BALASAN MENGIKUT PERBUATAN

1 comments


1. Kita sering mendengar orang Melayu berkata: buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Ada sedikit persamaan dengan pepatah Arab yang menyebut: kama tadinu tudan (sebagaimana kamu buat baik maka kamu akan mendapat balasan baik), juga pepatah lain yang menyatakan: al-jazaa’ min jinsi al-‘amal (balasan adalah daripada amalan yang sama). Sesiapa sahaja boleh mengambil pengajaran pepatah ini kerana ia bersifat umum, sama ada lelaki atau wanita, kawan dan lawan, atau pemimpin dan rakyat.



2. Jika kita perhatikan, pepatah ini tidak bercanggah dengan sunnatullah. Seseorang yang menolong orang lain bakal mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Sebaliknya seseorang yang melakukan kejahatan pula bakal mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat. Kejadian-kejadian yang berlaku di hadapan mata kita sebelum ini telah mengesahkan pepatah ini. Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa setiap pepatah yang wujud adalah hasil kejadian yang berlaku berulang kali. Perbezaan ini timbul hanya untuk mengetahui manakah yang asal dan lebih dahulu wujud, pepatah atau kejadian?

3. Apa yang penting bagi kita adalah perbuatan baik yang disuruh oleh agama untuk kita lakukannya, dan mengelakkan perbuatan jahat yang diistilahkan oleh agama sebagai maksiat, sama ada mendapat balasannya di dunia atau tidak. Kerana pahala dan dosa serta balasan pada hari akhirat adalah pasti. Jangan pula sampai pepatah ini menjadi rukun agama sebagaimana hukum karma dalam agama Hindu atau teori kelahiran semula dalam agama Buddha. Akal mereka sesat kerana tidak dibimbing wahyu.

4. Walau bagaimanapun, pepatah ini masih bertepatan dengan roh syara’. Terdapat beberapa ayat al-Qur’an dan al-Hadith nabi SAW yang mempunyai kaitan yang rapat dengannya. Kerana tidak bercanggah dengan sunnatullah, dan boleh menjadi satu kaedah umum untuk lebih mudah memahami perundangan Islam. Allah SWT membalas perbuatan orang-orang munafik dengan sesuatu yang sama yang telah mereka lakukan, firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 14-15 bermaksud:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka.

5. Mereka telah memperolok-olok lalu dibalas dengan perkara yang sama. Dalam konteks yang lain Allah Azza wa Jalla berfirman dalam surah al-Taubah ayat 79 bermaksud:
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian daripada orang-orang Yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

6. Orang munafik ini tidak senang dengan amalan baik, umat Islam yang bersedekah dengan banyak diejek oleh mereka, sebagaimana umat Islam yang bersedekah dengan sedikit juga tetap diejek oleh mereka. Sedikit atau banyak sedekah kita bukan persoalan utama, yang penting adalah keikhlasan. Namun orang munafik yang tidak mengerti dengan prinsip ini lalu mengejek sedekah umat Islam, Allah SWT mengejek mereka sebagai balasan yang sama di samping azab seksaan. Imam Ibn Kathir (774H) ketika membincangkan ayat ini berkata:
Firman Allah: Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, adalah sebagai balasan balik yang sama terhadap buruknya perbuatan mereka dan mempersendakan orang-orang mukmin, kerana suatu balasan adalah mengikut jenis perbuatannya. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)

7. Kita juga dapati dasar yang sama ini dalam undang-undang jenayah Islam, antaranya ialah hukum potong tangan bagi seorang pencuri yang cukup syarat-syaratnya sebagaimana yang Allah SWT tetapkan hukumannya dalam surah al-Maidah ayat 38 menerusi firmanNya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah maha berkuasa, lagi maha bijaksana.

