Rayuan Derma: Markaz al-Aitam

0 comments
Jemputan ke Majlis Jamuan Sambil Menderma Untuk Menyiapkan Bangunan dan Menguruskan Anak-anak Yatim MARKAZ AL-AITAM

Tarikh: 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 12.00 Tengahari - 7.00 Petang
Tempat: Tapak Bangunan Markaz al-Aitam, Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Majlis akan dirasmikan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.



INFO MARKAZ AL-AITAM:

Markaz al-Aitam terletak di alamat Lot 390, Mukim Kg. Wakaf, Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Markaz al-Aitam ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga dan mendidik anak-anak yatim dari usia 7 tahun hingga 17 tahun dengan sasaran seramai 40-50 orang pelajar tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas anak-anak yatim tersebut.

Markaz al-Aitam didirikan di tapak seluas 1.5 hektar dengan cadangan mendirikan 1 bangunan 3 tingkat (Pusat pengajian, Penginapan, perpustakaan, pusat internet dan dewan), sebuah masjid, pejabat urusan, rumah guru dan kakitangan, medan kereta dan taman rehat. Buat masa sekarang, bangunan penginapan masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat digunakan pada hujung tahun ini.







Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini agar ianya berjaya sekaligus menjadi saham akhirat kepada kita semua.

Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan terus ke akaun Bank Islam, cawangan Pasir Puteh atas nama Markaz al-Aitam dengan no akaun: 03090010042421

Sebarang pertanyaan dan keterangan bolehlah dibuat dengan menghubungi Haji Mohd Nordin Ismail (Pengerusi Markaz al-Aitam merangkap Tuan Imam Kg. Permatang Gading. H/P: 019-9675378) dan Haji Nik Yusof Nik Abdullah (Setiausaha H/P: 019-9503388)

dari web mymaktabaty.com
More

Nilai Tudung Wanita

4 comments
Petikan ini di petik dari Darul Nu'man.Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.

Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.

Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. "

Wassalam

More

Doa Abu Darda': Pagar Diri & Pagar Rumah

4 comments
Bismillahirrahmaanirrahiim

Ada doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil karim...

Ada pula doa yang bermula dengan ""Allahumma anta rabbi laa ilaha illa anta 'alaika tawakaltu wa anta rabbil arsyil azim...

kalau berpandukan Kitab Pedinding Diri, tulisan (Arab) oleh Al-Muhadith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani, diterjemah oleh Ustaz Fuad Kamaludin (Yayasan Sofa) - yang betulnya "AZIM"

Maksudnya:

Ya ALLAH, Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkaulah kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki ALLAH pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki ALLAH pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan izin ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya ALLAH (atas tiap sesuatu) amat berkuasa. Dan sesungguhnya ALLAH meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya ALLAH, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukkan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap mahkluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia) Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak-gerinya). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar


O God! You are my Lord! There is no good but You. rely on You while You are the Lord of the heavens. There is neither might nor power but with Allah, the Great, the Exalted. Whatever He wills, will be done and nothing will be done if He does not will. I know that God has power over everything and He encompasses everything. O God! I seek refuge in You from the evil of myself, from the evil of a bad destiny, from the evil of one who has evil, from jinn and men, from the evil of every beast the control of which is in Your hand. Surely my Lord is on a straight path.”



Ertinya:“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Diceritakan oleh para guru jikalau doa ini dibaca ketika berjemaah maka jikalau ada salah seorang yang ada unsur-unsur negatif akan keluar sendawa angin yang banyak dari tubuhnya. Malah mungkin juga ada rasa sengal-sengal badan. Wallahu a'lam.
More

Penyebab Kegelisahan Hidup Dan Penyukar Rezeki

2 comments


Kita sering merasakan agak sukar untuk mendapatkan pendapatan di dalam berniaga atau sedikit sebanyak sering berasa gelisah hati dan tidak senang.

Dan dengan itu, kita hampir pecah kepala berfikir apakah sebab dan puncanya. Keadaan ini amat menggelisahkan hati dan duduk atau berdiri sama sahaja keadaannya.

Bagi saya, ada satu sebab yang utama selain sebab-sebab lain iaitu kita memegang atau mengambil hak orang tanpa mengembalikan atau memenuhi hak orang tersebut.

Sebagai contohnya:

1. Kita tidak memenuhi hak pembeli dengan sebaik-baiknya atau tidak memenuhi janji yang diberikan. Di situ kita telah berhutang janji dan bermaksud hak pembeli itu tidak kita penuhi.

2. Kita berjanji dengan seseorang untuk sama-sama berusaha dan membahagi keuntungan. Apabila tiba masanya, kita tidak memenuhi janji kita itu. Bermaksud, mereka hanya berpenat lelah membantu kita tetapi kita tidak memberikan hak mereka contohnya upah kepada mereka, atau keuntungan yang patut mereka dapat.

3. Hutang. Saya membahagikan hutang kepada dua jenis iaitu berhutang dengan orang yang tidak begitu kaya dan berhutang dengan orang kaya. Jika kita berhutang dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang tidaklah begitu senang sangat hidup mereka, maka anda wajib segerakan membayar semula pinjaman tersebut.

