokasional, fokus pendidikan seks boleh dilanjutkan kepada pengetahuan lebih mendalam. Antaranya termasuk apakah kesan hubungan seks, apakah itu kehamilan, tindak balas seksual dan bagaimana membuat perancangan keluarga.

Pada peringkat ini, pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Jadi, sesetengah pelajar katanya akan dipilih sebagai pembantu kepada kaunselor.

“Jika anda perasan, kebanyakan remaja pada peringkat ini lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding ahli keluarga atau ibu bapa sendiri. Apabila mereka berdepan dengan masalah, mereka akan rujuk kepada rakan. Jadi, remaja boleh direkrut dan dilatih menjadi kaunselor rakan sebaya,” tambahnya.


KAJIAN di Thailand mendedahkan antara 70 peratus hingga 80 peratus lelaki yang disoal selidik mengaku telah mengadakan hubungan intim sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Setakat ini katanya, seramai 150 kaunselor telah dilatih di peringkat sekolah-sekolah vokasional.

Di peringkat universiti, misalnya di Thailand, kursus musim panas iaitu pendidikan seksual am untuk pelajar ijazah sarjana muda turut disediakan. Kursus ini antaranya meliputi kesan pengguguran anak, hubungan seksual sesama manusia, akibat dan sebagainya.

“Bagi pelajar peringkatijazah sarjana pula, kami lazimnya akan melatih guru dan jururawat untuk menjadi pendidik seks. Ada ketikanya doktor yang datang untuk kursus ijazah sarjana selama dua tahun juga akan direkrut sebagai tenaga pendidik seks,” jelasnya.

Menurut Surasak, modul-modul kursus pendidikan seks akan direka mengikut kesesuaian sesebuah budaya dan masyarakat.

Tambah Surasak lagi, program yang dilaksanakan memperlihatkan keberkesanan antaranya dari aspek pengetahuan yang lebih mendalam tentang sistem pembiakan, ketelitian penjagaan kesihatan dan peningkatan kaedah pencegah kehamilan.

Dari aspek pemilihan kaedah kontraseptif, Surasak berkata, pil oral (OC) kini lebih popular di kalangan orang muda Thai.

“Berbanding dahulu, OC masih tidak begitu popular kerana pengambilan OC dianggap satu perbuatan yang memalukan. Misalnya orang akan kata ‘Dia mesti perempuan yang tidak baik’..Jadi, stigma itu masih ada. Kondom bagi lelaki pula seakan satu ‘halangan untuk cinta’ yang tidak menyelesakan.

“Thailand adalah antara negara di Asia Pasifik yang masih menghalalkan pengguguran anak. Jadi, usaha mempromosikan pentingnya pendidikan seks dan perancangan keluarga yang betul berada dalam landasan yang tepat,” katanya.

More

Hari Raya Bukan Hari Sedih

0 comments

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.


- Gambar Hiasan

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.


- Gambar Hiasan

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

More

Solat: Pendidik Jiwa

0 comments


Seorang lelaki mendirikan solat selepas berbuka puasa di Masjid Jamia yang terletak di Srinagar, India. Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam ini disemarakkan dengan amal ibadah di serata dunia. – AP



MENGETAHUI bahawa ganjaran pahala yang diterima apabila menunaikan ibadat sepanjang bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda, maka umat Islam di seluruh dunia yang menyedari hakikat tersebut berlumba-lumba mengerjakannya.

Antaranya, menunaikan solat lima waktu dan solat tarawih secara berjemaah. Sama ada dilakukan sendirian atau berjemaah, solat mampu mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.


Di luar pekarangan sebuah masjid di Kabul Afghanistan, seorang lelaki tua khusyuk mendirikan solat demi memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan. – AP


Malah dengan bersolat, seseorang itu akan berasa lebih tenang dan dekat dengan pencipta-Nya. Justeru, tidak kira di mana pun mereka berada, solat merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Selain solat lima waktu, solat tarawih juga dianggap begitu istimewa kerana ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Ia dikerjakan selepas solat Isyak dengan rakaat-rakaat tertentu mengikut mazhab masing-masing.