8. Ibn Kathir (774H) menegaskan:
Iaitu sebagai balasan terhadap perbuatan buruk kerana mengambil harta manusia dengan kedua-dua tangannya, maka sesuai dipotong tangan yang membantunya itu, dan balasan adalah mengikut jenis perbuatannya. (Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim)

9. Malah jika seseorang melakukan sesuatu yang menyusahkan orang lain yang bukan daripada kesalahan jenayah, Allah Azza wa Jalla maha berkuasa untuk membalas perbuatan tersebut dengan menyusahkan urusan hidup kita. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)

10. Bagi orang yang beriman yang melakukan kebaikan pula, Allah Azza wa Jalla menyediakan pahala dan ganjaran baik sebagai balasan terhadap kebajikan yang mereka kerjakan. Inilah janji Allah SWT kepada orang yang beriman, firmanNya dalam surah al-Rahman ayat 60 bermaksud:
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?

11. Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan merupakan dasar yang mudah untuk kita fahami. Jika kita terus meneliti ayat-ayat yang lain pasti kita akan dapati dasar yang sama ini. Balasan yang baik dari segi pahala dan ganjaran baik daripada Allah SWT adalah sama dengan kebaikan yang kita kerjakan. Antaranya jika kita tunaikan janji, maka Allah SWT akan tunaikan janjiNya (al-Baqarah ayat 40), jika kita mengingati Allah SWT maka Allah SWT akan mengingati kita (al-Baqarah ayat 152) dan jika kita membantu agama Allah Azza wa Jalla maka Allah Azza wa Jalla akan membantu kita (Muhammad ayat 7). Sebab itu Ibn al-Qaiyim (752H) menyatakan:
Ini kerana suatu balasan itu adalah mengikut jenis perbuatannya, maka sebagaimana mereka melakukan kebajikan dengan amalan-amalan mereka, maka Allah berbuat baik terhadap mereka dengan rahmatNya. (Ibn al-Qaiyim, Bada’ie al-Fawa’id)

12. Diriwayatkan daripada Ibn Umar RA bahawa nabi SAW bersabda:
Barangsiapa melepaskan suatu kesusahan daripada seseorang muslim maka Allah melepaskannya dengannya daripada kesukaran hari kiamat, dan barangsiapa menutup (aib) seorang muslim maka Allah akan menutup (aibnya) pada hari kiamat. (Riwayat al-Bukhari)    

13. Demikianlah prinsip balasan kebaikan atau keburukan. Di antara hakikat kehidupan dan sunnatullah yang mempunyai kaitan yang sangat rapat. Semuanya menunjukkan keadilan dan rahmat Allah Azza wa Jalla terhadap hamba-hambaNya. Adilnya Allah SWT memasukkan syurga mereka yang diredhainya dengan amalan kebajikan yang ikhlas. Adil juga Allah SWT memasukkan neraka mereka yang melakukan kezaliman dan tidak mendapat keampunannNya. Ini juga adalah berita gembira bagi mereka yang dizalimi di atas muka bumi ini untuk mendapat pengadilan yang sebenarnya di akhirat kelak. Ramai yang tertindas tidak mendapat haknya, mungkin di dunia akan menderita tetapi bakal berbahagia di akhirat nanti dengan kebahagiaan yang kekal. Bagi penzalim yang menindas orang lain mungkin bergembira di dunia ini tetapi sebentar cuma, kerana bakal menderita dengan penderitaan yang kekal di akhirat kelak.

14. Oleh itu, bagi pemerintah dan pemimpin buatlah kebaikan agar bakal mendapat balasan kebaikan daripada rakyat. Kita sebagai anak-anak pula buatlah kebaikan dan hormatilah kedua orang tua kita, agar anak-anak kita kelak melakukan kebaikan kepada kita. Anak-anak murid perlu menghormati guru dan pensyarah agar kelak kita mendapat penghormatan daripada anak-anak murid kita. Berkawan juga perlu baik dan betul mu’amalahnya, agar kawan tidak mengkhianati kita kelak.

15. Kesimpulannya, buatlah kebaikan kerana balasannya adalah kebaikan. Jika tidak mampu lakukan kebaikan maka jangan sesekali melakukan kejahatan kerana ia lebih menyakitkan. Namun yang lebih penting adalah lakukanlah kebaikan tanpa mengharap sebarang balasan, kerana balasan kebaikan bukan daripada urusan kita.
Kredit kepada Hj Anhar http://hjanhar.blogspot.com/2011/12/balasan-mengikut-perbuatan.html
More

Pelajar ponteng kena baca al-Quran

0 comments
Gambar sekadar hiasan - credit to uncle google

Pelajar ponteng kena baca al-Quran

2012/02/07

KOTA BHARU: Seramai 29 pelajar lelaki dari beberapa sekolah menengah di jajahan ini yang ditahan kerana ponteng, semalam diarah mengikuti kaunseling dan membaca al-Quran.