Lain jika anda berhutang dengan si kaya, mungkin anda masih boleh meminta ruang waktu lagi untuk menunda bayaran. Tapi tidak dengan kawan-kawan atau saudara mara yang hidup lebih kurang dengan anda, maka JANGAN ZALIMI mereka jika anda telah mampu membayar mereka walaupun sedikit-sedikit.

4. Zakat. Jika anda telah mencukupi syarat untuk mengeluarkan zakat, maka anda wajib melakukannya. Sucikanlah harta dan pendapatan anda melalui zakat. Ini adalah perintah Allah dan ia wajib dilakukan jika telah cukup syaratnya.

Berapa sangatlah jumlah yang perlu dibayarkan. Allah menjanjikan pulangan dan balasan yang lebih besar bagi mereka yang mengeluarkan zakat atau sadaqah. Jika niat kita ikhlas, Allah akan memberikan rezeki yang berganda-ganda tanpa kita duga.

Kesimpulan

Hidup memegang atau mengambil hak orang secara zalim walaupun tidak berniat zalim adalah satu sikap yang mengundang kesusahan kepada diri sendiri sama ada gelisah hati atau rasa sukar untuk mendapatkan rezeki.

Allah memerintahkan agar kita sentiasa berlaku adil walaupun kita mungkin menghadapi sedikit kesusahan di peringkat awal. Tapi ia lebih baik daripada terus menerus memegang hak orang yang tidak berhak kita memegangnya tanpa rasa bersalah.

Tunaikanlah hak-hak orang jika kita memegang hak-hak mereka. Jangan tangguhkannya. Bertindaklah segera sebelum ajal dan maut menjemput.

Hak Allah jika tidak ditunaikan, kita masih boleh memohon keampunan dan kita mungkin diampunkan sebab Allah itu Maha Penyayang, Pengampun, Maha Kaya, Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Tapi jika kita meninggalkan dunia ini dengan membawa hak-hak manusia yang tidak kita penuhi, sudah semestinya ia sedikit sebanyak menyukarkan kita di ‘dunia sana’ kerana kita masih terikat dengan hak-hak orang yang belum kita langsaikan..

Ketahuilah, jika kita tunaikan hak-hak manusia yang WAJIB kita penuhi, ALLAH akan tunaikan juga hak-hak kita. Di antara hak-hak kita itu adalah rezeki, keampunan, kebahagiaan dan kesenangan hidup. Allah akan memberikannya jika kita telah tunaikan hak-hak orang yang wajib kita penuhi.


sumber: kredit to SmartZul

More

Kung Fu Mabuk

3 comments

Ustaz Azhar Idrus

Terkejut dengar perkataan kung fu mabuk. Bukan apa, sebab lama tak dengar perkataan tu semenjak Jackie Chan sudah tua ni (minat Jackie :) ). Sebenarnya kung fu mabuk ini adalah tajuk ceramah ustaz Azhar Idrus. Fazakkeer jenguk-jenguk mymaktabaty. Jadi nak kongsi dengan teman-teman di sini. Ustaz Azhar memang kalau berceramah bergegar kalbu dan sanubari. Kalau tidak percaya teman-teman boleh dengar ceramah beliau sekarang.
Justify Full
Kungfu Mabuk

Senarai lengkap Kuliah Ustaz Azhar Idrus, sila ke: Ustaz Azhar Idrus




Inilah koleksi ceramah ustaz Azhar Idrus. Ini dikongsikan bersama dari http://mymaktabaty.com.

Kredit untuk Syeikh mymaktabaty yang budiman.

KITAB ASAS FARDHU AIN LENGKAP
Credit to: Nayoe (www.kuliyah.net)

001. Asas Fardhu Ain Siri 001 - Islam Lakonan
http://www.mediafire.com/?zd0jxjavvow

002. Asas Fardhu Ain Siri 002 - Imam Kafir
http://www.mediafire.com/?aam84dfbnlb

003. Asas Fardhu Ain Siri 003 - Kasino Lawan Masjid
http://www.mediafire.com/?29jthog5pn6

004. Asas Fardhu Ain Siri 004 - Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?wpqovqbm297

005. Asas Fardhu Ain Siri 005 - Tauhid Sifat
http://www.mediafire.com/?y8ktg23kgzt

006. Asas Fardhu Ain Siri 006 - Kun Fayakun
http://www.mediafire.com/?s1pmynts6db

007. Asas Fardhu Ain Siri 007 - Haji Sukma
http://www.mediafire.com/?lxa2qlw2uxg

008. Asas Fardhu Ain Siri 008 - Hidup Seribu Tahun
http://www.mediafire.com/?0cj2yydlt2l

009. Asas Fardhu Ain Siri 009 - Kakap Merah
http://www.mediafire.com/?mwoaomtetwm

010. Asas Fardhu Ain Siri 010 - Senang Tapi Susah
http://www.mediafire.com/?ifuwy2tmqty

011. Asas Fardhu Ain Siri 011 - Kenal Malaikat
http://www.mediafire.com/?yqjmjuj2ion

012. Asas Fardhu Ain Siri 012 - Ana Anta
http://www.mediafire.com/?zikndno24iw

013. Asas Fardhu Ain Siri 013 - Mukjizat Terakhir
http://www.mediafire.com/?umkzyzgt1lm

014. Asas Fardhu Ain Siri 014 - Fesyen Lama
http://www.mediafire.com/?yyjq3mynnye

015. Asas Fardhu Ain Siri 015 - Kenal Nabi
http://www.mediafire.com/?uugnnte4402

016. Asas Fardhu Ain Siri 016 - VIP Mahsyar
http://www.mediafire.com/?4m21jytjzmw

017. Asas Fardhu Ain Siri 017 - Melayu Tiruk
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 017 - Melayu Tiruk
Download 2: http://www.mediafire.com/?jw2zqwodzny

