Konsep Bekerja Menurut Pandangan Islam

0 comments

http://muslimmatters.org/wp-content/uploads/plant-seedling-400_5q3q.jpg


Oleh:
Hj. Ahmad bin Hj. Awang
Institut Dakwah Dan Latihan Islam, BAHEIS


Pendahuluan:
Tidak ada siapa yang akan mempertikaikan jika ada yang mengatakan bahawa setiap orang mahu bekerja atau mendapatkan pekerjaan untuk menjamin kehidupannya. Kalau kita ambil contoh dari golongan belia, baik yang berpelajaran menengath atau tinggi sama ada mereka yang gagal dan tidak pernah bersekolah langsung, semuanya bercita-cita untuk mendapat pekerjaan atau boleh bekerja bagi menampung keperluan hidupnya sendiri atau keluarganya.
Adakah bekerja itu boleh dipandang sebagai suatu kewajipan atau tanggungjawab yang mempunyai tujuan yang lebih luas? Tetapi apakah yang bekerja itu hanya sekadar untuk menampung dan menjamin kehidupan di dunia ini. Soalan ini perlulah kita jawab dengan memahami konsep kerja menurut pandangan Islam.

Pengertian Kerja:
Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.
Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:
1. Kerja yang bercorak jasmani (fizikal)
2. Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)
Dari keterangan hadis-hadis Rasulullah (s.a.w), terdapat kesimpulan bahawa konsep kerja menurut Islam adalah meliputi segala bidang ekonomi yang dibolehkan oleh syarak sebagai balasan kepada upah atau bayaran, sama ada kerja itu bercorak jasmani (flzikal) seperti kerja buruh, pertanian, pertukangan tangan dan sebagainya atau kerja bercorak aqli (mental) seperti jawatan pegawai, baik yang berupa perguruan, iktisas atau jawatan perkeranian dan teknikal dengan kerajaan atau swasta. Antara hadis-hadis tersebut ialah:
"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)
Selain daripada itu para sahabat menggunakan perkataan pekerja (amil) untuk jawatan orang yang ditugaskan menjadi petugas pemerintahan umpamanva kadi, gabenor dan sebagainya. Oleh yang demikian segala kerja dan usaha yang dibolehkan oleh syarak baik yang bersifat kebendaan atau abstrak atau gabungan dan kedua-duanya adalah dianggap oleh Islam sebaga "kerja". Segala kerja yang bermanfaat Islam dan yang sekecil-kecilnya seperti menyapu longkang hingga kepada yang sebesar-besarnya seperti menjadi menteri atau kepala negara adalah merupakan kerja atau amal sekalipun ianya berlainan peringkat dan kelayakan yang diperlukan untuknya. Berdasarkan konsep ini maka menurut pandangan Islam, masyarakat seluruhnya dan semua peringkat adalah pekerja.
Oleh yang demikian konsep kerja seperti ini membawa implikasi sosial yang penting, antaranya:
1. Bahawa asal manusia adalah sama sebagai manusia dan pekerja yang mempunyai kemuliaan dan kehormatan sekalipun perbezaan itu tidaklah merupakan keistimewaan satu pihak terhadap yang lain.
2. Para pekerja bukanlah hanya satu kelompok dari masyarakat, bahkan mereka adalah semua anggota masyarakat. Jadi mengikut konsep Islam bahawa masyarakat itu adalah tersusun atau terbentuk dari kerjasama antara sesama para pekerja di dalamnya, bukan terdiri dari kumpulan para pekerja dan para majikan seperti yang difahami menurut sistem ekonomi komunis atau kapitalis.