Semua pelajar terbabit ketika ditahan masih beruniform dan mereka dipercayai keluar tanpa pengetahuan sekolah, serta ada sudah membawa pakaian lain untuk menukarnya.
Kebanyakan yang ditahan dipercayai keluar untuk membeli dan menghisap rokok di tempat tersembunyi yang sering kali dijadikan `port' ponteng bersama rakan lain.
Pengarah Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata semua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Kesemua pelajar menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan sama ada mereka mengambil dadah.

"Ibu bapa pelajar juga dipanggil untuk datang bagi melihat sendiri keadaan anak mereka supaya tahu apa yang dilakukan pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.
Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu yang dipanggil 'Ops Ponteng" itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), AADK serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
More

Bahasa Arab: Al-hiwar (perbualan)

2 comments

التعارف.

Berkenalan

أَمِيْنٌ : السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ.

Amin :Asalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh.

قَاسِمٌ : وَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ.مَا اسْمُكَ؟

Qasim :Waa’laikumussalam waramatullahi wa barakatuh.Siapa nama kamu?

أَمِيْنٌ : اِسْمِيْ أمين. وَمَا اسْمُكَ أَنْتَ؟

Amin : Nama saya Amin dan siapa nama kamu?

قَاسِمٌ : اِسْمِيْ قَاسِمٌ.كَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ؟

Qasim : Nama saya Qasim.Kamu sihat?

أَمِيْنٌ :بِخَيْرٍ الحَمْدُ لله.وَكَيْفَ حَالُكَ أَنْتَ؟

Amin : Saya sihat dan kamu pula adakah kamu sihat?

قَاسِمٌ : أَنَا بِخَيْرٍ أَيْضًا.أَيْنَ تَسْكُنُ؟

Qasim : Saya juga sihat.Di mana kamu tinggal?

أَمِيْنٌ : أَسْكُنُ فِيْ بُتْرَاجَايَا.وَأَنْتَ أَيْنَ تَسْكُنُ؟

Amin : Saya tinggal di Putrajaya dan kamu di mana kamu tinggal?

قاَسِمٌ :أَسْكُنُ فِيْ بَنْجِيْ.الجَرْسُ يَرِنَّ، هَيَا نَذْهَبُ إِلَى الفَصْلِ سَوِيًا.

Qasim : Saya tinggal di Bangi.Loceng telah berbunyi mari ke kelas bersama-sama.

أَمِيْنٌ : هَيَّا بِنَا.

Amin : Mari.

More

Bahasa Arab: Dhomair (Kata Ganti Nama)

3 comments

SALAM SEJAHTERA

Jom Belajar Dhamir (kata ganti) dalam bahasa arab.

Sebelum itu, kita belajar pasal istilah singular,plural (kalau dalam BI) tapi dalam bahasa arab kita bahagikan kepada 3 iaitu :

  1. mufrad (مفرد) = single (menunjukkan seorang ataupun satu)
  2. muthanna (مثنى) = double (menunjukkan dua orang sahaja atau dua sahaja)
  3. jamak (جمع) *jgn baca JIMAK lak oke murid murid = plural (menunjukkan tiga dan lebih)

seterusnya masuk kepada Dhamir (kata ganti nama)

