Sebenarnya, biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan memiliki pelbagai kelebihan yang tidak diketahui oleh kita. Jika hendak dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian tersebut pasti ramai yang tidak percaya bahawa biji sawi mempunyai khasiat yang lebih tinggi daripada sayur-sayuran lain.
Ini kerana menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Malah kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif.
Namun begitu, Ibnu Taimiyah seorang ulama' yang pakar dalam perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibun Nabawi. Antara khasiat biji sawi yang terdapat dalam kitab ini ialah:
01. Memanaskan tubuh badan.
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut.
03. Mengeluarkan cacing daripada perut.
04. Mengelakkan bengkak limpa.
05. Mengikis kudis bernanah.
06. Meransang nafsu syahwat.
07. Mengelakkan sesak nafas.
08. Menambah selera makan.
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa.
10. Membersihkan paru-paru.
11. Melancarkan pengaliran darah haid.
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat.
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha.
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat.
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak.
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa.
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh.
Demikianlah antara khasiat biji sawi yang terkandung dalam kitab ini. Kalau diperhatikan ramai di antara kita lebih suka merawat penyakit di hospital. Ini disebabkan mereka tidak tahu betapa ramuan dari akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan memiliki banyak khasiat.
Sayang seribu kali sayang, kita selalu memakan sayur-sayuran tetapi kita tidak menyedari bahawa ia mempunyai rahsia tertentu untuk menyembuh dan merawat penyakit.
Sumber artikel: Majalah Cahaya (JAKIM)
1 comments:
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment