I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

2 comments
Sekali lagi Nuffnang mengadakan majlis untuk meraikan para blogger di Malaysia.

Kali ini Nuffnang Sdn. Bhd. bekerjasama dengan Gatsby Malaysia bakal mengadakan majlis yang lebih meriah dan menyeronokkan untuk para blogger terpilih. Kami pun dah tak sabar nak menunggu hari yang telah dijanjikan.


Bila?
Dengan bertemakan “I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair”, majlis kali ni akan berlangsung pada 17 April 2010, bermula seawal jam 10 pagi hingga 5 petang, bertempat di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.

Seronok ke?
Gatsby Deodorant akan melangsungkan 'Street Fair' secara besar besaran dengan menyediakan berbagai jenis gerai permainan yang akan didirikan semasa majlis tersebut. Para peserta akan berpeluang menyertai apa jua permainan yang disediakan. Bentuk permainan seringkas membaling getah sehinggalah aksi bergusti sumo dalam beg udara akan menggamatkan lagi suasana majlis.

Bagaimana?
Sila layari www.gatsby.com.my/streetfair dan joinlah game online yang menyeronokkan disana serta dapatkan 2 jemputan khas ke Gatsby Deodorant Street Fair khas buat pemenang mingguan bagi setiap permainan online itu. Antara permainan online yang boleh didapati di www.gatsby.com.my/streetfair adalah:

  1. Spot the deodorant dimana anda diberikan tempoh masa selama 60 saat untuk mencari deodorant yang tersembunyi.
  2. Balloon Throwing: Permainan membaling belon warna, baling seberapa banyak belon dan pastikan penangkap terhebat iaitu MR.Deodorant tidak menangkapnya.
  3. Rope Skipping: Berskipping seberapa banyak yang mampu dan pastikan anda tak terjatuh ketika berskipping tau!
  4. Bacteria Attack: Gunakan Gatsby Deodorant Spray untuk menghapuskan seberapa banyak bakteria jahat dalam masa 60 saat.
  5. Basketball Shooting: Permainan basketball. Mudah sahaja game ini, anda hanya perlu lontar bola basketball ke hoop yang bergerak
  6. Catch The Germs: Tangkap kuman-kuman jahat dengan kereta anda. Ingat hanya tangkap kuman kotor sahaja. Jangan sampai tertangkap batu, nanti rosak pula kereta baru anda, OK!

Bila ada majlis sebegini, mesti ada hadiah kan?
Hadiah yang ditawarkan akan diberi bergantung kepada berapa jumlah mata yang anda perolehi untuk permainan-permainan yang anda sertai. Makin banyak permainan yang anda sertai, makin banyaklah peluang untuk anda kumpulkan mata ganjaran dan seterusnya menebusnya dengan hadiah yang pastinya berbaloi.

Apakah hadiah yang bakal diperolehi dari mata ganjaran tersebut?
Anda akan mendapat barangan menarik dari Gatsby. Yang lebih mengujakan semua peserta nanti adalah peluang untuk memenangi hadiah hebat melalui cabutan bertuah. Hadiah berupa barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucer tunai berjumlah lebih dari RM15,000 bakal dimenangi oleh mereka yang bertuah.

Bagaimana nak ke sana?
Untuk ke lokasi 'Street Fair' di Berjaya Timesquare ni anda mempunyai banyak cara untuk sampai ke sini. Jika anda berada sekitar KL, anda boleh gunakan kaedah berikut untuk sampai ke lokasi majlis:

LRT/Komuter/KLIA ERL: Jika anda berhasrat untuk menggunakan kemudahan ini, anda boleh parking kenderaan anda di mana jua stesen LRT/Komuter/KLIA ERL. Pastikan anda menuju KL Sentral untuk anda menukar 'gerabak' lain pula, iaitu Monorail.

Monorail: Monorail merupakan pengangkutan yang paling sesuai untuk cepat sampai ke Berjaya Timesquare tanpa pening meredah kesibukan lalulintas di ibu kota. Ambil tiket untuk berhenti di hentian/stesen Imbi. Berjaya Timesquare terletak betul-betul di hadapan stesen Imbi. Tempoh perjalanan dari KL sentral ke stesen Imbi hanya memakan masa lebih kurang 6 minit.

Berkenderaan: Berjaya Timesquare terletak 15 minit dari KL Sentral. 45 minit dari KLIA. Terdapat 4500 tempat letak kereta di Berjaya Timesquare:



Kadar Bayaran Tempat Letak Kereta di Berjaya Times Square

Hari

Nota

Kadar (RM)

Isnin - Jumaat

Sejam Pertama
Jam Kedua
Jam Berikut
Kadar Maksima

2.50
1.50
1.00
7.00

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Sejam Pertama
Jam Kedua
Jam Berikut
Kadar Maksima

3.00
2.00
2.00
10.00


Ringkasan penting tentang lokasi majlis:
  • Berhadapan Stesen KL Monorail Jalan Imbi
  • Berhadapan dengan Bangunan Plaza Berjaya
  • Berhadapan dengan Melia Hotel / Wisma Amoda
  • Bersebelahan dengan Penjara Pudu
  • Hanya 75 km (46 batu) dari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC)
More

Penyusuan Susu Ibu dari Pandangan Islam

0 comments
Pengenalan

Susu adalah pemakanan utama untuk pembesaran bayi yang baru dilahirkan. Semasa dalam kandungan lagi, bayi telah dibekalkan makanan yang diserap melalui darah ibunya yang berbentuk susu.