018. Asas Fardhu Ain Siri 018 - Pakej Mati
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 018 - Pakej Mati
Download 2: http://www.mediafire.com/?ryz0ihd2bzz

019. Asas Fardhu Ain Siri 019 - Darul Arak
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 019 - Darul Arak
Download 2: http://www.mediafire.com/?xz2n1dlimhr

020. Asas Fardhu Ain Siri 020 - 3 Butir Batu
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 020 - 3 Butir Batu
Download 2: http://www.mediafire.com/?zwymyz2dkzm

Tambahan 30 Disember 2008
021. Asas Fardhu Ain Siri 021 - Bangkai Suci
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 021 - Bangkai Suci
Download 2: http://www.mediafire.com/?jqoj02iimnr

Tambahan 13 Januari 2009
022. Asas Fardhu Ain Siri 22 - Hormat Haiwan
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 22 - Hormat Haiwan
Download 2: http://www.mediafire.com/?mx4ngdjmu4t

023. Asas Fardhu Ain Siri 23 - Imam 5 Tahun
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 23 - Imam 5 Tahun
Download 2: http://www.mediafire.com/?dcq51nzww2z

Tambahan 31 Januari 2009
024. Asas Fardhu Ain Siri 24 - Berkat Bismillah
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 24 - Berkat Bismillah
Download 2: http://www.mediafire.com/?xlkoh2eedkq

025. Asas Fardhu Ain Siri 25 - Hilang Aqal
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 25 - Hilang Aqal
Download 2: http://www.mediafire.com/?m12zummngmz

Tambahan 16 Februari 2009
026. Asas Fardhu Ain Siri 26 - Rempit Kentut
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 26 - Rempit Kentut
Download 2: http://www.mediafire.com/?iijnnjzgwdw

027. Asas Fardhu Ain Siri 27 - Paksa Mandi
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 27 - Paksa Mandi
Download 2: http://www.mediafire.com/?tnnznymomvh

028. Asas Fardhu Ain Siri 28 - Mandi Separuh
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 28 - Mandi Separuh
Download 2: http://www.mediafire.com/?o3dd1et3xhn

Tambahan 28 Februari 2009
029. Asas Fardhu Ain Siri 29 - Tangan Mozek
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 29 - Tangan Mozek
Download 2: http://www.mediafire.com/?zdqgfzk2xtv

Tambahan 19 Mac 2009
030. Asas Fardhu Ain Siri 30 - Mimpi Tok Bilal
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 30 - Mimpi Tok Bilal
Download 2: http://www.mediafire.com/?zrdgjtln2vz

031. Asas Fardhu Ain Siri 31 - Imam Tembo
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 31 - Imam Tembo
Download 2: http://www.mediafire.com/?2m3gw2jka0y

032. Asas Fardhu Ain Siri 32 - Solat Bercakap
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 32 - Solat Bercakap
Download 2: http://www.mediafire.com/?dntwkm0imme

Tambahan 29 Mac 2009
033. Asas Fardhu Ain Siri 33 - Pusing Kiblat
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 33 - Pusing Kiblat
Download 2: http://www.mediafire.com/?y2qzxjimvzm

Tambahan 12 April 2009
034. Asas Fardhu Ain Siri 34 - Sokong Quran
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 34 - Sokong Quran
Download 2: http://www.mediafire.com/?wztuze30mmw

Tambahan 20 April 2009
035. Asas Fardhu Ain Siri 35 - Bulan Cerah
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 35 - Bulan Cerah
Download 2: http://www.mediafire.com/?g1zmm2lizwm

Tambahan 26 April 2009
036. Asas Fardhu Ain Siri 36 - Bini Gila
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 36 - Bini Gila
Download 2: http://www.mediafire.com/?mlznkaomy0n

037. Asas Fardhu Ain Siri 37 - Rukun Fatehah
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 37 - Rukun Fatehah
Download 2: http://www.mediafire.com/?mynznnxmgdm

Tambahan 11 Mei 2009
038. Asas Fardhu Ain Siri 38 - Seluar Jin
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 38 - Seluar Jin
Download 2: http://www.mediafire.com/?xzfynt3mzty

039. Asas Fardhu Ain Siri 39 - Menantu JKK
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 39 - Menantu JKK
Download 2: http://www.mediafire.com/?iydhzjdezmz

Tambahan 20 Mei 2009
040. Asas Fardhu Ain Siri 40 - Wirid Dan Doa
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 40 - Wirid Dan Doa
Download 2: http://www.mediafire.com/?jzgemmge4wm

041. Asas Fardhu Ain Siri 41 - Jadual Matahari
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 41 - Jadual Matahari
Download 2: http://www.mediafire.com/?ytwimtodmmz

