Korban Tunjang Kejayaan

0 comments

"Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia..."

Pengorbanan. Pernahkah terbayang di benak fikiran kita apakah erti sebuah pengorbanan? Pernahkah kita bertanyakan pada diri kita sendiri apakah perkara yang telah kita lakukan itu adalah sebuah pengorbanan? Adakah pengorbanan itu berbaloi buat diri kita? Bukan setakat diri sendiri, tetapi adakah pengorbanan yang dilakukan itu memberi manfaat buat insan lain yang hidup di bawah satu panji kehidupan yang jaminannya adalah syurga buat insan yang betul-betul mengamalkan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ada satu ungkapan yang pernah menyatakan bahawa kita hidup adalah untuk memberi kehidupan kepada orang lain. Dalam sebuah kisah kehidupan, kita tidak dapat lari daripada melakukan dan menerima sebuah pengorbanan.

Kesabaran dan ketabahan merupakan sahabat karib kepada sebuah pengorbanan. Ia diibaratkan bagai isi dengan kuku dan bagai aur dengan tebing. Hari berganti hari, tahun berganti tahun dan zaman berganti zaman.

More

Petunjuk dan Ilmu Ibarat Air Hujan

1 comments


Disebutkan dalam sahih Bukhari dan Muslim hadith dari Abu Musa Al Asy’ari Radhiallohu ‘anhu yang berkata, bahawa RasuluLLAH SAW bersabda:

“Sesungguhnya perumpamaan petunjuk dan ilmu yang diutus ALLAH kepada ku seperti hujan yang membasahi bumi. Ada bumi yang subur yang menerima air kemudian menumbuhkan rumput yang banyak. Ada bumi yang keras yang menahan air kemudian dengannya ALLAH memberi manfaat kepada manusia. Mereka meminum dari air tersebut, memberi minum haiwan ternaknya, dan bercucuk tanam. Hujan juga membasahi bumi yang lain, iaitu lembah yang tidak mampu menahan air dan menumbuhkan rumput. Demikianlah perumpamaan orang yang memahami agama ALLAH kemudian mendapat manfaat dari apa yang aku diutus dengannya. Ia belajar dan mengajar. Dan itulah perumpamaan orang yang tidak dapat diangkat kedudukannya oleh petunjuk ALLAH, dan tidak menerima petunjuk ALLAH yang aku diutus dengannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW mengumpamakan ilmu dan petunjuk yang di bawa baginda seperti air hujan, kerana masing-masing (ilmu, petujuk, dan hujan) mendatangkan kehidupan, makanan, ubat-ubatan, dan seluruh keperluan manusia yang lain. Semua itu diperoleh dengan ilmu dan hujan.

Rasulullah juga mengumpamakan hati manusia seperti tanah yang menerima siraman air hujan, kerana tanah adalah sesuatu yang menahan air hujan kemudian menumbuhkan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat, sebagaimana hati yang memahami ilmu, maka ilmu tersebut berbuah di dalamnya, berkembang, terlihat keberkatannya dan buahnya.

Keperluan manusia kepada ilmu itu seperti keperluan mereka kepada hujan, bahkan lebih besar lagi. Jika mereka tidak memiliki ilmu, mereka tak ubahnya seperti tanah yang tidak mendapat hujan.

Imam Ahmad berkata. “Keperluan manusia terhadap ilmu itu lebih besar daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman hanya diperlukan sekali atau dua kali dalam satu hari, sedangkan ilmu itu diperlukan sebanyak mana jumlah nafas.”

Allah Ta’ala berfirman,

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil.” (Ar Ra’du: 17)

Allah Subhanahu wa Ta’ala antaranya mengumpamakan ilmu yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya seperti air yang Dia turunkan dari langit, kerana masing-masing dari ilmu dan air hujan mendatangkan kehidupan dan kemaslahatan bagi manusia di dunia dan akhirat mereka.


More

Rasuah: Apa, Mengapa & Bagaimana?

1 comments

Rasuah - amalan tidak berintegriti yang harus dibenci. Secara umumnya, ia merupakan jenayah atau kesalahan undang-undang apabila seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian dan lain-lain bentuk kepada pihak-pihak tersebut.

Mengapa Rasuah Berlaku?

1. Lemah atau hilang nilai keimanan dalam kehidupan manusia.
2. Memang tabiat manusia amat sukakan harta benda dan kemewahan.
3. Tidak amanah. Dalam hadis riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Seorang Mukmin yang kuat (mempunyai jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang Mukmin yang lemah...".
4. Tiada penerapan hukum Allah dalam kehidupan manusia.
5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh.
6. Lemah pendidikan agama dan etika.
7. Tamak.
8. Banyak berhutang.
9. Ada keinginan dan ada peluang.
10. Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
11. Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
12. Untuk mencapai cita-cita.
13. Belanja hidup yang semakin meningkat.


Balasan Si Pemberi & Penerima Rasuah

1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah.
2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah.
3. Tidak beroleh rahmat dan hidayah Allah.
4. Pemberi dan penerima rasuah penghuni neraka.
5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.
6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.
7. Doa tidak diterima.
More

Antara Sabar dan Mengeluh

1 comments

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada masa itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia pula dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga ayahnya (suamiku) mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia terkejut lalu jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Qala Allah:
"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "


More

Solat Jemaah Melatih Kekhusyu'kan

1 comments

BERSOLAT di belakang imam, iaitu secara berjemaah antara cara untuk kita melatih diri supaya khusyuk dalam mengerjakan ibadat paling utama itu.

Melalui cara berjemaah, ia dapat menimbulkan rasa khusyuk pada setiap rukun. Khusyuk dalam solat adalah antara perkara yang pertama diangkat daripada umat Nabi Muhammad.

Kita hendaklah merebut peluang waktu dan solat lain, selain solat fardu iaitu dengan mengerjakan segala solat sunat dan nawafil.