Kerja Menurut Tuntutan Islam:
Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan sistem yang membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan warna kulit. Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)
Dengan menggunakan segala unsur-unsur perbezaan darjat atau warna kulit itu maka jadilah kerja menurut Islam suatu tuntutan kewajipan yang menyeluruh atas setiap orang yang mampu bekerja untuk mencapai kebahagiaan individu dan juga masyarakat. Jadi tidaklah kerja itu hanya khusus untuk golongan hamba abdi seperti sebelumnya.
Firman Allah bermaksud:
"Dan katakanlah wahai Muhammad, beramallah kamu akan segala apa yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan." (al-Taubah: 105)
Islam juga meningkatkan tuntutan kerja itu hingga ke tahap kewajipan agama. Oleh itu tahap iman sentiasa dikaitkan oleh al-Quran dengan amal soleh atau perbuatan baik. Ini bererti Islam itu adalah akidah yang mesti diamalkan dan amalan yang mesti berakidah secara tidak terpisah. Seperti firman Allah bermaksud:
"Demi masa, sesungguhnya sekalian manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh". (al-Asr: 1-3)

Kerja Sebagai Sumber Nilai:
Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran yang tanggungjawab berbeza. Firman Allah bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)
Kerja sebagai sumber nilai manusia bererti manusia itu sendiri menentukan nilai atau harga ke atas sesuatu perkara itu. Sesuatu perkara itu pada zatnya tidak ada apa-apa nilai kecuali kerana nisbahnya kepada apa yang dikerjakan oleh manusia bagi menghasil, membuat, mengedar atau menggunakannya. Kerja juga merupakan sumber yang objektif bagi penilai prestasi manusia berasaskan segi kelayakan. Oleh yang demikian Islam menentukan ukuran dan syarat-syarat kelayakan dan juga syarat-syarat kegiatan bagi menentukan suatu pekerjaan atau jawatan itu supaya dapat dinilai prestasi kerja seseorang itu. Dengan cara ini, Islam dapat menyingkirkan perasaan pilih kasih dalam menilai prestasi seseorang sama ada segi sosial, ekonomi dan politik.

Kerja Sebagai Sumber Pencarian:
Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan bagi menyara hidupnya. Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini. Firman-Nya bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)
Dan firman-Nya lagi bermaksud:
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk: 15)
Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia. Firman Allah bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik". (al-Baqarah: 168)
Sabda Nabi (s.a.w) bermaksud:
"Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."
Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah. Dalam sebuah hadis Rasulullah (s.a.w) bermaksud:
"Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka rnemberinya atau menolaknya."

Kerja Sebagai Asas Kemajuan Umat:
Islam mewajibkan kerja untuk tujuan mendapatkan mata pencarian hidup dan secara langsung mendorongkan kepada kemajuan sosioekonomi. Islam mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kemajuan umat kerana itu ia sangat menekankan kemajuan di peringkat masyarakat dengan menggalakkan berbagai kegiatan ekonomi sama ada di sekitar pertanian, perusahaan dan perniagaan. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) sangat ketara dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut, sebagai contoh:
1. Di bidang Pertanian
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu menyemai akan semaian atau menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah".
2. Di bidang Perusahaan
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Sebaik usaha ialah usaha seorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat- menasihati.
3. Di bidang Perniagaan
Rasulullah (s.a.w) pernah meletakkan para peniaga yang jujur dan amanah kepada kedudukan yang sejajar dengan para wali, orang-orang yang benar, para syuhada' dan orang-orang soleh dengan sabda bermaksud:
"Peniaga yang jujur adalah bersama para wali, orang-orang siddiqin, para syuhada' dan orang-orang soleh".
Baginda juga menyatakan bahawa sembilan persepuluh daripada rezeki itu adalah pada perniagaan.

