Hatim pura-pura tidak mendengar bunyi itu, kerana dia tidak mahu membuat wanita tetamunya itu merasa malu. Untuk meyakinkan si wanita bahawa bunyi "letupannya" tidak terdengar, maka dia bersikap seperti seorang tuli yang tidak kuat pendengarannya.
"Cakap kuat-kuat! Pendengaranku kurang jelas!" kata Hatim sambil meletakkan tangan pada telinganya.
Si wanita mengulangi pertanyaannya dengan suara kuat. Dia kelihatan gembira kerana menyangka Tuan Guru Hatim tidak mendengar bunyi angin yang terkeluar daripadanya. Kemudian Hatim memberikan jawapan atas pertanyaan yang dikemukakan oleh si wanita.
Lucunya, selepas peristiwa itu, Hatim terus menerus bersikap seperti orang tuli. Setiap kali ada orang bercakap dengannya dia selalu memerintahkan: "Kuat sikit, pendengaranku tidak jelas."
Demikian juga setiap kali ada orang mengajukan pertanyaan kepadanya, dia sentiasa berkata: "Ulangi pertanyaanmu dengan kuat, pendenagaranku kurang jelas."
Mengapa Hatim berbuat demikian? Kerana dia tidak ingin si wanita tadi mengetahui bahawa dia tidak tuli sehingga malu untuk datang lagi kepadanya.
Lima belas tahun kemudian, si wanita meninggal dunia. Maka barulah Hatim menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan cepat tanpa meminta agar si penanya mengulangi pertanyaannya.
Disebabkan kepura-puraannya itu pula dia mendapat julukan Hatim Al-Ashamm yang ertinya Hatim Tuli.
6 comments:
dari kerana menjaga malunya si perempuan.perghh.hebat.
hebatnye hatim ni =D
menarik cerita ni =]
Thumbs up
Begini orng kalau dh menguasai ilmu dunia dan akhirat...Kita bagaimana pula yer..InsyaAllah macam tu jugak..
Hebat sungguh...Menjaga keaiban seseorang memang diberi pahala yg begitu besar...jagalan aib org kalau aib kita pun dijaga Allah..
Insafilah dgn citer tersebut...pengajaran yg amat besar...
Post a Comment