Di dalam Islam seseorang ibu wajib menyusu bayinya sekiranya ia mampu. Jika sebaliknya ia dibenarkan mengupah orang lain bagi tujuan penyusuan tersebut.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang antara ibu dan anak.



Penyusuan Dalam Islam

  • Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.

  • Menceraikan susu dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan dan pertimbangan daripada pasangan bagi memastikan bayi mendapat penjagaan yang rapi.

  • Bapa bertanggungjawab dalam menyediakan persekitaran yang selesa dan tidak membebani ibu dengan pelbagai tugas sepanjang tempoh penyusuan.

  • Jika bapa tiada atau meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil tanggungjawab dalam proses penyusuan kepada bayi tersebut
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al-Baqarah:223)


Khasiat Susu Ibu


Allah mengurniakan susu dalam kuantiti yang sangat kecil daripada payudara yang berbentuk cecair berwarna kekuningan (kolostrom) sebagai keperluan bayi di awal kelahiran.

Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya di samping turut membantu bayi menerima dan mencernakan susu (makanan) yang dihisapnya.

Dalam masa 24 jam payudata ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehingga dia menceraikan susu.


Kebaikan Penyusuan Ibu

  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

  • Membantu mengecutkan rahim (mengurangkan pendarahan).

  • Mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal - lemak digunakan semasa penyusuan.

  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

  • Menjimatkan masa dan wang.

  • Mudah dan tidak perlu persediaan.
More

Konsep Ibadat Dalam Islam

1 comments

Nota Usrah

OBJEKTIF

1. Ahli usrah memahami tentang konsep ibadah di dalam Islam.

2. Ahli usrah memahami bagaimana sesuatu amal perbuatan dapat mencapai status ibadah.

3. Ahli usrah memahami kepentingan ibadah dalam membina ummah.



KANDUNGAN

1. Pengertian ibadah bahasa dan istilah

2. Hubungan aqidah dan ibadah

3. Ruang lingkup ibadah dalam Islam

4. Pengkhususan ibadah umum dan khusus

5. Syarat amal untuk mendapat status ibadah

6. Salah faham terhadap pengertian ibadah

7. Kepentingan ibadah dalam membina ummah



PENGERTIAN IBADAH

Abu Al-Ala Al-Maududi telah mentarifkan ibadah daripada segi bahasa dan istilah di dalam bukunya Asas-asas Islam seperti berikut:

Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat

Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala.

Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah:1-2)



HUBUNGAN AQIDAH DAN IBADAH

Bila seseorang itu telah mempunyai aqidah yang kukuh maka:



* Hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah sebagaimana firman Allah:

Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. (Adz-Dzariyat:56)

Perintah dalam ayat ini adalah perintah untuk beribadat kepada Allah semata-mata, menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah dan hikmah diciptakan jin dan manusia.



* Menolak segala kepatuhan dan ketaatan yang selain dari ketaatan kepada Allah.

Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah dan jauhilah thoghut. (Al-Nahl:36)

Thoghut ialah semua yang disembah atau yang dipatuhi selain Allah.



* Membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan Allah



RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM

Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaanNya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan olehNya.

Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para mukmin sebelum mereka kembali bertemu Allah di hari pembalasan nanti.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah di dalam Al-Quran:

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk:2)

Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas. Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.



PEMBAHAGIAN IBADAH UMUM DAN KHUSUS

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:

* 1. Ibadah khusus

Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.

Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang. (Sahih Bukhari)

* 2. Ibadah umum

Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.



SYARAT AMAL UNTUK MENDAPAT STATUS IBADAH

Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Ibadah Dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah:

* 1. Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.

* 2. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana Allah.

* 3. Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati oleh Rasulullah:

Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. (Muslim)

* 4. Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.

* 5. Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.

SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.

Konsep-konsep seperti ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep asing ini telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, terdapat juga di kalangan ummat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Malah terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat, terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan-tanggapan yang amat salah.



HIKMAH DAN FALSAFAH IBADAH SOLAT, PUASA, ZAKAT, DAN HAJI

* 1. Solat

Dalam solat jelas tergambar ibadah lisan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran, bertakbir, bertasbih dan berdoa. Demikian juga dengan ibadah perbuatan dengan berdiri, duduk, ruku dan sujud. Terdapat di sana ibadah aqal dengan berfikir, dan merenung makna Al-Quran. Di sana terdapat ibadah hati dengan ikhlas, khusyu mencintai Allah dan merasakan Allah senantiasa memerhati dan mengamati amal hambaNya.

Solat juga menjadikan seseorang itu benar-benar menyedari kedudukannya sebagai hamba Allah. Setiap kali dia bertakbir, maka ia mengingatkan dirinya tentang kebesaran Allah. Rasa takut dan berharap terhadap Allah yang ditanam oleh ibadah solat ini akan memimpin di dalam seluruh hidupnya hinggakan seluruh tindak-tanduknya dipengaruhi oleh sifat-sifat yang terkandung di dalam solat tersebut.