Tambahan 05 Jun 2009
042. Asas Fardhu Ain Siri 42 - Arab Bida'ah
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 42 - Arab Bida'ah
Download 2: http://www.mediafire.com/?zdywjt5mzj2

043. Asas Fardhu Ain Siri 43 - Hukum Khunsa
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 43 - Hukum Khunsa
Download 2: http://www.mediafire.com/?zmywzyznexn

Tambahan 27 Jun 2009
044. Asas Fardhu Ain Siri 44 - Spoket Sutung
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 44 - Spoket Sutung
Download 2: http://www.mediafire.com/?mfu4wqohz0m

045. Asas Fardhu Ain Siri 45 - Khatib Dok Rok
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 45 - Khatib Dok Rok
Download 2: http://www.mediafire.com/?mrygmqqtdna

046. Asas Fardhu Ain Siri 46 - Jamak Subuh
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 46 - Jamak Subuh
Download 2: http://www.mediafire.com/?qnjymihezdm

Tambahan 22 Julai 2009
047. Asas Fardhu Ain Siri 47 - Sakit Tak Sembahyang
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 47 - Sakit Tak Sembahyang
Download 2: http://www.mediafire.com/?yzw2amnt52n

048. Asas Fardhu Ain Siri 48 - Pengurusan Mayat
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 48 - Pengurusan Mayat
Download 2: http://www.mediafire.com/?y0ig4mdh2mj

049. Asas Fardhu Ain Siri 49 - Bid'ah Kuburan
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 49 - Bid'ah Kuburan
Download 2: http://www.mediafire.com/?yzminnqnwin

050. Asas Fardhu Ain Siri 50 - Solat Ghaib
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 50 - Solat Ghaib
Download 2: http://www.mediafire.com/?z5gim2jmyod

Tambahan 29 Julai 2009
051. Asas Fardhu Ain Siri 51 - Kelebihan Solat Jenazah
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 51 - Kelebihan Solat Jenazah
Download 2: http://www.mediafire.com/?zt20mlwm23h

Tambahan 7 Ogos 2009
052. Asas Fardhu Ain Siri 52 - Saham Kematian
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 52 - Saham Kematian
Download 2: http://www.mediafire.com/?oimqnuimfmg

Tambahan 16 Ogos 2009
053. Asas Fardhu Ain Siri 53 - Sembahyang Sunat
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 53 - Sembahyang Sunat
Download 2: http://www.mediafire.com/?umo0wroxlzg

Tambahan 25 Ogos 2009
054. Asas Fardhu Ain Siri 54 - Langkah Kanan
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 54 - Langkah Kanan
Download 2: http://www.mediafire.com/?dmwywztmknw

Tambahan 4 September 2009
055. Asas Fardhu Ain Siri 55 - Pupuk Semangat
Download 1: Asas Fardhu Ain Siri 55 - Pupuk Semangat
Download 2: http://www.mediafire.com/?eozxd4lzzgg

Tambahan 17 September 2009
056. Asas Fardhu Ain Siri 56 - Sunat Istikharah
Download: http://www.mediafire.com/?eanimjmgldm

057. Asas Fardhu Ain Siri 57 - Khilaf Ulamak
Download: http://www.mediafire.com/?zkzwmjmiujy

Tambahan 13 Oktober 2009
058. Asas Fardhu Ain Siri 58 - Bilal Pelat
Download 1: http://www.mediafire.com/?zdo0tmmyegz
Download 2: http://www.4shared.com/file/136031265/f4691c58/Ustaz_Azhar_Idrus_-_Bilal_Pelat.html (http://www.kuliyah.net/)

Tambahan 23 Oktober 2009
058. Asas Fardhu Ain Siri 59 - Sibuk Raya
Download 1: http://www.mediafire.com/?mkzaet2mjmj
Download 2: http://www.4shared.com/file/141017767/8c6584b4/Ustaz_Azhar_Idrus_-_Sibuk_Raya.html (http://www.kuliyah.net/)
More

Penampilan Fizikal dan Peribadi Yang Mempersonakan

4 comments

Bagaimana sebenarnya penampilan peribadi yang disebut mempesonakan?

Jawapannya mudah sahaja,

apabila kita berjalan di hadapan orang ramai semua tumpuan terpaku kepada kita. Ini kerana penampilan diri kita amat mempesonakan.

Penampilan bermula dari pelbagai keadaan. Ada yang menampilkan cara berjalan, berbicara atau berbual atau bercakap dan berpakaian. Kesemua faktor ini jika digabungkan akan menjadikan diri kita kelihatan seolah-olah amat sempurna. Perlakuan ini dikatakan kita berjaya menampilkan diri secara berkualiti. Dengan cara begitu kita menampakkan kesesuaian, baik dalam berpakaian, perhiasan, sikap atau gaya duduk dan berdiri, cara berjalan, berbicara (berbual) kesemuanya diadun dengan tatacara yang sopan dan halus berbudi.

Peribadi yang menarik ini akan menjadi daya penggerak kepada sikap yang baik. Sikap yang baik dapat menjadi pembuka jalan menuju kejayaan dan berjaya, kehidupan bersama, baik dalam keluarga ataupun kehidupan bermasyarakat. Penampilan diri yang unggul juga dapat memenuhi keinginan manusia untuk dicintai - disayangi dan dikagumi oleh ahli keluarga juga masyarakat.

