Susu adalah pemakanan utama untuk pembesaran bayi yang baru dilahirkan. Semasa dalam kandungan lagi, bayi telah dibekalkan makanan yang diserap melalui darah ibunya yang berbentuk susu.
Di dalam Islam seseorang ibu wajib menyusu bayinya sekiranya ia mampu. Jika sebaliknya ia dibenarkan mengupah orang lain bagi tujuan penyusuan tersebut.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang antara ibu dan anak.
- Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
- Menceraikan susu dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan dan pertimbangan daripada pasangan bagi memastikan bayi mendapat penjagaan yang rapi.
- Bapa bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan tidak membebani ibu dengan pelbagai tugas sepanjang tempoh penyusuan.
- Jika bapa tiada atau meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil tanggungjawab dalam proses penyusuan kepada bayi tersebut
Khasiat Susu Ibu
Allah mengurniakan susu dalam kuantiti yang sangat kecil daripada payudara yang berbentuk cecair berwarna kekuningan (kolostrom) sebagai keperluan bayi di awal kelahiran.
Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya di samping turut membantu bayi menerima dan mencernakan susu (makanan) yang dihisapnya.
Dalam masa 24 jam payudata ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehingga dia menceraikan susu.
Kebaikan Penyusuan Ibu
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
- Membantu mengecutkan rahim (mengurangkan pendarahan).
- Mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal - lemak digunakan semasa penyusuan.
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
- Menjimatkan masa dan wang.
- Mudah dan tidak perlu persediaan.
0 comments:
Post a Comment