Islam Menolak Pengangguran:
Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta dan sebaliknya hendaklah berdikari. Islam sentiasa memandang berat dan menyeru umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari rezeki melalui dua pendekatan berikut:
Islam melarang dan mencegah umatnya meminta-minta dan menganggur. Banyak hadis Nabi (s.a.w) mengenai larangan berusaha cara meminta. Baginda sering benar mengarahkan orang yang datang meminta, supaya mereka bekerja umpamanya, suatu ketika seorang fakir datang meminta-minta kepada baginda lalu baginda bertanya: "Adakah anda memiliki sesuatu?" "Tidak", kata lelaki itu. Baginda bertanya lagi dengan bersungguh-sungguh, lalu lelaki itu menjawab: "Saya ada sehelai hamparan yang separuhnya kami jadikan alas duduk dan separuhnya lagi kami buat selimut dan ada sebuah mangkuk yang kami gunakan untuk minum".Maka baginda bersabda kepadanya: "Bawakan kedua-dua benda itu kepada saya". Lalu dibawanya kedua-dua barang itu, kemudian Nabi tunjukkan barang itu kepada orang yang berada di sisi baginda kalau ada sesiapa yang hendak membelinya. Akhirnya baginda dapat menjualnya dengan harga dua dirham dan diberikan wang tersebut kepada lelaki itu sambil baginda berkata: "Belilah makanan untuk keluargamu dengan satu dirham manakala satu dirham lagi belikanlah sebilah kapak". Kemudian Rasulullah (s.a.w) meminta lelaki itu datang lagi, lalu lelaki itupun datang dan baginda telah membubuhkan hulu kapak itu dan menyuruh lelaki itu pergi mencari kayu api sambil baginda mengatakan kepada lelaki itu supaya lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dalam masa 15 hari. Lelaki itu pergi dan kembali lagi selepas 15 hari sambil membawa datang 10 dirham, lalu ia berkata: "Wahai Rasulullah, Allah telah memberkati saya pada kerja yang tuan suruh saya itu." Maka baginda Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Itu adalah lebih baik daripada anda datang pada hari kiamat kelak sedang pada muka anda bertanda kerana meminta-minta.
Berdasarkan kepada banyak hadis mengenai perkara ini, para ulama membuat kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu bukanlah sekadar perintah bersifat akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan kerja meminta-minta itu sebagai "profesion", hendaklah dikenakan hukuman yang berpatutan.

Kesimpulan:
Berdasarkan kepada keterangan ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah (s.a.w) dengan huraian-huraian seperti yang disebutkan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Islam sangat mengambil berat terhadap "kerja" dengan menjelaskan konsep kerja itu dan kedudukannya yang tinggi dalam ajaran Islam. Ringkasnya, kita dapat simpulkan seperti berikut:-
  1. Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat.
  2. Kerja untuk kehidupan dunia sama ada yang bercorak aqli/mental (white collar job) atau bercorak jasmani (blue collar job) adalah dipandang sama penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.
  3. Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat, keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah, melainkan kerana taqwanya.
  4. Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama melalui kerja masing-masing. Berdasarkan kebolehan dan kelayakan serta kelayakan bidang masing-masing kerana segala kerja mereka adalah bersumberkan iman dan bertujuan melaksanakan amal soleh.
  5. Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi ini dan sekaligus pula beribadat kepada Allah, Tuhan Pencipta alam.
  6. Kerja merupakan cara yang tabi'i untuk manusia mencari nafkah bagi menyara hidup dan keluarga melalui berbagai sektor pekerjaan dan perusahaan yang sedia terbuka peluangnya dengan persediaan dan kemudahan alam yang Allah sediakan di atas muka bumi ini.
  7. Islam melarang/menolak pengangguran kerana ia akan mendedahkan kepada kelemahan dan kefakiran dan jatuhnya maruah diri/ummah, kerana Islam menghendaki setiap umatnya bermaruah dan berdikari, tidak meminta-minta dan berharap kepada bantuan dan belas kasihan orang lain, bahkan sebaliknya hendaklah menjadi umat yang kuat dan mampu membela mereka yang lemah dan tertindas agar seluruh manusia menikmati keadilan dan rahmat yang dibawa oleh Islam sebagai agama atau "ad-Din" yang tertinggi dan mengatasi seluruh kepercayaan dan ideologi manusia. Firman Allah S.W.T bermaksud: "Dialah Allah yang mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) supaya ia meninggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik membencinya".