* 2. Zakat

Zakat bereti kesucian dan kebersihan. Ini bererti kesucian dan kebersihan jiwa seseorang mukmin tidak mungkin dapat dicapai tanpa dia memberikan hak saudara-saudaranya yang miskin terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu di dalam Islam zakat adalah satu asas persaudaraan Islam. Ia melenyapkan sikap mementingkan diri sendiri yang selalu menjadi punca kelemahan sesuatu masyarakat. Zakat adalah di antara asas penting bagi penubuhan sebuah masyarakat Islam yang bertaqwa.



* 3. Puasa

Matlamat utama puasa ialah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah subhaanahu wa taaala. Sebagaimana firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

Dalam ibadah puasa, orang-orang beriman dilatih supaya bersedia untuk berkorban demi untuk kepentingan Islam melalui menanggung kesusahan, kelaparan, kedahagaan dan keletihan. Puasa yang disyariatkan sebulan penuh bertujuan untuk meningkatkan dalam diri mukmin daya juang, keikhlasan dan sifat konsisten (istiqamah) yang mana kesemuanya akan menambahkan ketaqwaan kepada Allah subhaanahu wa taaala.





* 4. Haji

Allah telah berfirman:

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj:27)

Seseorang Mukmin yang telah melalui seluruh proses haji ini kan kekal bersama-sama pengalaman melaksanakan ibadah tersebut. Hinggakan kesannya tidak akan hilang selama bertahun-tahun. Malahan hatinya akan sentiasa rindu untuk terus berkunjung semula ke Tanah Suci demi untuk mencurahkan rasa kecintaannya kepada Allah di Baitullah.



KEPENTINGAN IBADAH DALAM MEMBINA UMMAH

Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikannya kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfaatan melaluinya. Solat yang benar-benar khusyu akan mempengaruhi seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah:

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut:45)

Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman. Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki adalah dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi ke jalan Allah iaitu dengan memberikan sedekah dan membayar zakat dan jihad fisabilillah.

Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang itu ikhlas dengan sepenuh hatinya dalm melaksanakan segala perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan ummat Islam daripada kepentingan peribadinya.

Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan kesatuan Muslim. Kesatuan ummat Islam merupakan tunjang kekuatan yang paling utama yang dapat memimpin ummat manusia.

Kesimpulannya, setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala.



BAHAN RUJUKAN

1. Konsep-konsep Umum Islam Abu Urwah

2. Al-Ibadah Fil Islam Dr Yusuf Al-Qardhawi



SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah dalam Islam?

2. Apakah yang anda faham dengan ibadah umum dan ibadah khusus?

3. Apakah unsur-unsur yang perlu diberi perhatian untuk memastikan sesuatu amal itu mendapat taraf ibadah?

4. Mengapakah ibadat itu penting?

More

Ziarah Kubur Lembut Hati

6 comments

Menziarahi kubur merupakan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu mengikuti dan melakukannya adalah sesuatu yang dianjurkan. Kubur adalah tempat yang akan didiami oleh setiap manusia dan ini adalah perkara yang nyata bagi semua manusia. Dengan menziarahi kubur dapat mengingatkan kita kepada kematian dan dengan mengingati mati, hati akan menjadi lembut. Apabila hati lembut manusia akan menjadi manusia yang baik akhlaknya.

Orang yang mati yang berada dalam kubur, sebenarnya mereka bukannya mati tetapi hanya berpindah tempat sahaja. Mereka mengetahui segala apa yang terjadi selepas itu (mati). Di sanalah (kubur), mereka akan merasa menyesal kerana kurangnya beramal ketika berada di dunia. Tetapi penyesalan ketika berada dalam kubur sudah tidak bermakna lagi. Justeru, doa daripada orang yang hidup amat diperlukan bagi meringankan orang yang mati dari azab kubur.


Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Othman bin Affan r.a., apabila dia berdiri di hadapan sesuatu perkuburan, beliau menangis, sehingga basah janggutnya. Ada orang bertanya kepada beliau: “Tuan bilamana mengingat neraka tidak menangis, tetapi kenapa bilamana di tempat yang semacam ini lalu menangis?” Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kuburan itu adalah suatu tempat penginapan yang pertama dari penginapan-penginapan akhirat, jika ia selamat daripadanya, maka apa yang akan datang kemudian daripadanya akan lebih mudah dan senang, tetapi bilamana ia tidak selamat daripadanya, maka yang kemudian daripadanya akan lebih berat dan lebih sukar kepadanya.”

Seorang wali Allah, Yazid Ar-Raqasi berkata: “Barangsiapa yang melalui suatu perkuburan tetapi tidak mengambil teladan dan pengajaran, adalah ia terhitung golongan binatang.”

Nak tanya anda
1. Apakah perasaan anda apabila mendengar sesuatu kematian?
2. Berapa kali anda menziarahi kubur dalam sebulan?
More

Amalkan Budaya Nasihat

1 comments

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan



DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Sumber: kosmo!

More

Bukti dan Tanda Cinta Terhadap Rasulullah SAW

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد.

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.

Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.

Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang yang mengikuti Rasulullah saw secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.

Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:

] قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [

{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].

Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:

] قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ [

{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].

Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.

2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:

] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].

4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.

Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.

Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.

5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:

] لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [

{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].

Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda saw sahaja.

6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

))مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ((.