  1. hua (هو) = dia (bagi lelaki *mufrad)
  2. huma (هما) = dia (bagi 2 lelaki *muthanna)
  3. hum (هم) = dia (bagi 3 dan lebih lelaki *jamak)
  4. hiya (هي) = dia (bagi seorang perempuan *mufrad)
  5. huma (هما) = dia (bagi 2 perempuan *muthanna) *sama dengan laki
  6. hunna (هن) = dia (bagi 3 dan lebih perempuan *jamak)
  7. anta (أنت) = kamu (lelaki *mufrad)
  8. antuma (أنتما) = kamu (bagi 2 orang lelaki)
  9. antum (أنتم) = kamu (bagi lelaki 3 atau lebih)
  10. anti (أنت) = kamu (bagi perempuan_
  11. antuma (أنتما) = kamu (bagi 2 orang perempuan) *sama dengan laki
  12. antunna (أنتن) = kamu (bagi perempuan 3 atau lebih)
  13. ana (أنا) = saya (bagi lelaki dan perempuan)
  14. nahnu (نحن) = kami (bagi lelaki dan perempuan)


Al-Dhamir (Ganti Nama)

Dari sudut bahasa, al-dhamir berasal daripada al-dhumuur, maksudnya yang lemah kerana huruf-hurufnya sedikit atau daripada al-idhmar, maksudnya menyembunyikan kerana ianya sering tersembunyi.


Dari sudut istilah: al-dhamir ialah gantian bagi kata nama zahir bertujuan untuk ringkasan, atau benda yang menunjukkan sifat hadir atau ghaib (tidak hadir) tanpa menggunakan perkataan hadir atau tidak hadir.







Nota lagi:

Isim Dhamir (kata ganti) : اسم الضميراسم الضمير
هُوَ هُمَا هُمْ
هِيَ هُمَا هُنَّ
أَنْتَ اَنْتُمَا أَنْتُمْ
أَنْتِ أَنْتُمَا أَنْتُنَّ
أَنَا نَحْنُ
Isim dhamir adalah kata ganti nama. Kita mengenal dalam bahasa melayu ,
1. kata ganti pertama (saya, kami),

2. kata ganti kedua (kamu, kamu semua)

3. kata ganti ketiga (dia, mereka).

Dalam bahasa arab, kata ganti akan lebih banyak, karena akan ada istilah kata ganti untuk laki-laki, kata ganti untuk perempuan, kata ganti tunggal, jamak dan dua orang.
1.Kata Ganti orang ketiga laki-laki
هُوَ dia هُمَا mereka berdua هُمْ mereka
هُوَ مُسْلِمٌ هُمَا مُسْلِمَانِ
هُمْ مُسْلِمُوْنَ
2.Kata Ganti orang ketiga perempuan
هِيَ dia هُمَا mereka berduaهُنَّ mereka
هُيَ مُسْلِمَةٌ هُمَا مُسْلِمَتَانِ
هُمْ مُسْلِمَات
3.Kata Ganti orang kedua laki-laki
اَنْتَ kamu اَنْتُمَا kamu berdua اَنْتُمْ kamu semua
أَنْتَ مُسْلِمٌ اَنْتُمَا مُسْلِمَانِ
أَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
4.Kata Ganti orang kedua perempuan
اَنْتِ kamu اَنْتُمَا kalian berdua اَنْتُنَّ kamu semua
أَنْتِ مُسْلِمَةٌ أَنْتُمَا مُسْلِمَتَانِ
أَنْتُنَّ مُسْلِمَات

5.kata ganti orang pertama
اَنَا saya نَحْنُ kami

أَنَا مُسْلِمٌ نَحْنُ مُسْلِمُوْنَ
More

Tazkirah Mati: Dunia Pasti Ditinggalkan Pergi

0 comments

Dalam Kitab :Shahih Al-Bukhari" disebutkan bahawa 'Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah berkata:

"Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti. Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal."
More

SEJARAH DAN HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

0 comments



SEJARAH DAN HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.


Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.


Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)


More

Perspektif Islam Tentang Sukan

0 comments

http://muslimvillage.com/ms/2011/04/07/an-islamic-perspective-on-sports-and-exercise/


Apa yang Islam katakan tentang sukan dan sukan? Apakah ada sukan yang tidak dibenarkan? Apakah ada aturan khusus untuk laki-laki atau perempuan? Bolehkah anda bermain sukan dengan suami anda?