Sumber: Sinaran Islam, Tahun 8, Bil. 2, Jun 1988, hal. 16-30
More

Promosi Hebat Sempena Aidil Adha

0 comments


Dapatkan sekarang produk-produk FAZAKKEER seperti:



Chezzy Sauce  (satu pek 200g)

HARGA
satu pek - RM12
dua pek - RM22
tiga pek - RM30


Mashed Potato  (satu pek 250g)

 HARGA
satu pek - RM11
dua pek - RM20
tiga pek - RM27


Karipap Mini (Satu Balang isi 100 biji)

HARGA
Satu Balang - RM17
Dua Balang - RM32 
Tiga Balang - RM45

Semua harga yang disebutkan di atas TIDAK TERMASUK Kos Penghantaran.

Sekiranya anda berminat bolehlah SMS @ WhatsApp ke nombor
012-6902261

Buat TEMPAHAN hari ini.......InsyaaAllah anda akan dilayan.

TEMPAH DAHULU!!

More

Uji Minda: Latihan Bahasa Arab

1 comments
Hari ini ada baiknya anak-anak muridku sekalian buat latihan uji minda ini dengan sebaiknya. In Syaa Allah sedikit-sedikit lama-lama jadi pandai.


Pilih jawapan yang betul sama ada zalika  ذَلِكَ  atau tilka تِلْكَ



سَاعَةٌ

تَقْوِيمٌ

جَدْوَلٌ

أَرْضِيَّةٌ

لَوْحَةٌ

مِكْنَسَةٌ

نَافِذَةٌ

فَصْلٌ






Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
More

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 3 2013

0 comments




  1. Muat turun buku teks Bahasa Arab Tahun 3 KSSR 2013 : klik sini (Terbaru) 
  2. Muat turun buku teks aktiviti Bahasa Arab Tahun 3 KSSR 2013 : klik sini (Terbaru)
More

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 2013

0 comments


Download buku teks bahasa arab tahun 6 bagi tahun 2013 sekarang di blog fazakkeer

muatturun di sini


http://www.mediafire.com/?i43pgc6afs4i3ln
More

Abah & Menantu

0 comments


http://www.channelate.com/comics/2009-12-28-father-in-law.gif

Alkisah bermula bilamana Hj Mud yang digelar Abah oleh anak-anak dan menantunya menerima menantu baru 2 orang sekaligus bulan lepas. Kedua-dua menantunya berkerjaya dan memiliki personaliti tersendiri. Seorang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta terkemuka manakala seorang lagi bekerja sebagai guru agama sandaran di sebuah sekolah rendah, ustaz lah kiranya, berumur 24 tahun. Orang pantai timur.
 
Hj Mud yang berjiwa 'nasional' kurang senang dengan menantunya yang ustaz ni sebab dikatakan gatal nak berkahwin dalam usia yang masih muda katanya. Namun atas keinginan anak perempuannya yang baru konvo bulan Ogos baru-baru ni, restu tetap juga diberikan biarpun bagi Hj Mud, sebolehnya biarlah anak perempuan bongsunya ini punya kerjaya terlebih dahulu sebelum kahwin, nak hidup senang sikit le katakan.

Nyata kebanggaan Hj Mud lebih terarah kepada menantunya yang doktor, sebab bukan senang nak lulus universiti beraliran sains dan berjawatan doktor, lebih-lebih lagi di hospital swasta, mahal gajinya yang pasti. Malah keterampilan diri si menantu doktor ni memang ketara, kemas dan pakaian berjenama, hensem Dr. Naim. Adapun si ustaz, baju 'Raihan' dan seluar slack jenama Johan Mister sahaja, bukan John Master, diserikan lagi dengan ketayap benang kait warna kelabu memanjang. Janggut ciput ala Johnny Depp.