Yang paling utama penampilan diri yang unggul ini dapat menambah kecantikan dan kesegakan yang hakiki serta dapat membina keyakinan pada diri sendiri serta dapat mengubah perasaan rendah diri yang dihidapi oleh ramai remaja.

Untuk lebih terperinci mengenai penampilan diri, anda disyorkan supaya mendapatkan sebuah buku motivasi yang bertajuk: Penampilan Diri Berkualiti oleh Dr Robiah K. Hamzah


More

Rahsia Air Mata Wanita

7 comments



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan
saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian
dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Sumber: Blog rakan blogger

More

Rasulullah SAW Dan Wang 8 Dirham

2 comments


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud belanja. Dengan bekal wang 8 dirham, baginda hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum lagi sampai di pasar, baginda mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Nabi Muhammad s.a.w. sempat bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? Perempuan itu memberitahu bahawa dia adalah seorang budak (hamba) yang kehilangan wang sebanyak 2 dirham. Dia menangis kerana sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah s.a.w. untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham.

Baginda bergegas untuk membeli gamis, pakaian kesukaannya. Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin sedang berteriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah s.w.t. akan mendandaninya kelak." Rasulullah s.a.w. memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tidak boleh lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepas dan diberikan dengan sukarela kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w. tak jadi memakai baju baru.

Dengan langkah ringan Nabi Muhammad s.a.w. hendak segera pulang. Akan tetapi Nabi Muhammad s.a.w. harus bersabar. Kali ini Nabi Muhammad s.a.w. terserempak dengan perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizikal sudah sangat lazim diterima.

Rasulullah s.a.w. diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati Rasulullah s.a.w. hantarkan perempuan tersebut ke rumah majikannya. Sesampainya di rumah, Rasulullah s.a.w. ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Salam yang ketiga barulah dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam Baginda s.a.w. tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah s.a.w. dengan salam tiga kali.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w. menyampaikan maksud kedatangannya. Rasulullah s.a.w. mengantar perempuan yang menjadi budak tersebut kerana takut mendapat hukuman. Rasulullah s.a.w. kemudian menyampaikan, "Jika perempuan budak ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." Mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. itu penghuni rumah terkesima. Mereka merasa mendapat pelajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w.. Kerana secara refleks mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah s.w.t.."

Betapa bahagianya Rasulullah s.a.w. mendengar pernyataan itu. Rasulullah s.a.w. sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. Rasulullah s.a.w. berkata, "Tiadalah aku melihat lapan dirham demikian besar berkatnya dari pada lapan dirham yang ini. Allah s.w.t. telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak belian."

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadits Qudsi. "Bahawanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya."

More

Kisah Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau

7 comments

Sebagai renungan di pagi hari.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
More

Doa-doa Pilihan: Doa Harian

0 comments

Doa Harian

Assalamualaikum...fazakkeer ingin berkongsi doa-doa pilihan dengan anda semua. Semoga kita sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap perbuatan kita supaya mendapat keredhaan dan keberkatan daripada-Nya.

Doa juga merupakan perisai bagi orang Mukmin. Allah juga suka hamba-Nya yang suka meminta dan berdoa kepada-Nya.

  1. DOA PENERANG HATI


  2. DOA KETIKA KEHILANGAN BARANG


  3. DOA ANAK UNTUK KEDUA IBU BAPA


  4. DOA MENGHINDAR DARI SIFAT MALAS


  5. DOA MEMOHON KESABARAN


  6. DOA ORANG YANG SEDANG SAKIT


  7. DOA MOHON KETETAPAN IMAN


  8. DOA TAUBAT


  9. DOA APABILA MELIHAT HUJAN


  10. DOA APABILA MENDENGAR GURUH


  11. DOA DIWAKTU PAGI DAN PETANG


  12. DOA DIKALA MELIHAT LANGIT



More

Mari Mengaji al-Qur'an

11 comments

Mari Mengaji



Alangkah eloknya kalau bacaan al-Quran menjadi sumber hiburan kita. Ia mampu membuatkan jiwa kita tenang. Al-Quran sebagai kitab panduan bagi umat manusia sejagat diturunkan adalah sebagai sumber utama rujukan bagi manusia dalam menjalani kehidupan. Terdapat pelbagai kelebihan membaca al-Quran. Di sini dinyatakan beberapa maksud ayat al-Quran dan al-Hadis sebagai motivasi bagi kita semua supaya menjadikan tilawah al-Quran sebagai halwa lidah dalam kehidupan:



Firman Allah S.W.T:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad: 29)

Sabda Rasulullah SAW:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Semoga dengan sedikit peringatan tentang kelebihan membaca al-Quran ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat untuk membaca al-Quran. Jika tidak dengan membaca, cukuplah sekadar mendengar, ia juga dijanjikan kebaikan dan pahala untuk kita. Semoga mendapat manfaat...