Menunaikan solat sunat dan nawafil adalah kesempatan berharga dan peluang yang sentiasa terbuka bagi melatih diri bagaimana untuk khusyuk ketika bersolat.

Dalam mendirikan solat sunat dan nawafil, hendaklah kita melatih diri dengan mengerjakannya disertai amalan memanjangkan bacaan dan berdiri dengan lebih lama.

Ia dilakukan selain pada waktu yang diriwayatkan mengenai ketidakharusan memperpanjangkan bacaan seumpama bacaan dalam solat fajar.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling afdal adalah dengan qunut yang lama." Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya makna qunut yang lama adalah berdiri dengan lama.
Bersegeralah dan memanjangkan rukuk dan sujud serta perbanyakkan doa dalam sujud.

Rasulullah memohon perlindungan dengan Allah daripada ketidakwujudan khusyuk dalam solat di mana Baginda bersabda bermaksud:
“Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai).

More

Doa Memohon Perlindungan Dari Kejahatan Semua Makhluk

2 comments

DOA PERLINDUNGAN

'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.

Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.'

  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

  • More

    Sakit Hati Maksiat Batin

    0 comments


    Antara maksiat batin itu seperti:

    1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.

    2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.

    3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.

    4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.

    5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.

    6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.

    7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

    Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:

    # Bercakap banyak

    # Suka marah-marah

    # Berhasad dengki

    # Bakhil

    # Suka bermegah-megah

    # Sombong dan takbur dengan diri sendiri

    # Cintakan dunia

    # Suka memfitnah

    # Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna

    # Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.
    More

    Nik Aziz Minta Asri Bersabar, Tulis Buku

    0 comments

    MOHD. ASRI bertemu Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.


    KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

    Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

    "Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

    "Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

    Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

    Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.

    Sumber: kosmo online

    More

    Islam Galak Umat Menabung

    0 comments

    ISLAM sebagai agama syumul, mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat, malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan manusia.

    Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis dan komunis. Contoh jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk menuju sebuah negara damai dan sejahtera. Islam adalah agama sederhana, yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat dan tidak berbelanja secara berlebihan.

    Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk menggunakan barang keperluan. Jumlah baki pendapatan yang tinggal dari penggunaan itu, pada gilirannya, akan memungkinkan seseorang Muslim untuk cenderung menabung lebih banyak.

    Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntunan agama untuk menggunakan barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya menabung. Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.

    Namun yang jadi permasalahan sekarang adalah mengapa banyak negara Islam jauh lebih terbelakang baik dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi berbanding negara sekular? Padahal kita mengetahui bahawa tingkat tabungan adalah penunjuk penting terhadap kemajuan sesebuah negara.

    Apakah kerana ketakwaan kita masih diragukan, sehingga kita tidak secara menyeluruh mengikuti aturan Ilahi?

    Tulisan ini tidak difokuskan untuk menjawab persoalan di atas. Ia hanya cuba menganalisis konsep menabung dalam ekonomi Islam dengan memberikan beberapa dalil naqli terhadap kepentingan menabung dalam Islam, memberikan alasan keperluan menabung dalam Islam dan cuba memaparkan model tabungan cara Islam.

    Tidak sedikit ayat al-Quran dan hadis, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mendorong umat Islam supaya menabung. Konsep kesederhanaan dalam berbelanja sangat tegas disebutkan oleh Allah, dan Islam sangat membenci pembaziran. Kebencian Allah swt terhadap pembaziran ini adalah cukup beralasan kerana ia akan menyebabkan kehidupan masa depan seseorang menjadi tidak pasti kerana tiada mempunyai perencanaan ekonomi.

    Mereka yang tidak menabung akan menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak di duga pada masa depan. Oleh itu, al-Quran meminta umatnya untuk tidak berbelanja secara berlebih-lebihan dan tidak terlalu kikir, seperti disebutkan dalam beberapa ayat berikut ini: “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkan kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesali.” (Surah al-Isra’, ayat 29). Firman Allah lagi bermaksud: “Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara syaitan...” (Surah al-Isra’, ayat 27) “dan...makan dan minumlah kamu, dan janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A’raf, ayat 31) “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir...” (Surah al-Furqan, ayat 67).

    Sementara itu, Rasulullah saw dalam hadisnya cukup memberi peringatan kepada umatnya supaya menabung sebagai cara terbaik untuk membanteras kemiskinan.

    Ini dapat kita lihat daripada beberapa hadis bermaksud: “...Rasulullah saw pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun buat keluarga...” (Hadis riwayat Bukhari); “Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, jelas bahawa menabung, sangat digalakkan dalam Islam.

    Namun ini tidak bererti bahawa Islam membenarkan umatnya untuk berlaku kikir dan kemudian membiarkan harta itu tidak produktif.

    Harta yang tidak dilaburkan dalam sektor pengeluaran akan menjadikan sistem ekonomi menjadi lebih parah kerana tidak wujud peluang pekerjaan berikutan kurangnya permintaan terhadap barang yang dijual di pasaran.

    Mengapa umat Islam lebih berpotensi untuk menabung dalam sistem ekonomi Islam? Tidak seperti dalam ekonomi konvensional, Islam melarang umatnya untuk menggunakan barang yang haram hukumnya. Ini kerana ia akan dapat memudaratkan sama ada kesihatan sistem ekonomi mahupun kesihatan tubuh mereka.

    Contohnya, Islam tidak membenarkan umatnya mengamalkan hukum riba, memakan makanan haram, seperti babi dan meminum arak. Ini kerana terbatasnya jumlah barang yang boleh digunakan, maka akan semakin besar kecenderungan umat Islam untuk menabung. Hal inilah yang menyebabkan menabung semakin diperlukan dalam Islam.

    Tujuan kita berpandukan kepada konsep halal dan haram dalam menggunakan barang dan jasa, menurut Akram Khan (1983) adalah sebagai pendorong untuk meminimumkan jumlah harta yang dibelanjakan sehingga memisahkan jumlah maksimum harta yang boleh ditabung.