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].

7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw:

((الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).

“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].

Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

“Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].

9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:

a. Ahlul-baitnya (keluarga)

Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].

Ulama’ lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.”

Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].

b. Para isteri Baginda saw.

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:

] يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ [

{Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].

Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:

] وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ [

{Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.} [Surah Al-Ahzaab: 6].

Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.

c. Para sahabat Baginda saw.

Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:

] مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ [

{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].

Firman Allah swt juga:

] لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ

فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا [

{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].

Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasulullah saw bersabda:

))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((

“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:

] لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ… [

{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].

Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.

Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.

Rujukan:

1. Huquq An-Nabi ‘Ala Umatihi Fi Dha’il Kitab Was Sunnah, Dr. Muhammad Khalifah Al-Tamimi, Penerbit Adwaa’ Al Salaf, 1418 H,)

2. Mahabbatu An-Nabi Wa Ta’zimuhu. Fahd bin Abdullah Al-Habisyi.

3. [http://ustadzkholid.com/aqidah/bukti-dan-tanda-cinta-rasul/ ]

4. www.abuanasmadani.com

Akhukum,

Abu Anas Madani, 4 Rabi’ul Awal 1431H.

Penjelasan Mengenai Maulid Nabi SAW:
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5247:koleksi-artikel-berkaitan-maulid-nabi&catid=47:makluman

More

Indahnya Sifat Fizikal Rasulullah S.A.W.

2 comments
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...
More

Makhluk Allah Dianiaya?

2 comments



Saban hari, kita didedahkan dengan cerita yang menyayat hati tatkala membaca berita yang terpampang di dada surat khabar tempatan mahupun luar negara. Berita yang begitu menyentuh perasaan selaku insan atau manusia yang inginkan kedamaian dan ketenangan serta mempunyai perasaan kasih sayang. Namun begitu, apabila membaca kisah-kisah dan menatap wajah insan-insan yang lemah diperlakukan seperti tiada hati dan perasaan, maka terfikir juga di benak kalbu, mengapa ada insan yang sebegitu rupa? Adakah mereka ini sudah bersifat dengan sifat binatang liar atau buas? Tetapi binatang buas pun sayang anak-anaknya, walaupun dirinya liar dan buas tetapi anak-anaknya tetap dijaga dan dididik dengan rapi.



Bila difikir-fikirkan memang begitulah adat kehidupan ini. Ada manusia yang baik dan ada manusia yang jahat. Barulah ada hamba Allah SWT yang mana akan masuk neraka dan akan masuk syurga. Itu merupakan sebab dan musabab mengapa Allah SWT menjadikan sesuatu perkara itu. Ada hikmah disebaliknya. Sebab itulah, bila Allah SWT berkata kepada para Malaikat-Nya, yang mana Allah ingin menjadikan Khalifah muka bumi yang terdiri daripada manusia iaitu Nabi Adam. Maka Malaikat berkata, mengapa Allah ingin jadikan manusia yang suka membuat kerosakan dan suka membunuh sesama sendiri ini menjadi khalifah?, bukannya Malaikat yang suci yang sentiasa menyembah dan sujud serta patuh kepada Allah? Tetapi Allah berfirman bahawasanya Allah lebih tahu apa yang inginkan dilakukan-Nya.



Berbalik kepada cerita terkini dan sensasi yang mana sebelum ini pun pernah terjadi iaitu penderaan dan penyeksaan terhadap anak-anak dan kanak-kanak yang sudah berleluasa di negara kita. Bagaimana kita didedahkan dengan berita seorang bayi yang dibakar di dalam tong sampah sehingga melecur habis tubuhnya sehingga menemui ajal. Bagaimana entah perasaan ibu atau bapa atau sesiapa sahaja yang melakukan kerja terkutuk ini? Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa bayi yang mereka bunuh itu sebenarnya bayi yang bakal masuk syurga. Kerana manusia yang mati sebelum akil baligh dijanjikan syurga. Walaupun mereka malu di dunia kerana melahirkan bayi dari hasil perbuatan terkutuk mereka sendiri. Namun di akhirat mereka perlu tahu di mana kedudukan mereka. Maka bertaubatlah segera. Pintu taubat masih terbuka.



Mengapa perlu mendera dan menyeksa kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Mereka nakal? Mereka menyusahkan? Mengapa seksa mereka? Binatang pun tidak menyeksa anaknya yang nakal. Anak-anak ini ibarat pengubat luka dan kesedihan kita. Bila kita sedih dan kecewa maka anak-anak kecil inilah menjadi pengubat duka lara kita. Dengan keletah dan gelagat mereka yang ikhlas tanpa dibuat-buat serta terbit daripada hati yang suci dan tulus ikhlas. Mengapa perlu kita merasa benci dan marah kepada mereka? Merekalah nanti yang akan menjadi penolong kita di dunia dan mungkin juga dengan didikan yang betul, mereka juga pasti menjadi penolong kita di akhirat.



Ingatlah, apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini, pasti akan dibalas di akhirat nanti. Tunggulah pembalasan yang akan dikenakan kepada kita. Kita akan ditanya apa yang kita lakukan di dunia yang sementara ini. Jadi, sebelum terlambat. Sebelum nyawa kita diambil, marilah sama-sama kita ubah diri kita. Ubah sikap kita. Ubah keadaan kita dari yang tidak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang lebih baik. Semoga kita sentiasa diberkati-Nya sentiasa. Jangan menganiaya lagi makhluk Allah. Makhluk Allah adalah milik Allah, bukan milik kita.