Sumber
More

Kisah Teladan: Azan Palsu

3 comments

Diriwayatkan dalam satu hadis. Pada satu malam, seorang lelaki mengunjungi Abu Hanifah. Lelaki itu berkata, "tolonglah aku Abu Hanifah. Tolonglah sebelum fajar menyingsing, jika tidak aku akan menceraikan isteririku."

Abu Hanifah hairan dengan kata-kata lelaki itu lalu bertanya "apa yang berlaku sebenarnya sehingga kamu harus menceraikan isterimu?" Lelaki itu berkata, "isteriku mengadakan mogok berbicara denganku malam ini, lalu aku menyumpahnya. Aku berkata aku akan menceraikannya dengan talak tiga jika dia tidak mahu berbicara denganku sebelum terbit fajar. Aku telah melakukan pelbagai cara supaya dia berbicara, tetapi dia tetap tidak mahu berbicara."

Abu Hanifah berkata, "kamu pergilah temui muazin masjid! Suruhlah dia azan sebelum fajar. Barangkali apabila isterimu mendengar (azan) dia akan berbicara denganmu. Temui isterimu dan pujuklah sebelum muazin melaungkan azan palsunya." Lelaki itu menuruti nasihat Abu Hanifah. Dia cuba memujuk isterinya untuk berbicara, kemudian terdengar suara azan. Si isteri berkata, "fajar telah terbit, kini aku telah bebas darimu." Suaminya menambah, "sebenarnya kamu telah berbicara denganku sebelum fajar dan aku bebas dari sumpahku."

Si isteri tercengang tidak mengerti.

Akal dan tipu daya kadang-kadang berguna untuk kebaikan.

Moral: Tipu daya untuk kebaikan diharuskan.

More

Kisah 3 Orang Sahabat Gua

0 comments

Alhamdulillah hari ini dapat masukkan entry terbaru iaitu satu hadis yang begitu masyhur untuk tatapan bersama. Fazakkeer pernah gunakan hadis ini dalam tazkirah untuk motivasi murid-murid. Mungkin ramai yang sudah mengetahui hadis ini. Namun apa kata fazakkeer kongsikan bersama teman-teman semua.

Kisah daripada hadis ini begitu menyentuh perasaan dan boleh memberi keinsafan dan pengajaran buat kita semua. Ini kerana kisah ini memang akan atau mungkin berlaku kepada diri kita atau sahabat kita atau mungkin ahli keluarga kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati kisah daripada hadis ini dan anda mungkin merasai suatu kebenaran apa yang tersirat di dalamnya.

Dari Abdullah Bin Umar r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

“Ketika 3 orang lelaki sedang berjalan, hujan telah turun lalu mereka memasuki sebuah gua untuk berlindung. Lalu sebuah batu besar telah menutupi pintu gua dan mereka terperangkap di dalamnya. Salah seorang antara mereka berkata: Renungilah sejenak tentang amal soleh yang telah kamu lakukan kepada ALLAH. Kemudian, mohonlah kepada ALLAH dengan amal soleh itu agar ALLAH menghilangkan kesusahan ini.

Seorang daripada mereka berkata: Ya ALLAH! Sesungguhnya, aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan telah lanjut usianya. Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecilAku membantu mereka menjaga ternakan. Apabila pulang, aku memerah susu untuk mereka. Aku akan mendahulukan kedua-dua orang tuaku sebelum anakku sendiri.

Tetapi pada suatu hari aku terlewat pulang dan aku temui mereka berdua setelah malam melabuhkan tirainya. Ketika itu, aku mendapati mereka berdua telah tidur. Seperti biasa aku memerah susu lalu aku menunggu mereka jaga dari tidur berdekatan dengan kepala mereka. Aku juga tidak suka memberi anakku minum selagi mereka tidak meminum susu itu sedangkan anak-anakku menangis-nangis kelaparan di hujung kakiku hingga ke subuh.

Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkan keredhaan-MU, hilangkan kesusahan kami ini dengan membuka sedikit lubang agar kami dapat melihat langit. Lalu ALLAH membuka sedikit lubang hingga mereka mampu melihat langit.

Lelaki kedua berkata: Aku mempunyai seorang sepupu perempuan. Aku amat menyayanginya sebagaimana seorang lelaki menaruh perasaan cinta kepada seorang perempuan. Aku menggodanya tetapi dia menolak hinggalah aku menawarkan 100 dinar lalu dia terpedaya dan aku berjaya mengadakan hubungan dengannya.

Tetapi di saat aku ingin mencabul maruahnya, dia telah berkata: Wahai hamba ALLAH! Bertakwalah kepada ALLAH dan jangan sesekali engkau ‘membuka cincin’ kecuali dengan cara yang betul. Lantas aku bangun. Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkan keredhaan-MU, hilangkan sedikit kesusahan kami ini lalu ALLAH membuka sedikit lubang lagi.

Lelaki ketiga berkata: Ya ALLAH! Sesungguhnya aku telah memberi upah kepada seorang lelaki agar menanam beras. Setelah selesai bekerja, dia berkata: berikan hak aku. Apabila aku ingin menyerahkan upahnya, dia menolak. Lalu aku laburkan upahnya itu hingga menghasilkan haiwan ternakan yang berupa lembu-lembu yang banyak dan anak-anaknya. Dia telah datang kembali kepadaku lalu berkata: Bertakwalah kepada ALLAH (seolah-olah dia meminta haknya).

