Adab-adab Berjima’ Menurut Islam

0 comments

PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN

1. Bertaubat dan Memohon Keampunan

Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya. Diharapkan pertemuan buat kali pertama, ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.

Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah

Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

Ertinya :

Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.

Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.

3. Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur

Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi ahliku disisiku. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

Beramah Mesra

Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.

Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.

5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.

Adab Melakukan Persetubuhan

a) Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian.

Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.

Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.

b) Bercumbu cumbuan

Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,

sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata

bahawa seseorang lelaki sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

Di dalam riwayat Abu Daud :

“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :

باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي

“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Erti maksudnya ialah:-

“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami. “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya : “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.

(Riwayat Al-Bukhari)

Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama

kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا

“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa”

Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isteriinya malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah.

Saya menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan) ulama.

Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud

“Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A. Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2. Mandi dan memakai wangi-wangian.

3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).

4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaalah akan cerdik (berakal).

7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.

9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat dilakukan atas sebab- sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10. Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.

B. Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan

1. Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2. Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3. Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4. Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta.

5. Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

C. Perkara yang haram dalam persetubuhan

1. Haram jimak ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2. Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.

3. Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4. Haram jimak dalam masjid.

5. Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6. Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

والله أعلم

Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com

p/s : Untuk bacaan yang betul, sila rujuk kepada yang arif tentang bacaan nahu Arab dan tajwid. Di sini hanya disediakan bahan rujukan sahaja. Sekian dimaklumkan.

sumber: http://hikmatun.wordpress.com

More

HUKUM BERJIMA' PADA MALAM-MALAM TERTENTU SEPERTI MALAM KEDUA-DUA RAYA DAN 1, 15 DAN 30 QAMARI.

0 comments

Soalan penuh:

Ada orang alim yang berkata bahawa tidak boleh bersama dengan suami/isteri pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga pada malam 1, 15 dan 30 bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan bersama dgn pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut bercampur dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu. Ditakuti juga anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau nakal/jahat. Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan ini.

Jawapan:

Berikut adalah petikan jawapan berkaitan persoalan saudari:

Hukum berjima' dimalam dan hari Eid

Soalan : Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.

Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid:

Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.

Adapun jima pada hari-hari lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya ketemukan dgn dalil yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila tidak saya temui, maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab persoalan saudari setakat mana yang saya tahu. Sekiranya saudari bertanya kpd yg lain, kemungkinan jawapannya berbeza. Tapi harus diingat agar diminta skali nas dan dalil akan jawapannya. Kemudian bawakan kembali kepada saya dan insya Allah saya akan komen.

Berbalik kepada persoalan saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas mempunyai dalil yang jelas.

Yang pertama: Dalil haram berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).

Yang kedua: Haram bersetubuh ketika dlm ihram.

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [Surah Al-Baqarah-197]

Yang ketiga: Dalil haram berjima pada ketika haid dan nifas.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.

Hadits menerangkan ayat di atas

"Saya hanya perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika mereka itu dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk mengusir mereka dari rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam. Ketika orang-orang Yahudi mendengar penjelasan ini, kemudian mereka berkata: si laki-laki ini (Nabi Muhammad) bermaksud tidak akan membiarkan sedikitpun dari urusan kita, melainkan ia selalu menyalahinya."

Keterangan hukum haram yang kedua:

Perempuan yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini.

Menurut jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya dan mandi junub.

Manakala Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi junub lagi.

Hukum istimta dengan isteri yang sedang haidh

Tidak mengapa memeluk isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya, iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak.

Mereka berselisih pendapat di dalam masalah beristimta (berseronok) pada anggota di antara pusat dan lutut. Terdapat tiga pendapat:

1. Kebanyakan ulamak, termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zaraiI). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadits Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.

2. Hanbali dan al-AuzaI dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadits: "Lakukanlah apa saja melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).

3. Ulamak golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan pendapat yang lebih berhati-hati (pendapat pertama). Jika seseorang itu baru kembali dari permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari faraj. Ini adalah untuk menghalang diri dari tercebur ke dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh al-Islami, vol 3, hal. 552-554)

Inilah waktu yang nyata haram utk berjima Adapun waktu lain tidaklah saya temui akan ketidak-bolehan utk berjima. Setakat apa yang saya tahu tidak wujud akan apa2 yg dikatakan sepertimana di dalam soalan itu.