More

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

0 comments
Salam,

Saya menerima jemputan menyertai Projek Empat Ratus [Sulit] tajaan Nuffnang. Sebelum ini pun ada beberapa jemputan untuk aktiviti Nuffnang, tapi saya belum pernah menyertainya.



Apakah Projek 400? Projek 400 merupakan projek mengumpulkan 400 para blogger untuk bersama-sama meraikan program khas - Gatsby Deodorant Street Fair dan tarikhnya adalah pada 17 April 2010, bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur



Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’ seperti membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby.

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000.

Bagaimana nak ke sana? Sila rujuk map ini:



Maklumat lanjut, sila ke: www.gatsby.com.my/streetfair

Jumpa disana!
More

Status Terkini ASB dan ASN

0 comments
Info dari: http://www.abuanasmadani.com/

Ramai masyarakat kita tertanya-tanya tentang hukum ASB & ASN, kita ikuti ulasan al-Fadhil Ustaz Zaharuddin dalam menjelaskan Isu ini:

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Lihat link ini http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf .

Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Lihat sepenuhnya di:http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/

dan: http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/status-terkini-asb-dan-asn-masih-tidak-patuh-syariah/359877046082

Terkini : Hukum ASB dan ASN

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

asb.jpg

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.

asbharam.jpg

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Feb 2009


More

Solat Sunat Dhuha

1 comments
Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

AlhamduLILLAH, sama-sama kita merafak kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T atas sifat Ar Rahman dan Ar RahimNYA, masih lagi kita diberi peluang untuk memohon keampunan daripadaNYA. ALLAHu Robbi.

InsyaALLAH, kali ini suka untuk saya berkongsi doa selepas solat sunat Dhuha, antara solat sunat yang tidak pernah dilekangi Rasulullah S.A.W.

Antara hadisnya, dan maksudnya:

" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

"Kekasihku Rasullullah S.A.W telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Ramai di luar sana jelas dengan kaifiatnya.

Pada sujud terakhir dibacakan doa yang telah saya kongsikan pada hari kursus di Melaka tempoh hari.


Diulangi 3x

Selesai mengerjakan solat sunat Dhuha, maka disambung dengan doa dibawah.


Ya ALLAH, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU, kecantikannya adalah kecantikanMU,
keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU,
kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU.
Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMU,
limpahkan kepadaku segala yang ENGKAU telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pada kalimat:
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Diulangi sebanyak 3x.

Sebaiknya dilakukan antara waktu 8.00 (Selepas Solat Sunat Isra') - 11 pagi.

Semoga diberi ALLAH manfaat kepada semua. InsyaALLAH.

Wassalam.

Ihsan dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/
More

Salam Maulidur Rasul 1431

1 comments
Saat Kewafatan Rasulullah SAW

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.Justify Full

Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Lalu,berakhirlah kehidupan manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? Adakah benar cinta kita kepada Rasulullah? Tepuk dada tanyalah Iman…Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim 'alaihi.Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
More

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi

14 comments

المؤمن القوي خير و أحب إلى الله من المؤمن الضعيف

Hadis: Mukmin kuat lebih dikasihi
Justify Full
DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu", tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Dia lakukan', kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)



· Orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya. Setengahnya kuat semangat keagamaannya, tinggi hikmahnya, luas dan jauh pemandangannya serta tabah dan cekal hatinya. Ada juga yang kuat berusaha untuk kebaikan agama, diri, umat dan tanah airnya. Sementara, setengahnya adalah sebaliknya.

· Orang mukmin yang bersifat terpuji itu lebih baik dan dikasihi oleh Allah.

Setiap mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperoleh perkara yang mendatangkan manfaat, sambil meminta pertolongan kepada Allah supaya dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya. Hal ini kerana manusia sebijak dan kuat mana pun berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Tuhan.

· Setiap mukmin tidak patut bersikap segan dan malas bekerja. Mereka tidak sepatutnya hanya berangan-angan bahawa Tuhan akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Tuhan amat berkuasa, pada hal Tuhan telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil, melainkan selepas diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

· Selepas seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya serta berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang diusahakan itu tidak juga berhasil. Maka, pada saat itu, tidak ada jalan baginya untuk menghadapi qada takdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan tenang tenteram. Mereka hendaklah berkata seperti yang diajar oleh Rasulullah dalam hadis di atas yang maksudnya: "Perkara ini telah ditakdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku", sambil berusaha lagi mencari jalan untuk menjayakan maksudnya.