    Sementara itu, AM Sadeq (1992), seorang profesor bidang ekonomi pembangunan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia jauh melihat bahawa faktor penyebab potensi tabungan dalam Islam tidak hanya seperti disebutkan di atas.

    Beliau melihat bahawa kewajipan umat Islam untuk menggunakan sumber daya alam dan sumber daya manusia secara optimum dan keharusan untuk memobilisasi tabungan secara produktif. Ini dapat dilakukan dengan tabungan itu perlu disalurkan untuk dilaburkan dalam sektor yang menghasilkan keuntungan juga antara faktor penting yang mendorong umat Islam untuk menabung.

    Selain itu, Islam melihat bekerja untuk memenuhi nafkah baik untuk dirinya atau orang yang berada di bawah tanggungan adalah sebahagian daripada ibadah.

    Namun begitu ada pendapat yang meragukan bahawa tingkat tabungan itu akan terhambat kerana penghapusan sistem bunga (riba) dan kewujudan institusi zakat dalam ekonomi Islam. Pendapat ini sebenarnya dilandaskan kepada konsep tabungan ekonomi klasikal yang menyatakan bahawa tabungan itu bergantung secara positif pada tingkat bunga.

    Semakin tinggi tingkat bunga, maka semakin ramai orang menabung kerana mengharapkan keuntungan yang lebih besar, begitu juga sebaliknya. Ternyata hasil penelitian empirikal telah membuktikan bahawa pandangan ini adalah tidak benar.

    Dalam bukunya, Towards a Just Monetary System (Menuju ke Sistem Kewangan Yang Adil), Umer Chapra (1985) membantah keras andaian yang mengatakan penghapusan bunga akan menghambat tingkat tabungan, yang pada gilirannya, akan mengurangi formasi modal dalam ekonomi.

    Sedangkan pengagihan zakat yang ditujukan untuk mengagihkan secara adil jumlah pendapatan yang diterima di antara masyarakat miskin dan kaya, justeru akan mempromosikan taraf kehidupan masyarakat miskin.

    Sejak lebih 1,400 tahun lalu, ekonomi Islam telah melihat tabungan sebagai salah satu faktor dominan dalam pembangunan ekonomi.

    Penghapusan bunga adalah perbezaan mendasar di antara model tabungan Islam dengan bukan Islam. Oleh itu, fungsi tabungan dalam Islam sama sekali tidak bergantung kepada tingkat bunga seperti dalam ekonomi konvensional. Dalam hal ini Umer Chapra (1985) hanya melihat bahawa pendapatan dan keperluan penggunaan sekarang dan pendapatan pengguna pada masa depan, adalah faktor yang mempengaruhi tabungan seseorang.

    More

    Beberapa Jenis Amal Kebajikan

    1 comments

    Amal kebajikan yang diseru oleh Allah SWT iaitu termasuk semua amal yang baik dan menjangkau semua amal soleh. Seperti taat kepada Allah , ikhlas, niat yang baik, berbuat baik kepada orang lain, bersilaturrahim, mengucapkan kata-kata yang sopan serta berakhlak yang mulia.

    Jiwa yang sihat slalunya mengetahui jenis-jenis kebajikan, kerana amal kebajikan itu termasuk beberapa macam perbuatan dan tingkah laku yang digariskan oleh Islam. Di dalam AL-Quran ada dijelaskan beberapa perbuatan dinilai sebagai amal kebajikan.


    i. Menuntut Ilmu Pengetahuan

    Firman Allah SWT ertinya:
    "Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."


    ii. Berakhlak Mulia

    Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
    "Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka dia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah, maka baginya keperibadian yang buruk."


    iii. Bersedekah

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
    "Tidak seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."


    iv. Mengerjakan kebaikan sebesar zarrah dinilai kebajikan

    Allah SWT akan meminta tanggungjawab daripada setiap orang atas segala perbuatan dan tingkah lakunya walaupun sebesar zarrah, baik dalam bentuk amal kebaikan mahupun keburukan.

    Firman Allah SWT ertinya:
    "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Az-Zalzalah: 7-8)

    Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqas pada suatu ketika memberi sedekah dua biji kurma kepada seorang peminta sedekah, kemudian diberikannya sambil mengucapkan: "Semoga Allah menerima dari kita seberat beberapa zarrah dan dalam dua biji kurma ini terkandung banyak zarrah."


    v. Mengunjungi keluarga dengan wajah yang berseri-seri

    Segala kebaikan yang diberikan kepada orang lain adalah mendatangkan redha Allah, tidak kira besar atau kecil kebaikan itu, termasuk memberikan senyuman terhadap orang lain dinilai sebagai suatu kebajikan.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
    "Janganlah engkau memperkecil nilai kabaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."


    vi. Membuang duri dari jalan raya

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
    "Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah-tengah jalan sambil mengucapkan syukur kepada Allah."




    More

    Mari Berdoa Selepas Solat

    0 comments


    Do'a-do'a Sesudah Solat

    a. Allaahumma innii as-alukal jannah, Allahumma ajirnii minannaar (7x)

    (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon surga kepada-Mu, ya Allah, bebaskan aku dari siksa neraka.)

    b. Allaahumma ashlih lii diiniyallati huwa 'ishamatu amrii, wa ashlih lii dunyayallatii ja'alta fiihaa ma'assyii

    (Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi pegangan urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang padanya Engkau jadikan penghidupanku.)

    c. Allaahumma 'aafinii fii badanii, Allaahumma 'aafinii fii sam'ii, Allaahumma 'aafinii fii basharii, Allaahumma innii a'uudzu bika minal kufri wal faqri, Allaahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri, laa ilaaha illaa anta.

    (Ya Allah, afiatkanlah badanku. Ya Allah, 'afiatkanlah pendengaranku. Ya Allah, 'afiatkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari siksa kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.)

    d. Allaahumma inni a'uudzu bika minal bukhli, wa a'uudzu bika minal jubni, wa a'uudzu bika min an uradda ilaa ardzalil 'umur, wa a'uudzu bika min fitnatid dunya, wa a'uudzu bika min 'adzaa bil qabri.

    (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ketakutan. Aku berlindung kepada-Mu dari seburuk-buruk usia. Aku berlindung kepada-Mu dari bencana dunia. Dan aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur.)

    e. Allaahummaghfirli dzunuubii wa khathaayaayaa kullaahaa. Allaahumma 'isynii, wajburnii, wahdinii liahsanil a'maali wal akhlaaqi, innahu laa yahdi li ahsanihaa illa anta, washrif 'annii sayyi-ahaa innahu laa yashrifu sayyiahaa illa anta.

    (Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kesalahanku. Ya Allah, segarkanlah badanku, cukupilah aku, dan tuntunlah aku sebaik-baik amal dan akhlak, sesungguhnya tidak ada yang dapat menuntun kepada yang terbaik melainkan hanya Engkau, dan hindarkanlah aku dari seburuk-buruk amal, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat menghindarkanku dari seburuk-buruknya melainkan hanya Engkau.)

    f. Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbii 'alaa diinika

    (Ya Allah yang membolak-balikkan hati, mantapkanlah hatiku dalam memeluk agama-Mu.)

    Doa-doa di atas boleh dibaca semuanya sesudah solat, atau dipilih di antara doa yang disukai dan sesuai dengan tujuan yang diinginkan. Boleh juga membaca doa-doa yang lain, tentunya doa yang terbaik ialah yang berasal dari Nabi Muhammad s.a.w. atau dari para Nabi Allah yang lain.

    Bila ada keperluan dengan suatu hajat kepada Allah s.w.t. dan anda tidak mengerti doa aslinya, maka tidak ada salahnya berdoa dengan bahasa yang difahami sendiri.

    Sebaiknya setiap berdoa jangan meninggalkan kesempatan buat mendoakan ibu dan bapa kita sebagai orang tua yang patut dihormati:

    Rabbighfirlii wa liwaalidayyaa warhamnii warhamhumaakamaa rabbayaanii shaghiira.

    (Oh Tuhan, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, kasihanilah aku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu kecil.)

    Dianjurkan pula memintakan ampun bagi para sahabat, kaum keluarga serta kaum muslimin dan muslimat, khususnya orang-orang yang pernah berbuat baik kepada kita.

    Lebih lanjut, Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan supaya kita membaca doa sesudah tahiyyat, sebelum salam, yang berbunyi:

    Allaahummaghfirlii maa qaddamtu wama akhkharartu wa anta'alamu bihi minnii, antal muqaadimu wa antal muakhkhiru, laa ilaaha illaa anta.

    (Ya Allah, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, dan apa-apa yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan. Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.)
    Dianjurkan sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Mas'ud, supaya sesudah tahiyyat dan sebelum salam meminta kebajikan dunia dan akhirat
    More

    Ulul Albab: Mukjizat al-Quran boleh dirasai semua

    0 comments

    Oleh: Abdurrahman Haqqi

    KANDUNGAN kitab suci al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan.

    Banyak kajian serta cubaan mengelirukan kebenaran kitab suci tetapi temui kegagalan

    JIKA kita ingin mengetahui dan rasai kehebatan satu-satu mukjizat seperti yang pernah berlaku ke atas umat sebelum kita, kemudian kita mengisytiharkan keimanan serta-merta dan memeliharanya, sila perhatikan al-Quran al-Karim.

    Al-Quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.


    Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

    Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9), Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

    Al-Quran itu sendiri boleh menjadi sebab kepada seseorang untuk memeluk agama Islam sama ada menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Begitu pula ia menakutkan dan menggerunkan musuhnya menerusi isi, bahasa, bacaan, lagu, suara, hiasan, nilai ekonomi bahkan tulisan atau kaligrafinya. Ramai orang memeluk al-Quran dengan karakter al-Quran dan tidak sedikit pula yang memusuhinya bahkan menyeru untuk berperang melawannya seperti disebutkan al-Quran sendiri dengan ayatnya yang bermaksud: "Dan orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)" (Surah Fussilat: 26)

    Antara orang yang pernah menentang al-Quran ialah seorang profesor Matematik dan logik di Universiti Toronto, Kanada bernama Gary Miller. Pada 1977, beliau membuat keputusan untuk mengkaji al-Quran dengan tujuan mencari kesilapan dan kesalahan ilmiah dan sejarah yang ada di dalamnya.

    Dia berharap dengan kajian itu boleh membantu rakannya, pendakwah Kristian untuk mengelirukan umat Islam dan mengajak mereka keluar daripada agama Islam dan memeluk Kristian. Pihak gereja dan yang berkepentingan menyokong tujuan 'mulia' ini dan memberikan apa jua keperluan kewangan dan moral bagi menjayakannya.

    Apa yang diinginkan manusia lain dengan apa yang diinginkan oleh Allah dan yang pasti akan berlaku ialah apa yang diinginkan Allah, maka takdir yang baik menyebelahi Prof Miller dan kemudian membawanya untuk memeluk Islam setahun kemudian iaitu pada 1978 selepas menamatkan kajiannya. Kajiannya ini kemudian dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-Quran al-Muzhil (al-Quran Yang Mempesona) atau tajuk asalnya The Amazing al-Quran. Beliau menukar namanya menjadi Abdul Ahad Omar kemudian bekerja sebagai pensyarah di University of Petroleum and Mines, Dhahran, Saudi Arabia hingga ke hari ini masih menjadi pendakwah antarabangsa dan banyak menulis mengenai Islam.

    Perkara pertama yang menarik perhatian Prof Miller ialah cabaran al-Quran yang mendakwa bahawa di dalamnya tidak ada kesalahan atau kesilapan apa pun juga. Beliau berkata: "Tidak ada seorang penulis pun di dunia ini yang memiliki keberanian kemudian dia menulis buku dan mendakwa bahawa bukunya itu tidak ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan kecuali al-Quran, bahkan ia mencabar seandainya anda mencari-cari kesalahan itu anda pasti tidak akan menemukannya."