Allah mengharapkan Muslim untuk merawat tubuh mereka untuk yang terbaik daripada kemampuan mereka. Obesitas, kelemahan, dan kemalasan fizikal penderitaan tercela. Walaupun kematian yang sangat mungkin memotong kita hari ini atau besok, kita fizikal harus mempersiapkan diri untuk menyembah Allah di usia tua kita, harus Dia memberi kita umur panjang.

Sementara kesihatan yang buruk dan penyakit ini sering di luar kawalan kita, kita harus mengambil tindakan yang sedia bagi kita untuk menjaga kesihatan fizikal kita. Tubuh kita adalah limpah kurnia dari Allah, dan kami akan bertanggungjawab atas bagaimana kita menggunakannya.

Selain itu, seorang Muslim harus dapat membela orang atau sendiri dari pencerobohan (yang memerlukan kekuatan fizikal) dan harus bersedia untuk perjuangan di jalan Allah, seharusnya peluang tersebut muncul.Untuk alasan ini, Nabi (damai dan rahmat atasnya) mengatakan:

"Orang percaya yang kuat adalah baik dan lebih dicintai Allah daripada orang percaya yang lemah, sementara ada baik di kedua-dua." (HR Muslim.)

Ada banyak tradisi di mana Nabi (damai dan rahmat atasnya) disyorkan seni bela diri tertentu untuk menjaga kesihatan dan mempersiapkan orang percaya untuk situasi pencerobohan luaran. Jadi, dia telah mengatakan (damai dan rahmat atasnya):

"Setiap tindakan tanpa mengingati Allah adalah baik alihan atau kelalaian kecuali empat tindakan: Berjalan dari target ke target [selama latihan panahan], latihan kuda, bermain dengan keluarga, dan belajar untuk berenang." (Dilaporkan oleh Tabrani.)

Perlu diingat bahawa Nabi dan para Sahabat alami sihat secara fizikal. Hidup lebih tangguh saat itu - jarak jauh tertutup dengan berjalan kaki, laki-laki diburu dan bertani makanan mereka untuk bertahan hidup, dan di sana tidak ada rekreasi kepada - seperti televisyen - untuk menghasilkan kemalasan dan sisa berjam-jam waktu dinyatakan konstruktif. Saat itu hampir diandaikan ketika itu bahawa orang percaya akan sihat secara fizikal. Tidak sampai generasi berikutnya bahawa para ulama mengalami obesitas aktual dan kemalasan.

Seorang muslim moden harus menyisihkan waktu harian atau mingguan untuk menjaga kesihatan fizikal nya. Gym rata-rata hari ini merangkumi jenis kelamin dicampur dalam pakaian mengungkap dan muzik keras dan dengan demikian harus dielakkan. Jika berjalan di luar bukanlah pilihan praktikal, pertimbangkan membeli treadmill untuk rumah dan mungkin beberapa bobot. sukan terancang seperti bola basket dan sepak bola adalah pilihan yang baik bagi sesetengah orang, tapi harus hati-hati untuk tidak overindulge dalam dan membuang masa terlalu banyak. Namun, perlu diingat niat yang baik.

Seperti biasa, seorang lelaki muslim dan wanita diwajibkan untuk berpakaian dengan betul semasa bersenam, pastikan anda menutup `Awra-nya (ketelanjangan) dan untuk tidak memakai pakaian mendedahkan dan ketat seperti spandex. Dalam hal sukan melanggar undang-undang, (dan Allah Maha Tahu) bahawa tinju tidak sah kerana seorang muslim tidak boleh dipukul di wajah untuk sukan.

Secara umum, umat Islam harus berhati-hati bahawa program latihan mereka tidak baik membahayakan persahabatan mereka dan tidak membawa mereka ke tempat yang tidak senonoh.

Suami dan isteri boleh latihan dan bermain bersama. Ini adalah cara yang baik untuk membina cinta dan kebahagiaan bersama. Isteri Nabi `Aisyah berkata:

"Aku berlari dengan Nabi (damai dan rahmat kepadanya) dan mengalahkan dia di lomba. Kemudian, ketika aku telah menempatkan pada berat badan, kami berlari lagi dan ia menang. Lalu dia berkata, 'Ini membatalkan itu,' merujuk pada kesempatan sebelumnya ". (Diriwayatkan oleh Ahmad.)