Syaitan sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun. Tidaklah ditentukan pada masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi saw telah mengajar kita adab ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah nabi saw dan insya Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Mungkin kata-kata alim itu berdasar dari hadits-hadits dhaif yang cukup meluas dipakai pada masa kini. Untuk saya, saya menolak hadits dhaif selagi mana tidak ada ulama muktabar yang mengatakan hadits dhaif itu di sokong oleh hadits-hadits yang sahih. Dengan erti kata lain hadits dhaif itu cukup syarat untuk kita amalkan. Namun begitu, ulama hadits hanya membolehkan pemakaian hadits dhaif hanyalah untuk fadhail amal sahaja. Tidak untuk membuat hukum. Dalam bab soalan ini, saudari menanyakan hukum, maka jelas hadits dhaif adalah tertolak. Di antara perkara-perakra yang sering kita dengar berkaitan jima ini adalah seperti di bawah:

Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?

Sebahagian kitab ada mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak. (lihat: Al-Feqhul Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak tahu apakah alasan lain kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadits dhaif. Barangkali hanya sebagai menjaga adab-adab ketika jimak bersama isteri. Hadits nabi berkenaan ialah:

Ertinya: "Dari Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu banyak berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya ia dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan gagap." (Terlalu dha'if / lemah)

Menurut penjelasan alBani, hadits ini adalah hadits Mursal, di mana perawi yang bernama Qabishah adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

* Hadits Mursal ialah hadits yang disandarkan kepada tabi'in.

Terdapat lagi seorang perawi di dalam hadits ini yang bernama Zuhair. Beliau ini diperselisihkan statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz, katanya, bahawa apabila penduduk Syam meriwayatkan hadits dari dia, maka haditsnya tidak sah.

Hadits di atas bertaraf terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.

--------

Terdapat lagi sebuah hadits palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan:

Ertinya: "Apabila salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat kemaluan (isterinya) kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan Janganlah banyak bercakap ketika berjimak kerana ia akan mewarisi keturunan yang bisu." (Hadits Maudhu')

Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)

---------

Dua hadits di atas tidak boleh disebarkan dan diriwayatkan.

---------

Masalah: Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?

Jawab: Tidak benar.

Jadi saya nasihatkan kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan sesuatu yang baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya terlebih dahulu. Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh kita beramal dengannya. Berkaitan pemakaian hadits dhaif, saya nasihatkan adalah lebih baik kita hanya berpaut pada dahan yang kukuh yakni al-Quran dan hadits sahih semata-mata melainkan telah diwartakan oleh ulama-ulama muktabar akan kebolehan memakai hadits dhaif tertentu.

Sumber: http://islam2u.net

More

Azam Mendidik Anak

0 comments

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."


KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.




Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.


"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."


Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.


Sumber: Kosmo! Online
More

Haji : Bayangan Perjalanan Menuju Kematian

0 comments

Setiap di dunia mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang dan siang regunya malam. Inilah hakikat yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran :



سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ (36)

yang bermaksud : Maha Suci Tuhan yang Telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin, ayat 36)

Demikian juga firman Allah SWT :وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Yang bermaksud : Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. (Surah al-Zariyat, ayat 49)

Kebenaran ayat ini disahkan bukan sahaja oleh Allah SWT bahkan oleh penemuan ahli sains yang antara lain menemui proton yang berpasangan dengan elektron di dalam atom. Demikian juga dengan caj positif dan negatif di dalam arus eletrik. Semuanya membuktikan bahawa setiap apa yang ada di dunia ini ada pasangan atau regunya masing. Apa yang tidak mempunyai regu hanyalah zat Allah SWT.

Sesuai dengan kesucian zat Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada sebarang sekutu bagiNya. Justeru, sangatlah besar dosa orang-orang yang meletakkan regu kepada Allah SWT di dalam apa jua bentuk pengabdian. Inilah yang dinamakan syirik yang tidak maaf bagimu di akhirat kelak.

Firman Allah SWT :إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar. (An-Nisa’, ayat 48)

Jika setiap perkara mempunyai regu, maka hidup manusia juga mempunyai regu. Regunya ialah kematian. Begitu juga dunia, regunya ialah akhirat. Oleh kerana perjalanan hidup manusia ini tidak hanya terhenti di persinggahan dunia ini semata-mata tetapi akan bersambung sehingga ke akhirat, maka menjadi kewajipan bagi manusia mempersiapkan dirinya untuk menempuhi kehidupan di akhirat.

Kita bahkan seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri.

Untuk tujuan persediaan dan penyesuaian hidup di dunia dengan apa yang akan dtempuhi oleh manusia kelak di akhirat hanya diajar oleh Islam. Semua ideologi yang lain samada di atas nama sekular, nasionalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak pernah mengajar manusia bagaimana untuk hidup sejahtera di akhirat. Beleklah kitab-kitab rujukan ideologi ciptaan manusia ini, pastinya tidak ditemui sepatah kalimahpun berkenaan hidup selepas mati kelak. Tidak ditemui peringatan tentang syurga atau neraka serta dosa atau pahala.