· Perkataan "kalau" jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai maksudnya atau mengalami kerugian. Hal ini kerana perkataan "kalau" seperti diterangkan oleh Rasulullah akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan orang itu resah gelisah, berduka dan tidak reda kepada qada takdir Tuhan Yang Maha Bijaksana. – Petikan Mastika Hadis terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



More

Renungan: Aib Hanya Darurat

7 comments

Apabila membicarakan tentang sesuatu perkara baik secara peribadi mahupun berkumpulan, perlulah ada pada seseorang itu satu garis panduan dalam membahaskan akan sesuatu isu, agar ia tidak melanggar apa yang dikatakan sebagai batasan dalam syariat Allah Ta’ala… Apa yang dimaksudkan ini, adalah berkenaan kesalahan membuka atau menyentuh aib seseorang itu secara terbuka mahupun tertutup, tanpa ada baginya keperluan ia untuk diketahui dan dihebahkan kepada khalayak ramai…

____________________________________________________________________

Sabda Rasulullah s.a.w ;

” Rasulullah bertanya kepada sahabat : tahukan kamu apa yang dimaksudkan akan ghibah ? Mereka menjawab : Allah dan rasulnya lebih mengatahui. Maka sabda Rasulullah s.a.w : iaitu kamu membicarakan tentang saudara kamu berkenaan apa yang tidak ia sukai. kemudian mereka berkata : Bagaimana dengan apa yang diperkatakan itu ada pada dirinya . sabda Rasulullah s.a.w : jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan, maka bererti kamu mengumpatinya, dan jika apa yang kamu katakan itu tidak terdapat pada dirinya, maka bererti kamu telah menuduhnya “. ( Hadith riwayat Muslim )

____________________________________________________________________


Apa yang diperkatakan disini, bukanlah bertujuan untuk membela mana-mana pihak tertentu, baik pihak A mahupun pihak B. Akan tetapi, ianya dikira sebagai satu tanggungjawab bagi setiap muslim untuk memperbetulkan sesuatu perkara, yang dilihat padanya mempunyai kesalahan yang mana perlu diperbetulkan bagi kebaikan semua…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Dan hendaklah ada dikalangan kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh akan perbuatan yang baik, dan mencegah akan kemungkaran ( maksiat ), dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang beruntung ” . ( Surah Al-Imran : 104 )

____________________________________________________________________

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi said Al-Khudri ;


” Sesiapa dikalangan kamu melihat akan kemungkaran, maka hendak diubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu ( diubah ) dengan perkataan, jika tidak mampu ( diubah ) dengan hatinya ( membenci akan perkara tersebut ), sesungguhnya ia selemah-lemah iman “. ( Hadith riwayat Muslim )
____________________________________________________________________


Kata Al-Imam Al-Nawawi : ” Perkataan nabi s.a.w ” hendaklah ia mengubahnya ” adalah perintah wajib secara sepakat umat islam. Mewajibkan Al-Amr bi Al-Ma’ruf dan Al-Nahy an Al-Mungkar ini bertepatan dangan Al-Quran dan As-Sunnah dan ijma’ “. ( Syarah Sohih Muslim, J 1, m/s : 217 )…

……………………………………………………..

Berkata As-Syeikah Al-Imam Ibn Taimiyyah : ” Oleh kerana ini menjadi setiap batasan amalan soleh, maka menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah akan kemungkaran itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru itu, tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh “. ( Majmu’ Al-Fatawa, J 14, m/s : 344 )…

____________________________________________________________________


Hal ini menerangkan, berkenaan kewajiban insan dalam menyeru akan kebaikan dan menegah akan kemungkaran. Perkara ini juga, termasuklah apa yang diperkatakkan disini, berkenaan kesalahan membuka aib seseorang tanpa nas mahupun dalil syara’ yang membenarkannya untuk diperkatakan dalam sesuatu perbualan, penulisan mahupun perbahasan yang dilakukan… Pada masa yang sama, dalam kita memperbetulkan perkara ini perlulah ia diperlakukan dengan keadilan dan kesaksamaan tanpa cenderung kepada mana-mana pihak ataupun kaum kerabat…

____________________________________________________________________

Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ . ( Surah Al-Maidah : 8 )

____________________________________________________________________


Dan janganlah pula kebencian kepada sesuatu pihak menyebabkan ia tidak berlaku adil dan berpihak kepada satu puak mahupun golongan yang dipersetujui…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala * maksudnya ) ;


” wahai orang-orang beriman ! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( yang menerangkan kebenaran ) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang ( yang didakwa ) itu kaya atau miskin ( maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan ( daripada menjadi saksi ), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengatahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan “. ( Surah Al-Nisa : 135 )

____________________________________________________________________

Aib adalah sesuatu kecacatan, percakapan mahupun perbuatan yang mampu menjatuhkan maruah individu apabila ia dipertontonkan dikhalayak ramai, dan perkara itu dipandang serong apabila ia disebut mahupun dibicarakan berkenaannya… Di dalam islam, menjadi satu kesalahan apabila memperkatakankan akan keaiban seseorang tanpa baginya sesuatu kepentingan untuk ia diperhebahkan…. Malah di dalam nas-nas Al-Quran, banyak memperkatakan berkenaan larangan bagi manusia membuka aib seseorang itu tanpa sebarang keperluan…

____________________________________________________________________


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya) ;


” Wahai orang-orang beriman ! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang )kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan jangan kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dikalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? maka sedah tentu kamu jijik akannya. ( Oleh itu, patuhila akan larangan-larangan tersebut ) dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi maha mengasihani ” . ( Surah Al-Hujurat : 12 )
____________________________________________________________________