    Beliau juga mengungkapkan kepesonaannya terhadap al-Quran dengan mengambil contoh bahawa dalam al-Quran ada satu surah yang diberi nama Surah Mariam yang mana di dalamnya ada diberitakan mengenai kemuliaan beliau yang tidak dijumpai di mana-mana kitab suci lainnya. Kita tidak menemukan surah yang dijoloki nama orang kesayangan Nabi SAW seperti Aisyah dan Fatimah. Malah nama baginda pun tidak banyak disebut al-Quran iaitu hanya lima kali jika dibandingkan dengan nama Nabi Isa as yang disebut sebanyak 25 kali.

    Penentang kebenaran al-Quran mendakwa bahawa syaitanlah yang mengajarkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW tetapi bagaimana di dalam al-Quran ada ayat yang maksudnya: "Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam." (Surah al-Nahl: 98)

    Dr Miller berkata: "Seandainya aku berada dalam keadaan Rasulullah bersama Abu Bakar di gua di mana seandainya seorang daripada pengepungnya melihat ke bawah pasti mereka akan ternampak, maka jawapan ketakutan Abu Bakar akan dijawab secara semula jadi dengan ucapan 'mari kita cari jalan belakang' atau 'diam, jangan berkata-kata'. Akan tetapi Rasulullah SAW menjawab dengan tenang: "Janganlah engkau risau sesungguhnya Allah bersama kita." Adakah jawapan ini boleh dikeluarkan oleh seorang penipu atau jawapan seorang nabi yang percaya seratus peratus kepada pertolongan Allah?

    Surah al-Masad (Tali Yang Dipintal) iaitu surah nombor urut 111 dalam al-Quran diturunkan 10 tahun sebelum matinya Abu Lahab. Ini bermakna bahawa di hadapan Abu Lahab ada sebanyak 365 x 10 = 3,650 peluang untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah satu khayalan dan pembohongan. Selama itulah ada cabaran tetapi Abu Lahab tetap dalam kekufuran dan kekafirannya dan tidak tergerak hatinya untuk masuk Islam walaupun secara pura-pura. Surah ini sampai hari ini masih dibaca, bagaimana Rasulullah SAW yakin atas kebenaran yang dibawanya selama 10 tahun dan Abu Lahab sememangnya tidak akan memeluk Islam. Keyakinan ini membuktikan bahawa al-Quran memang wahyu Allah yang mengetahui segala sesuatu dan ia diturunkan kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat manusia, Muhammad SAW.

    Prof Abdul Ahad juga merujuk kepada New Catholic Encyclopaedia dalam topik 'al-Quran' dikatakan bahawa walaupun banyak kajian dan percubaan untuk mengelirukan kebenaran al-Quran tetapi pada akhirnya: "Selama berabad-abad muncul banyak teori mengenai sumber al-Quran tetapi tidak satu pun daripada teori itu boleh diguna pakai oleh seorang yang berakal." Beliau menambah ada gereja yang pada mulanya teruja untuk mengadaptasi teori berkenaan tetapi pada akhirnya mereka semua menolaknya dan malangnya mereka tidak berani untuk mengakui kebenaran teori umat Islam. Apa pendapat anda? Adakah anda masih meragui kebenaran al-Quran yang mempesonakan? Terima kasih Profesor Abdul Ahad.

    Sumber: Berita Harian

    www.bharian.com.my


    - Ke Arah Menjadi Jutawan Akhirat -

    More

    Hikmah Perbuatan Sujud Dalam Solat

    0 comments

    Sujud di dalam solat sebenarnya mempunyai kehebatannya tersendiri. Ini bermakna perbuatan sujud itu bukannya diada-adakan tanpa ada kelebihan dan hikmah di sebaliknya. Kalau dari segi perbuatannya secara lahir kita lihat ianya adalah perbuatan seorang hamba menyembahkan diri kepada Penciptanya yakni Allah Taala. Ini menunjukkan bahawa setiap hari dan setiap masa kita memperhambakan diri kepada Allah dan perbuatan sujud adalah secara terang-terangan dan nyata kita tunjukkan ketaatan dan penyembahan diri kita kepada Allah Taala.

    Cuma mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

    Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s. w. t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

    Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s. w. t. dan menjauhi larangannya.

    Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s. w. t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

    Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

    • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
    • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
    • melegakan sakit hernia (burut)
    • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
    • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
    • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
    • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
    • meringankan bahagian pelvis.
    • memberi dorongan supaya mudah tidur.
    • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
    • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
    • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
    • mengurangkan kegemukan.
    • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
    • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

    Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

    Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

    Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

    Sumber: www.razzyy.com


    - Ke Arah Menjadi Jutawan Akhirat -

    More

    Doa Yang Tidak Diperkenankan

    0 comments

    "Saya telah banyak berdoa. Saya tidak putus berdoa. Tetapi mengapa Allah tidak perkenankan doa saya?"

    Ini antara keluhan yang mungkin pernah kita dengar. Mengapa doa tidak termakbul? Mungkin elok kita nilai semula mengenai hal ini. Berdoa tidak boleh dilakukan sembarangan tetapi perlu mematuhi adab dan syarat tertentu. Berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa adalah usaha yang remeh adalah orang yang doanya jarang-jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.

    Selain itu, jangan ambil remeh aspek pemakanan. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah. Apabila seorang Muslim selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, Insyaallah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

    Yang tidak kurang utama, berdoalah dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
    "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut..." (Surah al-A'raf:55)

    Ini menepati sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: "Wahai para Rasul, makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun:51) "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu..." (al-Baqarah: 172). Kemudian Rasulullah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan dan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuh sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"
    (Riwayat Muslim)

    Seperkara yang perlu anda ingat, doa mungkin tidak segera dimakbulkan, tetapi percayalah jika betul caranya, akan tetap ada keberkatannya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,
    "Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (Riwayat at-Tabrani)

    More

    Mulakan Dengan BISMILLAH

    0 comments


    Perkataan Bismillah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan Malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah Taala dalam surah al-Muddatthir: 27-30 yang bermaksud:
    "Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan nerala Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)."