Justeru, Islam melatih penganut-penganutnya tanpa mengira bangsa apa sekalipun untuk tunduk patuh kepada Allah SWT sebagai latihan untuk menempuhi kehidupan akhirat khususnya melalui ibadah seperti solat dan haji. Ibadah solat misalnya, diperintahkan untuk terus dilaksanakan apabila kedengaran panggilan azan. Segala kerja yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan segera untuk kesemuanya bergerak serenatak ke masjid. Ini betul-betul menepati bayangan akhirat yang diceritakan oleh Allah SWT :وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ

Yang bermaksud : Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.(Surah Yasin, ayat 51)

Maha Suci Allah SWT yang telah merakamkan bayangan ini di dalam al-Quran lalu diterjemahkan di dalam ibadat solat. Ia merupakan latihan kepada semua penganut Islam untuk berdepan dengan saat yang namanya ialah akhirat. Diperintahkan bersegera untuk bersolat di masjid sekalipun berdepan dengan kesibukan kerja dan urusan yang penting, sungguh menyamai saat manusia berduyun-duyun ke padang mahsyar menyerahkan diri di hadapan Allah SWT untuk dihisab segala amalan.

Demikian juga dengan ibadah haji, manusia diminta tinggalkan segala apa yang dimiliki bermula dari keluarga, tanah air, harta benda, saudara mara dan sebagainya hanya semata-mata untuk menyahut panggilan Allah SWT di Tanah Haram. Ini ditambah pula dengan perintah supaya memakai pakaian yang berwarna putih benar-benar menepati saat hari kematian iaitu pada saat manusia meninggalkan dunia untuk bertemu Allah SWT. Manusia perlu patuh, dan tidak ada pilihan lain kecuai terus patuh. Di dalam ibadah haji misalnya, tidak boleh dipersoalkan kewajaran ibadah seperti tawaf, sa’ie, wukuf, melontar di jamrah dan sebagainya. Tidak ada penjelasan dan rasional untuk difikirkan oleh manusia kecuali hanyalah semata-mata ia merupakan perintah Allah SWT.

Di dalam ibadah solat, manusia diminta untuk menyucikan diri terlebih dahulu untuk bertemu dengan Allah SWT. Zahir perlu disucikan daripada najis, manakala batin pula disucikan daripada hadas samada besar atau kecil serta syirik dan juga penyakit hati yang lain. Suci ini tidak disyaratkan di dalam ibadah yang lain seperti zakat dan puasa. Manakala di dalam ibadah haji, disyaratkan agar jemaah berangkat dengan harta yang bersih dan hati yang bersih. Diperintahkan bertaubat kepada Allah SWT dan bermaaf-maafan dengan semua pihak agar hati yang pergi mengadap Allah SWT ialah hati yang bersih daripada perasaan yang tidak baik terhadap pihak yang lain. Diperintahkan untuk menziarahi saudara mara sebelum bertolak ke Tanah Haram agar tali persaudaraan tidak putus dan segar dengan doa yang mengiringi pemergian.

Demikianlah perjalanan menuju kematian, jika solat dan haji disyaratkan agar suci terlebih dahulu, maka kematian dan perjalanan ke akhirat lebih-lebih lagi diperintahkan agar bersuci terlebih dahulu. Alangkah mulianya sebuah kematian jika si mati bersih dari dosa dengan Allah SWT serta dosa dengan manusia. Sungguh bertuah si mati jika yang mengiringi dirinya ke tepat persemadian sementara menunggu untuk dibangkitkan kelak di akhirat ialah doa daripada anak-anak yang soleh dan saudara-mara jauh dan dekat. Justeru, solat dan haji ialah latihan untuk menempuhi kematian.

Kerana itulah, di dalam solat dan haji, kita diajar untuk sentiasa bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah SWT. Kesemua bacaan yang diperintahkan ini ialah satu suntikan antibiotik terhadap jiwa kita bagi menangkis gangguan virus yang bernama syaitan.

Mengingati Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad alaihimassalam di Dalam Solat dan Haji

Dari sisi yang lain, solat dan haji ialah dua ibadat yang diperintahkan untuk kita mengingati dua nabi yang ulung iaitu Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji atau manasik.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu unggul dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS pernah dihalau oleh bapanya dari rumah, dibakar hidup-hidup, diusir keluar dari tanah airnya, berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelamatkan imannya dan pelbagai lagi ujian yang menimpa, kesemuanya dilalui dengan penuh keimanan menjadikan diri baginda layak untuk menjadi ikutan oleh seluruh umat Islam.

Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang dipulau oleh kaum Quraisy selama tiga tahun di Syi’ib Ali, tidak dibenarkan masuk ke tanah air tumpah darahnya sendiri sekembalinya dari Thaif sehingga terpaksa meminta pertolongan dari seorang musyrik bernama Mut’am bin Adi dan terpaksa keluar dari Mekah menuju ke Madinah dengan memohon pertolongan dengan Abdullah bin Uraiqit yang merupakan seorang musyrik pada masa itu. Kesemuanya merupakan sekelumit daripada episod hidup yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW.

Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin. Alangkah lebih jauh lagi tapak-tapak kaki kita dengan jejak-jejak yang telah ditinggalkan oleh kedua-duanya!

Sekular Tidak Melatih Untuk Akhirat

Latihan untuk akhirat ini tidak wujud di dalam mana-mana ideologi sekular. Sekular hanya mengajar penganutnya untuk menjadi kaya, hebat dan berjaya di dunia sahaja tanpa mempedulikan implikasi di akhirat. Seorang penganut sekular jarang sekali terpancul keluar dari kedua-dua belah bibirnya peringatan tentang syurga, neraka, dosa dan pahala. Sekular menjadikan manusia merasakan dirinya sebagai tuhan, penguasa mutlak terhadap semua perkara yang dimiliki olehnya.Sedangkan Islam memandang manusia hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Apa yang dimiliki oleh manusia sebenarnya tidak dimiliki olehnya secara mutlak, ia merupakan milik Allah SWT.

Sebagaimana seorang penumpang bas atau kapal terbang, tidak akan disebut sebagai pemilik bas atau kapal terbang kerana dia akan turun di stesen yang telah ditetapkan. Selepas meninggalkan stesen, ia tidak disebut-sebut lagi sementara bas dan kapal terbang tadi akan menerima penumpang yang lain. Demikianlah di dunia, selepas kematian, segala apa yang kononnya dimiliki akan berpindah ke tangan orang lain. Bukan setakat harta, bahkan oksigen, penglihatan, pendengaran dan kesemuanya milik Allah SWT. Inilah ajaran Islam.

Sekular tidak pernah mengingatkan manusia tentang akhirat. Tidak seperti Islam yang mengajar penganutnya menyebut berulang-ulang peringatan tentang hari kiamat di dalam solat melalui bacaan surah al-fatihah. Keperluan terhadap kiamat ini merupakan keperluan asasi manusia untuk dibalas segala perbuatan orang-orang yang zalim di dunia serta diganjari kebaikan orang-orang yang melakukan kebaikan. Bolehkah sekular tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat memberikan kepuasan kepada manusia? Jawabnya tidak.

Betapa ramai orang-orang yang kaya yang bakhil dan penguasa yang zalim mati dengan kekayaan dan kezalimannya tanpa dibalas terhadap perbuatannya? Begitu juga orang-orang yang melakukan kebaikan dan tidak pernah mendapat penghargaan terhadap kebaikannya sepanjang hidup, bilakah masanya dia akan mendapat ganjaran terhadap kebaikannya jika tidak di akhirat? Maka secara semulajadi, manusia inginkan akhirat agar di sana dapat dilunaskan segala kezaliman dan diganjari segala kebaikan. Inilah yang diajar oleh Islam melalui firman Allah SWT :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Yang bermaksud : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Alangkah bertuahnya dunia apabila kepercayan terhadap akhirat menjadi akidah dalam diri manusia. Tanpa polis dan undang-undang sekalipun, tidak akan berlaku jenayah kerana manusia yakin perbuatannya akan dinilai oleh Allah SWT. Tetapi tanpa kepercayaan terhadap hari kiamat, beratus ribu polis ditambah dengan hukuman yang berat sekalipun, manusia akan mencari helah dan jalan untuk melakukan jenayah. Dengan kepercayaan terhadap hari akhirat, manusia bukan sahaja gerun untuk mencerobohi harta orang lain, bahkan untuk menguruskan hartanya sendiri pun tidak boleh menurut selera nafsunya semata-mata. Ia perlu berpandu kepada Allah SWT.

Sayangnya, mesej yang sebegini penting jarang sekali kedengaran melalui lidah pemimpin-pemimpin negara. Mesej yang membawa pengertian akidah sebegini kebiasaannya hanya diperdengarkan di masjid-masjid melalui ustaz-ustaz atau tok-tok lebai semata-mata. Alangkah baiknya jika setiap pimpinan negara samada bergelar Presiden, Perdana Menteri atau apa jua gelaran sekalipun mengambil langkah sentiasa mengingatkan rakyat terhadap kehidupan di akhirat. Tentu sekali peringatan sebegini akan diulang-ulang pula oleh pimpinan seterusnya samada menteri, pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawah dan berakar umbi di dalam masyarakat. Tidakkah Rasulullah SAW selaku ”PM” di Madinah seringkali menyebut peringatan-peringatan seperti ini?

Jelas sekali bahawa sekular yang dibangga-banggakan ini tidak akan membawa kesejahteraan kepada hidup manusia samada di dunia apatah lagi di akhirat. Inilah matlamat perjuangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Perjuangan gerakan Islam bukanlah hanya untuk memenangi satu dua pilihanraya semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu ialah untuk meruntuhkan tembok sekular dan digantikan dengan Islam.

Penutup

Akhir kata, harapan saya agar ibadah haji yang dilaksanakan oleh jemaah-jemaah haji pada tahun berjaya meningkatkan keyakinan kita terhadap hari akhirat seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji, hayatilah ibadah korban yang dilakukan di tanah air dengan mengambil semangat Nabi Ibrahim AS untuk menjadi teras panduan di dalam hidup kita. Insya-allah pada tahun ini saya akan bersama-sama rombongan KDYMM Sultan Muhammad ke-V untuk mengerjakan haji di Tanah Suci. Doakanlah agar pemergian kami mengerjakan haji pada tahun ini diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.Sekian.

YAB TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 1 Zulhijjah 1431 H / 8 November 2010 M

More

Solat Sunat Hari Raya (Aidil Adha dan Aidil Fitri)

0 comments

http://www.saujanautama3.com/wp-content/uploads/omekkah2.jpg
[Ringkasan kelas tafaqquh Dr Abdullah Fawwaz- Kitab Anwar Masalik-22/3/2010]

Hukum Solat Hari Raya:
Sunat Mu’akkad – Digalakkan mendirikan segala jenis Solat Sunat, dalam keadaan fardi (seorang-seorang) bukan dalam jama’ah (beramai-ramai). Kecuali solat-solat sunat tertentu yang pernah didirikan secara jama’ah oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seperti solat sunat witir.
Oleh itu, hukum asal menunaikan solat hari raya adalah sunnah mu’akkad dalam keadaan fardi. Namun ia boleh didirikan berjemaah mengikut kaedah istihsan dalam Islam.
Tempat :
Digalakkan untuk didirikan di masjid yang luas. Sekiranya tidak boleh didirikan di masjid seeloknya berpidah ke tempat yang lapang yang tidak jauh dari kediaman para jemaah. Kerana memberi galakan kepada golongan hawa untuk hadir samaada dalam keadaan haid/ nifas ataupun tidak.
Hikmah mendirikan Solat Hari Raya secara berjemaah :
-Menggalak masyarakat bertemu mata bersalaman dan bermaaf-maafan (syar’ie).
-Memuhasabah diri dengan mendengar nasihat dan teguran dari khatib (khutbah selepas solat hari raya).
Waktu :
Bermula dari terbitnya matahari (kelihatan matahari bulat penuh) sehingga gelincirnya matahari (sebelum masuk waktu zohor).
Cara-cara menunaikannya :
-Mu’azzin melaungkan lafaz “ الصلاة جامعة ” menandakan solat hendak didirikan secara berjamaah. Gantian kepada lafaz Iqomah kerana iqomah hanya untuk solat fardhu sahaja.
-Bilangan rakaat ialah Dua seperti solat sunat yang biasa, hanya ditambah takbir dan tasbih tertentu sebelum bacaan surah al-fatihan dan surah-surah lain ketika berdiri :
Rakaat pertama :
-7 kali takbir tidak termasuk takbiratul ihram (takbir permulaan solat).
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 7 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.

Rakaat kedua :
-5 kali takbir tidak termasuk takbir bangun dari sujud.
-Berzikir / bertasbih di setiap kali selepas takbir (takbir 5 kali).
-Imam memulakan bacaan seperti solat jahriyyah selepas takbir tersebut.

Khutbah hari raya :
Khutbah didirikan selepas selesai solat sunat hari raya. Rukun-rukunya seperti rukun khutbah jumaat. Hanya ditambah lafaz takbir sebanyak 9 kali dipermulaan khutbah pertama dan 7 kali pada permulaan khutbah kedua. Hukum khutbah tersebut adalah sunat.
Galakan bertakbir di hari raya :

Jenis bertakbir pada hari raya :

-takbir mursal : galakan bertakbir di setiap tempat dan masa (bermula dari terbenam matahari hari terakhir Ramadhan hingga Imam berkhutbah di hari pertama hari raya).

-takbir muqayyad : takbir hanya selepas solat fardhu sahaja (bermula selepas selesai solat hari raya sehingga sebelum terbenam matahari hari keempat aidiladha).

Perkara sunat sebelum solat sunat hari raya :

-Berpuasa (tidak makan dan minum) pada pagi hari raya sehingga solat sunat hari raya.
-Membersihkan diri sebelum ke masjid.
-Memakai pakaian yang cantik dan bersih.
-Memakai wangi-wangian bagi lelaki .