Para ulama’ dalam mentafsirkan ayat tersebut berkenaan ” tajassus ” , mereka amat terliti dalam memberikan atau mengeluarkan pandangan berkenaan maksud ayat tersebut… kata Al-Imam Al-qurtubi dalam mentafsirkan ayat ( janganlah kamu mengintip ) : ” Janganlah kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu janganlah kamu mencari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah Allah menutupnya “. ( Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran, J 16, m/s : 333 ) …

____________________________________________________________________


Berkata Ibn Abbas : ” Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain “ . Kata Mujahid : ” Ambillah apa yang nyata, dan tinggallah apa yang Allah tutupi”. berkata Al-Qatadah : ” tahukah kamu apa itu tajassus ? iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya” . Kata Ibn Zaid : ” tajassus itu kamu berkata : Sehingga aku dapat lihat keasalah itu, aku bertanya mengenainya untuk mengatahui adakah ianya benar ataupun tidak “. ( Al-Tafsir Al-Tabari dan Al-Tahzib, m/s : 7 dan 41 )…

____________________________________________________________________


As-syeikah Dr. Wahbah Zuhaili berkata : ” janganlah kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslim, janganlah kamu menyingkap setelah apa yang mereka cuba untuk menutupinya dan janganlah kamu cuba melihat akan rahsia-rahsia mereka ” . Beliau jugak menyebut : ” tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi mahupun rahsia “. ( Al-Tafsir Al-Munir, m/s : 255 dan 263 )…

____________________________________________________________________


Adapun di dalam nas-nas daripada As-Sunnah, yang menghalang akan perbuatan insan untuk membuka aib seseorang tanpa baginya keperluan dan kemudaratan untuk dibicarakan, malah perkara seperti ini amatlah ditegah oleh agama islam itu sendiri berpandukan hadith-hadith berikut…


Sabda Rasulullah s.a.w dari Abi Barzah Al-Aslami ;


” Wahai sekalian ( insan ) yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum muslimin, jangan lah kamu mencari-cari keaiban mereka, sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka Allah akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah mencari keaibanya, maka Allah akan mendedahkannya sekalipun di rumahnya “. Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad , Hadith sohih )

____________________________________________________________________


As-Syeikh As-Salim Id Al-Hilali dalam mensyarahkan hadith -hadith Riyad As-Salihin berkata : ” Tajassus bermaksud mencari dan menyelidik keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan As-Sunnah telah melarang akan hal ini. sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan beliau berusaha untuk menutupnya dan tidak melakukan secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahanya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh-bolehnya” . ( Bahjah Al-Nazirin, J 3, m/s : 92 )…

Sabda Rasulullah s.a.w dari Mu’awiyah ;


” sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka, atau hampir merosakkan mereka. kata Abu Darda : itu adalah perkataan yang Mu’awiyah dengar daripada Rasulullah, Semoga Allah memberi manafaat kepadanya dengan perkataan tersebut “. ( Hadith riwayat Abu Daud, dengan sanad yang sohih )…

____________________________________________________________________


Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab keatas setiap muslimin untuk menjaga keaiban dirinya mahupun orang lain, kerana menjaga keaiban itu adalah perkara yang diperintahkan keatasnya dan membuka keaiban diri sendiri mahupun orang lain adalah termasuk perkara yang amat ditegah oleh islam. Hal ini bersabit dengan dalil-dalil sohih yang bertepatan dengannya…


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;


” Sekiranya ada dua golongan daripada orang-orang beriman berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu golongan itu melampaui terhadap yang lain maka perangilah golongan yang melampau itu sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kerana Allah sukakan mereka yang melakukan keadilan “. ( Surah Al-Hujurat : 9 ) ….


Firman Allah Ta’ala ( maksudnya ) ;

…………………………………………

” Tiada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh ( manusia ) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaan diantara manusia “. ( Surah An-Nisa : 114 )
____________________________________________________________________

Wallahhu Ta’ala A’lam…


” Jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah) “

Surah An-Nisaa’ : 59 .

Ihsan dari : https://minitramways.wordpress.com/
More

Teman Setia Kami

Tafsir al-Quran Miracle Reference 22 in 1

Dapatkan Sekarang. Tempahan boleh dibuat dengan menghantar email kepada saya di: fazakkeer@gmail.com atau arqustany@gmail.com. Sementara stok dengan saya masih ada. Harga yang ditawarkan masa sekarang ialah RM150.00 sebuah (termasuk penghantaran hanya di semenanjung Malaysia) Jika mengambil sendiri harga hanya RM130.00 sebuah.

Ruangan Iklan

Jika ada sesiapa yang ingin mengiklankan bisnes mereka bolehlah emailkan kepada saya di: fazakkeer@gmail.com

wibiya widget

Download MP3 Ceramah

MP3 Ceramah: Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Antara Ahli Syurga & Neraka
2. Antara Ujian & Bala
3. Azab Neraka
4. Dajjal
5. Ikhlas Dalam Amalan
6. Mendidik Anak Yang Soleh
7. Kelahiran & Kematian