    Alim ulama mengatakan bahawa mengucapkan Bismillah dalam setiap permulaan urusan seperti makan, minum, memakai pakaian dan bersuci adalah sunat. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-An'am: 118 yang bermaksud:
    "Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya."

    Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
    "Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca Basmalah, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka." (Riwayat Muslim)

    Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam kitabnya, tafsir al-Qurtubi, menyatakan, diriwayatkan daripada Waqi' daripada al-A'masy daripada Abu Wail daripada Ibn Mas'ud berkata:
    "Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu."
    More

    Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu

    0 comments
    Bismillahirrahmaanirrahiim

    Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi ilmu sedikit dengan sahabat-sahabat setia Jutawan Akhirat. Di kesempatan ini, saya terasa sangat ingin membincangkan sedikit mengenai Amanah kita sebagai insan dalam menyampaikan ilmu. Tidak kira ilmu apa yang kita pelajari dan kita sampaikan kepada umum asalkan ianya adalah sesuatu yang memberi kebaikan dan manfaat.

    Bagi orang-orang yang beriman (InsyaAllah kita semua tergolong dalam golongan orang-orang beriman), terutama para ulama, wajib menyampaikan kepada manusia apa yang diwajibkan untuk mereka menyampaikannya. Haram sama sekali bagi mereka menyembunyikan apa yang Allah turunkan yang mereka tahu, baik berupa keterangan-keterangan mahupun petunjuk. Dengan menyembunyikan ilmu yang hak atau benar, maka jadilah seorang itu pengkhianat terhadap ilmu dan akan menerima laknat dan seksaan dari Allah.

    Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa menyembunyikan ilmu adalah khianat. Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang boleh memberi manfaat kepada manusia, layaklah baginya neraka jahannam. At-Tabrani meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Nasihat menasihatilah kamu dalam ilmu kerana sesungguhnya seseorang kamu terhadap ilmunya adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya. Dan bahawasanya Allah menyoal kamu nanti: Siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya dia akan dikekang pada hari kiamat dengan kekangan daripada api neraka." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

    Rasulullah SAW juga menjelaskan, bahawa orang yang menyembunyikan ilmu dan tidak amanah dalam menunaikannya adalah orang yang menghina dirinya sendiri.

    Kalau diikutkan sebenarnya tiada siapa yang ingin menyembunyikan ilmunya, bahkan kalau boleh ingin disampaikan semuanya apa yang mereka tahu. Namun di sana, banyak kekangan yang menyebabkan ramai yang terpaksa menyembunyikan ilmu tanpa disedarinya. Ini mungkin kerana bimbang sekiranya ilmu atau apa yang akan disampaikan nanti tidak boleh diterima oleh orang lain atau masyarakat. Maka mereka terpaksa berdiam diri demi keselamatan diri sendiri. Perkara ini sememangnya tidak wajar berlaku kerana takutkan kepada manusia bukan kerana Allah.

    Ibn Majah meriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali kamu mengkhianati diri kamu sendiri." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah SAW bagaimana kami mengkhianati diri kami sendiri?" Jawab baginda: "Dia berpendapat bahawa dia berkewajipan menyampaikan ilmu kemudian dia tidak menyampaikannya lalu pada hari kiamat berkata ALlah Azza Wajalla kepadanya: "Apakah yang menghalang engkau dari berkata demikian dan demikian? " Dia menjawab: "Takutkan manusia." Lalu dijawab oleh Allah: "Adakah yang lebih berhak engkau takuti?"

    Berdasarkan keterangan di atas, maka jelaslah bagi kita, bahawa setiap Mukmin hendaklah menguatkan azam dan tekad untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW. Ini menjadikan mereka berbeza daripada orang-orang yang lain di dalam setiap perkara. Berbeza dari sudut ibadah, zuhud, tawadduk, hikmah, keteguhan sikap, benar, amanah dan lain-lain.

    Demikianlah antara wasiat Rasulullah SAW dalam khutbah terakhirnya (khutbah Wida'). Baginda menyuruh umatnya supaya bersifat amanah, kerana menunaikan amanah dan janji adalah amat penting dalam menanamkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Bayangkanlah jika satu janji dimungkiri atau satu amanah dikhianati, maka sudah tentu kepercayaan akan hilang, buruk sangka dan dendam akan subur dalam kehidupan sehingga akhirnya akan mengganggu keharmonian hidup sesama Muslim.

    Semoga sama-sama berjuang menegakkan agama yang kita sedang anuti ini. Sampai-sampaikanlah ilmu kepada semua yang beriman supaya sama-sama kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALlah. Bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beragama Islam dan beriman.

    ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH...
    FIKIR-FIKIR & ZIKIR-ZIKIR



    - Ke Arah Menjadi Jutawan Akhirat -


    More

    "Engkau Menangis, Sahabatku?"

    1 comments

    Madinah adalah sebuah bandar yang sebelumnya dikenali dengan nama Yatsrib - sebuah nama jahiliah yang mempunyai unsur pemujaan kepada tokoh. Yatsrib adalah nama seorang bangsawan dari keturunan paling terhormat, Amaliqah. Ia dianggap sebagai orang yang paling berjasa membangunkan wadi yang dikelilingi gunung batu itu. Dan kini menjadi bandar yang makmur dan indah.

    Sedangkan Yatsrib selaku penguasa, sering berlaku tidak adil dan memeras tenaga rakyat untuk membangunkan bandar. Mereka sentiasa berdepan dengan bahaya serta musim yang tidak menentu. Namun yang mendapat nama adalah keluarga Yatsrib.

