tiap hari aku berada dalam kesengsaraan
dahulu aku telah mendapat gelaran
orang yang paling bahagia hidupnya
hari berganti hari
Hidupku berubah menjad derita
alangkah buruknya kesengsaraan ini.”
Diriwayatkan pula dari Duraid dari Al-Rijasyi dari Al-Ashmu’i, Nabi Muhammad s.a.w pernah mengutus surat kepada Dzul Kala’ yang ketika itu menjadi Raja Thaif melalui utusan baginda iaitu Jarir bin Abdullah yang mengandungi seruan agar Dzul Kala; memeluk Islam. Pada ketika itu Dzul Kala’ pernah mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan dan dia selalu ditaati oleh rakyatnya sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat, manakala Jarir utusan Rasulullah s.a.w masih belum kembali. Kekuasaan Dzul Kala’ berterusan sehingga tiba zaman khalifah Amirul Mukminin, Saidina Umar Al-Khatob r.a dan ketika zaman inilah beliau mendapat hidayah dan hatinya mencintai Islam. Kerana kecintaannya terhadap Islam, Dzul Kala’ kemudian mengirimkan satu delegasi yang dipimpinnya sendiri dengan membawa lapan ribu hamba abdi. Sebaik tiba di hadapan Saidina Umar r.a dia pun mengisytiharkan dirinya untuk memeluk Islam dan ketika itu juga beliau telah membebaskan empat ribu hambanya.
Umar r.a berkata sebaik sahaja melihat hal tersebut : “Wahai Dzul Kala’, Aku memohon kepada engkau agar bersetuju untuk menjual baki lagi dari hamba abdi engkau itu kepada aku (untuk tujuan membebaskannya) dan aku akan membayar satu pertiga harganya di sini dan satu pertiga lagi akan aku bayar di Syam!“
Dzul Kala lantas menjawab : “Berikan kepada aku tempoh sehari untuk memikirkan tawaran dari tuan tersebut.”
Dzul Kala’ pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya dan sebaik tibanya dirumah, beliau telah bertindak membebaskan semua baki hamba abdi yang dimilikinya.
Keesokkannya Dzul Kala’ kembali menggadap Saidina Umar r.a dan Saidina Umar lantas bertanyakan tentang tawarannya sebelum ini itu : “Bagaimana keputusan engkau dengan tawaran aku semalam mengenai hamba-hambamu itu?“
“Sesungguhnya Allah telah memilihkan jalan terbaik buat aku dan mereka daripada tawaran yang tuan telah berikan itu.” jawab Dzul Kala’
“Apa yang engkau maksudkan itu, wahai Dzul Kala’, tanya Umar kepadanya.
“Mereka telah aku merdekakan kerana Allah,” jawabnya ringkas.
“Demi Allah, kamu telah melakukan yang terbaik, wahai Dzul Kala’ ujar Umar r.a
“Wahai Amirul Mukmini, aku mempunyai dosa yang aku rasakan terlalu besar dan Allah tidak akan mengampuninya,” kata Dzul Kala’ kepada Umar.
“Dosa apakah itu, wahai Dzul Kala’,” tanya Umar r.a
“Aku terlalu suka orang ramai menyembah aku dan aku telah menganggap diri aku ini yang tertinggi dan jumlah rakyat yang menyembah aku sekitar seratus ribu orang,” demikian penjelasan Dzul Kala’
“Taubat itu harus dilakukan secara ikhlas dan kembali kepada Allah s.w.t harus dikerjakan dengan bertekad dan berazam untuk meninggalkan semua perbuatan itu dan tidak sekali-kali mahu mengulanginya. Semoga perbuatan tersebut akan diperkenankan oleh Allah s.w.t dan diterima taubat dan memberikan keampunan-Nya. Allah s.w.t telah berfirman :
“Janganlah engkau berputusa asa dari rahmat Allah” – Az-Zumar 53
0 comments:
Post a Comment