Disediakan oleh :
Mohd Rasyidi Bin Ali
(Pelajar Tahun 1 Feqh Wa usuluhu-2010)

Sumber: http://www.permatajordan.com/category/program/

More

Jalinan Al-Quran Dalam Jiwa Anak

0 comments

cute_baby_425


Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang merosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?

Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”

Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”

Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

sumber: i luv islam

More

Amalan Yang Membolehkan Masuk Syurga dan Terjauh Dari Neraka

0 comments

    Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata (kepada Rasulullah SAW): "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka."

    Jawab Nabi SAW: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

    Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?"
    Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."
    Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."
    Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?"
    Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."
    Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: " Awas, jaga ini (lidah) baik-baik."
    Aku bertanya: " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya? "
    Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam Neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

More

Belajar Bahasa Arab

0 comments
More

Pengenalan Hadith Sohih

0 comments
Hadith sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadith sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.


Syarat hadith sahih

a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.

b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ;

- Muslim.
- Baligh.
- Berakal.
- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil.
- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit.

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa.

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.

d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadith syaz ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan.

e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadith yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq.


1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.

Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.


2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi

apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:


Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi.



Hadith Sahih:

Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.


Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

More

Konsep Doa - Pengertian Doa & Keutamaannya

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeWIc7QqR7u9DS3RAvpYO0JjCxNi2RU2tCWgmhp8D1rRSxEftfCUZO4jXCQmT_z2OtMvPuwYviyv09-aUON5Y2ncu-Hj5vF2LbEJ4S6Cf2oGnRXuOv3vKBSZ9nUyA-bmSpRFr_yOv-jtc/s235/doa+jauh+dari+syaitan.jpg
Pengertian Doa

Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.

Doa Menjana Semangat dan Harapan

Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan tertentu. Restu dan redha Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.

Doa Otak Ibadah

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA menjelaskan bahawa doa ini adalah inti atau otak ibadah. Ini membuktikan bahawa doa adalah sebahagian dari ibadah yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan Allah kepada hambaNya yang lemah dan tidak berdaya. Sebab manusia yang beriman dan memahami hakikat kehidupannya akan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia yang menyediakan segala macam rahmat dan ni'mat.

Keutamaan Berdoa

1. Doa orang beriman itu pasti dikabulkan oleh Allah SWT tetapi dalam 3 cara:
  • Dikabulkan secara langsung apa yang kita minta.
  • Dihindarkan kita dari sesuatu bahaya atau bencana.
  • Ditangguhkan ke satu masa lain misalnya di hari Akhirat yang mana akan diberikan pahala sesuai dengan permintaan itu.
2. Terhindarnya bahaya dan musibah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim di muka bumi ini berdoa kepada Allah, melainkan dapat dipastikan diterima atau dihindarkan daripadanya suatu bahaya asalkan bukan doa yang mengandungi dosa atau doa untuk memutuskan tali silatur-Rahim."

3. Doa merupakan jalan yang harus dilalui dalam mencapai sesuatu yang diharapkan. Menerusi kaedah yang betul InsyaAllah segala yang kita harapkan akan dimakbulkan.

4. Dengan berdoa, kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Allah SWT dan betapa lemahnya kita selaku hambaNya.


1 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI KEJAHATAN ATAU APABILA MELIHAT SESUATU YANG MENAKUTKAN

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya, aku berlindung dari hasutan-hasutan syaitan dan dari kedatangan mereka ( syaitan-syaitan itu ) kepada aku.

2 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI PENIPUAN

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada kawan yang menipu, matanya melihatku dan hatinya menjagaku, sekiranya dia melihat kebaikan dia menyembunyikannya, sekiranya dia melihat keburukan dia menyebarkannya.

3 DOA MOHON PERLINDUNGAN DARI SYAITAN DAN GODAANNYA

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya baik tiupan atau hembusannya.

4 DOA MOHON BERLINDUNG DARIPADA KEJAHATAN ANGGOTA BADAN

Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon supaya Engkau melindungi aku daripada kejahatan pendengaranku, pandanganku, pertuturanku, hatiku dan juga daripada kejahatan mengungkit-ungkit.



More

Memelihara Kesihatan Jiwa

0 comments

Memelihara Kesihatan Jiwa

Jiwa adalah harta yang tiada ternilai mahalnya. Kesucian jiwa menyebabkan kejernihan diri, lahir dan batin. Itulah kekayaan sejati.

Berapa banyaknya orang yang kaya harta, tetapi mukanya muram, dan berapa banyaknya orang miskin wang, tetapi wajahnya berseri. Sekadar kekuatan dan usaha diri, begitu pulalah tingkatan kesucian yang akan ditempuh jiwanya.