More

Mencari Ketenangan Hidup

0 comments
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar?


Mencari Ketenangan Hidup

Tidak dapat kita nafikan manusia sangat memerlukan ketenangan dalam hidup ini. Ada berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada di antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan pergi melancong, membeli belah, makan angin, bersukan, mereka seni, melukis, mengambil gambar dan sebagainya. Tidak kurang juga yang mencari ketenangan dengan ber'blogging'.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa dengan beribadah seperti membaca al-Quran, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Tanpa ketenangan jiwa, manusia akan menghadapi banyak risiko, bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti runsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Bukan hiburan semata-mata
Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas daripada landasan syariat. Jika ketenangan dicari melalui permainan, bersuka-ria, dengan lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya, itu semua hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya. Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta-benda, anak-pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan tiadalah (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan." (Surah al-An'aam [006], ayat 32)
Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaa-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Ruum [030], ayat 21).
Dengan adanya ketenangan jiwa, akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah SWT dan melakukan ibadah kepada-Nya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah SWT. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah adz-Dzaariyaat [051], ayat 56)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud, "Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati." (Surah al-An'am [006], ayat 29).

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempersonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang mementang kehendak hukum syarak. Apa yang menyedihkan, hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu.
Sifat orang lalai
Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata-mata. Sebagai orang Islam, kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Quran ada mengingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekkan; merekalah orang-orang yang beroleh azab yang menghinakan." (Surah Luqman [031], ayat 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah SWT dalam tafsirnya, "(Orang-orang kafir itu adalah) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan gurau-senda (hiburan) yang melalaikan, dan mereka telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya) . Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (Surah al-A'raaf [007], ayat 51)
Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang, sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas daripada itu. Hiburan bermaksud mencari ketenangan jiwa, dari itu hanyalah hiburan sejati yang mampu mencapai maksud tersebut.

Mencari ketenangan hidup
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah SWT yang bermaksud, Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram. (Surah Ar-Ra'd [013], ayat 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah SWT.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut..

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah SWT yang bermaksud, (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat. (Surah Al-Baqarah [002], ayat 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah SWT. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran pencipta-Nya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Taala. Firman Allah SWT yang bermaksud, Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa. (Surah Yunus [010]: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan. (Hadis riwayat Muslim)

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Quran, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah SWT yang tafsirnya, Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. (Surah Az-Zumar [039], ayat 23)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat- Nya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (bertawakal) . (Surah Al-Anfaal [008], ayat 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya, Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Surah Al-Hajj [022], ayat 35)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Taala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya, Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang. (Hadis riwayat Al-Nasaei)

Semoga kita sentiasa menjaga iman dan rahmat Allah SWT adalah hampir kepada mereka yang sentiasa berserah diri kepada-Nya. Amiin.

Kisah Ibrahim Adham

Satu kisah itu ialah pengalaman seorang salih dan ahli sufi bernama Ibrahim Adham. Pada suatu hari Ibrahim menjamu selera di rumah seorang ketua kaum. Ketua kaum itu menghormati beliau dengan menghidangkan makanan enak.

Ketika Ibrahim hendak menyuap, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar makanan itu. Ibrahim segera melihat bahawa pasti ada suatu pengajaran daripada tindakan aneh burung itu. Beliau segera bangkit dan berjalan mengikuti arah burung itu terbang.

Ibrahim ternampak gagak itu menjatuhkan makanan ke suatu tempat. Ibrahim mendekati arah jatuhnya makanan itu. Setibanya di tempat itu, Ibrahim menyaksikan seorang lelaki yang diikat dalam keadaan terlentang di bawah sebuah pohon rendang.

Rupa-rupanya makanan yang dijatuhkan burung gagak terus masuk tepat ke mulut insan tidak berdaya itu. Ibrahim segera mengagungkan Allah, yang menyelamatkan hamba-Nya yang tidak berdaya.

Secara logik akal, insan itu tidak akan hidup lama dalam keadaan terikat seorang diri di hutan namun, kerana kasih sayang Allah, Dia menghantar gagak untuk membantu insan malang itu.

More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