    Kedatangan Rasulullah s.a.w. yang membawa cahaya iman dan Islam, telah mengubah segala-galanya. Tidak seorang pun lagi yang mempunyai hak untuk mengatur hidup orang lain sewenang-wenangnya. Rasulullah telah menjalin kehidupan masyarakat dengan sedemikian rupa, berasaskan kasih sayang dan persaudaraan Islam.

    Baginda bukan sahaja mewakili kaum bangsawan dan orang-orang kaya, tetapi juga mewakili kepentingan masyarakat awam dan golongan miskin. Baginda berjaya menjadikan bandar Yatsrib dimiliki oleh seluruh warganya, bukan hanya milik orang tertentu. Dan perubahan itu terpancar daripada nama baru bagi bandar Yastrib yang kini dikenali sebagai Madinah Al-Munawwarah. Madinah yang cemerlang.

    Dan kini pemimpin yang adil yang telah banyak membawa perubahan kepada bandar itu, telah pergi buat selama-lamanya. Madinah yang cemerlang, kini diliputi mendung dan duka.

    Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

    Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

    Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

    Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

    Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

    Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

    Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

    Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

    "Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

    Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

    "Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

    Abu Bakar mengangguk perlahan.

    "Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

    "Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

    Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

    Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

    Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

    "Saudara-saudaraku...jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka," ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

    "Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

    Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

    "Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

    Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.

    Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.

    Wallahu 'A'lam bis Sowaab.

    Semoga kita tergolong di dalam golongan yang memperjuangkan agama Allah SWT yang di bawa oleh Rasulullah SAW. InsyaAllah.


    More

    Elak Api Neraka Dalam Perniagaan

    1 comments


    Islam dan perniagaan adalah dua perkara yang sinonim. Malah, Agama Islam menyarankan bidang perniagaan sebagai salah satu bidang yang perlu diterokai oleh umatnya. Bidang ini menjanjikan pelbagai kebaikan kepada seluruh umat Islam. Selain itu, ia adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syarak. Al-Qur'an sendiri memberitahu bahawa menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurniaan Allah SWT.

    Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda bahawa rezeki yang diperolehi oleh umat Islam hari ini, sembilan persepuluh (9/10), datangnya daripada bidang perniagaan. Di sini jelas menunjukkan betapa perniagaan memberikan satu peluang keuntungan yang sangat banyak kepada sesiapa yang terlibat di dalamnya.

    Bagaimanapun, mencari rezeki dengan berniaga bukanlah semudah yang disangka. Islam telah menggariskan ciri-ciri sebuah perniagaan yang suci dan berkat. Berniaga dalam Islam tidak boleh dilakukan secara semberono. Oleh itu, individu Islam baik Muslimin mahupun Muslimah perlu sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati kerana di dalam perniagaan ada banyak hal-hal yang mendorong kepada melakukan dosa. Jika tidak dihindari dosa-dosa itu, maka perniagaan tersebut akan menarik seseorang kepada kemurkaan Allah SWT dan balasan apa neraka.

    Dalam satu hadis, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar". (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan AL-Hakim)




    More

    Tips Bagi Mengelakkan Sifat Sombong

    0 comments
    Insyaallah Allah akan memberi pertolongan kepada kita sekiranya kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk menghindari diri dan jiwa kita daripada sifat sombong dan bangga diri. Sentiasalah memohon pertolongan Allah SWT.

    Di sini ada beberapa tips untuk mengelakkan kita daripada sifat sombong ini, antaranya:

    1. Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum ada dosa atau belum banyak melakukan dosa daripada kita. (Imam al-Ghazali)

    2. Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui. Menjadi lumrah kita menghormati orang alim. Bukan sekadar menghormati, malah menjadikan idola dan teladan untuk ikutan kerana kemuliaan ilmu serta amalan mereka.

    3. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan sedar dan mengetahui.

    4. Bersedekah. Jika tidak mempunyai wang atau harta yang mencukupi, cukuplah sekadar memberikan salam atau dengan senyuman.

    Moga-moga dengan tips yang diberikan, kita semua dapat menjaga diri daripada bersifat dan bersikap sombong dengan kelebihan yang Allah berikan. Jangan jadikan diri kita ini hamba kepada nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah keburukan. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang diredhai dan diberkati Allah SWT. Insyaallah.


    More

    Sifat ikhlas hiasan peribadi Muslim bertakwa

    0 comments



    IKHLAS adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah dan keikhlasan jugalah yang menjadi asas penilaian di sisi Allah sama ada amalan yang dilaksanakan oleh setiap Muslim diterima Allah ataupun sebaliknya. Pendek kata, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan atau kebahagiaan Muslim di dunia dan akhirat.

    Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi Muslim yang bertakwa. Antaranya, firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.” (Surah al-Zumar, ayat 2)

    Rasulullah tidak ketinggalan untuk memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari Muslim lewat sabdanya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Berdasarkan nas-nas suci di atas, dapat disimpulkan betapa keikhlasan memainkan peranan yang penting dalam menentukan penerimaan satu amalan di sisi Allah. Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman Muslim kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, yang membenci kerana Allah, yang memberi kerana Allah dan yang menahan diri pun kerana Allah, maka dia sesungguhnya telah mencapai kesempurnaan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

    Dari sini jelas bahawa sifat ikhlas ini amat penting disemai dan dibajai di setiap hati Muslim dalam semua lapangan hidup agar dia dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah yang bertakwa. Perlu disedari bahawa sifat ikhlas ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan amalan ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya, malahan niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat yang diberi ganjaran pahala kerananya.

    Sebaliknya, niat yang tidak baik seperti riak atau 'ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai satu-satu amalan walaupun ia berupa amalan ibadat sekalipun dan ia akan mengubahkan menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksa yang pedih di akhirat kelak.