Jemaah lelaki menunaikan solat di Masjid An-Nour, Addis Ababa, Ethiopia pada hari kedua Ramadan. – AP


Perkataan 'taraweeh' berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat dan rileks. Ini kerana selepas setiap kitaran solat (berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk), para jemaah akan berhenti seketika sambil mengalunkan bacaan selawat ke atas Nabi Muhamamd s.a.w sebelum meneruskan solat untuk rakaat seterusnya.

Berikut Kosmo! siarkan beberapa gambar menarik mengenai ibadah solat umat Islam di serata dunia pada Ramadan ini.


Seorang lelaki Palestin bersolat, sewaktu jemaah lain mengambil kesempatan untuk berehat di dalam Masjid Al-Omari di Bandar Gaza, Palestin. – AP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP



Kanak-kanak tidak ketinggalan menghadirkan diri di sebuah masjid yang terletak di Manila, Filipina untuk beribadah dalam bulan mulia ini. – AFP

kosmo online
More

Riwayat Manusia Tidak Berakhir Dengan Kematian

0 comments


Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula dari mati (tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudia kepada-Nya kamu dikembalikan.” (al-Baqarah: 28)

Setiap minit itu menyatakan perjalanan riwayat manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya kita menyedari betapa besarnya kurniaan Allah SWT dan betapa beratnya tanggungjawab kita di hadapan Allah SWT. Ianya bermula daripada mati (tidak ada apa-apa) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan di atasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis.

Tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam, jenis strukturnya terdiri daripada sesuatu yang boleh melahirkan berbagai-bagai makhluk, di antaranya manusia.

Allah SWT memulakan dengan mencipta Nabi Adam AS. Begitulah kisah bukan seperti teori Darwin, seorang Yahudi yang merendahkan martabat manusia yang meletakkan manusia kepada kebinatangan kemudian memecah alam pemikiran akal sebagai seorang manusia. Islam telah menetapkan bahawa pencipta manusia ialah Allah SWT.

Allah memulakan ciptaan Nabi Adam AS daripada tanah. Kemudian dijadikan isterinya Hawa daripada diri Nabi Adam As iaitu daripada tulang rusuknya. Dan untuk menyatakan kekuasaannya, Allah mencipta Nabi Isa AS daripada ibu yang tidak ada bapa yang tidak ada persetubuhan di antara lelaki dan perempuan demi menegaskan betapa Maha Berkuasanya Allah SWT.

Kemudian Allah menjadi manusia daripada benih-benih yang diletakkan ke dalam ibu bapa mereka yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan benih itu terlalu banyak. Oleh kerana itu, Allah menghargai diri manusia dan nyawa mereka dengan harga yang mahal. Seseorang yang melakukan pembunuhan dianggap berdosa besar selepas syirik, menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Allah SWT menyebut di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah telah memutuskan hukum kepada Bani Israil, sesiapa yang membunuh satu nyawa seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa seolah-olah ia menyelamatkan manusia seluruhnya.” (al-Maidah: 32)

Manusia tidak boleh mengadakan dirinya dengan sendiri. Mesti Ada Tuhan yang menciptanya. Tuhan yang menjadikannya. Begitulah mengikut akal yang waras dan bijaksana yang disuluh oleh cahaya petunjuk daripada Allah SWT melalui nabi-nabi dan rasul-rasul AS yang wajib bersifat benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana yang tidak gentar dalam menegakkan agama Allah SWT.

Allah yang menghidupkan kamu dan menjadi tanda kekuasaan Allah. Kita melihat tanda kebesaran sesuatu kerajaan itu ialah rakyat, petugas-petugas, pegawai-pegawai, undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan sedangkan kerajaan Allah pula tiada bandingan dan tandingannya.

Di antara tanda ketuhanan Allah ialah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, yang menjadi sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai peranan dan tugas yang tersendiri dan mesti difahami oleh manusia.