Hidup kita tak kunjung dirundung pertempuran dan perjuangan belaka. Asal bernama manisa, tidak akan sunyai dari kelemahandan kesalahan. Kalau sejak dilahirkan, sampai masuk kubur, kita berada dalam kesucian, bebas dari kesalahan dan kealpaan, tentu tidak layak kita jadi manisia, sebab yang demikian adalah tabiat malaikat. Kita manisia mesti merasai nikmat istirehat sesudah kerja, kelazatan mengadap Tuhan kelak di akhirat ialah sehabis bertempur dengan ranjau-ranjau yang mengerikan.

Orang yang takut menghadapi kehidupan dan tidak berani menggosokd an menyucikan batinnya, tidak akan kenal erti lazat. Belum ada kekayaan yang dicapai oleh seorang yang tidak menempuh beberapa kesulitan. Seorang pahlawan, mencapai title pahlawan itu, dengan darah dan pedang. Seorang pemimpin bangsa, alim ulama dan sebagainya, nampaknya duduk di singgahsana kemuliaan dengan senang, padahal mereka mencapai itu dengan susah payah. Demikian pula mencapai kemuliaan batin.

Jika ada seorang pemuda beroleh kekayaan lantaran warisan, tidaklah akan merasai nikmat harta pusaka itu, seperti yang dirasai ayahnya di kala hidupnya dengan usaha sendiri.

Mencari bahagia bukanlah dari luar diri, tetapi dari dalam. Kebahagiaan yang datang dari luar, kerapkali hampa, palsu. Orang yang begini kerapkali ragu, syak, cemburu, putus harapan, sangat gembira jika dihujani rahmat, lupa bahawa hidup ini berputar-putar. Sangat kecewa jika ditimpa bahaya, sehingga dia lupa bahawa kesenangan terletak di antara dua kesusahan, dan kesusahan terletak di antara dua kesenangan. Atau dalam senang itu tersimpan kesusahan, dan dalam kesusahan ada unsur kesenangan.

Bertambah banyak kesenangan dan kebahagiaan yang datang dari luar diri, bertambah miskinlah orang yang diperdayakannya. Semasa pendapatan masih kecil, keperluan untuk penjaga yang kecil itu, kecil pula. Setelah besar, beransur pula besar keperluan. Sebab itu, amat ramai orang kaya dilihat pada lahir, tapi sebenarnya miskin pada hakikatnya.

Di sini nyatalah erti yang sebenarnya pada kekayaan dan kemiskinan. Orang yang paling kaya, ialah yang paling sedikit keperluannya, dan orang yang paling miskin, ialah yang paling banyak keperluannya.

Pada suatu hari, seorang gadis kecil meminta-minta di tepi jalan. Di hadapannya lalu seorang nyonya hartawan. Gadis itu mencuba minta belas kasihannya, wang sekadar untuk makan. Nyonya kaya itu dengan rengut cemberut kembali kerumahnya. Tiba di rumah didapatinya anaknya yang masih remaja jatuh sakit. Sekarang nyonya itu miskin lebih miskin dari gadis yang minta-minta di tepi jalan tadi.

Gadis itu hanya perlu wang, pembeli sebungkus nasi. Nyonya itu perlu kepada kesihatan anak kesayangannya.

Sebab itu kalau yang dinamai bahagia, dikatakan barang yang datang dri luar, tidak ada makhluk yang kaya, semuanya miskin belaka. Yang kaya hanyalah Tuhan semesta alam.

Silaukah kita melihat seorang maharaja di raja, dengan pengawal yang lengkap, pembantu yang beribu, istana yang permai, perhiasannya yang molek, gedungnya yang indah, isterinya yang muda, dan puterinya yang cantik?

Tertipukah kita melihat para pengawal yang berjalan mundar mandir keliling istana itu, mobil dan kenderaan yang boleh dipakai setiap saat?

Tertipukah kita melihat hamba rakyat merundukkan kepala ketika arak-arakkan baginda lalu di jalan raya?

Raja-raja itu, demikian pula orang-orang berharta dan berpangkat, orang yang kita lihat dari luar amat nikmat, sebetulnya di dalam kesengsaraan batin yang tiada terhingga. Sesuatu dirasakan ganijil ialah waktu baru bertemu. Akan tetapi kalau sudahlama, dari sedikit ke sedikit timbullah jemu dan kecewa. Harta benda mahal yang mulanya diingini, lama-lama dipandang sebagai pasir. Itulah sebab banyak raja yang melemparkan kerajaannya dan memilih hidup sederhana atau bertapa ke gua batu. Ada juga yang meminta lekas mati saja, supaya bertemu dengan nikmat abadi. Demikianlah raja-raja yang tidak dihinggapi penyakit tamak haloba, tidak merasa cukup dengan yang ada, merasa miskin dan merasa malu dengan kekayaan yang telah ada dalam tangan, kerana masih dirasa sedikit. Sebab itu dia meminta ditambah lagi, sehingga berlonggoklah emas dalam taruhan. Kadang-kadang ayah payah mengumpulkan, datang anak membelanjakan dengan hati girang, tidak tahu bagaimana dahulunya kesusahan ayah mengumpulkan itu.