Aku berkata: Pergilah kepada lembu-lembu dan anak-anaknya dan ambilah kesemuanya. Lantas dia berkata: Bertakwalah kepada ALLAH. Jangan mempermainkan aku. Jawabku: aku tidak mempermainkan engkau. Ambilah milikmu lalu diambilnya. Oleh kerana ENGKAU Mengetahui aku melakukan semua itu hanya mengharapkankeredhaan-MU, hilangkan sedikit kesusahan kami ini lalu ALLAH membuka lubang itu.”
- (HR Bukhari dan Muslim)

More

Ikhlas Hasilkan Kejayaan

6 comments

Tajuk entry hari ini:

IKHLAS HASILKAN KEJAYAAN

Ikhlas adalah nilai murni yang harus dijadikan amalan dan dihayati setiap Muslim dan Muslimah.

Jadikan ikhlas sebagai inti pada setiap ibadat dan perbuatan. Tanamkan prinsip ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya." (Surah al-Bayyinah: 5)
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang yang apabila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayah. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim." (Riwayat Imam al-Baihaqi)



Imam al-Ghazali berkata: "Niat yang lurus dan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah Taala lebih tinggi martabat dan kedudukannya daripada pekerjaan yang semata-mata hanya didasarkan pada niat untuk memperoleh keduniaan."

Fudhail bin 'Iyadd berkata: "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanmu daripada keduanya."
More

Cermin Diri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang

4 comments

Cermin Diri

Kita hidup berkeluarga, berjiran dan mempunyai sanak saudara. Di tempat kerja dan di kampus, kita juga mempunyai ramai kawan. Ada ketikanya kita suka mengambil tahu hal dan urusan orang sama ada pekerjaannya, pendapatannya dan kehidupan rumah tangganya, tanpa memikirkan apa yang berlaku pada diri sendiri dan kelurga.

Adalah lebih baik sebelum kita memikirkan orang lain, kita fikirkan dan cermin dulu diri sendiri. Sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, pastikan diri kita lebih berilmu.

Ketika fikiran lebih tertumpu kepada orang lain hingga mengabaikan diri sendiri, maka semua yang kita lakukan tidak akan berfaedah, bahkan boleh merugikan diri sendiri umpama dian yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Dalam hubungan ini, mengutamakan diri bukan bererti ego, membanggakan diri atau tamak. Justeru, kikislah sikap sombong dan ego dengan berbuat sesuatu untuk kepentingan dan kebaikan diri asalkan tidak merugikan atau mengorbankan orang lain.

Kita seharusnya memperbaiki diri, memperhatikan kecergasan diri sebelum memberi manfaat kepada orang lain. Kita mencari sebanyak mungkin harta, bukan untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk mengagihkannya kepada orang lain yang memerlukan setelah keperluan untuk diri dan keluarga lebih daripada mencukupi.

Kita memang dianjurkan berzakat dan bersedekah dengan niat ikhlas. InsyaAllah kita akan menerima kurniaan yang lebih besar daripada Allah SWT.

Kita belajar bermati-matian bukan untuk menyusahkan diri tetapi untuk mengajar dan mendidik orang lain supaya boleh menjadi pintar. Pun begitu, kita memperbaiki diri bukan untuk kebanggaan tetapi kita berharap dapat mengubah kehidupan dan pemikiran orang lain agar menjadi lebih baik.



More

Adab Dengan Sahabat

11 comments


Assalamualaikum...Hari ini fazakkeer ingin berkongsi sedikit ilmu walaupun tidak banyak tetapi ianya amat berguna dan bermanfaat buat kita semua. Iaitu Adab dengan sahabat.

Bagaimana yer adab kita apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat kita? Jom kita baca apa yang ada kat bawah ni.

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu

2. Memanggil sahabat dengan panggilan yang baik.

3. Mengasihi sahabat seperti mengasihi diri sendiri.

4. Menawarkan pertolongan dan bantuan.

5. Mendengar masalah dan membantu menyelesaikannya.

6. Bergembira dengan kegembiraan sahabat, bersedih dengan kesedihan sahabat.

7. Menasihati dengan halus dan berhikmah.

8. Memaafkan kesalahan dan kesilapan.

9. Menjauhi daripada bertengkar atau bertelagah.

10. Memuji apabila mengetahui kebaikan sahabat.

11. Menyampaikan pujian dan menutup celaan orang terhadap sahabat.

12. Berterima kasih atas pertolongan & kebaikan yang dilakukan.

13. Menutup segala keaiban sahabat.

14. Menegah orang lain mengumpat atau mencela sahabat.

15. Sentiasa mendoakan kebaikan sahabat.

Semoga berbahagia dengan sahabat-sahabat anda.
More

Maksiat Perosak Prinsip Kebaikan

1 comments

Sejarah Maksiat

Maksiat menurut Islam ialah meninggalkan kewajipan- kewajipan dan mengerjakan segala yang dilarang atau yang diharamkan. Berusaha memalingkan kaedah-kaedah kebaikan kepada sikap permusuhan dan kerosakan di samping memilih sikap yang berlawanan dengan eksestensi manusia yang cinta kebenaran dan keselamatan itu.