Minggu pertama mendapat menantu baru, Hj Mud buat majlis kesyukuran bersempena menyambut berita gembira anak sulungnya yang dah 8 tahun kahwin disahkan mengandung anak pertama. Jemputan ahli jemaah masjid disajikan dengan makan malam nasi arab maqlubah kambing istimewa sebaik selesai solat isyak yang disusuli dengan solat hajat pula di rumahnya. Semua hadirin seronok bukan kepalang dapat makan nasi arab yang jarang-jarang sekali dapat dinikmati.

Entah hantu raya apa yang menghasut Hj Mud, sebaik selesai semua hadirin menjamah hidangan, dibuat satu pengumuman akan diadakan sesi majlis ilmu berkonsepkan teka teki yang ditujukan khas kepada kedua menantu barunya. Terkejut beruk habis anak beranak yang ada dek surprise Hj Mud malam tu, apatah lagi si menantu berdua. Semua berpandangan antara satu sama lain tanda keliru, tertanya-tanya dan hairan dengan perancangan luar kotak Hj Mud.

 "Saya ada 3 sahaja soalan yang nak diajukan kepada ahli baru keluarga kami, bukan apa, saja nak seronok-seronok malam ni" Ucap Hj Mud kepada hadirin yg. dalam perkiraan memang dirancangnya sendiri untuk pekenakan menantu si ustaz yang berkelulusan diploma dan pondok di pantai timur juga, Ust Nuh gelaran diberi. Nak tunjuk hebat menanti si doktor lah tu maknanya. Maka menggelabah lah kedua menantu, namun Ust Nuh lebih tenang dan sentiasa tersenyum sambil kopiah didongak ke atas menampakkan anak rambut di bahagian depan.

"Soalan pertama: Kenapa benda berat seperti manusia selalunya tenggelam bila berada dalam air? Minta Dr. Naim jawab dulu lepas tu Ust. Nuh jawab"
Dengan ilmu pengetahuan sains yang dimiliki Dr. Naim, jawapan diberikan dengan penuh yakin. "Badan manusia mempunyai jisim yang agak tinggi dan ketumpatan yg. dimiliki oleh badan manusia akan menyebabkan kita lazimnya akan tenggelam di dalam air". Panjang syarah si doktor hingga terlompong orang ramai dengan istilah sains yg. agak aneh bagi mereka.

Tiba giliran Ust. Nuh untuk berhujjah. Namun apa yang keluar dari mulut Ust. Nuh "Allah Taala belaka tuuu". Cukup ringkas jawapan Ust Nuh yang menyandarkan soalan pertama tadi dengan hasil kerja Allah Taala sahaja apa yang terjadi. Maka tersenyumlah Hj Mud menandakan menantunya yg. ustaz memang takde idea untuk menjawab, gred C lah kiranya.

"Soalan kedua: Kenapa setiap benda hidup yang bernyawa akan hancur bila daya hidup atau nyawa dia tercabut dari fizikal dan ditanam di dalam tanah?"
 Dr. Naim dengan penuh yakin menjawab: "Hukum sains menyatakan bahawa apabila seseorang meninggal dunia, kulit dan daging manusia akan terurai dalam jangka masa enam hingga setahun manakala tulang pula akan mengalami pereputan dalam jangka masa dua puluh sehingga lima puluh tahun.Walau bagaimana pun, jasad yang terurai bergantung kepada beberapa faktor semulajadi seperti kepanasan, pendedahan kepada cahaya, lokasi dan kelembapan.

Empat minit pertama kematian, pereputan sebenarnya telah pun bermula. Ia dikenali sebagai ‘pereputan kendiri’ atau self-decomposition. Ia didorong oleh penurunan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam tubuh secara mengejut yang akhirnya menyebabkan sel-sel tubuh mengalami ‘keracunan’. 
Kemudian, enzim memulakan proses pereputan disebabkan oleh ketinggian peratusan asid di dalam tubuh. Lemak, protein dan juga gula terurai menjadi elemen yang ringkas. Walaubagaimanapun, pereputan ini tidak mampu dilihat daripada luaran pada peringkat awal kematian. Pereputan ini hanya bertumpu di organ limpa kerana kepadatan enzimnya dan otak kerana isipadu bendalirnya.." Panjang lebar huraian yang sekali lagi melompongkan hadirin yang ada sambil-sambil rokok daun bersilih ganti dipulas.

