AlhamduLILLAH, sama-sama kita merafak kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T atas sifat Ar Rahman dan Ar RahimNYA, masih lagi kita diberi peluang untuk memohon keampunan daripadaNYA. ALLAHu Robbi.
InsyaALLAH, kali ini suka untuk saya berkongsi doa selepas solat sunat Dhuha, antara solat sunat yang tidak pernah dilekangi Rasulullah S.A.W.
Antara hadisnya, dan maksudnya:
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
"Kekasihku Rasullullah S.A.W telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Ramai di luar sana jelas dengan kaifiatnya.
Pada sujud terakhir dibacakan doa yang telah saya kongsikan pada hari kursus di Melaka tempoh hari.
Diulangi 3x
Selesai mengerjakan solat sunat Dhuha, maka disambung dengan doa dibawah.
Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU, kecantikannya adalah kecantikanMU,
keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU,
kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMU,
limpahkan kepadaku segala yang ENGKAU telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Pada kalimat:
Sebaiknya dilakukan antara waktu 8.00 (Selepas Solat Sunat Isra') - 11 pagi.
Semoga diberi ALLAH manfaat kepada semua. InsyaALLAH.
Wassalam.
Ihsan dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/
1 comments:
Sunat dhuha nie, kalau boleh jgn kita tinggalkan, kalau x sempat nk buat boleh qadhakan diwaktu yg lain...
Post a Comment