Maksiat juga merupakan sikap perosak dari aturan kebenaran dan keluar dari prinsip kebaikan, keadilan dan melewati batas yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Orang yang condong kepada perbuatan maksiat tidak memperhatikan nilai-nilai kebenaran dalam Islam itu disebabkan mereka tak mampu membezakan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Walau secara lahiriah mereka tergolong orang yang berilmu pengetahuan, dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, namun secara keyakinan dan kewajipan pengetahuan mereka itu tidak memberikan bekas sama sekali. Malah mereka yang tahu tentang bahayanya lebih sering melakukan pelanggaran-pelanggaran dan berbuat dosa.

Mereka menghancurkan dinding pemisah antara kebaikan dan kejahatan. Mencampur adukkan antara keduanya sehingga menjadi satu cara kehidupan mereka. Sulit untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah, kerana dalam segala aspek kehidupan mereka berupaya menghalalkan segala cara asalkan tujuan tercapai.

Orang yang cinta dengan perbuatan maksiat mereka akan jatuh ke lembah kehinaan yang amat dalam, mereka terlalu rendah di sisi Allah SWT lantaran mereka melalaikan segala yang telah ditetapkanNya. Mereka tidak suka segala aturan dan undang-undang Allah sekaligus mereka mempersekutukan Allah yang merupakan maksiat yang paling besar dosanya.

Sering kita lihat perbuatan maksiat itu selalu dilakukan oleh seseorang dengan jalan melakukannya berulang-ulang kali, padahal mereka tahu bahawa apa yang mereka kerjakan itu membawa kepada kemudaratan dan dosa. Apa sebabnya manusia suka mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama, yang pernah merugikan dirinya sendiri, rumah tangganya dan yang lebih besar lagi negaranya? Contoh sederhana dalam kehidupan kita, umpamanya seseorang itu tahu bahawa dia berpenyakit kencing manis, tetapi diulanginya kembali memakan makanan yang mengandungi gula yang banyak. Lagi contoh, dia tahu bahawa berhutang itu merungsingkan pemikiran, namun setelah hutang habis dibayar, dia kembali mengulangi pekerjaan yang dia sendiri tidak menyukainya itu.

More

Konsep Akhlak Di dalam Islam

3 comments

Alhamdulillah hari ini fazakkeer ingin berkongsi bersama teman-teman semua mengenai konsep akhlak menurut Islam.

Apa itu akhlak?

Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.

Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Pengertian Akhlak menurut Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.



More

Adab-adab Menuntut Ilmu

6 comments
Di dalam menuntut ilmu kita mesti menjaga adab-adabnya supaya ilmu yang dituntut itu nanti mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Di antara adab-adabnya ialah:

1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN - Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA - Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

8. MENGHORMATI GURU - Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

Sumber: Blog Tazkirah

More

15 Tahun Pura-pura Tuli

6 comments

Seorang sufi bernama Hatim Al-Ashamm pernah menjalani hidup dalam ketulian selama 15 tahun, bukan betul-betul tuli, tapi hanya pura-pura. Ceritanya, pada suatu hari dia didatangi oleh seorang perempuan yang ingin bertanya sesuatu masalah agama. Ketika mulut si wanita komat-kamit mengajukan pertanyaan, tiba-tiba terdengar bunyi "tut...." dari tempat duduknya. Tegasnya, wanita itu terkentut dengan tidak disengaja.

Hatim pura-pura tidak mendengar bunyi itu, kerana dia tidak mahu membuat wanita tetamunya itu merasa malu. Untuk meyakinkan si wanita bahawa bunyi "letupannya" tidak terdengar, maka dia bersikap seperti seorang tuli yang tidak kuat pendengarannya.

"Cakap kuat-kuat! Pendengaranku kurang jelas!" kata Hatim sambil meletakkan tangan pada telinganya.

Si wanita mengulangi pertanyaannya dengan suara kuat. Dia kelihatan gembira kerana menyangka Tuan Guru Hatim tidak mendengar bunyi angin yang terkeluar daripadanya. Kemudian Hatim memberikan jawapan atas pertanyaan yang dikemukakan oleh si wanita.

Lucunya, selepas peristiwa itu, Hatim terus menerus bersikap seperti orang tuli. Setiap kali ada orang bercakap dengannya dia selalu memerintahkan: "Kuat sikit, pendengaranku tidak jelas."

Demikian juga setiap kali ada orang mengajukan pertanyaan kepadanya, dia sentiasa berkata: "Ulangi pertanyaanmu dengan kuat, pendenagaranku kurang jelas."

Mengapa Hatim berbuat demikian? Kerana dia tidak ingin si wanita tadi mengetahui bahawa dia tidak tuli sehingga malu untuk datang lagi kepadanya.

Lima belas tahun kemudian, si wanita meninggal dunia. Maka barulah Hatim menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan cepat tanpa meminta agar si penanya mengulangi pertanyaannya.

Disebabkan kepura-puraannya itu pula dia mendapat julukan Hatim Al-Ashamm yang ertinya Hatim Tuli.



More

Perempuan Lebih Sukar?

0 comments

Oleh: Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sambungan artikel lalu...

Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :
"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikit benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang Justify Fullperempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.
Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك


Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"
Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yang ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