Tiba pula giliran Ust. Nuh untuk berdalil. Namun sekali lagi apa yang keluar dari mulut Ust. Nuh "Allah Taala belaka tuuu". Cukup ringkas jawapan Ust Nuh yang menyandarkan soalan kedua dengan hasil kerja Allah Taala sahaja apa yang terjadi. Maka tersenyumlah sekali lagi Hj Mud menandakan menantunya yg. ustaz memang gred D dari sudut pengetahuan. Para tetamu sudah mula berbisik-bisik lantaran jawapan Ust. Nuh yang bersahaja tadi, siap muncung-muncung lagi barangkali memberi isyarat bahawa Ust Nuh tak layak jadi menantu Hj Mud yang x-PTD zaman Jepun.

Soalan terakhir: "Kenapa Burung Hering sebahagian besarnya berbulu lebat tapi kepalanya botak?". Riuh satu rumah dengan gelak ketawa para tetamu mendengarkan soalan terakhir Hj Mud. 

Dan seperti yang dijangka, Dr. Naim bersuara dan berhujjah dengan penuh fakta saintifik. "Tabiat Burung Hering ketika melapah bangkai mangsanya, ia merodok rakus sehingga menerjah ke dalam rusuk bangkai dan ini membuatkan pelepah bulu halus di kepala dihakis oleh tabiat tersebut.." Aaaaaaaa kedengaran dari para tetamu sebagai isyarat mereka baru tahu kenapa burung spesis ini lazimnya berkepala botak.

Dan seperti diduga Hj Mud, Ust Nuh sepontan menjawab "Allah Taala belaka tuuu". Ringkas dan membuatkan orang ramai menjebik sahaja mendengar jawapan yang diberi. 

Tamat sudah sesi teka teki lalu Hj. Mud berlalu seketika masuk ke dapur melintasi anak beranak yg. sedia ramai dipenjuru ruang rehat dapur sambil menjebik muka dan berbisik, "Aku cakap dah, bukan jenis berilmu pun. Budak tadika pun boleh jawab yg. macam si MatNuh tu jawab". Tunduk hiba si anak bongsu si isteri Ust Nuh mendengarkan Abah mencemuh suami tercinta.

Sebaik Hj. Mud kembali ke ruang tamu rumah di hadapan hadirin, Pak Imam Hj. Lotfi bersuara, "Balik dulu Hj. Mud..terima kasih untuk majlis malam ni". Belum sempat Hj. Mud memberikan reaksi, tiba-tiba Ust. Nuh bangun dan bersuara:"Minta maaf kepada semua hadirin, minta maaf kepada Abah selaku ayahanda saya. Izinkan saya memberi sepatah dua kata sebelum kita bersurai".

Tercengang semua yang ada bila mendengar ucapan Ust. Nuh yang tiba-tiba bangun dan bersuara. Sanak saudara di dapur saling melutut-lutut menjengah kepala ingin tahu apa yang berlaku, Hj. Mud membisu seribu bahasa. 

"Saya bahasakan diri saya sebagai 'ambo' dan malam ni ambo rasa sangat bertuah kerana diperkenalkan sekali lagi secara lebih santun selaku menantu Abah dan ambo rasa sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian dari keluarga Abah. Sesi teka teki sebentar tadi memberi banyak ilmu kepada kita semua dan pastinya Dr. Naim telah berkongsi ilmu yang Allah sediakan kepada para ilmuan sains untuk menjawab pelbagai isu berkaitan dunia sains. Ambo tahu ambo jahil dalam bab akademik lebih-lebih lagi sains namun suka ambo kaitkan pada awalnya dengan menyandarkan segala aspek kejadian dengan urusan yang telah direncanakan semua oleh Allah Taala supaya kita tidak melupakan asal usul segala kejadian adalah datangnya dari Allah, dan sebab tu ambo bangun ni untuk tambah apa yang sepatutnya kita tahu dari 3 soalan tadi". 