Menjadi hikmat yang sangat besar, setiap orang Islam dan beriman diwajibkan menyebut pada tiap-tiap rakaat sembahyang:

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.” (al-Fatihah: 2)

Perkataan “Rab” dalam ayat ini bermakna yang mencipta dan mentadbir. Bukan sahaja mentadbir tetapi mencipta , mentadbir dan mengurus seluruh alam. Di antara cara pengurusan itu ialah dengan undang-undang dan peraturan. Manusia yang menjadi sebahagian dari makhluk dikurniakan kepada mereka undang-undang dan peraturan yang dinamakan ad-Deen yang terkandung di dalamnya kepercayaan hati, hukum syariah, perangai dan akhlak.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan makhluknya mengandungi rahmat dan kurnia yang tidak terhingga termasuk perkara agama yang diwajibkan kepada manusia adalah kurnia daripada Rahmat Allah, kasihan belas dan sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Walau bagaimana kita merasa susah sekalipun perkara yang ditetapkan oleh Allah adalah kebaikan kepada manusia. Perkara yang dilarang oleh Allah adalah mudharat. Menunaikan kebajikan untuk patuh kepada perintah Allah meninggalkan larangannya adalah satu tanggungjawab mengabdikan diri kepada-Nya yang menjadi ciri penting dalam penciptaan manusia dan kehidupan mereka atas muka bumi ini.

Ini satu kemuliaan yang diberi oleh Allah kepada manusia. Mereka mentadbir makhluk yang lain yang ada di bumi ini. Walaupun makhluk itu lebih keras, berat, gagah dan kuat daripada manusia.

Kita melihat bagaimana manusia boleh mengendalikan jentera yang besar dan berat. Seorang manusiaboleh menjinakkan binatang, menternak, mentadbir tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman.

Makhluk-makhluk yang lain yang ada di sekitar bumi ini ditadbir oleh manusia dengan suatu tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi memelihara keunggulan yang wujud di alam ini, sebarang tindakan yang dilakukan bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan merosakkan dunia dan merosakkan diri manusia sendiri.

Bukan sahaja perkara-perkara haram membawa penyakit kepada diri manusia bahkan perkara-perkara haram itu memusnah dan mengorbankan alam sekitar yang lain. Kita melihat hari ini merebaknya pelbagai jenis penyakit yang menimpa jasad manusia bermula dari penyakit sosial kerana mereka melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Bukan sahaja dalam konteks individu bahkan dalam konteks masyarakat. Bukan sahaja dengan masyarakat sekampung dan senegara bahkan masyarakat sedunia.

Kita melihat manusia yang bijak itu ada di kalangan mereka yang meninggalkan hukum Allah.

Itu lebih ganas dari binatang yang buas, mencipta senjata-senjata yang boleh membunuh berjuta manusia dalam sekelip mata. Kerana tamak haloba, manusia sanggup melakukan kemusnahan sehingga berlakunya perubahan alam berpunca dari lapisan ozon dan sebagainya yang mempengaruhi alam sekitar bukan sahaja penyakit yang melanda diri bahkan penyakit yang melanda alan sekitar.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Telah nyata keburukan di darat dan di laut hasil kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran yang dinyatakan oleh Allah.” (ar-Rum: 41)

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Tiap-tiap manusia akan dimatikan oleh Allah. Bagaimana lanjutnya usia sekalipun, walau bagaimana banyak do’a sekalipuntermasuk nabi-nabi dan rasul-rasul AS, manusia yang paling dicintai oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Tiadalah Muhammad itu melainkan seorang rasul, telah berlalu sebelumnya rasul dari yang lain yang telah mati.” (Ali-Imran: 144)

Ayat ini dibaca oleh Abu Bakar As-Siddiq RA ketika para sahabat dalam kesedihan menerima kewafatan Rasulullah SAW.

Tiap-tiap orang ada ajalnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajalnya.” (al-A’raaf: 34)

Di sana ada bangsa yang sudah hilang riwayatnya. Bangsa Sam dan keturunan Yusya’ bin Nun AS.

Zaman dahulu berbagai-bagai bangsa yang sudah tamat riwayatnya. Begitu juga bangsa yang ada pada hari ini. Terpulang kepada kita sama ada sama ada kita masih mahu menggunapakai pepatah Hang Tuah “Takkan hilang melayu di dunia” atau tidak. Seterusnya hubungan kita dengan diri, keluarga dan masyarakat akan tetap dibicarakan di hadapan Allah SWT. Terpulanglah kepada manusia untuk patuh kepada undang-undang Allah, untuk percaya atau tidak. Semua manusia akan dimatikan oleh Allah SWT. Selepas mati mereka akan berdepan dengan alam barzakh, alam kubur yang lebih panjang dari alam hidup di dunia ini, Mungkin kita melupai kepada mereka yang telah dikebumikan ke dalam kubur itu lebih lama dan berada di dalam kehidupan.

Ada yang sudah mati beberapa ribu tahun padahal umur dalam kehidupan dunia lebih pendek daripada daripada itu. Di sana terdapat fitnah dan ujian sebelum kita berhadapan dengan alam akhirat. Allah SWT telah menunjukkan kepada kita agar kita mengambil iktibar dari alam barzakh melalui tidur yang ada dalam diri masing-masing.

Tidur adalah sebahagian daripada mati, agar kita mengambil contoh dan tauladan setelah kita bangun daripada tidur disunatkan kita membaca do’a kepada Allah yang bermaksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami kemudian kami bertebaran kepada-Nya.”

Dalam kehidupan, apabila bangun daripada tidur, selepas membersihkan diri, kita akan berselerak ke sana sini menjalankan kerja masing-masing. Tetapi hidup selepas mati, manusia akan dihimpunkan di padang mahsyar. Sesungguhnya kematian itu adalah benar dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Begitulah ujian yang dihadapi oleh manusia ketika menghadapi kematian, yang menjadi teman ialah apa yang dilakukan di alam dunia ini. Iman dam amal yang soleh, sebaik seseorang itu meninggal, yang paling dahulu berpisah dengannya ialah harta, kecuali kain kafan dan peralatan untuk mengebumikan mayat itu sahaja.

Semua harta yang lain putus hubungan kecuali beberapa perkara yang diperuntukkan oleh Allah SWT seperti sedekah jariah, anak yang soleh, dan ilmu yang diambil manfaat. Selain itu, semuanya terputus hubungan dengannya.

Setelah mayat dikebumikan, semua yang mengiringi jenazah akan kembali ke rumah masing-masing. Tinggallah si mati itu, seorang diri di dalam kubur. Yang terus bersama dengannya hanyalah iman dan amal yang soleh. Inilah persediaan untuk simati.

Di alam barzakh, simati akan dipersoalkan oleh para malaikat tentang apa yang dilakukan olehnya dalam kehidupannya di dunia sebelum ini.

Fitnah kubur ialah ujian yang pertama dihadapi oleh manusia setelah dia meninggal. Soalan yang pertama daripada malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT ialah “Siapa Tuhan yang mentadbir, mencipta serta mengendalikan segala urusan.”

‘Rab’ dengan makna Tuhan yang mencipta dan Tuhan yang mengendalikan serta mentadbir segala urusan dan Tuhan yang layak disembah.

Menjadi satu hikmat yang besar para malaikat bertanya: “Ma Rabbuk?” yang bermaksud siapa Tuhan yang mencipta dan mengendalikan segala urusan kamu?

Seseorang yang beriman dengan iman yang benar diilhamkan oleh Allah SWT dapat melepaskan diri daripada soalan-soalan tersebut. Manakala orang yang tidak beriman dan tidak yakin akan menjawab dengan apa yang dia yakini di atas muka bumi ini. Disebut di dalam satu hadith mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Ada yang menjawab: “Oleh kerana orang ramai yang mengatakan Allah itu ada, saya pun ikut kata seperti orang ramai.”

Dia menjawab bukan dengan keyakinan dirinya sendiri. Ini adalah contoh ujian. Yang menjadi hujjah ialah iman dan amal yang soleh.

Kemudian manusia akan dihidupkan oleh Allah SWT. Allah SWT menunjukkan bagaimana contoh kekuasaan untuk menghidupkan bumi yang mati dan binatang yang mati. Kita melihat bagaimana binatang yang mati, keluar ulat-ulat yang hidup.

Selepas itu bumi yang mati, rumput yang kering dibakar hangus menjadi abu apabila turun hujan, ia akan tumbuh semula. Kita melihat bagaimana benih yang kecil boleh menumbuhkan pokok yang besar.

Ini adalah dalil-dalil kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan di hadapan kita. Begitulah kamu akan dihidupkan dan akan dipersoalkan oleh Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian kamu dikembalikan kepadanya (dalam keadaan kamu tidak tahu apa yang dinantikan).” (al-Baqarah: 28)

Perkataan ‘Turja’un’ mengikut nahu bahasa Arab ialah Mabniyyil majhul yakni suatu perkataan yang menjadikan seseorang itu tidak tahu apakah nasibnya yang akan berlaku. Apakah nasibnya ke syurga atau ke neraka, terpulanglah kepada Allah SWT.

More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