| | | |
|
Keduanya, mengenai kedudukan gambar fotografi yang dirakamkan. Saya amat mengharapkan penjelasan kepada soalan-soalan berikut: JAWAPAN:
إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ yang bermaksud:
Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan. الْخُرُوْجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar manusia atau binatang. Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang dosa.
المستدرك على الصحيحين
iaitu gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna yang sekiranya objek tersebut hidup, dia akan mampu untuk terus hidup. Contohnya gambar seorang manusia yang cukup dengan kepala dan badan. Bukankah sekiranya seseorang itu hanya dilahirkan dengan mempunyai kepala dan badan, dia masih mampu untuk hidup? Namun sekiranya gambar yang dilukis hanyalah gambar kepala sahaja atau gambar manusia tanpa kepala, maka hukum gambar seperti ini adalah diharuskan tanpa ada sebarang hukum makruh. Hukum makruh di sisi Mazhab Al-Imam Malik hanyalah sekiranya gambar yang dilukis adalah gambar manusia atau binatang yang sempurna. sumber PMRAM |























