"Ya betul bila kita berada dalam air, selalunya kita akan tenggelam. Tapi adakah kita sudah lupa akan sejarah yang berlaku ke atas Laut Mati. Betapa hebatnya kekuasaan Allah membuatkan keadaan air yang pada zahirnya kita nampak sama sahaja dengan air laut di mana-mana tempat, namun hasil laknat Allah ke atas Laut Mati menyebabkan kita yang memasuki air laut tersebut akan membuatkan badan kita terapung dengan sendiri. Bahkan ikan pun tidak dijumpai di sana. Pelik ko dok? Siapa punya kerja semua tu? Allah ko sapo? Hok sains jawab tu betul doh tapi ada benda lain yg. kita kena tahu jugok kenapa jadi sebaliknya"

"Soalan kedua: Dari sudut sains tepat sekali Dr. Naim cerito segala proses yg. berlaku kepada pereputan benda bernyawa lebih-lebih lagi manusia yang mati. Tapi ado jugok mayat yang tak hancur walaupun berbulan, bertahun beratus-ratus tahun dikebumikan. Sapodio yang tak hancur tu? Contohnya para syuhada'. Dr. Tariq Suwaidan dalam satu rancangan bersirinya, Story of the End telah menyatakan  Sheikh Muhammad As-Sawwaf adalah salah seorang ulama yang dipilih untuk menguburkan kembali jasad syuhada Uhud. Menurut Sheikh Muhammad As-Sawwaf jasad para syuhada Uhud tidak terusik dek tanah dan ulat-ulat miskipun telah menjangkau usia 1,400 tahun. Bakpo dop hancur? Siapa punya kerja tu?"

"Soalan ke-3. Sebelum ambo jawab, ambo nok mintak maaf terlebih dulu kepada Abah. Bukan nak guriskan hati Abah. Berkenaan Burung Hering kepala botak, Dr. Naim beri ulasan tadi dari sudut sains dan ianya tepat sekali. Tapi ada yang sebaliknya berlaku sesuatu atas kehendak Allah. Kebetulan Abah kepala botak tengah, sekarang ada sikit-sikit jer rambut ditepi. Adakah bermakna Abah jenis makhluk yang makan secara menyondol? Adakah abah sodok nasi dalam periuk tanpa ceduk bubuh dalam pinggan. Adakah kerja Abah sehari-hari menyondol dan menanduk segala macam benda yang ada di hadapan? Kalau yer Abah jenis menyondol, agaknya munasabah sebab kepala Abah licin bak Pierluigi Collina pengadil botak Piala Dunia. Sudah tentu tidak kan Abah?" Habis satu rumah tak kering gusi bila Hj Mud dijadikan contoh.

Penjelasan Ust. Nuh membuatkan semua yang hadir berasa amat puas hati, makan sedap dapat, ilmu pun dapat. Dan yang paling best, masjid di situ bakal diisi dengan kuliah oleh Ust Nuh. Dan yang teramat terkena adalah Hj Mud yang angkuh dengan perinsip yang asalnya dijadikan pegangan diri. Namun bermula hari itu, Hj Mud mula insaf dan tidak lagi memandang rendah kepada golongan rendah diri di kalangan mereka yang belajar agama. Kerana bagi Hj Mud, seangkuh mana pun kita dengan mereka yang belajar agama, bila mati besok, golongan inilah yang akan dicari untuk menguruskan si mati, bukan orang kaya, bukan dato, bukan tan sri, tapi mereka yang title awalannya adalah USTAZ sekalipun gelaran kurnia diperolehi selepas itu adalah pingat darjah kurnia kebesaran yang gah lagi dimuliakan di sisi orang kebanyakan.

P/S: Dialu-alukan share jika bermanfaat. Terbaik dr page 
HABacai 
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