    Sehubungan itu, Rasulullah ada memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara yang boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kita kepada Allah seperti sifat riak, 'ujub, sombong dan lain-lain sifat yang tercela. Pernah satu ketika Rasulullah menganggap riak itu sebahagian daripada syirik yang tersembunyi kepada Allah. Ini jelas dalam satu sabda baginda yang bermaksud: “Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik.”

    Justeru, sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya dia telah memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) di dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari dan kalau mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar dari tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim)

    Demikianlah gambaran indah yang dilukiskan oleh Rasulullah tentang hamba Allah yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Mereka sama sekali tidak mengharapkan apa-apa habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya apa yang mereka harapkan hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah saja.

    Itulah cita-cita dan impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian yang penuh tulus lagi kudus semata-mata kerana Allah sebagaimana terungkap dalam firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).” (Surah al-An'am, ayat 162 - 163).

    Dari satu segi lain, gambaran orang yang tidak ikhlas dalam amalan mereka serta mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang yang beriman. Apa tidaknya, kerana Rasulullah sebagai seorang rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan kita akan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang tidak ikhlas hatinya.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa-apa yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkannya ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi)

    Di samping itu, Islam adalah addin yang amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan oleh Muslim dianggap sebagai ibadah. Oleh itu, setiap amalan sama ada yang berbentuk duniawi mahu pun ukhrawi ada ganjaran pahalanya sekiranya diniatkan penuh ikhlas kerana Allah.

    Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud: “Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala sehinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Dalam satu hadis lain, Rasulullah juga bersabda maksudnya: “Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah ada padanya pahala sedekah.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Ringkasnya, selama mana seseorang Muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh keikhlasan yang tulus, selama itulah segala gerak geri dan diamnya, tidur dan jaganya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kalaulah begini kedudukan seorang yang ikhlas kepada Allah dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah, kita sebagai umat Islam sewajibnya menghiaskan diri dengan sifat mulia itu dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.

    Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati kita bersih dan suci dari sebarang kekotoran dan penyakit yang boleh menghancurkan ummah. Harta dan kemewahan dunia serta pesonanya tidak mempunyai apa-apa erti, sebaliknya harta paling bernilai ialah hati yang ikhlas.

    Ini tepat sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu.” (Hadis riwayat Muslim)



    More

    Teman Setia Kami

    Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

    Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

    Ruangan Iklan

    Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

    wibiya widget

    Download MP3 Ceramah

    MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

    1. Antara Ahli Syurga & Neraka
    2. Antara Ujian & Bala
    3. Azab Neraka
    4. Dajjal
    5. Ikhlas Dalam Amalan
    6. Mendidik Anak Yang Soleh
    7. Kelahiran & Kematian


    MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

    1. 12 Ribu Dosa
    http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
    2. Dua Kali Bodoh
    http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
    3. 28 Nabi
    http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
    4. Adab Sembelih
    http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
    5. Air Zam Zam
    http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
    6. Alam Barzakh
    http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
    7. Amanah yang Semakin Hilang
    http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
    8. Anak Derhaka
    http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
    9. Angin Merah
    http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
    10. Awek Takraw
    http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
    11. Bab Jenazah
    http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
    12. Bahaya Fitnah
    http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
    13. Bahaya Kemewahan
    http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
    14. Baiki Agama
    http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
    15. Baju Telanjang
    http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
    16. Basuh Hati
    http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
    17. Batu Pelesit
    http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



    MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

    1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
    2. Perjalanan Umur: klik di sini
    3. Asbab Nuzul: klik di sini
    4. Adab vs Ibadat: klik di sini
    5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
    6. Cari Hidayah: klik di sini
    7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
    8. Bidaah Dalam Solat
    : klik di sini
    9. Fitnah Kubur: klik di sini
    10. Hukum Berjampi: klik di sini
    11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
    12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
    13. Alam Jin 1: klik di sini
    14. Alam Jin 2: klik di sini
    15. Alam Jin 3: klik di sini
    16. Mengenal Jin 1: klik di sini
    17. Mengenal Jin 2: klik di sini
    18. Mengenal Jin 3: klik di sini
    19. Mengenal Jin 4: klik di sini
    20. Mengenal Jin 5: klik di sini



    MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

    1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
    2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
    3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
    4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
    5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
    6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
    7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
    8. Keadilan Islam: klik di sini
    9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
    10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


    MP3 Ceramah: Dato Haron Din

    1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
    2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
    3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
    4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
    5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
    6. Manusia dan Islam: Klik di sini
    7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
    8. Cahaya Iman: Klik di sini
    9.
    Cintai Islam: Klik di sini
    10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
    11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
    12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


    MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

    1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
    2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
    3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
    4. Pelaburan Internet: klik di sini
    5. Maulid Nabi: klik di sini
    6. Penjelasan FOREX: klik di sini
    7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


    Muat turun

    Doa-doa
    Doa harian: klik di sini
    Doa masuk hutan: klik di sini
    Doa sakit kepala: klik di sini
    Doa Bismillah enam: klik di sini
    Doa Istikharah: klik di sini
    Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
    Doa kejayaan: klik di sini
    Doa pengasih anak: klik di sini
    Doa peperiksaan: klik di sini
    Doa kem bestari solat: klik di sini
    Doa Yaasiin: klik di sini
    Doa sempena mesyuarat: klik di sini
    Doa angin ahmar: klik di sini
    Doa Solat Hajat: klik di sini
    Doa Solat Dhuha: klik di sini
    Doa Solat Tahajjud: klik di sini
    Doa Solat Terawih: klik di sini
    Doa Solat Witir: klik di sini
    Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


    Selawat Nabi
    Selawat al-I'tiraf: klik di sini
    Selawat Badar: klik di sini
    Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
    Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
    Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
    Selawat-Badwi: klik di sini
    Selawat-Dawam: klik di sini
    Selawat-Syifa': klik di sini
    Muhammad Ya Habibi: klik di sini
    Selawat-Maulid: klik di sini


    Kategori

    Logo SKSSJ

    Logo SKSSJ