Kadang-kadang pula di sekeliling baginda berkumpul orang yang menunjukkan kesetiaan seperti seekor kancil yang cerdik, menjual tipuan dan fitnah, mengambil muka dan sebagainya.

Abu Bakar Siddiq berkata:

“Orang yang paling sengsara di dunia dan di akhirat ialah raja-raja”.

Apakah sebabnya tanya orang mendengar. Lalu beliau terangkan:

“Raja-raja kalau terus berkuasa, dia merasa yang di dalam tangannya belum cukup, yang kelihatan olehnya ialah yang di tangan orang lain saja. Ajalnya datang di dalam dia berangan-angan. Perasaan belas kasihan lama-lama menjadi kurang, hasad kerana sedikit bagiannya, benci atas kelebihan orang, mengeluh ketika dia mampu, kurang percaya terhadap orang lain, amat serupa dengan emas palsu, serupa dengan wap tengah hari yang disangka air oleh musafir, padahal cahaya terik, pada lahirnya gembira, pada hatinya sengsara. Kelak, bila umur sampai, ketentuan Allah datang, hapuslah bayang-bayangnya. Ketika itu mulai dia dihisab dan dihitung, sedikit harapan akan diberi maaf”.

Abu Bakar mentutup bicaranya:

“Janganlah benci kepada raja-raja, tetapi kasihanilah mereka”.

Demikianlah halnya orang kaya dari ‘luar’ badan.

Tetapi kekayaan dan kebahagiaan di dalam badan, itulah kekayaan sejati yang bertambah lama tidak bertambah usang, tetapi bertambah murni bercahaya, asal saja pandai menjaga, sebab dia pemberian Khalik yang suci. Kalau kita pupuk, uratnya seakan teguh, buahnya akan lazat sehingga kita jatuh kasihan melihat seisi dunia, sejak dari raja kepada menteri, orang kaya dan orang berpangkat lantaran tidak merasa nikmat dengan kelazatan ini. Inilah kekayaan dan kerajaan hakiki yang tak lekang di panas dan tak lapuk di hujan.

Kesihanilah manusia yang mencari kekayaan keluar badannya dan menghabiskan umurnya untuk itu. Orang yang tidak mendengar suara batinnya, mencari nikmat yang tersembunyi di situ. Sayangilah manusia yang mencuba hidup fana dan melupakan hidup baka. Kasihanilah orang yang lupa pada kekayaan kembaran jamaninya, iaitu rohaninya, menghabiskan umur mengejar barang yang tidak dibawanya dari perut ibunya dan tidak akan dibawanya pula pulang ke akhirat.

Carilah yang dari ‘luar’ itu sekadar berguna untuk memupuk kesempatan yang dari dalam.

More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 1/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 2/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 3/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 4/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 5/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 6/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 7/8...

0 comments
More

Harta Yang Tidak Pernah Puas - Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz - 8/8...

0 comments
More

25 Tanda Sakit

0 comments
Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Kalau ada tanda-tanda ni,jangan malu jangan segan,pergi la jumpa doktor,periksa apa yang patut..mencegah itu lebih baik dari merawat… dari apa yang aku tahu,penyakit ni kalau dirawat awal-awal… peratus untuk sembuh tu lebih besar… tapi kalau dah melarat tu,susah la sikit… walaupun itu semua adalah ketentuan Allah,tapi kita disuruh untuk berikhtiar dalam menjamin kehidupan yang lebih baik.Orang mukmin yang cergas itu lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

  1. Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  2. Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  3. Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  4. Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

  1. Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  2. Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  3. Bersin ; Proses membuang toksin di bahagian kerongkong,proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK

  1. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..
  3. Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4.KERONGKONG

  1. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  2. Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  1. Bibir pucat

A. Sistem penghadaman yang lemah.

B. Perut mengandungi angin.

C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

  1. Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  2. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  3. Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

  1. Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  2. Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT BERPELUH :

A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

A. Sakit Sendi

  1. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  2. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  3. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
B. MUNTAH DARAH

  1. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
  2. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
C) NAJIS BERDARAH

  1. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  2. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

  1. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
  3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan.

C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT

Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

  1. Sistem jantung yang lemah.
  2. Sistem saraf otak yang lemah.
  3. Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.

Sumber:http://pakarhowto.com

More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