MP3 Ceramah: Ustaz Azhar Idrus

1. 12 Ribu Dosa
http://www.mediafire.com/?yvmj4zlzwmm
2. Dua Kali Bodoh
http://www.mediafire.com/?diwzhy12tjk
3. 28 Nabi
http://www.mediafire.com/?nmtwn0u0zyk
4. Adab Sembelih
http://www.mediafire.com/?bdmjmudmk4z
5. Air Zam Zam
http://www.mediafire.com/?ztmrahzzzti
6. Alam Barzakh
http://www.mediafire.com/?yuqlqym15n4
7. Amanah yang Semakin Hilang
http://www.mediafire.com/?tnqkwjjotnt
8. Anak Derhaka
http://www.mediafire.com/?om1ygodmmnt
9. Angin Merah
http://www.mediafire.com/?it5g0jddmj0
10. Awek Takraw
http://www.mediafire.com/?w2wnozmjzua
11. Bab Jenazah
http://www.mediafire.com/?dmmj0mojjjz
12. Bahaya Fitnah
http://www.mediafire.com/?qntgdndzrco
13. Bahaya Kemewahan
http://www.mediafire.com/?h3zzyzmymht
14. Baiki Agama
http://www.mediafire.com/?ixjmoh4mwry
15. Baju Telanjang
http://www.mediafire.com/?d1e2ytwmzwc
16. Basuh Hati
http://www.mediafire.com/?idh4qnzqjhm
17. Batu Pelesit
http://www.mediafire.com/?gv3v1kndhmj



MP3 Ceramah: Dato Ismail Kamus

1. Adab & Hikmah Menziarahi Orang Sakit: klik di sini
2. Perjalanan Umur: klik di sini
3. Asbab Nuzul: klik di sini
4. Adab vs Ibadat: klik di sini
5. 6 perkara antara doa dan zikir: klik di sini
6. Cari Hidayah: klik di sini
7. Apa Perlu Tauliah: klik di sini
8. Bidaah Dalam Solat
: klik di sini
9. Fitnah Kubur: klik di sini
10. Hukum Berjampi: klik di sini
11. Kelebihan Ilmu: klik di sini
12. Kelebihan Umat Nabi Muhammad: klik di sini
13. Alam Jin 1: klik di sini
14. Alam Jin 2: klik di sini
15. Alam Jin 3: klik di sini
16. Mengenal Jin 1: klik di sini
17. Mengenal Jin 2: klik di sini
18. Mengenal Jin 3: klik di sini
19. Mengenal Jin 4: klik di sini
20. Mengenal Jin 5: klik di sini



MP3 Ceramah: Tuan Guru Nik Abdul Aziz

1. Malam Nisfu Sya'ban: klik di sini
2. Bohong yang dibolehkan: klik di sini
3. Bertauhid mengenal Allah: klik di sini
4. Asal Usul Sifat 20: klik di sini
5. Doa Mengukuhkan Hati Si Mati: klik di sini
6. Ikat Setia Cara Islam: klik di sini
7. Islam Daya Penyelesaian: klik di sini
8. Keadilan Islam: klik di sini
9. Konsep Barakah Dalam Islam: klik di sini
10. Kunjungan Munkar Nakir: klik di sini


MP3 Ceramah: Dato Haron Din

1. Talaqqi Al-Fatihah: Klik di sini
2. Talaqqi Selawat Syifa': Klik di sini
3. Jiwa yang Tenang: Klik di sini
4. Israk Mikraj 1: Klik di sini
5. Israk Mikraj 2: Klik di sini
6. Manusia dan Islam: Klik di sini
7. Cabaran Perjuangan Islam: Klik di sini
8. Cahaya Iman: Klik di sini
9.
Cintai Islam: Klik di sini
10. Ikuti Para Ulama': Klik di sini
11. 4 Halangan Daie (side A): Klik di sini
12. 4 Halangan Daie (side B): Klik di sini


MP3 Ceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

1. Halal Haram (Aurat): klik di sini
2. Halal Haram Pelaburan Saham: klik di sini
3. Kaedah & Hukum Jual Beli: klik di sini
4. Pelaburan Internet: klik di sini
5. Maulid Nabi: klik di sini
6. Penjelasan FOREX: klik di sini
7. Rasulullah Pakar Ekonomi: klik di sini


Muat turun

Doa-doa
Doa harian: klik di sini
Doa masuk hutan: klik di sini
Doa sakit kepala: klik di sini
Doa Bismillah enam: klik di sini
Doa Istikharah: klik di sini
Doa jamuan akhir tahun: klik di sini
Doa kejayaan: klik di sini
Doa pengasih anak: klik di sini
Doa peperiksaan: klik di sini
Doa kem bestari solat: klik di sini
Doa Yaasiin: klik di sini
Doa sempena mesyuarat: klik di sini
Doa angin ahmar: klik di sini
Doa Solat Hajat: klik di sini
Doa Solat Dhuha: klik di sini
Doa Solat Tahajjud: klik di sini
Doa Solat Terawih: klik di sini
Doa Solat Witir: klik di sini
Doa Sepanjang Mengerjakan Haji: klik di sini


Selawat Nabi
Selawat al-I'tiraf: klik di sini
Selawat Badar: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 1: klik di sini
Ya Nabi Salam Alaika 2: klik di sini
Ya Rabbil-Bil-Mustafa: klik di sini
Selawat-Badwi: klik di sini
Selawat-Dawam: klik di sini
Selawat-Syifa': klik di sini
Muhammad Ya Habibi: klik di sini
Selawat-Maulid: klik di sini


Kategori

Logo SKSSJ

Logo SKSSJ